Pages

Friday, September 30, 2011

Missing my keyboard

wah, sangat lame tak update dari computer. seronoknya taip-taip sampai macam nak tercabut pulak keyboard nie ha..selalu update from mobile je. yela, convenient kan? dalam train dah boleh taip taip semata nak larikan fokus dari perempuan ketiak busuk. haih la, lately i'd encounter so many people who had body odour. i mean like, seriously?2011?rasanya kalau sental ketiak dengan sabun palmolive warna hijau tu dah cukup wangi kot. eheh, mentang-mentang tu sabun kesukaan i, terus laju je promote.

semua staff pergi mengajar, tu yang update from computer.selain taknak kantoi dengan budak opis i ada blog, i juga rasa macam tak 'sopan' update blog dari ofis. anyway, i have my class at 2pm (tadi) but student takde, eh i mean diorang belum register that subject so for the time being, kita lepak-lepak dulu. dua hari buat printing process kat bilik boss memang berpinau mata. nasib baik la print guna laser jet. cantik la sangat-sangat dia punya finishing. kita kat rumah pakai canon je. yang layak masuk kotak, pastu masukkan tong sampah...=.=' tapi di kala emergency, or hp printer habis ink, refill je canon,walaa..semua siap.

actually hari ni masuk gaji. i rasa suka sangat. sebab i dah boleh kirim duit kat kawan i yang stays kat london untuk belikan barang murah dari sana. dah siap buat link kat excel and email kat die lagi since beli online murah sikit. nanti i suruh je dia pass kat kawan i yang cuti kat sana. see?i dah cut cost on postage.so far tak tau lagi nak beli ape, tapi ade la dah buat list sikit. salah satunya cuffling dengan silk tie untuk bakal suami. entah pakai ke tak die tu. kasut tak berani nak kirim takut tak muat.heh.

persiapan kahwin belum dimulakan. walaupun catering, pelamin, and baju dalam genggaman (wtf?), seriously i have no idea where to start. first patutnya pergi kursus kahwin kan?kursus kahwin kat mane pun belum decide. lemau sangat dah nie. hari tu dicussed dengan en. tunang, mintak dia carikan training center untuk bakal pengantin. dulu sebelum bertunang, semangat gila baca blog B2B.

tapi sekarang, teka la suka buat apa kat internet?


gossip artis?online shooping?facebook 24jam?

heh salah. suka bukak youtube tengok "The Arrivals" banyak kali, both first version (english) and second version (malay). tengok the truth of Qur'an and banyak lagi la yang sama bidang. sampai kecut-kecut perut tengok.

oh and suka jugak tengok video nikah or kahwin yang cantik-cantik kat youtube. sampai menangis (such a loser).sweet la. i always think and feel like ,wedding tu memang sesuatu yang holy, spiritual, and memang mendapat keredhaan dari Allah. sebab bila i tengok orang yang berkahwin ni, macam sejuk hati and syahdu2 jer. or maybe memang i ni emosi berlebih sangat ke ape.ehehe...

ramai pulak 'kawan2' lama yang i jumpa. out of nowhere. the problem is, i tak ingat nama diorang =.=' tapi diorang simply call my name. sorry but i am bad with memory (that is why they invented memory stick..LOL).i wish i had stayed a bit longer so that i can add their HP numbers, tapi i just salam, a bit here and there and walk away. but thanks FB, we are once again connected.

note: lama gila tak tengok wayang, jalan berdua, dari pagi sampai malam, makan ikan siakap, tengok-tengok furniture kat ikea, makan meatballs, merajuk, kena marah dengan beliau,baca buku lama-lama kat MPH,main sorok2 kat borders and etc. masuk dunia pekerjaan melimitkan pergaulan sebab penat, and banyak komitmen lain dengan family etc. tapi we try very hard untuk spend time together cuma kuality dia kurang. so it makes me rindu beliau yang teramat sangat...........

Wednesday, September 28, 2011

Flowery

Tadi masa tengah buat kerja-kerja printing kat bilik bos ,my collegues tanya about how I met my bf,eh encik tunang for the first time,berlarut sampai hal tunang.in between cerita jugak pasal what had happened before.

I dah lama lupa pasal hal tu,lepas bertunang I was happy,and even until now I happy lagi.tapi the moment we all borak tadi,dia punya pedih tu sampai hulu hati. My friend siap dapat goosebumps dek citer I and on how deep is my love for him.later,both of us macam bertakung airmata.heh..:D

Anyway, oleh kerana tiba2 teringat and rasa tak tentu arah,I bbm encik tunang.

Tiba2 hati rasa berbunga sangat,rasa tak sabar nak kahwin,and terus tak sabar nak jumpa weekend ni.

Ps: rindu sangat bila last jumpa was last friday.haihh..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 21, 2011

I'm Engaged!!

*dancing in the rain*

Hahaha...yes I am happy. Tell me siapa yang tak happy when getting engaged?siapa?I am happy sebab things happened NOT according to my plan,things WERE not as I expected,Allah lebih tau ape yang terbaik untuk kita. Subahanallah. :)

Kerja-kerja mengemas rumah start dari hari rabu.I applied 2 days holiday since yours truly kerja dan tak pernah cuti maka cuti beliau banyak. Aunties and family la yang paling banyak membantu thus saya sangat terharu. Jumaat 16sept I went for a spa,a muslimah spa at platinum walk,memang the best!and I already plan for next trip. RM278 for foot spa,FIRsauna,body scrub,body massage,and body butter. Masa dia scrub tu,memang la I rasa semua daki 20 tahun simpan dah hilang.ahaha..pedih but you feel bersih.

Pagi bertunang, 17sept,I went for hair treatment,wash and style. Tak plan pun nak buat style ape,but she made for me the latin style,boleh la kan. Balik umah je,my mak andam, effy dah ada.terus makeup for almost 2 hour.dah siap nak tertidur kot. Then pakai baju,amek gambar semua.

Truly said,masa tengah siap ape semua,I don't feel anything.eh,I felt excited jela,itupun sebab nak jumpa dia,rindu kan?tak nervous.lepas tu encik tunang dan family sampai a lil bit late. Masa tu dah seram sejuk.

Then when it comes to I kena panggil sarung cincin kat luar, with the spotlights and camera, adrenalin rushed out, cuak gila and I'm sweating like mad!geez,mane sangka kita secuak tu.alahai..my future MIL cool je siap boleh main2 masa sarung cincin. Then masa encik tunang pun nak join amik gambar,malu sangat.hehehe..tapi rinduuu..:)

Alhamdulilah ramai datang, food sedap and habis.my candy buffet habis .and I felt the love from all of you. Ada yang sms,fb,and all.I was happy and I am still happy..:)

Thanks semua.thanks sebab menjayakan everthing that WE planned.thank you Allah for all the love.I always believed in You. Thanks to fiance and family.I love you,and I will always do, as I promised you 8 years ago.
Doakan jodoh kami sehingga akhir hayat kami. Doakan cinta kami kekal sehingga akhir hayat kami, dan doakan kami kekal bahagia selamanya. Amboi panjangnyeeee...hikhik. Amin.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, September 12, 2011

nervousness in half

Good morning y'all.

It is early in the morning.sekarang baru pukul 8.30am and I'm already in the office. Masuk pukul 9, so now I'm having my breakfast,wholegrain bread with strawberry jem and hot milo. And I'm alone,which is fine with me sebab tenang je.

So, this week will be very very busy and I'm started to freak out. Rabu dah start cuti memandangkan anual leaves banyak lagi. Hadiah semua dah siap tinggal ada a few je. Candies ni mane nak cari?duit dah habis banyak nie.nervous bukan main kot.

Hari rabu start cuti sebab nak gi klia nak menghantar my brother further study.sedih la but I know he loves it there.let's just cross fingers yea?.lepas tu khamis nak buat pedi-mani. Jumaat dah nak kena pegi spa which I already booked and paid last month.gila gigih kan?than saturday nak kena pegi buat rambut semua. Banyak keje kan?

The best part is, hari ni dengan esok jer kerja.wohooo..lepas tu cuti. Tapi cuti2 pun banyak kerja kot.nak kemas umah nak beli flowers la ape la.

But I love it.sebab nanti bole get together with my friends yang dah lame tak jumpe, gossip and all.teehee...

Ps: nervous dah nie sebab semalam dah complete 50%.haihhh..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, August 25, 2011

5 days before Hari Raya

I know. We have only like 5 days away from raya. Tell me if I were that excited to celebrate raya, no I'm not. Unlike previous years. But somehow I already bought my baju raya a few months back, I bought my designer handbag a few months back, and I bought my kasut raya last 2 weeks.

Talking about kasut raya, it was the comfiest, and the highest kasut raya I owned. Blame CK for that. Sebab dia sangat selesa, I lupa dengan ketinggian mencecah 173cm ini, I beli kasut setinggi 5inci. Memang bodoh tapi memang selesa tak tipu.

If la kan, I only wear it once and then I rasa stupid walking around dengan ketinggian ridiculous macam tu, I jual la kat blog nie. By the way the size is 40 but fits my size 10 foot effortlessly. Ada pembeli? I doubt. Tapi siapa nak book email la I.

I didn't make my biskut raya yet. Usually I baked choc chip cookies, cornflake cookies, and biskut arab. I will buy london almond as my favo raya cookies and jem tart. Then I will bake my infamous choc cake and fruit cake. And during raya I will make puding caramel. Let's see if sempat buat semua nie.

My house is a mess. We let go the maid to her kampung and suffer on our own during hari raya.siapa yang akan jadi bibik? Yours truly. Jemur kain,angkat kain, design rumah, arrange barang, basuh pinggan,masuk kuih dalam balang,anyam ketupat, are all my jobs.adik?she will watching TV the whole day and gives silly excuse like "adik puasa la..". Yes, she is 20.

I'm not worried about raya. I'm worried the 'after' raya. Dahla kena pergi beraya rumah mak mertua for the first time ever in my 8year relationship. Basah ketiak la weh..hikhik..tapi mama encik bf being the coolest mom ever, I know she will be a great companion later. Same where,I will be a great companion for her silly mengader manja son.

Oh, encik bf tak pernah miss out bagi duit raya kat I. Selalu kalau dia tak bagi pun, I selalu ingat2 kan.muahaha..Cukuplah I nak bayar bill Digi bulan depan.biar dapat dari tak dapat langsung.

So, every morning selalu kitorang akan bertukar sweet texts atau paling jahat pun menganjing each other.and we always exchange our pictures. Tapi today he was damn busy sampai pukul 2 pun tak anta gambar lagi. Dah la rindu, lagi buat kita tunggu lama-lama. Tiba-tiba dia anta gambar siap dengan the cheekiest smile ever. Boleh tak? Rasa nak gugur jantung tengok my other nyawa buat macam tu.

Haihh..macam mana la tak makin sayang.

Eh, ini lari topik raya nie. Anyway hari ini ada dua majlis berbuka puasa. Kat ofis and kat PJ. Masa untuk menggemukkan diri!!

Ps: sabtu sabtu. Lambat sungguh kamu.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Wednesday, August 24, 2011

Thank you So Much

Masa I had 'that' problem, only orang-orang yang sangat rapat je yang tau. My family, and a few good friends. 3 orang yang tau cerita sebenar.

And they had been supportive enough especially my family. My mum,jangan tanya laa,menangis and everyday dia akan tanye my condition, and even kat office pun die akan msg I. Siap tanye, " you want to go to london this weekend".Sedih ok.

I don't know why, but kalau kita kawan seikhlasnye, rasa sayang je dengan kawan-kawan kita tu. Thanks korang untuk semua supports,air mata, dan tadahan telinga korang.

Ok jauh sgt dah pergi ni.

Anyway, I came across something on fb. A friend of mine stated that:

" Don't tell others about your problem. 20% don't care. The other 80% are just glad you have them"

Perghhh...boleh tak macam tu?

Boleh. Because that's the main reason why I don't simply post an entry here during that gloomy day or I post a status on facebook like " such a fu*king ......".

Sebab I rasa kalau I post like that on fb, people will come and ask so many questions yang kalau baca dari 1st comment sampai yang ke 128, dah bole agak jalan cerita.hahaha..

Thanks for friends yang email and PM me asking how do I do. They don't say much but only pray for my happiness.

Alhamdulilah Ya Allah tiada apa yang lebih membahagiakan dari 'kebahagian' yang Kau berikan kepada kami.

Kesimpulannya, keep the thoughts to yourself. Trust only a few persons because yeah, the others-they just glad that we have that problem. And ada juga orang yang memang berniat nak rampas kebahagiaan kita.

Jahat sungguh hati manusia.busuk hati.

Ps: berdoa yang my friend tak post yang bukan2 kat fb sampai mengaibkan suami dia. Dah banyak kali, macam hari-hari. YaAllah tolonglah lindungi mereka.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, August 23, 2011

Shopping at Ikea

Seriously need to go to IKEA. Bukan sebab hanya kerana meatballs yang lazat, tetapi juga sebab nak beli barang.

1. Balang kuih kaca. At least 4 to 5 balang.
2. Cake-tiers. Rasa macam kat rumah ada. Itu beli kat jusco ke ikea eh? Takpe kena check. At least beli 1 lagi.
3. Plate yang square.
4. Mangkuk round atau square.
5. Lampu. Floor lamp 2, atau lampu tinggi.
6. Vase tinggi paras pinggang. Rasa yang ni kat ikea ada tapi melampau harga. Kena gerak balakong ni cari.

And good news! Semua warna putih. Senang cari. Tapi rasa nak pergi kedai rm2 la, banyak jer murah2.

Ehem ehem...encik bf nak teman pegi ikea tak? Kita pegi pagi2 tak ramai orang kan sayang? Nanti I bagi u 'hadiah' special weekend ni..lalalala..

ps: cantik I like! One step closer...nervous!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Fight & Betrayal

Yesterday, tak pasal-pasal sebab rindu (tak admit kat encik bf), I exploded. Tapi I perasan la, sejak-sejak dah matang ni, rasa nak bertelagah ni, ayat dia sangat membina. Sedikit sarcasm although the points are always delivered. Get what I mean? Kalau gaduh, tapi apa yang kita tak suka tu tak sampai, what's the point of having a fight?

And kalau we all gaduh pun, ended up jadi loving gila. I harap kalau dah kahwin nanti things will always been the same (or better) for us. Sebab after almost 8 years, kitorang still sama. I still much in love with him. And him?gosh, couldn't be better.

**kalau la encik bf tu khairul fahmi che mat, mesti blog ni popular,tak pun mesti orang menyampah sebab suka cerita pasal bf. Tapi sebab bf I orang biasa,tidak berharta mahupun rupa (ok tipu), maka tiada siapa pun peduli akan blog ini**

My friend, my very close friend, baru kehilangan gf yang dicintai, gf yang diinginkan untuk dijadikan suri hati, sebab gf dia ade lelaki lain. I was furious!!and I am mad!!

Lelaki perempuan sama je sekarang. Suka amek hak orang. Memang la dia bukan suami/ isteri orang lagi, tapi the fact yang "there are so many fishes out there,why mess with the one being caught", kenapa? Really, I pray that you will be happy with the fish yang you 'curi', and I harap Allah je dapat balas kesengsaraan orang yang teraniaya.

Bila berkaitan hati dan perasaan, that's one thing we will never know- of how much they suffer inside. Allah saja yang tau.Jadi setiap benda jahat kita buat kat orang lain, akan ada balasan yang setimpal. Wallahualam.

Wah panjang ustazah ni cakap. Anyway, to my friend, insyaAllah kalau ada jodoh takkan ke mana. I'll always pray for you, and aku harap ada perempuan solehah untuk kau nanti.

Okay sekarang rindu sangat kat encik bf.. And I hope ramai yang akan mendoakan kami bahagia bersama.

Ps: novel semalam la punca penyebab semua nie..kuikui..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, August 21, 2011

IFTAR

we went for a iftar yesterday with encik bf's batch mate. they were all hillarious and some of them were so cute. haihhh...when you were around this kind of people, masalah pun hilang, and buat you macam 'awwwwww...'.

we arrived a lil bit early, but since datang awal bersebab so macam takdela masalah sangat. we went and bought some set of SKII products, and kasut kat cotton on. lepas tu encik bf kata diorang tak buat reservation lagi, boleh tak? so we went to chillis, lama gila tak makan situ, tapi tak boleh reserve, walk in sahaja. then we went to seoul garden, tempat paling favourite sekali, pun tak boleh reserve. sekali i saw this buffet kat kluang station. encik bf dah agak malas nak jalan naik atas ke piza milano, so we ended up there. reserve for 10 persons with 50% deposit. encik bf bayar dulu la macam biasa.

lepas buka dalam 9.30pm, diorang nak main bola. cik gf kan sopan bulan-bulan posa pakai long dress labuh, macam mana nak main bowling. boleh jer, tapi i malas nak campak-campak bola. kalau ikut record, kalah encik bf main bowling dengan i. ahahaha...

habis main we went to rasta ttdi lepak shisha plak. i've tried once or twice, tapi i didnt enjoyed much. macam mana plak perempuan yang merokok tu eh. when you are doing something you enjoy, lainlah rasanya. kat rasta i dah mengong-mengong. masa tu dah pukul 1. lawan mata and rasa nak baring kat meja makan tu, i ended up borak-borak dengan encik bf. cerita pasal hantu ketidakkesampaian. hahaha....it was funny and i laughed like mad, encik bf dah hangin dah tertipu dengan cerita tu.hahaha....

next stop was mali's.masa ni i dah tak tahan. nak dekat pukul 2.30am kot. he sent me home and had a nap at my house while waiting for his friends pergi tukar kereta la ape la. kat kelana jaya la plak. nak makan kat tengah-tengah KL.

in the car when driving, he said. " lately i really miss you so much. kalau b hilang tiba-tiba macam restless je.." lebih kurang. i was like..."awww...sweet gila plak bf aku nie..".

now makin lama makin sayang kat dia. and he is too. i know he try his very best to convince me.i can see his efforts. and i love that, when he's making that extra efforts. i love him. i love him so much.

Friday, August 19, 2011

I count on You

Sometimes I just want to be 'that' somebody,yang hatinya kuat, yang don't give a damn on anything pun. I wish I am that person.

But being me,made this way, kadang-kadang perasan itu kecundang jugak di tengah jalan. But trust me,I tried my very best to keep it together,to be strong. Luarannya kelihatan kuat,tapi kat dalam serapuhnya. But no one knows,not even myself. Cuma boleh rasa. Sakit.

I know I am lucky.I did know.

Cuma, I need 'that' something to buy me that feelings. To convince me. To tell me how lucky I am, how lovely the feelings are. Because I was hurt so much,so so much that it left me with deep scars.

It heals eventually,but the feelings remain.

I don't know what went wrong.nothing is wrong I guess. It is just I am not 'that' kind of person that don't give a damn on anything.

Because I AM that person, who gives a damn on EVERYTHING.

Because I am made with HEART.

Ps: mainan perasaan ni. Tak pun mainan syaitan. Tak pun sebenarnya tengah rindu ni pastu tak dilayan perasaan ni kan..pastu mulalah nak mengada buat entry camni..haha!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, August 15, 2011

Shy of Nothing

When I was with en.bf, die macam ada satu perasan yang, tak boleh nak cakap la.Of course ada perasaan sayang, rindu, manja, suka, and all the sugar feelings tu la. Tapi ni lain.

Perasan lain macam tu lebih ketara bila between us tu, ada orang lain. Contohnya, kawan, family.

Let's say,bila kitorang jumpa, tiba2 nak kena jumpa family dulu,I rasa macam tak selesa, and macam ada orang memerhati tingkah laku kitorang. Is that normal or I'm being a paranoid?

I rasa malu sgt and gugup. Kalau dengan my family,I okay lagi. Tapi bila dengan family dia,and dengan kawan-kawan. Gugup plak rasa.

Macam kelmarin, masa I nak exchange barang,he asked me to masuk rumah and jumpa his mom.gugup wehh..so I bagi la dekat mama kurma coklat,dendeng,and sambal sotong I masak. Basah ketiak nak ngadap mama.

Then mama hantar kitorang kat gate.so masa tu I was standing next to him,nak masuk kereta.then I cakap, "tanye la mama nak makan ape..". By that time (I rasa la) pitching dah lari, body gesture pun dah macam pelik.haihhhh...

Dalam kereta,oleh kerana pembawakan tadi, I jadi excited (the atoms are in excited state), sampai en bf pun perasan. Malu tapi dah badan kita working tremendously mcm tu, what else can I say?

Masa minum dengan kawan-kawan pun,I duduk jauh-jauh je dari dia. Eh salah, dia jauh-jauh dari I, sebab skrin bola tu kat belakang. T_T

And I didn't talk to him at all,I rather talk to his friend. Cuma.. ermm.. I main2 tangan dia bawah meja jer...rindu punya pasal.

I think the fact yang orang memerhati me and him, bukan buat I x selesa,it is just,I malu nak tunjuk I sayang dia depan orang..ecewahh.. I mean like betul-betul manusia la. Kat blog, fb, orang tak tengok directly kan.

So I think, by being an item, rasa malu tu masih ada.maybe you all tak faham la tapi haihhh...malu la.

Ps: sabtu ni entah macam mane la. Buka meja lain-lain la.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, August 14, 2011

Fast

semalam after iftar, i went to fetch encik bf at his house, cheras. ada barang needs to be exchanged selain dapat my angry bird bought by one of his friend. terharu sangat sebab tak rasa pun dia beli because we were like talking just in the facebook. tiba-tiba encik bf call cakap angry bird dah sampai. i was like...whaattt? but anyway, dah dapat. and it was so cuteeee!!

then we went to mamak's stall and hang out with two of his friends, yang memang kenal pun. watching football and biasalah, borak2. encik bf busy talking with kawan dia, so i took the chance untuk borak with the other friend, memang close friend pun. and he was talking about something nice to hear from A to Z. its good when people start talking something important and privacy in one's life, sebab by that time, (s)he is start to believe you. although dia tak cakap directly, psychologycally, dia dah let you in his/her life.

but the time was like 3.30am in the morning, haruslah bergegas pulang. encik bf juga kelihatan lentok-lentok. dia kan, kalau dah ngantuk, die jadi cranky. dia nak kata kita cranky, tapi dia pun sama. but he was like so cuteeee, rasa macam nak tumbuk2 jer...haha

i pecut like 110km/h which i seldomly did, maybe this was my first time (boleh gelak sekarang), and it took me like 10-15minutes to drove from cheras to gombak. memang terbaik. and i drove at the fast lane (clap hands)...teehee. kaau kena saman memang menangis aku.

hrmm..tiba-tiba rindu plak kat encik bf. tinggal lagi sebulan jer...and hopefully and i pray hard, things will always on our side...i love him and will always have...

ps: 20minit lagi nak buka puasa..yeay!!


Wednesday, August 10, 2011

Bazaar Ramadhan

Hari tu first time pergi bazaar ramadhan atau a.k.a PARAM (pasar ramadhan) dengan encik bf. Orang malaysia ni malas gamaknya sampai benda alah ni pun nak short form kan. Kalau pandai shortcut kan formula Calculus bangga la sikit kot.

Anyway, we went to bazaar kat wangsa maju depan jusco, about 15mins driving to my house. Nothing much that we bought except air tebu yang en bf excited gila nak beli,and chicken wings. Me and bf selalu have our thoughts on something, and selalunya sama.

(The thought of having life with him is beyond everything..)

Kitorang tengok ramai je yang galak membeli without they know it would lead to ? Pembaziran. Kalau makan takpe. Even my mum beli kuih rm2 tu pun tak habis inikan pula murtabak.

Me and my bf had learned that the amount of food that we consumed is the same like any other ordinary day.takde menambah pun.tapi sebab the whole day tak makan kan, so kita rasa lapar.bila lapar kita tend nak semua benda banyak.so end up beli byk tp last buang tong sampah.

Frankly speaking,I rather eat at home dari makan kat luar. Same goes to encik bf. At one side, kitorang boleh berjimat, but on the other side,I la kan kena masak..teehee..

Now I'm learning to cook his favourite dish.luckily, favourite dishes die same dengan apa yang I suka..senang.

Anyway encik bf haritu tak cakap nak pergi bazaar maka I ended up over dress ke bazaar.so funny but takkan semata nak tukar t-shirt kena balik and datang semula ke bazaar right?nonsense.

We really did enjoyed our date.it was meaningful to him, he said. Malam he lepak at my house watching MU vs Man City and now he knows that my family takde la fan of football because ayah was surfing the internet while both of us semangat tengok bola. T_T

Ps: he was so cute cuddling himself masa tengok bola..teehee..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, August 9, 2011

What is Happening?

SAYA JATUH CINTA DENGAN LELAKI YANG SAYA KENAL ALMOST 8 YEARS AGO....

MACAM MANE NIEEE!!

MALU tapi MAHUUU........

Tuesday, August 2, 2011

Happy Ramadhan

Wah,dah 2 ramadhan dah kita hari ni.sungguh cepat masa berlalu. But I feel so sad sebab I am still not able to perform my rukun islam. Oh,rasa tak terlambat nak wish Happy Ramadhan to all the Muslims. Ramadhan datang sekali je setahun.dan kehebatan bulan ramadhan ni,kita tahu,tapi Allah lebih tahu. So jom rebut pahala bulan ni untuk kegunaan akhirat kelak.

Bulan ni tak macam ramadhan yang lalu. Ramadhan ni special sangat.tak boleh cakap sekarang tapi dah boleh agak la kot..*senyum*

All I can say is that,I feel so blessed, ada kedua ibubapa yang very understanding,doakan yang terbaik untuk anak-anak dia,kawan-kawan yang menyokong,en bf yang penyabar and who loves me more than anything else. Apa lagi yang I nak? Kebahagiaan. Kebahagiaan yang I mimpikan dengan orang tersayang.

So bulan ni,I doa banyak2 semoga Allah limpahkan segala nikmat kebahagiaan dunia dan akhirat,untuk saya,awak,awak,dan awak.

Happy fasting!!jangan makan banyak-banyak sangat y'all..kate nak pakai kebaya tahun nie..teehee..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, July 31, 2011

Truly Yours

i can see the faith in his eyes.
i can see the regretness on his face.
and i can feel the love when his hands touches mine.
and that he never let go of my hand despite he is driving, and walking.

*senyum*

effort dia from day 1, from the day he said he want me, saya boleh nampak. saya boleh rasa.
slowly the feelings i had for him, developing little by little.
slowly i remember how i used to love him more than anything else.

*senyum*

and i love that feelings.
that true feelings i had for him.
the feelings that i called; cinta sejati.

Saturday, July 30, 2011

Im Not That Strong

kalau dengar-dengar tajuk kat atas mesti rasa nak emo-emo je entri, kan? anda (dan saya) SALAH!!ceritanya bukan pasal perasaan sedih, atau ketiadaan kekuatan dalam life. bukan itu.

pagi tadi, ada training session dengan my personal trainer. badan besar tapi rendah orangnya. but i always love to hear the stories from him. we shared a lot of information. tentang hidup. tentang kepercayaan. it was always a good idea to have some piece of advice dari seseorang yang sudah makan garam dulu dari kita.

anyway, last night i didnt eat anything. regime sekarang adalah *wajib untuk tidak makan malam. pagi tadi bangun pun tak sempat nak breakfast sebab bangun lebat, kata hujan. encik bf plak sedang sedap-sedap tidur dalam selimut tebal, amat jeles. kita call die around 10 macam tu, suara tengah sedap tidur.suara paling manja sekali. kikiki.

oh, hari ni regime die macam hardcore sikit. haritu masa on a date dengan encik bf, i said trainer tu macam tak best je, sebab semua routine dia suruh buat macam ajar budak-budak jer.sekali hari ni, amek kau, termuntah-muntah terus.

MUNTAH?hadoiii....i know after last session tu dia nak ajak borak-borak, macam biasa. but i terus say bye, heading to restroom. lepas tu, bueeekkkkk bueekkkk bueeekkk!! gila macam hos air kot i muntah. but semua memang air jela keluar sebab perut kosong kan takde pape.

lepas tu mandi pun gigil tak bertenaga. nak bukak baju ape semua i siap lean dekat dinding sebab rasa pening-pening. drove balik pun slow and steady jer.

IM NOT THAT STRONG rupanyeeeee.....hahahahahha!!!

ps: encik bf kate, kalau muntah-muntah tu kira fit la tu siap thumbs up die bagi. beliau cuba confuse kan i ke ape nih?

Friday, July 29, 2011

Usah lepaskan

Usah biar ku bersendirian..

Usah biar hati mu di tawan..

Usah biar diri ku di sini..

Seorang menunggu tanpa teman..


Usah lepas genggaman tangan mu..

Usah biar semua berlalu..

Usah terlupa perasaan hati..

Pertama kali bila bertemu..

Usah lepaskan......



Credit: taufik batisah



Ps: faith in love...<3

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, July 28, 2011

Betrayal

What's the difference between orang yang mem-betray, dengan orang yang di-betray?I bet orang yang di-betray rasa lebih sakit, kan?

Kita manusia. Tak lari dari kesilapan. Tapi kita mesti ingat, kita ada Allah, dosa dan pahala. Setiap apa yang kita lakukan,kalau kita ingat Tuhan, benda-benda tak sepatutnya takkan jadi.

I didn't say that I am good,alim. But I know,bila I buat-buat tak ingat Tuhan,memang dosa la yang I buat. Contohnya, mengumpat. Tapi kan, kalau kita buat sesuatu tu sampai lebih dari sekali, adakah itu "manusia melakukan kesilapan"?

You will never understand my situation,and I tak mintak pun difahami.but the pain that I feel, I tak boleh nak tahan. It hurts so much. So damn much that I cried myself to sleep every single night.

I just have to be strong.

I just have to be myself.

I just have to enjoy my life.

Kenapa la manusia tak pernah nak menghargai apa yang dia ada? Kenapa la manusia cemburu dengan kebahagiaan orang lain?kenapa la manusia tidak tahu bersyukur?

The pain. I hope it goes away,just like when the wind blows....

Ps: time will heal the wound.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, July 22, 2011

Pot of Gold

Sayang saya,
Lately ni sweet sangat.

He always tells me where he wants to go,how he feels on certain thing, how much he miss me, how much he wants me,that I am important in his life. He talks about future,and I proudly say that I am in the picture.

Dia bukan macam tu dulu. *senyum*

And I love that.I love the changes,because it is a good change of him. Deep in my heart,I too,want to change for him. I really do. I tak nak kesilapan kitorang dulu buat relationship kitorang huru - hara. I admit both of us memang buat salah. Hanya kitorang tahu siapa yang bersalah sebenarnya.but still I want to change,not just because of him. Tapi untuk diri sendiri jugak.

Takde istilah teruk kalau berubah untuk orang yang disayangi,lagi2 kalau berubah tu kepada kebaikan.

Sebenarnya I bersyukur sangat sebab diberi peluang kedua untuk mencintai dan dicintai.sebab I know it will be the end of the world if I stop loving him.

InsyaAllah,things will get better day by day.

Ps: I don't like to point finger,if you know what I mean.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, July 21, 2011

Celebrity Fitness







i always in love with workout *cough* exercise, especially aerobic. i was an athlete back in school dulu. i was a netball player, was an archer. (read: was). when i entered university for 6 years, jarang sekali nak workout. but somehow i managed (slightly) to controlled the food i consumed.

macam mana boleh terjadi member club celebrity fitness nie?

last sunday when i went out for a date (to discuss 'our' future, damn it was a very sad day) and i thought it will be the last day we were an item, he brought me jalan-jalan to one of the celebrity fitness outlet. back in my mind, i think he was crazy, sebab kenapa dia interested nak join celebrity fitness here, jauh dari rumah dia. but i heard he said, " nak compare price between celebrity fitness and fitness first..". so i macam okay je la.

while waiting, he asked me to wait outside. ada dua kemungkinan jer, he intended to buy membership for someone or himself. but the fact mungkin itu adalah hari terakhir we were an item, i jadi sakit hati bila fikir he will be around and quite near to me. macam mana kalau terserempak? mesti sedih kan. while waiting kat luar, i was crying. dah la lama tunggu.

so something happened on monday. to cut the story short, we were okay. on tuesday he asked me out for a date, dia kata penting sangat. janji jumpa pukul 9, but until 9.45pm i dont see him anywhere. bengang jugak sebab he is a punctual person, but i jalan-jalan pergi guardian la, cold storage la, nak sejukkan hati.

by 9.50pm dia called tanya i kat mane. and we met. i saw the celebrity fitness's official beg. so i said to him, "uuuuu....ade orang dah register la celebrity fitness. nape tak ajak?boleh orang join sekali.." dalam hati kecik ati jugakla, but i stay cool jer.

then tiba-tiba dia cakap, "nah sayang..untuk awak. as our wedding gift..". i was like, what the fish!? i took out the receipt, and it was about RM2000!!??i thought he was joking. gila apa kau membership mahal macam tu. tak mungkinlah kan dia nak beli untuk i.he said, " yer sayang...untuk awak..." sambil senyum-senyum paling manis sekali.

then dia terus bawak i jumpa the trainer, and the trainer explained everything, pasal classes and 12-sessions of training. still in a blurry mode, but adapted fast.

so yeah, this was the reason macam mana i boleh joined celebrity fitness. encik bf telah membeli advanced wedding gift. i dont feel offended, because I REALLY WANT TO JOIN THE GYM!!!WOHOOOOOO!!

thank you baby, thank you sayang!! sangat-sangat gembira!!i went to the training semalam, and best gila!!!i hope tidaklah hangat-hangat tahi ayam jer..teehee..

kadang-kadang Allah dah tuliskan cerita yang cantik untuk kita. i doa sangat cerita cinta i cantik sampai akhir hayat kami. i love him, and i know he loves me too. berdoa sangat tiada lagi dugaan yang hebat macam hari tu. i tak boleh hidup kalau takde dia..hrmm...sebak plak tulis macam nie.

so okay la. i hope i can get my ideal weight by the end of the training session. please please please...amin.

ps: doakan kebahagiaan kami yer. amin..~love~

Mencintai Aku Dengan Seadanya

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Stacey - Kisah Dongeng

ps: bila ofismate 25jam bukak lagu ni memang agak bernanah jugak telinga...T_T

Wednesday, July 20, 2011

The Up Side Down

Assalammualaikum.
Where do I begin? Okay.for the past few weeks,I had been in a kind of situation yang I rasa tak pernah di alami oleh mana-mana pihak pun kat dunia nie; Bila nikmat cinta ditarik dalam sekelip mata.okay fine. Exaggerate. Orang lain pun pernah rasa,but I was devastated.I really was. And I think my world has come to an end.

A week before this sad thing happen,I was happily went on a date with him.and I don't expect any of this scary thing to happen.at least not a week after a loving date,no?

So when he said he wanted to break off our relationship (for a certain reason I don't want to mention here..awwwww..don't be sad..haha), I was damn shocked and really rasa nak pengsan. I was crying like mad but at the same time I know I have to let him go.after 7 years. Selepas 7 tahun yang penuh rasa cinta. We don't get on a fight nor we have major problems with each other.It just happened and it happened on the 10th of july.

I was devastated.I can't work.I can't eat.I cried everyday at the office.my friends were crying too.my parents were sad,so do his parents. Days were so gloomy.I lost a few pounds due to that. He even change his relationship status on facebook.by that time,I know he is serious.

I was praying like there's no tomorrow.I never pray before.I mean not that diligently. Deep in my heart,I know I still want him.I really do.call me stupid,call me stubborn. I really want him because I love him.I really2 in love with him. Orang yang pernah berasa cinta saja yang akan faham.

Until on the last monday,I decided to let him go.I really do. I just want to see him happy. I met him on sunday,he looked so sad,serabut.I can't see my love one like that.I really want him to be happy.and Actually I have already plan to leave for UK.I had contacted several friends kat manchester and london.and I should be gone, september is the earliest.

But things were not always according to our plan. Allah penentu segalanya,remember?alhamdulilah yang teramat sangat,we were back on track. He still loves me,and I still love him. I still takut-takut with him,but I hope Allah akan sentiasa meredhai hubungan kami.

Alhamdulilah, we will get engaged in just around the corner,and married after that. InsyaAllah. Amin.(I am crying when I type these words)

I just want to thanked Allah,sebab Dia tahu akan sebab yang terjadi dan Dia akan sentiasa membantu hambaNya yang lemah. Thanks to our parents yang tak putus2 doa untuk kebahagiaan kami. Thanks jugak kat kawan2 yang sentiasa bagi sokongan. Kawan-kawan yang tak pernah bersemuka pun sentiasa bagi sokongan.

And lastly, I want to thank (and appologize) to my dearest bf. Terima kasih sebab masih percaya akan 'kita'. Terima kasih kerana sentiasa menerima kurang lebih your own gf. I'm so sorry for all the wrong doings. I hope we will start a new life together with a new chapter. I'm looking forward to have a life with you because I love you so.

Ps: the sadness I felt during these past few days just cannot be describe in words. Allah je yang tahu.up until now I'm feeling the sadness but I just love him.itu sudah cukup untuk menutup rasa sedih tu.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, July 9, 2011

Abang Macho Tapi Sweet

Assalammualaikum.bersiaran lagi kita tapi since hari ni hari sabtu,maka ianya adalah hari cuti bagi saya.hari ni adalah hari tak bersejarah sangat sebab manusia yang cintakan rusuhan dan ketidakamanan tengah sebok tunjuk perasaan bawah panas matahari membahang di,entah.malas nak amik tahu.

Oh jadi kita bersiaran dari studio haircut.tengah potong rambut.lagipun jap lagi nak pergi wedding.kat tengah2 KL plak tu.

Citer pasal wedding,I lari sekejap beli hadiah kat jj.beli mangkuk letak candies jela.ingat nak bagi duit,tp macam tak best je plak datang tangan kosong walaupun kita bagi duit.kan?

So,sekejap je.cari foundation pun xjumpa.dah nak habes dah kot.actually dah habes pun.lepas beli tu terus la naik escalator,cr kunci keta dalam beg,tangan sebelah pegang hadiah berbalut gold,bayar parking.

Okay sabar sabar.nak citer la ni pasal abang macho tu.

Tengah nak bayar tiket tu,seringgit je pun.boleh tak takde duit kertas RM1?duit syiling dia taknak makan plak.hangen gila aku. Nak taknak buat la muka seposen mintak tukar kat orang.

Ade plak abang demok2 comel baru sampai.buat muka ayu,manja,

"Abang..ada seringgit tukar tak?dia taknak plak duit syiling.." Sambil cari2 duit syiling dua puluh sen,5 keping.

"Nah..amek jela.."

"Eh bang,ape ni..amikla ni bang..orang nak tuka jer la.."

Abang demok2 comel itu berlalu pergi. Kawan dia yang agak hensem kat belakang dia tu senyum comel2 jer,sambil dalam hati cakap, "kawan aku dengan awek laju je bagi sengget,dengan aku 50sen pun mintak balik".

I was like,terkejut gila.yela..niat kita nak tukar,tapi abang tu boleh plak blanje sengget.so thanks sgt2 abg demok2 tapi sweet. Doakan semoga rezeki abang tu dan keluarga beliau bertambah ruah hendakNya.

Sweeetttt gila abang tu. *senyum lebar2* tu buat calon suami pun enak jugak tu.ehehe..

And sekarang I'm having fever,batuk,selsema,dan sakit kepala yang melampau. Dua2 klinik boleh tutup plak kan.pergi pharmacy die bagi ubat flu ape ntah.jap lagi baru makan.

Ps: pendek plak amoi ni potong rambut aku.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, July 8, 2011

Part of My Life

Assalammualaikum and a very good morning to all.ewah, macam nak buat forum plak. Anyway, today I came across a statement in twitter.I can't put the link because I'm broadcasting using my bb. So the statement was like this,

"If someones want to be part of your life,they will make an effort to be part of it"

Saya sangat setuju dengan statement di atas.sangat-sangat setuju. Mari bincangkan ( dengan diri sendiri).

Contoh,kalau the gf you tak suka you datang lambat,janganlah the bf datang lambat.alasan jem,kete rosak adalah annoying. Takkanlah a day before dating,tak boleh check dulu?kan? And kalau tau jem,can't you put some effort utk gerak 5 jam awal dari waktu sepatutnya?kan?

When I want to go out for date (ini rahsia sebenarnya) two days before until the date,I selalu mandi guna sabun2 mahal(mahalla, 500ml dah RM18++) supaya bau tu melekat.I MAKE AN EFFORT untuk berbau wangi,to make the outmost for the date.

Itu satu. Another thing,kalau the gf tak suka the bf brkawan dengan orang yang dia tak suka atas sebab tertentu, the bf haruslah MAKE an effort untuk tidak berkawan,demi yang tersayang.

Tapi kalau sayang la.kalau tak sayang,lantaklah kan?tinggalkan je gf macam tu demi KAWAN tersayang. Takde masalah.

As for me.kalau I rasa the man is really THE ONE for me,I leave the person yang menjengkelkan dia.mungkin dia cemburu.mungkin dia sayang sangat kat kita,takut2 kita tinggalkan dia.ha,sweet kan?:)

And both parties kena bekerja keras and make an effort untuk happykan your other half.kalau dia tak happy,tak ceria,selalunya bergaduh.bila bergaduh,relationship pun tak berapa nak best. Kalau dua2 make an EFFORT untuk pleased your other half,things will be great.

Yang penting,EFFORT tu!

You boleh berubah,kalau you put some effort for it kan?kannnn??

Ps: bila berfikir,berfikir for both sides.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, July 7, 2011

BBM Kurang Bijak

Semalam I felt bit different.perasaan. Maka telah bertindak tidak berapa bijak dengan bbm en bf dan mengeluarkan statement tidak berapa bijak kepada beliau. Dan en bf pun merajuk.

Ha kan I dah cakap cik gf ni tak berapa bijak.en bf haruslah bijak,sebab tu dia tak buat statement tak berapa bijak macam ni.

Dah mintak maaf,I mean I la harus mintak maaf sebab "bijak" sangat buat macam tu, terus jadi manja-manja gedik entah pape je.

Semalam malam we had dinner at nenek's,so balik lambat sikit.so I balik dah penat gila and terus kebabom tido.without even wish nite kt en bf.ha cane nak kawen tu,u tell me rite now?hee..

So hari ni,I dengan tanpa segan silu nya hantar la bbm mushy kat en bf.lepas dah anta tu,a few seconds later,en bf bg icon love.lepas tu I rasa malu yang amat sangat sebab jiwaaaannnnggggg gila hantar bbm macam tu. Dah 7 tahun kot,yang awak gedik sangat hantar bbm jiwang tu dah kenapeeeee..

*masukkan kepala dalam beg*

Ps:BBM tak berapa bijak drpd orang bijak,tapi bukan dalam BBM.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, July 6, 2011

Wait For A Second!

Good morning.bersiaran secara langsung dari konti kerja di tengah-tengah KL. Hari yang sangat cerah,dengan sang burung berkicauan di udara nan biru.

Kadang-kadang, ada sesuatu yang macam kita asyik fikir,tapi kita tak boleh nak bagitau sape2.takut memudaratkan dari segi zahir dan batin. Takut juga mengundang perpecahan kaum,dan juga takut boleh mengancam sesiapa sahaja.

I have something lingering in my mind.I can't tell my bf,I can't tell my friends,jauh sekali family. Allah?Dia tahu,semestinya.sebelum benda ni berlaku pun Allah dah tahu. Hebatkan?

It is (slightly) causes a burden to me,somehow,someway.kadang-kadang I penat sangat fikir pasal nie. Kadang-kadang I fikir kenapa I susah-susah involve in it.why can't I just get out of it?

Atau it is only me who make it into a troublesome-matters-whatsoever?

But heyy,wait a second! Lean back and relax. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian kan?you know that right Farah?takkan baru sikit dah lembik bongoks macam ni?hahaha..sometimes I think I just need someone that I didn't even know who (s)he is,pastu blurrghh out everything.puas hati kan?

I tak salahkan sesiapa,and I taknak point fingers kat siapa-siapa,and I tak perlukan sesiapa untuk letak dia atas punca semuanya.

Penat.penat.penat.

Dah cukup masa.sikit lagi sampai ke kemuncaknya.nak sabar ke ape nie?atau let it go with the flow?haa..

Tapikan,kalau nak ikutkan,I am lucky by comparing to other unfortunate people.entah kenapa manusia masih tak bersyukur.

Ps: sebok msg kawan2 ajak g karoke weekend ni.dah entah kenapa.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, July 4, 2011

Sesat dalam Mall

Friday hari tu MC,perut sakit memulas sebab makan fish&chip from san fransisco steak house kat klcc.ok bukan sebab food itu sahaja,banyak lagi yang I sumbat.so I think due to the several chemical reactions inside the stomach causes such feeling.lepak kat rumah the whole day bertemankan toilet.

Sabtu en bf beriya ajak date,dari hari khamis dia dah siap beli tiket transformer.semangat betul.sometimes he is so charming buat I rasa nak tumbuk2 jer dia sebab geram sgt.he is romantic in his own way..so anyway jalan lenggang kangkung je and both of us were so happy sebab macam amazing grace ou kosong.

Sampai je,kebabOm!!memang la kosong,tengah renovation katenye.T_T..the whole old wing is still under progression,new wing haruslah dah cantik menyinar.

Cik gf:"syg..arini I nak shopping..I want to buy shirt,shoes,makeup.."

En bf: "ok dear..u pun dah lame tak shopping..slalu saya je.."


Masuk one of the shop,after a few minutes wondering around,

Cik gf (via BBM): "syg..I'm lost.where r u?I tunggu luar k.."

After 20mins - no reply.


Cik gf (gelabah) masuk balik the shop,berusaha keras cari bf sampai jumpa.jumpa en bf kat satu sudut.

En bf (tanpa rasa bersalah): "syg..yang ni cantik tak?"

Uwaaaaaa...Dia tinggalkan gf dia semata-mata nak shopping,padahal tujuan utama gf die yang nak shopping..bukan diaaaa..T_T

ok terima kasih.

Ps: tengah2 jalan nak pegi GSC, I received a BBM, " budak nakal memang selalu hilang..". Eeeeeeeeeee...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, July 1, 2011

Vegetarian

One evening, i was having a cup of coffee at starbucks dengan one of my student. the reason i went to a drink dengan dia pun because she skipped her lunch that college has provided for her/them. NASI AYAM. i totally insanely forgot yang dia vegetarian.

i asked her, "why are you switching from being normal to a vegetarian?". no offence, i cant think of any word besides normal, and she's okay with it. slowly, she sipped the hot caramel latte that i've ordered for her and say, "mem', when you eat the animal, eventually you will become one..".

kebabOm!muka i tiba-tiba merah sebab indirectly dia nak cakap i macam binatang. tapi i teringat, kita sebagai umat islam, memakan binatang (bukan bangkai) adalah bukan kesalahan/dosa. tapi i tak menafikan apa yang dia cakap, sebab makanan yang kita makan kan jadi darah daging kita.

MAYBE one of the reason kenapa mereka yang memakan binatang berperangai seperti seekor binatang simply because, mereka tidak memakan binatang yang disembelih mengikut Islam dan syariat Islam. kadang-kadang kita makan dekat western reastaurant yang tidak ada tanda HALAL, sebab kita kata dia tak dapat status HALAL sebab jual beer, without even realize the chicken, meat and lamb is from , out of nowhere?

takpelah, i taknak sentuh tu sebab semua dah besar and boleh fikir sendiri mana satu Halal and mana satu Haram. right?cuma i just want to remind you, flexible flexible jugak, kalau benda tu dah haram, jangan la kata halal yer.

thinking about being a vegetarian. uuuhh...i love vege. semua except CARROT. no carrot juice for me and no carrot yang tebal-tebal keras for me. yang lembek and lenyek2 boleh la. being a vege is healthy. kalau you all taknak makan meat pun boleh, you can get the protein from soya and banyak lagi.

tapi kan, bila teringat kalau jadi vege tak boleh dah nak makan ikan 3 rasa denga encik bf, terus tertutup pintu hati ku ini. bayangkan kalau pegi makan, kita makan sup sayur, kueytoew sup sayur, dan encik bf makan ikan siakap 3 rasa, tomyam seafood, sotong goreng tepung, memang lah ade rasa nak terbalikkan meja makan. oh so dengki kann??

maka, saya tidak mahu menjadi vegetarian, cuma saya akan kurangkan pengambilan carbohydrate yang sememangnya takde kena mengena dengan protein mahupun vegetarian.

sekiannn.

Tuesday, June 28, 2011

Audit Visit-BERJAYA!

Alhamdulilah.effort,paperwork,all the burning candles are well paid off.fuhh...pihak audit dah datang,semak papers, infrastructure,and all.and we get a really2 good feedback from them.

This was my first time handling,meeting,this kind of project and pressure.hey I'm young okay.too young to handle this kind of project.my title as a 'Head' and should be able to carry such work,still I rasa I don't have the capability to do that.

Thanks to my HOS and other team members yang sama-sama menjayakan tugas ini.really appreciate all the hardwork you people had put in.without them,susah nak complete the task.

Harap dapat bonus la raya ni..lalala.

My HOS cakap,I'm a dynamic young lady.dynamic tu apa?I kan tak berapa nak pandai,encik bf je pandai so I pun google la.dynamic person is someone who:

1. Able to adapt to different mode of communication.
2.Do not fear of rejection
3. Give an interesting answer
4. .Mannerism
5. Engage to many people
6. Public are customers

I rasa I no 1 jer.from that reason I'm able to branch out to different perspective regardless their background and culture. Mungkin sikap hormat yang diterap dalam hidup I sejak azali lagi buat I bersikap dynamic?mungkin. Tak lupa jugak encik bf yang banyak mengajar cara mengawal emosi and cakap tu biar bernas.

Lepas tu, HOS I tu medical dr.lagi la best.dia bagi health consultation for free!dia kate lagi datang clinic bole bg diskaun okay.oh very the like.tadi dia bagi list of ubat untuk prescription kat pharmacy.and tiba-tiba kite jadi good friend plak.

Akak opis pun cakap, audit ni takkan berjaya kalau takde I. She said I am a well manage person and really good at as coordinator. Keje on time and always complete.yang bestnya dia siap mention my nama kat managing director. Doa-doa la dapat increment. Dua ratus cukup lah.

Bukan nak brag,tapi I'm quite suprise dengan ape yang I'm capable of doing so.bukan senang after meeting end tadi, dari boss sampai kerani congratulate I.it was a team work but still. But yeay, berjaya!

Sekarang ni boleh la mintak encik bf belanja makan,or romantic dinner kat restaurant terapung tu. Boleh eh sayang?hehe..

Ok nak buzz off sekejap.

Ps: penat.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, June 26, 2011

La Cucur

Semalam (sabtu) was really a busy day.the night before,I tengah menyeronokkan diri ke hartamas dan pulang ke rumah dalam keadaan yang sangat penat selepas habis class.pukul 2 pagi. Encik bf?jangan tanya.dia sudah memang saya amat pasti dah tertido telangkup kepenatan dek kursus yang dia baru attend. Kesian dia.

So semalam pergi hantar rombongan meminang ke meru klang.umang aihh,memang la jauh dari cheras ke meru.walaupun naik keta mahal gila,tetap aircond die macam microwave.panas.tak tahan.

Aunty I yang kaya ni dah sediakan nasi dagang n laksam untuk breakfast.lepas breakfast ade la doa sikit2. Ustaz tu ckp,lepas bertunang bukan lesen tunang untuk meraba dan diraba. *terus tertunduk malu*

makan kat meru tu,pihak pompuan sediakan lauk sedap gila.simple tapi sedap.I nak tambah,tapi bukan malu,tapi memikirkan berat badan berlebihan nanti encik bf bising2 dia kate macam mane nak kendong masa dah kahwin?*hentak2 kepale kat dinding*so forget it.

Malam tu aunty I buat lagi makan2.yang ni die order from La Cucur.sape tak tau La Cucur ape,sila berenang dalam longkang sekarang. Sedap ok la cucur.sedap sangat2.Pastu ade Pai Tee plak tu!ha,sape tak tau pai tee ape,sila berenang balik dalam longkang tadi,tapi lajukan sikit.haihhh la.semputtttttt..

Malam tu,encik bf datang.ehem.rumah dekat kan.rasa nak peluk2 je,tapi yelakan,bukan muhrim I.agagaga.leh tengok2 jeling2 jer.seronok betul la die makan.I pun seronok sebab sambil makan sambil borak2 dengan dia.encik bf kate quality time together.suweett. Dari pukul 6 sampai kul 11 dia kat situ. Kira sampai abang la cucur tu balik la.haha..

Lepas tu nak jugak la private moment.We had a very2 great time kat carefour.carefour je tau,tapi dia punye rasa tu lain macam sikit.haha..dah macam budak2 pun yer gak.nasib tak bawak troli yang besar tu.kalau tak,mau ke hulur ke hilir main. Encik bf baru dapat gaji maka dia keluarkan surat pekelilingn "b nak ape?amek jela..".tapikan,encik bf ni die macam tau2 la gf die baru makan berkilo2 td.bila kenyang gf dia memang tak boleh tengok makanan,nak muntah. So sebab taknak kecikkan hati dia,I amek 2 kotak air,yogurt,dengan ape ntah.itupun rasa macam nak kena sawan je memilih.

Encik bf having fun borak2 dengan uncle.pasal MU,memang la having fun sangat.he is really something la encik bf.banyak kali tengok dia,banyak kali jugaklah jatuh cinta.

Sebenarnya ni tengah rindu ni,tak bbm lagi dari tadi.sebok sangat je dengan OP-PP dia.heee..biarlah.

Ps: geram!geram!geram dengan encik bf!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 23, 2011

:Credit Card

Seminggu ni I will be late for home.kerja banyak gila, lagi-lagi audit nak visit. Tapi the best part is,haruslah boleh claim OT or elaun or ape-ape la yang you all panggil. Last visit I tolong, almost half of my salary okay dapat.memang kaya sikit la kan. Bayangkan *kalau gaji rm3000,maka bulan tu I dapat rm4500.heaven kan?

So anyway,bulan lepas I rasa I banyak shopping la,tiba-tiba tengok acc balance dah susut.ngapain?terus termati nafsu nak apply credit card.dulu-dulu masa tanya opinion encik bf (benda-benda serius kena tanye encik bf sebab beliau memang hebat dan sangat bijak dengan benda-benda serius macam ni,gf die pulak tak berapa nak bijak), maka beliau cakap, "syg jangan nak mengada-ngada.."

Apakah?kenapa beliau amat kejam sekali dengan terus tidak membenarkan cik gf dia yang baik lagi penyayang mengapply credit card!?apakah tak layak langsung cik gf dia untuk apply credit card itu?

Memang pun!!dasar perempuan tak sedar diri!kalau gaji 10k tiap bulan haruslah apply credit card!kete cabuk tu pun berhutang nak bayar,ade hati nak pakai credit card.
*cakap sambil cekak pinggang*

Maka dengan ini,saya cik gf kepada encik bf sudah sedar diri dengan keupayaan gaji sendiri,maka saya target lagi 3 tahun baru nak pakai credit card .boleh eh sayang?hish,die bukan baca pun.

Tapikan sayang, kalau you buat credit card and I supplementary holder lagi best!kira I ikot la cakap you tak pakai credit card.I nak jadi gf yang taat dan patuh.ciri-ciri isteri mithali ecewah..

Ps: syndrom-money-shortage..T_T
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, June 20, 2011

Missing my Other Half

Okay.seminggu macam setahun rasanya.encik bf di kejauhan mencari nafkah,and yet cik gf mengada-ngada kerinduan.Memang la rindu sebab 2 weeks before he off to work,telah berlaku perselisihan pendapat between us,and we (I sebenarnya) did not contact each other for 2 weeks.oh,bergaduh mengeratkan kasih sayang sebenarnya..lalala..

But the night sebelum dia pergi,dia cakap la nak pergi bla bla..and balik bla bla..I bla bla..u bla bla..you know la,mushy stuff. Nasib jiwa raga I yang lemah bersopan santun haruslah terpedaya dengan kata-kata manis beliau.

Halaahh..takde la manis sangat,kata-kata perangsang sebenarnya.maka jadi lebih bersemangat.tapi hari ni baru senin,beliau balik sabtu..alahai lamanye lagi..

He sent me a picture of him siap beruniform.teringat the first time I fell in love with him.gambar beruniform jugakla I dok pandang 24jam.masa tu zaman sekolah2.encik bf hari-hari pergi kelas pakai uniform,sekolah dia mengada lebih.nasib tu sekolah lelaki jer,if not time tu jugak nak register sekolah tu jugak..hehe..

I know he's missing me sebab bilamana dia sempat,dia akan sms me (no bbm sebab I know lagi la susah) "br lps makan syg..".."Officer tu poyo b.."..hikhik..the fact dia take a minute to sms dah cukup kembang kuncup jantung dengan valve i nie.. Hee..

I hari-hari dah jot down nak buat apa every weekend or time yang dia ada nie..makan kat mana semua..buat ape..wayang ape..encik bf tidaklah cerewet,maka cik gf dia yang kelam kabut nie memang la sesuai as partner in crime.

Haa..melalut jauh nie. Oklah nak sambung mark papers student2 ni.jawab dah la merepek2.camne nak cgpa tinggi camni.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, June 5, 2011

Fruitland Jusco AU2

so after we went to my friend's wedding at putrajaya, we don't feel like going home right after the wedding. instead i asked my friend to bring me to jaya jusco AU2 keramat. we stop by here, FRUITYLAND!!

this was mine. FRUITY LOLO SOURSOP RM6.90. the taste was so masam (sour), but taste good for my liking. ada sac of the soursop itself, and to be able to munched it was great. recommended for people yang suka sourness, like me!



oh actually this was a wrong ordered dish, but the flavour and the dumplings adalah sama. DUMPLING SOUP RM8.90. soup dia sangat sangat sangat sedap. rasa macam soup tok nenek kita buat. recommended for everyone!





TAO FU FA RM3.50. not to sweet and served while hot. memang macam tao fu fa cina and makan semangkuk memang tak cukup. the tao fu fa very soft and milky to munch.i love it to bits!





ni ape eh nama dia. should be FRUITY LOLO HONEYDEW RM7.90 kalau tak silap. combination of susu and honeydew memang sangatlah terbaik. i curik 2 - 3 sips sebab sedap sangat.




boleh bawak kids here sebab tempat die yang warna pink (more to my favo color FUSCHIA), and ada playground and setting yang sangat childish. teringat masa budak-budak dulu...teehee...




so far i heard the franchise ada dekat the curve and also here jusco AU2 keramat. go la and bring your family. it is a great place to be!i definitely will go!











Friday, June 3, 2011

Kenapa Perlu Membawa Bekal

You know, since i am a homey person, i seldom eat outside unless i have to. homey person yer adik-adik bermaksud seseorang yang sayangkan rumah, sentiasa berada di rumah, lagi-lagi kat rumah semua ada macam unlimited usage of internet, air-cond, dan peti ais yang penuh dengan fancy food, dan suka makanan yang dimasak di rumah. thanks to mama yang dari dulu tak penat-penat masak untuk kitorang adik-beradik. walaupun sampai sekarang mama dah tua (57y.o) dan full time worker in one of the biggest bank in malaysia sejak 32 tahun yang lalu, balik kerja mama terus masak. agak pelik kalau ibu anda suri rumah dan tak masak.

oleh sebab itu, i always bring bekal to my office. even masa sekolah pun i bawak. tak tau la kenapa tapi memang hari-hari kalau ada lauk lebih malam tadi i bawak. okay fine. you all nak gelak ke ape ke, up to u. i lagi prefer makan makanan rumah dari i beli nasi kandar kari masin. tapi tak hari-hari la. kadang-kadang makan jugak nasi lemak and all.

and i save a lot too!kalau satu hari bajet makan rm10 tapi tak pergi makan, seminggu dah rm50. tapi duit tu bukan bertimbun pun. selang 2 minggu keluar dating mesti i shopping. kalau takde baju berkenan kat DP pun, watson / guardian wajib pegi.

so itulah. selain daripada healthy and food yang sedap, duit juga dapat jimat. tell me, apa tujuan i tulis entry pasal food pukul 1 pagi ni? yer tepat jawapan anda yer. L.A.P.A.R.

selamat malam!

Wednesday, June 1, 2011

Oh Crap!!takutttt..

I don't even like what I feel right now.I don't like thinking what will happen kalau benda tu jadi lagi untuk ke sekian kalinya. Takde perasaan kasihan ke wahai manusia?

Ujian dan ujian dan ujian yang Allah berikan. Mungkin petunjuk dah lama sangat tak pegi jenguk Dia. Alpa alpa alpa.

"Kul in kun tum..."

Tetapkanlah hati aku ya Allah.sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segalanya.amin.

Ps:serius rasa takut and nak muntah.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 27, 2011

Fear of Nothing

Makin dekat,makin perasaan ni bercampur baur. Risau,takut.hrmm..macam-macam lagi. betul ke keputusan yang nak di buat ni?boleh ke aku ni?

Mungkin sepatutnya bila datang perasaan macam ni,kita patut sembahyang dan berdoa lebih kepada Pencipta yang of course tahu segalanya.

I fear most about my future.I really do.I mean,after watching that video,I felt like..hrmm...susahnye.I takut.I sangsi.I really don't know about my feelings anymore.

Sebab I don't know what my future will bringsI look like I'm strong.I act like I'm strong.but I am not.I don't.

Can we just,stop?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, May 26, 2011

Working Matters

I thanked my mum for always taught us about life and all.my mum had been working with the chinese for almost her entire life.she said that the working style of the chinese are different.diorang sangat rajin and proactive.it keep us to work harder and contribute more to the organization.but they will pick chinese for higher position no matter how good you are,but if you are not a chinese,they won't pick u.

My dad oppositely had been working with mostly indians and malays.he said indians are different.indians are more friendly compare to chinese and malay.and they like to share stories and experiences.but the bad thing is,they are backstabbers.especially to their own race.

Malays are more to the laid back and watch.but these lead them to bersikap malas.dalam islam memang kita diajar supaya bersyukur dengan apa yang ada,but that doesn't mean kita tak boleh work hard and contribute more.and I realized that.that malays malas.

I work with indians and they acted as what I said before.and it was so sad because benda ni terjadi bukan sebab religion or races,tapi sikap manusia itu sendiri.human behaviour.and ramai yang terkena atas sikap backstabb and fitnah orang and create stories and all.

Personally I think,kita tak boleh blame agama,race,nationality.this is more of your education,background,and how were you brought up by your family and all.I have chinese,indian,and malay friends NOT like I described above.so this is wrong.

I always hold these whenever I go:
1)Jujur dengan apa yang kita buat,cakap.
2)Berbuat baik dengan semua orang
3)Rajin
4)Always think positive
5)Jangan berprasangka buruk pada orang.
6)Ikhlas dengan perbuatan kita.

I'm not good and sometimes I don't follow my principles.but I am trying whenever I can. And I hope other people also have their own good principle.these will lead to a better place to work and live.

Ps: this is personal opinion and doesn't involve anyone.and I have 1 chinese wedding,1 malays wedding,and 2 indian weddings to attend.from kl down to south.cmne woi!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 25, 2011

Ain't missing

I almost forgot that I have not been out for a date for almost 2 weeks.I see..now I know why I'm being so childish,emotionally emo,and kinda miss him.and I can see the pattern.you know,klau minggu ni pergi dating,the whole week kitorg bbm,calls and everthing.tapi kalau minggu tu tak dating,the whole week kitorg x spend time whether bbm ke,calls ke.dia ada seminar ke,I have meeting ke.

He,always be the mr-cool,bukan dia kisah pun pegi dating ke tak.janji he knows that his gf is happy,dia oklah. Unless gf die dah membebel,merajuk,bergaduh tak reply bbm die tau la dunia berpusing berapa kelajuannya.teehee..

Anyway dah lama sangat tak buat suprise kat dia.and I don't even think he reads my blog.but anyway,nak buat suprise tapi ongkos takde..tapi entahlah.

I hope this week we can go out and have fun.kate nak makan steamboat kan.:)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 24, 2011

Lembut macam kapas

My current cravings,eh tak boleh.sekarang I dalam proses menghabiskan all the moisturizers,toners,cleanser ke ape lah.and all the unused or halfused makeups.

Now all the moisturizers from different brands,I campak dalam handbag,bawa pergi office.dua tub I bawak.satu from nivea,and another one from crabtree&evelyn.nivea tu standard la bau nivea,and crabtree bau lavender.

Cleanser I bawak dua jugak. Satu from bioessence and another one from safi.tapi I lebih cinta dengan safi.bioessence setakat nak habiskan.

Untuk losyen kaki I bawak johnson baby je.itu lebih memudahkan proses rasa nak tidur je.

Kat rumah berlambak lah lagi macam boleh bukak pharmacy dah.ha ha ha.kena habiskan semua baru boleh beli yang satu set terus.sk11 ke.

Lagipun en bf cakap tangan I lembut.jadi semakin laju untuk habiskan semua mosturizer bagi lagi lembut macam kapas.

Okaylah,nak pegi buh lagi cream-cream ni sume.perempuan kena rajin pakai.selain buat kulit lembut,bau kita pun wangi.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 23, 2011

Bercinta Dengan Suami Orang

Lately ni ramai pulak kawan-kawan I yang ada affair dengan suami orang/suami orang yang ada masalah dengan isteri/suami orang yang bakal bercerai.

And it is damn scary!!

And I don't know what else to say to my friends,sebab I am not in their shoes.the only thing I know,they love their bf same macam mana pasangan lain bercinta.

Ada dua sebab kenapa diorang cari/suka suami orang. Berpengalaman-maksudnya understanding,tahu apa yang perempuan suka dan tidak suka.duit-yelah,dah kerja berpuluh tahun,mau duit tak banyak kan.

Rata-rata kawan I, ada masalah percintaan iaitu, bf sebelum ni kaki perempuan, mengongkong,and menyakitkan hati dengan kata-kata.ecewah..and another thing,duit.suami orang itu boleh belikan laptop,duit jajan.kalau yang lagi advance belikan kereta,hp dan sebagainya. Tell me siapa taknak semua itu?

Actually,I tak berapa nak salahkan lelaki sebab lelaki memang makhluk Tuhan yang gatal.tapi I salahkan perempuan sebab siapa suh tepuk tangan lelaki itu,sebab tu lelaki itu tidak bertepuk sebelah tangan. Contoh,ahmad suka lina.ahmad suami orang.hari-hari ahmad kacau lina.kalau lina tak layan ahmad,ahmad akan bosan dan cari mangsa lain.TAPI kalau lina pun sama gatal melayan ahmad,maka ber-affair la diorang. Kan?tapi ahmad pun salah jugak sebab dah ada bini still nak cari lain.tapi pompuan (lina) tetap salah.

Ok fine.memang I tak faham perasaan perempuan yang tangkap cintan dengan suami orang.tapi demi Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang, I rather die than hurting another sister of mine.

Jadi, perempuan2 yang hatinya lembut dan penuh kasih sayang,kalau anda tengah bercinta dengan suami orang,cepat2lah putuskan supaya dia kembali bahagia dengan isteri dan anak2.tidak perlu cemburu dengan isteri dia sebab Allah dah janjikan yang terbaik buat kita cuma ambil masa. Kesian kat isteri dia dan anak-anak.

Kalau bercinta dengan duda takpe.kalau suami orang itu ikhlas nak kahwin,ikut sunnah nabi,dia mesti ada ciri-ciri islam sejati.tapi kalau dia pegi dating dengan anda di kedai kopi misalnya,fikirlah sendiri.

Duit yang banyak memang menjanjikan kebahagiaan.tapi kebahagiaan anda bukan diatas kesengsaraan orang lain.

Bercinta jela dengan orang biasa dan sedarjat dengan kita dan single.senang dan tidak memusnahkan orang lain.

Kepada kawan-kawan yang bercinta dengan suami orang,I can't do anything.its ur choice.aku cuma boleh harap,bakal suami kau takkan buat benda yang sama kat korang.

Ps: in love dengan budak kampung,sebab I pun budak kampung.yeayy!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, May 19, 2011

Too Late

"You will never know how much you hurt me,how much I suffer the whole summer, UNTIL when you realized that it was all to late for you to stop me,to behold me,to hear me say that I LOVE YOU...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 16, 2011

The love Mystery

"And then I met someone,
And I thought he could replace you,
We get along just fine,
But it was such a waste of time,
Because it was not you.."

Takde siapa yang segarang awak.walau awak tengah marah2 saya pun, hati saya melting sebab I know you were mad at me because you love me and that you care.

Takde siapa pun sebaik awak.walau macam mana mengader nye saya dengan perangai saya yang kadang2 awk malas nak layan,awak tetap layan saya seadanya saya.

Saya tau saya tak sepandai awak,tapi awak selalu buat saya rasa lagi pandai dari awak.you never look down on me despite how much I envy you sayang with your work and everything.

Terima kasih encik bf sebab always be with me no matter what. These few weeks I am damn happy and I don't know why..

I love you love and I hope we will have a happy ending and that time will keep us together.

Ps: I think because of my PMS makes me all mushy.apakah?



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, May 15, 2011

Etika Bekerja: Rasanya semua tahu kot!

yada yada. yes i have few problems with the way of people behaving while working, atau kita panggil secara profesionalnya ialah- working ethics.

i find it amusing yet irritating while working with people who has these kind of behaviours as i spent almost 10hours in my office and 10hours working with extra flavours dengan orang yang macam ni, i think within 5 years time, either i berhenti kerja atau mati cepat.

this is as a reminder for you good guys, and also myself, because i dont want to irritate people, and neither i dont want you people to irritate me too.

1. datang lambat balik cepat. i mean satu, dahlah tak amanah dengan perjanjian (kontrak) yang korang buat. dua, dosa makan duit tak amanah.
2. pukul 8am punch in, pukul 8 tu la kau nak makan nasi lemak sotong kau, amik masa setengah jam pulak tu. satu, tak amanah lagi. dua, tak rasa bersalah pulak tu makan time kerja. setakat kerepek ke ape boleh la jugak terima.
3. pasang lagu kuat-kuat kat laptop/handphone/audio devices. annoying tau tak?satu, bukan lagu kau hebat sangat. dua, kerja kita ni buat research, reading, maka respect la sikit privacy orang yang sukakan keamanan dan bukan lagu siti nurhaliza kau.tiga, apa tujuan orang invented earphone??
4. memang orang cakap mulut tempayan tak boleh tutup. tapi mulut manusia boleh tutup melainkan kau nak jadi tempayan. buat kerja pakai tangan, bukan mulut. kalau pasal excel pun kau nak describe tak payah kot.
5. bersyukur dengan apa yang kau dah ada. jangan nak complaint je 24jam. hidup aku selama ni pun bukan untuk tujuan dengar kau mengomel. jangan nak fikir negative sangat. kalau nak pun fikir negative, keep your thoughts to yourself. cukup dah negativity aku kat bf aku.
6. jangan jaga tepi kain orang. lantaklah kalau dia belum kahwin tapi lovebite penuh kat leher bila angin selak tudung dia. dosa dia tu dengan Tuhan. dosa kita mengumpat dia sape nak tanggung?
7. jangan cerita pasal kau tido dengan perempuan mana, dan semalam suami kau adalah terbaik diranjang, dan sebagainya. cukuplah dengan video porno yang tersebar luas. kami tak perlukan audio porno, harap maklum.
8. kalau bos panggil suh jaga exam, jangan bagi alasan nak breakfast dulu. satu, itu waktu bekerja bukan breakfast. BREAKFAST ADALAH SEBELUM WAKTU PUNCH IN.
9. amanah dan ikhlas buat kerja. kalau tak ikhlas pun, fikirlah duit gaji itu untuk anak bini makan maka NIAT harus betul. macam kerja kerajaan tapi dok kutuk kerajaan yang mentadbir.maka keikhlasan tu dah takde.

semua ini adalah reminder untuk diri sendiri. sebab i know, kalau benda ni irritates me, maka high chances yang kalau i buat macam ni kat orang pun dia akan irritated jugak.

alright?

ps: a great day. tomorrow's monday. selamat bekerja dengan amanah dan ikhlas. kalau tak ikhlas, tukar la kerja lain ye bang?

Tuesday, May 10, 2011

Tiring Sunday

Bf stated that we should date differently by doing different things,unlike the usual date.you know.usual dates that we did were like watching movies but with premium seats,eat at fancy restaurant such as kfc,foodcourt,mcd,kenny rogers,tgif for lunch, and dine out at local restaurant with expensive foods such as ikan siakap,sotong etc.money wasting.

But he wanted something different,and we too want to cut down cost and save for our future. (But still I love watching movies and sit for hours borak2).

Thus he decided to bring me hiking at broga hills,for 2nd time!ayayaya...penat kot.bf I memang kejam. But I followed him,dalam keterpaksaan. But my family wants to follow too.ayah,mama,sis,cousins.

He,being the nicest bf ever,he waited for my mum for every steps that she took.sama macam I masa first time panjat.I?dah jauh ke depan,tak peduli.

Balik tu we all went for breakfast and I asked him to treat me nasi lemak kerang as a pay for paksa me hiking.

And petang,we went for our usual dating (haha!) at the mines .nak tengok movie penuh,so he treats me with pizza san fransisco.(Cajun chicken is wow)

I guess it was not all about cut cost,but to have a healthy lifestyle.hehehe..I couldn't love him more..yummy! And sayang, I don't regretted it.not a single of it.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 6, 2011

Lelaki Penipu

Kite tak tau future kita macam mana.we can only hope that we were in a right track although selalunya tidak seindah mana but we try (hard) untuk sail it as well as it should be. And berdoa yang kita sentiasa dilindungi Allah.

Mcm my friend.she had a 3-years relationship dengan the guy yang mestilah dia cinta.3tahun bukan sekejap.kan?3 tahun itu lama.

The fact yang dia pakai baju kemeja everytime pergi dating.masa kawan konvo kat pwtc and he told that he had a seminar at the next door hotel depan my friend's parents,mestilah mak ayah excited dan bangga. Tell me ada tak parents yang tak bangga kalau anak perempuan dia punya bf working as apilot?

So anyway,nak dijadikan cerita a few days before my friend nak bertunang,bf dia cancel. Sebab she found out the so-called great bf,sudah setahun tak bekerja. So selama mereka bercinta,the bf dah tipu gf die.

It is either my friend too naïve (mungkin sbab kawan I memang pompuan muslimah tak bersangka buruk pada orang),atau bf dia kaki tipu. After she called the bf's sister,kakak dia cakap adik dia ni memang HABIT menipu.boleh tak habit menipu?

*hentak kepala laju2 kat keyboard laptop*

Memang sebulan my friend suffer plus malu kat family.but now she's happily married pun.alhamdulilah kan.

So girls, bukan tak boleh percaya,tapi for a caution check2 la sikit.
Claim pilot,padahal jual aeroplane kat toys r us.
Claim PTD, tapi?hahahaha...

Contoh la yer.

Ok girls,sekarang pegi telefon bakal mak mertua masing2.hehehe...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, May 5, 2011

Sambal punya cerita

No wonder hari2 bangun pukul 7 sebab ada hikmah kenapa datang office awal.by 8.30 dah reach office.

Sebab macam kejadian pagi ni la.

I took almost 30mins just to clean my bag,sebab sambal tumis sotong yang I bawak bekal pagi ni dah tumpah!!hangin!

I dah balut dalam plastik ikat dengan getah kot apahal dia nak tumpah lagi.

Oh,jangan cakaplah dia tumpah dalam beg ape.leather bag lafayette mama beli masa kat paris dulu.sekarang semua tu bau sambal tumis sotong. Nasib tak tumpah dalam beg guess en bf belikan kalau tak memang sumpah taknak makan sotong lagi..(Personal grudge).

So tadi basuh la dengan sabun aunty cleaner tu.bau tak hilang tapi minyak semua hilang.now beg tu I tengah sangkut kat tingkap ofis mengadap keluar.sian dia.

Anyway,harini 5hb kan?arini juga adalah anniversary saya dan en bf yang ke 7 tahun 3bulan..lamanyer weh..selama 7thn ini tak pernah sedetik pun perasaan cinta tu hilang...en bf saya tu banyak kerenah..maka hidup dengan dia macam roller coaster.risky but fun!boleh imagine?

Beg dah basuh,dah breakfast,milo panas dah buat,it's time to work!oh jap,rindu en bf!die sebok-pg tadi je dia sempat wish..

Daa~


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 4, 2011

Non-productive

Susah guna phone sebab tak boleh reply comment.maybe ada la solution nyer but for now we stick with online using laptop,that's the easiest way to reply,kan?

At 10 I have a lab session with the students.all compounds and chemicals involve will be prepared by the lab assistant,so I'm just preparing myself la.

Semalam memang tak produktif langsung.kita tengok la today macam mana.

Gaya2 macam tak produktif jugak.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 3, 2011

Love on Labour Day

Ok.memang cuti sempena labor day ni telah dimanfaatkan sepenuh jiwa dan raga bersama family and encik bf.sangat terbaik. Followed by 4 hari je bekerja minggu ni,heaven!

Sabtu around 7am bangun siap2 nak main paintball.gila terbaikla.exercise selama 5jam.kaki memang kejang sebab bend down ala komando sampai sekarang turun naik tangga terasa.memang puas hati.lepas tu like the whole family pun join,memang best!

Tengahari waktu lunch semua gathered at my house.mama and nenek masak siap ada sambal goreng macam raya.tak makan banyak sebab penat sangat.

Malam siap cantik berbaju kurung purple sebab nak pegi dinner award adik encik bf yang dapat 10A(akak so proud of u!)kat alam shah.hopefully die nak buat dentistry dapat la.mama en bf pun ada maka sangat nervous gila babeng tapi berjaya actin cool.

Malam tu en bf bawak tengok suasana romantis kat putrajaya.sebenarnya dah terharu sangat but me always be me,bole nak had a fight plak.anyway baik sendiri la.en bf bukan pandai pun nak pujuk.

Esok pagi2 bangun nak pergi wedding ja'a,one of our close friend.happening gila jumpa kawan2 en bf yang baik and comel gila.and ja'a,sangatlah hensem that day.cakap kat harris,"orang yang dah kahwin memang nampak muka kesuamian kan".harris leh gelak2 plak.haha..satu hari kat wedding ja'a.memang aman kut wed dia.

Then malam tu en bf blanje ikan 3 rasa our favo.en bf die makan2 memang laju je.hujan2 sanggup diredah nak bg gf die makan.sambil tgk MU.walaupun MU kalah dengan Arsenal,en bf tak tau la sedih ke tak.

Pagi esoknye mama masak nasi lemak ayam sotong,and happy gila en bf bole join makan sekali.then en bf teman amek barang kat ofis before we went to jusco cheras beli kasut orang tu.lepas tu pegi plak carefour and en bf belikan jajan mahal2 untuk kita.orang nak bayar sendiri la b....anyway yogurt drink tu tak sedap.nyesal tak beli air soursop tu..hehe..

Then I sent him home.sedih gila.now barulah faham macam mana kalau kita hilang someone yang kita dah hidup sama berpuluh tahun.tapi seriously I had a lot of fun.and makin bertambah cinta dan sayang kat dia.

Anyway b,malam tu ingat nak ajak adik and mama makan la before we went to movie nak?satay?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 26, 2011

Positive #1:Remarkably Great

I went to a bloom taxanomy program,a program dedicated to lecturers,in order for us to improve our ways of teaching skills,attitude,interpersonal skill,and paling penting,a higher standard of preparing our examination questions.

I don't want to highlight on the specific things yang speaker to cakap, but I really wanted to highlight on the positive thing that I purposely picked up in that 4hour program.

1. Always think positive, and thus don't prejudice other people. Along the way,you rarely have an enemy.
2. Be good in whatever things you want to do.waima you nak jadi artis pun,be a remarkably artist.artis yang orang kenal dan orang sanjung.
3. Burn the midnight oil-since that is the best way to sacrife because nanti it pays you well enough.

Dan banyak lagi,nanti I share.

It it just not that:
1. I want a be a remarkably great child.
2. I want to be a remarkbly great lecturer.
3. I want to be a remarkbly great believer.
4. I want to be a remarkbly great friend.
5. I want to be a remarkbly great girlfriend/wife.

But it is not going to be easy. It is going to be tough,but really tough.but we can do it,we must do it because we can. The sky is the limit baby.

Don't underestimate yourself.you have what it takes to be a great you.

Now I'm at the bottom of my life.I feel useless,insecure,and most important-disspointed. Of course,there's no one to reach out for you.

But wake up,be strong.take one step at a time. We can.yes we can.

I wish you and myself the best of luck. You rules yourself.you can choose what kind of life you want.

Ps: semangat lepas pegi motivational talk,ha macam ni la..;)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 25, 2011

Tuduhan tidak berasas

I've been through a bunch of blogs these spared few minutes.afterall hari ni awal sangat datang office.7.15am dah sampai, gara2 pagi ni ada meeting, tapi minutes meeting tak siap lagi,and baru email kt bos pukul 8am tadi.

Seriously,itu yang susah kalau tunjuk pandai sangat dalam kerja,semua habes kita yang dikerah.no,bukan saya nak cakap saya pandai sangat buat kerja,tapi the fact yang saya boleh buat kerja tu yang susah. Padahal boleh jer cari orang lain untuk buat kerja itu.ramai lagi yang nak bekerja.kan?

Anyway berbalik kepada cerita blog tu,rasa nak tergelak sangat.ingat nak letak links kat sini,tapi since diorang (claim) itu blog2 besar,popular, so tak payah la.

Conclusion:
1. Sebok mengutuk orang lain.
2.Claim yang blog dia terlalu suci dan blog dia tidak layak disamakan dengan blog. (Wth?)
3. Claim (lagi) yang semuanya (idea) lahir dari sifat semulajadinya.

Geez..get a life!

Mengutuk tu biasalah (berdosa),sampai saya pun ha terikut2 nak mengutuk ni. Tapi claim blog die tidak layak disamakan sebab dalam blog berisi idea2 bernas dan emosi lahiriah semulajadi tu dah kenape?asasnya,ia tetap blog,dan juga kita semua guna teknologi yang sama,dan bukan jua orang Islam (sila check google kalau blog ni ada contribution dari muslim,I didn't do my homework) yang invent benda ni. Just sebab you somewhat claimed you are a star or tokoh, you nak cakap you ni lain dari yang lain.

Biar orang lain yang evaluate that. Macam penyanyi tidak akan claim dia penyanyi kalau bukan peminat dia yang cakap. Dah,jangan nak start dengan don't judge a book by it's cover.muak.

Ok,sifat semulajadi tu memang ada atau kita panggil instinct atau kreativiti (natural). Tapi kalau bukan pengaruh (pengaruh), awak pun takkan jadi macam tu.

No,bukan berdosa pun awak buat camtu,no,bukan hilang pun kemelayuan awak tu,tapi the fact yang awak (claim) rasa awak lain dari yang lain tu,hrmm.

Entri ni macam tak berasas plak,sebab tak letak nama orang yang ditujukan,kan? So kita stop sini dululah. Sebab saya (claim) rasa saya macam dia.

Ha ha ha. Crap!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, April 24, 2011

Just a Friend

You give so much to your friends.
From A to Z.
You are willing to sacrifice for whatever reasons, just for your friends.

But HOW MUCH your friends willing to sacrifice for you?
Is it more than the sacrifices I'm willing to make for you?

Yeah, We'll see about that.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 19, 2011

Ethics or the other way round?

Kalau kat office,kite datang awal like 30mins awal,takde sape pun kisah.tapi even kalau kite punch out tepat 5.30pm,sume dah dok tanye "awal balik hari ni?". Eh,rasa nak bagi selipar jer.I don't know la bout you people, tapi I rarely cakap macam tu kat orang laen since it is quite annoying and offended (at least to me) sebab mungkin orang tu ada hal ke ape.lagipun the bos bayar gaji sampai pukul 5.30 jer.and the fact yang dia datang awal tu tak kau kira?.

Tapi baguslah kalau you kerja over time without getting paid example kerja gov yang OT pun xde.tapi tak payah citer la elaun korang banyak.

Mind your own business, buat kerja sendiri, jangan jaja cerita kat office,jangan take advantage with the office's flexibility, and jangan tunjuk pandai sangat.

Last, attitude tu jaga sikit.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 18, 2011

Be home

Got a bbm from him from a faraway land,

bf: "B, x sabar nak balik..."

gf: "nape?heyyy...awk br sampai sana sehari je..enjoy your day bukan selalu dapat macam ni..."

.............

bf: "miss u sebab tu tak sabar nak balik..."


boleh tak hantar bbm macam tu?? terharu. sangat-sangat. ok bf getting sweeter and sweeter more like a sugar. this is one of the reason why i tak boleh jauh-jauh dari dia.sekarang pun tak la dekat mane, but having the fact that i can call him, bbm, email, fb, him like 24hrs buat i happy.

tapi macam sekarang jauh-jauh and online boleh kalau wifi ada, sangatlah sedih. and he always said that i have to be independent and cannot depend much on him. but i wanted too!i wanted to depend on him like everytime. sebab that's the only time he will get involve in everything i do.

lelaki selalu macam tu. tak suka perempuan yang dia rasa tak independant. lain dari perempuan, or maybe me, but i suka dia depend on me and i pun suka depend on him.

but i know he is depend on me, especially when we out for a date. ask him to recall the parking bay, the route to the place of interest, leaving him to shop by himself is a big no.kesian dia, but he is so cute bila kitorang bet sapa ingat jalan balik parking and guess la siapa selalu menang.

Sunday, April 17, 2011

Missing is Natural

I'm having my lunch/brunch own sweet time. And mandi lambat.selalu kalau weekend mesti mandi cepat since ada date or just hang out with friends.the best thing was,I took almost 1hr masa mandi.rasa bersih gila.lupa nak berendam dalam bathub tu je.

But the bad thing was, I missed the bbm session with the bf.stressed tau bile masuk bilik berjela bbm from him.I missed him since like 24hr I'm with him. And now he's gone,literally but the barrier jadi macam ni la.really feels like crying sebab even when I found a new trail of semut pun I akan bagitau dia.and being the sweetest bf ever,die pun layan.tapi lepas tu ada la benda dia nak kutuk.

Being away and didn't have the chance to say hi to him,makes me appreciate more of all the things that I have now.and to appreciate him more.

Kalau sesiapa yakin dengan cinta dia,I tabik spring la since it takes a whole of the courage to even feel that.but I am not one of them.

Until today, bila dia bbm to say hi and send me a picture of him,then I realized kalau jauh macam ni,dia still bole ingat I,and to even send me a pic of him?gosh..he really missed me I guess.even masa I pegi the same country tak rasa pun nak hantar gambar or even to contact him.and guess what?memang I tak hantar pun.

He's sometimes-unpredictable.and to be a non-perfect human, there is a few charac yang I tak suka pasal dia.but when it comes to the best side of him,gila boleh rasa jatuh cinta lagi.

Now till he comes back,I'm gonna miss him as much as I could so that I can be so menggedik to him and ask him to buy me everything that I want since memang itu yang dia selalu buat.

Praying yang dia akan tiba Malaysia sihat2 jer.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 16, 2011

Pilihanraya

Kalau kerajaan menang, pembangkang mesti kata pengundi hantu, bayar orang suh undi, kira salah, rosakkan undi.

Kalau pembangkang menang, tak pulak kerajaan cakap pape.

And pembangkang pun takde nak cakap ada pengundi hantu, atau kira salah.

Kan?

Macam kalau MU kalah,bukan maen mengutuk, kalau MU menang lagi berbakul2 kutuk.

Atau mungkin peminat dari Malaysia jer macam tu.

And kalau buat program kebajikan, belakang letak banner parti,memang tak relevan unless pancing undi. So pembangkang pun jangan cakap bila program lain letak banner, sebok cakap semua nak dipolitikkan.

Melayu bumiputera 3 parti besar, cina 1, dan india 1(walau tiap satu ada campur). Nampak tak melayu bumiputera pergi arah mana?

Cakap la bagi tanah ke, duit elaun ke, even kerajaan bagi kursus dan kerja free pun, masih di sokong lain. Macam contoh la bekerja untuk kerajaan,tapi sokong pembangkang.if I were to hate my boss, I would have gone somewhere else.

sayangkan melayu.banyak sangat perpecahannya.cina dah tentu kaya.itu pun atas usaha/rajin dan bersatunya diorang.melayu ni sensitif.isu penting MALAS nak fikir, isu maen b*nt*t yang sentap.

Tak salah kalau pembangkang cuba untuk memerintah.tapi dengan cara betul.ada ciri2 pemimpin,boleh menjalankan tugas.kate orang kroni,esok dia jadi pemimpin,kroni dia jugak.

And I wish to see three of us bersatu.memang pasti kalau ikut undang-undang Islam,semua akan elok.hukum hudud.

Tapi mesti orang yang menjalankan hukum hudud itu mempunyai sifat-sifat terpuji.kalau belum jalan lagi, kat youtube pun sama duk mengutuk dan mengeji ,macam mana.dalam surau/masjid pulak tu.

Kalau citer pasal politik.semua pandai.yang takde background admin/law/social science/psychology pun boleh cakap pasal politik. Termasuk SAYA.

Tapi berapa orang yang jujur dan amanah dalam menjalankan tugas?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 15, 2011

Baby Ramadhan

I always think that whatever good things that you do, somewhere somehow ada ganjarannya nanti.if not here,it will be in the other life. You know syurga / heaven.

At my office ada kakak yang selalu bersihkan office.and I'm quite close to her since every morning she always greet me at the front desk where dia selalu sapu2. Until one day she shared a story telling that her baby is having difficulty to walk. A healthy baby boy.

So last week,the baby underwent a surgery to straighten back his veins and so on.

You know right the medical expenses?I don't have rm1million but I try to share the burden she carries all this while.but I don't know how.

So tadi during lunch hour,I felt so thirsty so I decided to go to the supermarket.it is quite near to my office,just a few block away.and I was thinking (while walking) how can I help her.

Sampai kat supermarket I saw banyak susu baby. I grabbed 3 packs of dutch lady milk stage 2 (6months onwards), 3 pack nestle rice and vegetables, a tab of glucose, and 2 packs of petpet baby diapers.I went up to buy toys for him, tapi takde sebest toysr'us. So tak jadi la.

Although tak banyak yang I could buy to help her,but when I think about how good does it feel when you are in a trouble,ada someone yang nak share, even for a day?it must feel good.damn good.

I hope the baby grows well and jadi a soleh baby boy.

Sebenarnye kan, I ni lemah sebab 3 benda je:
A)baby
B)baby boy
C)baby boy yang gemuk tangan berlipat2 pipi labuh2..eee..

CiOm sedap kan!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Dinner@10.00pm

Bf was so lovely last night for taking me out for dinner / supper.eventhough the kedai is just near to my house,but the effort of taking me out would always make me realize how much I love him.and of course how much I need him.ehehe..despite how cruel he is when he's in the angry-mode..hahaha!

We went to mali's but hell it was packed!patutla malaysia is one of the country yang ada ramai obesity *cough* yer I pun same. So for once we thought of pindah to old town ke pak li ke but he said the que dah okay so I waited for a few minutes.

And there you go-the infamous nasi lemak and char kuey teow.the food was not great but it was okay.nasi lemak I tak makan although I'm craving for it.and thanks to dear bf yang tak offer langsung nak makan.ha ha ha.

Then he suggested going to uptown. For those who doesn't know what is uptown, it is a place where you can see people selling imitation/rejected items with cheaper price.shoes,handbags,even gears for hiking.mostly uptown's shop open from monday to friday starting at 10pm onwards.

He bought asam (pickling) for me.sedap sangat and I love it so much!thank you dear..and we went home at 1am.

The best part was, I went out by having only my phone and nothing else.no money and no IC.ha ha ha.kena tangkap baru tau kan..

Ps:I love you.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 14, 2011

Science Lab

Today I teach them on the genetic coding.so far I'm quite proud with myself.since I'm not a graduate with a biology background,but thanks to the over confident and main redah attitude,I managed to finish it.

Hahaha..

The student catching up quite fast.and I promised to take them all out for lunch or have a snack together.

Now I give them a 15mins break, and after that we will have a small quiz for the genetic code.

Tell me I'm obses with my work or what,but I love my job.thinking that I had to leave the job for the sake of further my study,sedih oke.

Tapi akak opis cakap selalu end of the year dapat bonus,malah lebih gigih yer saya rasa lebih bersemangat nak kerja.

Sayang, 1 bulan bonus pon ok dah kan?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Big P@rty!

I have my own mission since early last month.so far it does look good but still the 'other temptation' ada lagi but I have to control. Trust me, when the time comes, I will let the whole world know. No. Bukan kahwin.

So far kerja semakin bagus.I love my job and I love what I'm doing now. And I love the people around me. When you enter an organization, you can see many colours. Kadang2 cantik, kadang2 tak. Tapi I take it as colour yang tak popular yang trying hard to be popular.

Mulai saat ini,upload entry nak buat dari phone terus. Sebab nampak sangat tak utilize semua faedahnya walaupun bayar senak-senak perut gak la.

Next month salary:
1.Handbag pleasee..(Or Pending birthday present?)
2.Wedges
3.Makeup set..(Or pending birthday present?)
4. Makan sedap

*1,3,4 mcm utk bf je*

Maka dengan ini, I have to wait for encik bf dari oversea la..2minggu lagi..alaa..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 4, 2011

Merong

hari ini, encik bf ke ofis. maka waktu berdating dikurangkan kepada separuh hari. kerja banyak sangat agaknya sampai hari ahad pun pergi ofis. so we decided to watch Hikayat Merong Mahawangsa.

out of 10, i give 9.5. out of 5 stars, i give 4.5, and i think this is the first Malaysian movie yang i can rank together with 300,Gladiator and Apocalypto. oh Apocalypto tak boleh, psycho sangat bunuh-bunuh.

in conclusion, i am so damn proud that we (malay) actually have these talented hot gorgeous men to make this such movie yang memang story line bagus, and the way they executed it, memang thumbs up.good job KRU!!sila buat movie berkualiti macam ni lagi dan lagi.

and i just can't help it that most people suka dengan cerita 'hantu kak limah balik kampung". i mean, com'on men, it is not funny at all. despite they had my favo actor Awie, still memang takde ape yang menarik kat cerita tu. i watched them 3 times bila all the cousins played it over and over again, not only i don't like the movie, it is annoying too. especially yang naik wheelchair tu. really la, tak kelakar langsung, annoying, and cheap.and i dont get it why people are so obsessed with it.sorry but seriously i dont like it.

so that's all.thanks dear love for the tickets , popcorn, and dinner.

 
design by suckmylolly.com