Pages

Thursday, May 31, 2012

Pashmina by Him

Saje nak bagitau harini i pakai/bawak Pashmina to the office. i love love this Pashmina because it was given by my husband, in which he bought it masa dia jadi fiance i. -_- (nasib tak berkulat)

picture : google

Tapi Pashmina yang dia belikan warna blue black, with not so obvious stripes. i didn't know that he do have such a good taste. because i was afraid if the Pashmina have too many colours (more than 2 colours). but i dont mind if the Pashmina is in striking colours like pink or orange. (read: loves fuschia)

oh since i mentioned fuschia, i bought penapis sayur ke ikan tu warna fuschia kat kedai area ofis. ingat nak beli kat daiso since tau harga rm5 jer, but at this kedai, penapis tu rm2 je. hari tu beli dua, esok nak beli lagi dua. kenapa esok? sebab hari ni kan lupa bawak wallet. *rolls eyes* (read: camne i tertinggal wallet )

and kat ofis adalah super sejuk, pashmina telah digunakan menjadi tudung sebab saya rasa kepala saya sangat sejuk. bahahaha...pastu kawan i cakap "cantik...". *blush*

so dear hubby, pashmina tu i letak kat ofis k. kalau bawak balik sure tertinggal pastu frust. hahaha...nanti belikan lagi k. i've been wondering camne awak belikan saya pashmina tu, you pergi kedai and look around the perfect pashmina for me. i thanked you for that sayang.

tapi if you've been wondering what to buy for me next, handbag will be second on the list and kasut, followed by perfume and make ups, baju..... *and the list goes on* hahaha...

Honeymoon: Sabah Day 1

* semua gambar adalah ihsan google images dan bukan dari saya.credited to those yang empunya gambar.harap maklum*

hari jumaat nikah. hari sabtu my reception. and hari ahad bertandang. hari isnin balik my house to pack thing. FYI, encik bf dah way back kemas beg dia. being me, biasalah last minute packing. kelam kabut tahap dewataraya dah masa packing. isnin malam balik rumh MIL to picked his things, and me and family in laws stayed overnight at en bf punya house. because we are going to Sabah for our very first honeymoon!!magaddd...can't wait!! (reminisce perasaan masa tu).

flight pukul 6.40am, the cheapest ticket we can get. eh actually HE can get. our honeymoon was fully sponsored by en bf, and dia dah buat research and everything by himself, because i wanted to go to Italy at the first place, and then to aussie, and then to hongkong, and last terus ke sabah. agaknya dia nak pujuk i ke ape, terus 2 hari lepas kemerajukan, die emailed i dengan complete iternary. walaupun buat-buat tak suka, tapi terharu kemain bila dapat email beliau. sobs sobs.

kitorang reach LCCT around 5.00am kut macam tu. we did not face any trouble to wake up since kitorang ni memang early birds. siap mandi macam pukul 2.30 petang padahal sejuk kemain. sampai LCCT we met my cousin. she and her family were going to Hongkong, which i should be together with them too *jeling en suami*. so dia bernazar, if jumpa kitorang pagi tu, dia nak belanja breakfast. so mula-mula nak breakfast kat starbucks, tapi i rasa morning dia takde breakfast, so kitorang makan kat The chocolate. sedap tapi mahai nak mampuih. since perut we olls masih 'mentidurkan' diri, kitorang hanya mampu minum hot belgium chocolate. weh super sedap!!! lepas ni pergi pavillion nak gi minum ini drink jugak.

pastu encik suami pergi semayang subuh nak dekat-dekat boarding time. gelabah jugak la. tapi nasib sempat. and we were the last one yang beratur. tapi tiba-tiba ada la dua tiga orang beratur belakang kitorang. *eee lambat, tak punctual* bahahaha...

dalam flight adalah super mengantuk. like super2 mengantuk. makan pun macam dalam mimpi jer. dah la awan bulat-bulat putih kiri kanan. masuk kapal, tidur. bangun makan. pastu tidur balik. lagi tidur di bahu suami yang kedap, eh lagi la macam tilam vono kami. hahahaha...

kitorang lebih kurang macam backpackers, just kitorang pakai smart sikit dari mat salleh yang backpackers macam baru keluar hutan tu. bahahaha..

sampai je, driver kitorang dah tunggu kat airport. not sure about the rate, tapi driver ni kitorang amik for 3days 2nights adalah around rm700 using Saga BLM. actually you can drive to Kundasang, the per day rate for rent car (depends on type of car) around rm120 to rm200. cheap. tapi en suami nak relax2 taknak serabut kepala, so kitorang bayar la driver. and luckily we took driver, sebab ada tanah runtuh along the way to kundasang. *gulp!* tapi driver kitorang cakap, kat sabah ni, JKR diorang sangat2 efficient. within 30mins je, all the batu-batu and tanah will be removed from the road. gila cepat!sebab jalan kat sabah ni satu ni jela from Kota Kinabalu to Ranau. so kalau ada tanah runtuh menyusahkan la orang tempatan (dan kami). so good job Sabah!

turun dari flight. kitorang stop around 15mins amik gambar kat Bangunan Tun Mustapha ni. according to our driver, tempat ni dulu popular. nama lama dia Bangunan Yayasan Sabah. and our driver was one of their scholar. *tabik spring*. driver kitorang amikkan gambar kitorang peluk kiss kat sini. bahahaha...


Bangunan Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah

pastu straight to kundasang. but before that. singgah pulak kat Jambatan Gantung Tamparuli ni. boleh jalan kaki je nak ke area sebelah. and only at this time i know, en bf seorang yang GAYAT!! magadd so kiyutttt!! (nak menunjukkan betapa cute nye beliau *mata ke atas*, terus eja kiyutttt). he was like all the time pegang jambatan tu, where else me, posing like who cares. and thank god, i brought along my unofficial photographer. ENCIK SUAMI!..haha..he snapped here and there, here and there. *suka!*

Jambatan Gantung Tamparuli, Sabah

 then drove all the way lagi to kundasang. until we reached Pekan Kundasang. i saw a lot of veggies and fruits!!!!oh my goodness!!sadly, resort kitorang tak boleh cook. if not, i dah masak sedap-sedap dah. we discussed about finding a place to cook jugak, tapi encik suami cakap, nak relax2 jer. so sebagai isteri mithali *krikk krikk* i dengar jela. so anyway, the vegiies were so sexayy. but we didnt bought anything since hari hujan, tengok-tengok sekejap jer.

and from kota kinabalu to kundasang was about 2 and half hours driving. plus hari tu hujan and tanah runtuh.

Pekan Kundasang, Sabah

finally! we reached our destination. Kinabalu Pine Resort. tempat dia adalah sangat cantik *menitis air mata* and so cold!! memang puas hati la duduk sini oii.not sure though about the price. rm190 to rm200 kot per night. eh google sendiri la.hahaha...tak membantu langsung la minah ni. memang recommended la siapa2 nak datang sini. memang puas hati giler!! driver tu siap hantar dari lobby to our room. *ngengader sangat*. sampai bilik letak barang, pastu menjerit-jerit kesukaan. macam bodoh tau. *rujuk diri sendiri* lepas tu tak tau la kitorang buat apa, borak-borak tengok tv tau hari dah malam. lapar pun datang.

Kinabalu Pine Resort, Kundasang, Sabah, Malaysia

then we had our dinner, provided by the resort. lepas makan kitorang pusing-pusing resort. hari hujan. tapi we did took pictures around the resort. tengok rabbit. seronok gila weh. dah la jalan-jalan dengan en bf yang halal. lagi la seronok berganda.

malam tu, kitorang stayed outside room, en bf siap susun kerusi, i buat air teh panas (ke milo), lepak-lepak kat luar. sejuk gila! borak-borak, manja-manja. pastu tak tahan sejuk masuk dalam bilik. cerita kat TV sangat la sengal, kitorang tengok TV 1 ada bola ke ape. tq RTM. bahahaha... tau-tau dua-dua terlelap.

Honeymoon: Sabah Day 2

Honeymoon: Sabah Day 3

I'm late to the office!

Ingat hari ni nak datang awal la ofis. Sekali reach jugak 9.15am. Yerp, 15 minutes late from the punch-in time.

Ni semua sebab wallet. Yer, wallet la punca kelewatan kita ke tempat kerja. *pukul2 wallet guna penyapu*

Sebenarnya salah sendiri . Siapa suruh lepas balik gym semalam tak letak balik wallet dalam handbag. Sangat la padan muka. Dan lagi padan muka semalam tambah nilai touch n go, so simpan sekali dalam wallet. If not, kad tu ada je dalam side pocket handbag.

By the way, dah seminggu guna handbag baru. Leather beg zara carrier warna cream, mama belikan masa dia pergi italy lepas wedding haritu.
Sebenarnya kitorang pun patut join pergi honeymoon to italy and all. Dah ketepikan duit sikit-sikit. Sadly, dia 14 days trip abes kau tak kerja ke kak? And encik bf kena mintak pelepasan ketua bahagian la ape la *tak faham* so susah kan. So tak jadi la pergi.

Mama bought for us t-shirk hard rock, mine is venice kaler kelabu ke cream, encik bf punye firenze putih logo kuning HR. And I dapat beg zara, leather key-knob from italy, oh dengan fridge magnet pisa tower. Fridge magnet tu dalam handbeg lagi. Nice. -_-

Eh kita nak cerita pasal lambat datang ofis kan. So masa nak masuk tu tak jumpa touch n go. Call ayah, beliau pergi isi minyak. Semalam bawak bmw tu gugup gugup jer. Kereta mahal satu. Kereta tu banyak blind spot. Uwaaa nak nanes je bawak.

Anyway, ayah u-turn balik (terharu) dia huluq rm100. Aik, melampau 100. I amek rm10 je dari gulungan yang banyak-banyak tu.

So reach ofis 9.15am. Fine. Tak rasa bersalah pun. Hahaha..

Another story, semalam encik suami call.

Him: " hai sayang...kat mane dah tu??"

Me: " nak naik train dah nak balik. Nape tak reply bbm orang??"

Him: " batt I habis la sayang..sorry eh..I kat ofis lagi ni.."

Me: " okay.takpe. B, u lupa something kan before outstation.."

Him: " ha?ape?"

Me: " nafkah zahir dan batin. Especially batin.." *gelak macam orang gila sementara tunggu train*

Him : *diam*

hahaha..he always like that. Dia tu macam garang-garang sikit la. Selalu cakap I tak matang. Kadang-kadang kecik hati jugak. Kalau tak matang, takkan nak kahwin kot kan? Tapi I rasa dia suka. Dia suka I kacau dia dengan benda-benda tak ilmiah macam tu.

Sebab kan..

Kalau I merajuk misalnya, I don't talk to him. I senyap jer. And nanti dia macam marah la I tak cakap-cakap dengan dia.

Means dia suka la kan kalau I bising2 kacau-kacau dia dengan benda tak berilmiah macam tu kan?

*Larikkkkkk.....*



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 29, 2012

Marriage Life

Eh skrang blogger.com memang ada features baru eh? Bukan main susah nak update. Dah, mulai saat ini, I will update directly from the phone. *majuk*

How's marriage life so far? Awesome!! Maybe because I'm married to an awesome guy, thus my life is a awesomeness life. Haha.. Well, orang kata baru kahwin. Tapi ada jugak yang baru kahwin tapi tak enjoy the early stay of marriage kan?

What I can say is that, Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah. Syukur sangat2 kat Tuhan yang merencanakan semua ni untuk I dan kami.

My life being better many sides. One thing is that, dulu solat I ke laut. Ke laut sangat. Tapi alhamdulilah my solat is getting better day by day. I ada penukang jaga solat. Kalau tanak dengar ayat pedas dia, and bebelan padu dia, cepat2 la pegi amik air sembahyang. Penat sikit, tapi I tengah berusaha memenuhkan 5 waktu itu. Masih tengah belajar.

Then I makin rajin. I bangun pukul 6 buat breakfast untuk dia. I risau takut dia lapar. Malam kalau balik kerja pun I masak. I nak jadi macam my mom. Kitorang dari kecik sampai besar jarang makan luar, mama yang masak. So I nak buat tu untuk husband I and anak-anak I nanti. Mana termampu insyaAllah.

My heart and love getting fonder to my husband. Dulu macam tak sayang sangat sebab bukan suami, sekarang dia la dunia akhirat I. Tanggungjawab I untuk jaga dia, and tanggungjawab dia untuk jaga I. We care for each other.

And everyday I'm with him ada je benda yang kitorang buat. I think by now he knows that I am extremely childish. Bahahaha..dulu masa couple I konon paling sweet, paling sophisticated ke, but now..heh.

The side of him yang I baru discovered, dia adalah perfectionist, and pembersih. Good tapi penat melayan. En husband juga sangat rajin, and ringan tulang. So far kalau I mintak tolong dia, laju je. So rumah kitorang agak bersih la,

Dan yang paling pasti, setiap petang I tak sabar nak balik umah jumpa dia. Itu confirm! *mood manja*
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Surprise

Haih. my unpredictable but adorable husband. *panggg sebab puji suami sendirikk..* hahahaha. i dengan kelam kabut + excited + gigih jalan laju laju sebab pakai wedges + cover cun nak jumpa suami baru lepas keluar dari train tempat yang kite scan tounch n' go tu kan. laju sangat ni i jalan dengan kain baju kurung tak boleh nak kangkang besar nye. sekali tengah jalan laju-laju tu, STOP!!! i nampak encik bf tengah tunggu i kat tepi dinding. memang la i terkejut beruk nampak dia kat situ. dua kali pandang okay, nak makesure betul ke suami i yang hot itu (okay babe, suami kau paling hot, suami orang lain tak hot pun..-__-). sekali memang betul la beliau. berdegup-degup jantung i. macam first time tunggu bf kat train station. macam first time nak pergi dating. the moment my hand touched his, my heart went, "uuuuuuu....ahhhhhh..." heeee....gaaaa..*suka*

Monday, May 28, 2012

Evening Jog

Oh oh.kitorang so far selalu (selalu ke?) jog kat area rumah. Best gila jogging dengan bf halal petang2 dah macam dating dah. Before kahwin dulu kitorang pernah jogging sekali je kat taman tasik perdana. And pernah naik broga dua kali. Tak selalu pun outdoor.

Pastu lepas engaged kitorang jarang keluar sebab it was not that far pun date tunang and kahwin so keluar basically beli barang kahwin jela. And busy as bee at gym. Konon nak nampak cantik masa kahwin.

So lepas kahwin, we are trying to fix our time so that both of us have time for gym and each other. So far masih lagi adaptation. Tapi rasa macam boleh je nak gi gym.

My original membership was in KL. So kitorang nak tukar to the nearest outlet. Oh bukan kitorang, tapi en bf. I cakap dah tak payah pegi gym because we don't have time and expenses nak kena jaga sebab nak ada baby nanti, he's the one who paid for everything, so I nak ringankan beban beliau tapi he insisted on going so up to him. Kalau tanya I, memang suka sangat la heyy pergi gym.. *lompat bintang*

So petang ni insyaAllah beliau nak buat transfer fee untuk I. Memang la best sangat! Tak sabar. Tak sabar nak pergi shape badan lagi. Hehe..

Hari ni rindu kat encik suami bukan kepalang. Its not like what people think. Just the presence of him next to me, to see his face, holding his hands, kiss him whenever I want, buli dia, marah-marah dia ke, just seat next to him while watching tv, just make me the happiest person on earth.

I am totally missing him. I'm so gonna kiss him masuk kereta kejap lagi!! *geram*

Ps: macam tak sync tajuk and entry. Ahhh..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

IKEA

Yeay! Finally we did our shopping at ikea after being married for officially 24 days. Hahaha..sangat la lambat beli barang rumah. But the shopping was fun and I enjoyed hunting for things dengan encik suami.

Dan encik suami adalah memilih barang yang mahal. Apakah? Nasib la beliau yang membayar but that doesn't mean I will allowed that. Since kami tinggal berdua, does we need a 3-seater sofa? Yang 2-seater tu pun dah boleh muat 3 orang kot..

Oh, why didn't we buy from our local stores? 1. Tak tau nak beli kat mane 2. Designs not suit our taste 3. We love ikea's design. 4. En suami nak beli kat situ, berdosa tak dengar cakap suami. Hahahahaha...

Kitorg gerak dari rumah around 9am camtu awal gila. Reach there around 9.30 ke 10am camtu. Sounds early but they were people who were earlier than us. Sampai je bermula la hunting for things.

First sekali beli sofa. Since kitorang dah survey dari before kahwin nak sofa macam mana (perghh gila tak menahan nak kahwin..hahaha) , and not many new things are available so kitorang pun re-confirm balik je la nak beli yang mana. Kitorang beli dua sofa yang 2-seaters. Satu kivik and satu lagi klippan. Klippan out of stock so kitorang akan datang balik to purchase order lah kiranya. And kitorang beli jugak foot stool.oh memang not in our budget list but being me kan, beli jugak. Dua plak tu. Hahaha..nice sangat.

Pastu beli dining table. Dining table beli kecik je, boleh la muat 6 people tapi kitorang beli kerusi 4 je. Nanti beli lebih orang lain lak duduk, seremm!!

tapi lauk tak boleh nak banyak sangat macam open house la kiranya. Hahaha.. Okay la tu. Penat jugak bangun duduk bangun duduk angkat lauk. Tapi haritu encik suami buat buffet style takla penat sangat. Pastu encik suami ni suka sangat suap I makan, " sayang..papa suap eh?". Manja gila siot la I nak bersuap- suap. Tapi sedap okay makan air tangan suami.

Pastu beli apa lagi. Ha beli lampu. Beli dua stand lamp. Satu kat masterbedroom and satu lg kat hall. Oi memang mood romantik la lampu dalam bilik tidur tu. Nak tidur pun seram-seram je takut lain lak jadi. Hahahahahha.. *nakal*

Oh kitorang beli karpet, alas kaki, kain buruk, container, itu pun lepas encik suami bebel-bebel yang tupperware berlambak masa kahwin nak buat apa. Alasan I, I cakap tupperware takde bekas kecik. Pastu beliau diam, pastu beliau tambah, "okay bekas kecik boleh simpan sambal belacan." Ha? Ha? Ape nie!! Hahahaha...

Balik buat delivery apa suma.insyaallah by tuesday truck ikea datang la kat umah. *excited*

Balik tu singgah my house sebab dekat kan sejalan dengan ikea, pastu balik umah MIL. Sembahyang borak-borak suma dalam 10.30pm balik.

Balik tu ada benda tak sepatutnya berlaku. Tapi rasa bersalah I kat encik suami, hanya Allah je yang tahu. Sedih dia hanya Allah yang tahu. Masa sembahyang semalam rasa paling sayu tu hanya Allah yang tahu. I promise after this I will put my ego aside, I'll be the humble wife ever to him, love him as deep as I can.

tapi whatever it is, he knows that I love him to death. He's my best ever friend, my husband, my pin tou, my pumchkeen, and my worst nightmare too..hahaha!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 23, 2012

Moment : "eyes"

My eyes, I'm not sure what had happened tapi dia bengkak and sakit berdenyut2. En bf said kena kencing lipas. What? Sekeping lipas pun I tak pernah nampak kat rumah tu, apatah lagi ketika beliau kencing. *facepalm*

Anyway, semalam lepas mandi jemur baju and all, nak tidur lah sebab dah 12.30am kan.

Me: *grouchy* "b, aketnye mata kitee...aketttt.."

Him: "letak ubat mata ni k. Bismillah.."

*droplet of ubat mata*

*kiss on the forehead*

Me: "tq syg...nite nite.."

Menggelabah gila nak manja-manja macam tu. Hahahahhaha...pang! *lempang diri sendiri*


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 22, 2012

Moment #2

I love it when,

Me: " syg..I tak nak peti ais yang tu. Freezer die pakai laci. Nanti esok kalau dah ada ayam ikan melekat susah nak keluarkan.."

Him: " kalau yang ni?"

Me: "yang ni kalau kita beli, takde banyak compartment sangat nak letak sotong ke udang ke.."

Him: *pause*

Him: " pandai wife saya. Semua dia fikir..beruntung saya.." :)

Me: *senyum* (tapi dalam hati terharu dan termalu)



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Home appliances

Semalam,kiranya niat di hati nak pergi jogging kat area rumah. Sekali encik suami ajak pergi makan kat bangi. Beliau cakap dia tak lunch pastu dia lapar gila. Whaddafish? Masa dalam kereta, bbm message dia baru sampai .

Him: " syg kat mana??lapar gilaa.." *padahal dah kat train station*

Ok fine. Lapar tahap ape dah ntah. Sampai je kat bangi, encik suami cakap "western or thai?". Alaa,I kan bangsa tak kisah nak makan apa, so kita pilih thai food. Semalam makan telur bistik dengan paprik. Telur bistik sedap gila,paprik adalah baik jangan makan. (Tapi tengok licin jugak). Ha ha ha.

Pastu nak sambung jogging la ni.sekali encik suami cakap jom cari barang dapur. Barang dapur? Means shopping!! Hoyeahh suka angat. Kitorang pergi seng heng since encik suami adalah member card holder. Pergi kat outlet bangi. Adalah bosan. Melayu kat situ pun takde nak layan kitorang, and model fridge yang kitorang nak takde kat situ.

Encik suami ajak pergi outlet kajang. Fine. He's driving so I don't have anything to say. Duduk sambil nyanyi lagu-lagu kat pendrive. Sekali dah sampai.

Rounding-rounding tiba-tiba ada cina datang entertain kitorang. Haw nama dia. Gi la carik. Baik sangat, sebab melayan kerenah I ni. Tapikannnn....encik suami adalah very detailed orangnya. I kalau suka terus beli jer, beliau kejap2 bukak pintu, kejap2 pegang ape ntah,kejap2 bukak freezer...dang! *hentak kepala kat peti ais*

Plan asal nak beli panasonic, sebab...entah. Saja la nak buat stock.kahkahkah. Sekali design panasonic tu macam oldies sikit, encik suami nak beli yang samsung. Samsung design cantik sikit. Dan mahal...lalalalala....

Pastu beli washing machine! Ini adalah I suka, sebab modern look and sleek. Saya suka suka dan suka! Plan asal nak beli dryer sekali tapi adalah mahal sangat maka bye-bye. Washing machine 7kgs panasonic. Selama ni kat rumah basuh tangan. Sweet kan? I dah biasa dari zaman student basuh tangan..so no problem at all.

Then nak cari aircond. Aircond yang ada sharp,panasonic, samsung. Eh memang takde pilihan kitorang which is York. So encik suami nak beli nanti. Bosan. Lambat. Panas.

Pastu nak cari DVD player. I cakap beli sekali harung jela, penat nanti nak pusing2. Encik suami nak beli yang macam PA system tu terus, ke home theater macam tu. Pastu I bebel bebel la. Pastu encik suami pandang je, siap jeling. Ohmeygot akot akot! Terus diam lari pergi jumpa cina tu. Kuss semangat.

Lepas bayar apa suma, pulanglah ke sarang kami. Sampai je semalam boleh kan landing2 dulu atas katil makan coklat. Dengan baju kerja. Hoish tak senonoh sangat. Tapi I suka. Dengan tak bukak stokin lagi, dengan beg pun tersangkut lagi kat bahu, beliau datang terkedek2 dengan coklat penuh dalam mulut. Entah bila dia pergi dapur nye? Pastu suap I. Ha bagus.

Pastu sapu rumah. Masa I sapu-sapu tu I nampak encik suami macam tunggu je depan pintu. Pastu I tanye, "kenapa syg?". Then dia jawab, " I nak lalu, tapi nanti I kena habuk!" Ohmeygott... habuk je pun, mengada lebih la..*pengsan*

Adoiyaii..comelness melampau. Tak tahan la.

Lepas mandi sembahyang apa suma, encik suami lapar. Masakla sikit untuk dia. Entah bila I pengsan pun tak tau, tau-tau dah dalam bilik. Tidur dengan tingkap seluas alam. Best gila tidur.

Tak sabar nak tunggu weekend, boleh breakfast on bed. Weehuu!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 21, 2012

Future Hotel

Me : " b, kalau I ade duit banyak, I nak buat hotel lah. Tapi nama hotel I tu hotel kuey teow, sebab I suka kuey teow..hahaha" *gelak macam orang gila dalam kereta*

(Why kuey teow?sebab masa tu lapar sangat and masa tu tengah jalan-jalan kat pekan seremban ada banyak hotel nama pelik-pelik)

Me : " kalau syg, syg nak nama hotel apa?"

Him : *pause* *muka serius*

Him: " hotel amplang.."

Me: *gelak macam orang kena rasuk*

Note:
Amplang is a special crackers, can be made from squid, fish, or crab and originally from Sabah.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Travel

After a very long tiring day, by the time I reached home, I found myself taking off my clothes and change to a easy-freezy attire, and oh yes, to iron my husband's working shirt , and my own baju kurung. Penat but I just have to do it.

Amik fon, put in on a chair,bukak tingkap seluas alam, and start to iron the clothes.

Him: " b, baju ni dah pakai?"

*after 5 mins

Him: " b, ni nak letak mane?"

*after 5 mins

Him: " b, I letak atas katil k.."

*after 5 mins

Him: " b. Hish..asek b je..sian u.."

Hahahahaha...ohmegott the cutest husband ever! Tergelak-gelak I tengok dia. Dah la baik hati tolong unpack barang. Padahal he drove the car for approximately 500km okay people. The whole day. And yet sampai rumah he helped me around with the bags and unpacked things.

Ke hulur ke hilir dia dengan barang-barang. Nak simpan la. Pastu bebel-bebel "syg, beg u berat dengan barang mekup je..". Ingat I tak dengar ke??

I didn't expect him to do that, or maybe tomorrow la baru dia nak buat , simpan-simpan barang. but he just did. Ringan tulang I guess.tapi dia memang rajin pun. I je kurang rajin sikit. Ha ha ha.

And masa malam, he helped me with the food.panaskan dalam microwave and all. We ate in one plate, romantic gila makan macam tu. Makan dengan suami plak. Fuhh..

Lepas makan I mandi and jemur kain. Terperasan dia dah tidur sambil the tv tengok dia. Kesian sangat. :( penat kan the whole day driving.

Kiss him around the face. Nak kejut katenye. Plan asal nak tidur luar, but he woke up, took my hands terus masuk bilik. Fine.

Letak kepala, dua-dua senyap. Pengsan. Ahahaha..

Haihh..rindu dah en bf. Tak sabar nak balik petang ni. Nak gi jogging!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 18, 2012

Moment

I love it when,

Me : "Sayang...beg make-up I kat mane?ke I tertinggal?"

You : "ade sayang..dalam paper beg levis.."

You just making my heart falls for you everytime..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hello Gym!

Sekarang issue adalah masa. By the time I get home is around 7.30pm. And tell me how am I going to the gym and to have a complete 2 hours session per visit.sedangkan gym tutup pukul 11?

And well,I love my husband. I dah nak ringan-ringankan beban kewangan beliau tapi dia nak jugak seret wife dia pergi gym.okay fine mr.king.I'll do everything you said. Gym. Unifi. Train. Banyak kena bayar tu. Hikhik.

But I can't wait to go to the gym with him! You know,sweating sama-sama, and take care of each other body and health, that will be great. Afterall kitorang dah promise before kahwin lagi, yang nak jaga each other.

So far,I tak pegi gym lagi lepas kahwin. Eh ade sekali hari ahad before balik rumah. Seronok sangat. Rasa macam single lady. Hehe..

For the record, I still can fit in into my forever21 jeans size 29. Amazingly, seluar itu kian longgar and I'm stressed out. Tanye la en suami bila I bising2 baju longgar and all. Takkan kena pakai 28 plak?

I didn't take that much of rice pun. And I dah boleh accept kalau nasi dah tak wujud dalam hidup I. Hee...

And lepas ni nak pergi gym, nak tone up body plak. Thanks en suami sebab sudi bayarkan gym I and sudi temankan I workout. I love u to death.

Ps: harini en suami shopping barang dapur sensorang. How cute is that? CUTEST!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 16, 2012

Duit Belanja buat Isteri

Pagi tadi dapat duit belanja dari suami buat pertama kalinya dalam hidup. Takla banyak sampai boleh beli handbag, tapi cukupla untuk makan KFC lima kali.

Terharu okay.malu tapi mahu.bahahaha..

Semoga duit belanja itu dapat memberkati I sebab duit itu macam medium suami sampaikan doa dan cintanya. Dan semoga suami I akan murah rezekinya dan naik pangkat dengan pantas amin.

Dan duit jajan dah terkorban untuk beli tiket ke KL pagi tadi. Sobs!

Ps: ni dapat duit jajan sebab en bf outstation, sampai besok je pun tapi manja nak duit jajan segala.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Dine in

Semalam balik kerja awal. Takla awal, tapi lepas naik train dalam 7.45pm sampai kut kat train station. En bf aka suami dah sampai dulu kat station. Pelik semacam sebab boleh tak rasa nervous nak jumpa dia. *tepukdahi*. Pelik kan? Peluh peluh I jumpa dia. I rasa bukan nervous la perasaan tu, tapi excited kot.

Dah la beliau pakai baju kelabu siap aviator. Hoi boleh pengsan kalau tak cukup iman. Keh keh keh.

Pastu en bf tanya, " nak makan western or makan kat rumah syg?". I okay jer kalau nak makan western tapi I rasa dia penat, maybe I was wrong tapi I assumed jela dia penat. So kitorang pergi pasar malam.

The last time I went to pasar malam with bf was in year 2009, bulan puasa kat shah alam. Pastu tak pergi dah sebab takde sebab nak pergi. So semalam pergi adalah excited.

Lapar okay. Tapi tahan nafsu jer nie. Bahahaha..he bought me laksa, nasi kukus ayam, popia,pedal ayam and jagung. And the jagung I makan dua suap je, the rest masuk perut dia.

Sampai rumah , mandi, sembahyang, sambil dia mandi I kemas-kemas sapu rumah. then only I put the food on the plate and panaskan using our new wed gift microwave from electrolux.

Seronok gila makan berhidang berdua sambil tengok berita. Pastu en bf cakap , " eh b. Bila makan share nampak banyak plak food..".

Nampak sangat beliau memang tak pernah share food with me.. -_-

Pastu malam-malam transfer gambar wedding sama-sama, siap tengok kat tv, pastu masing2 menganjing.." Wuiyoo artis!" "Wuiyoo perut!" *facepalm*

I'm so gonna miss him sebab dia outstation ni. Dah takde teman I nak golek2 sambil main incy wincy spider dah. Balik cepat plz!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

What say you

Semalam pergi pasar malam, sekali terserempak dengan satu baby comel mata bulat hitam macam guli.

Me : "omg comelnye b baby tu.."

Him : "hrmm..nak ke?" *sambil jeling2*

Omg #pitammak.haha..tak terfikir lah lagi kan. I mean...aaaa...memang tak rasa lagi boleh berbaby.I mean takde la rasa akan terpregnant ke ape.

ke dah pregnant aku nih? Sebab kadang-kadang rasa loya,nak muntah. Ke? Omg....

*lari lintang pukang*


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wedding Ring

So okay. You know what.I maybe will be able to update twice a day. Ha ha statement cari publisiti nampak. Because you know why, let's just put it this way. I can. I can update 2 kali but it depends. Hihihi..

Anyway, semalam sementara tunggu train sampai, I took out my johnson's baby lotion from my black beg and pour it onto my palm.pastu I saw my wedding ring on my finger.

Pastu I senyum2. Mesmerize the day en suami sarungkan cincin tu. His hand was cold, but the way he hold my hand before sarungkan cincin tu makes my heart melt. He was handsome like always. Dengan baju melayu segak siap bersongkok, haihhh...rasa nak peluk masa tu jugak.

Oh,masa dia pakaikan rantai tu, I dengan sengaja curik bau beliau. Alahai sedapnye yummy sangat. Nak pengsan je rasa..hikhik.

Hrm, sekarang ni on the way nak pergi jumpa dia la. Tugas amik I kat train telah digalas oleh encik suami. Harapnya encik suami sabar amik and hantar I kat train station,just like ayah did.

Ok tiba-tiba rindu ayah and mama. So malam ni balik rumah!! Tq encik suami bagi I balik rumah. Sayang u ketat-ketat!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 15, 2012

Crazy life and loving it!

Request untuk update blog still tak dipenuhi. Banyak reason kenapa tak boleh update. 1.no internet connection. Hello, tak feel okay type guna phone klau entry panjang siap bergambar. 2. Busy uruskan suami. Wah, suami sudah. *blush*
3. Still in process of adaptation to married life. So far, awesome!

Anyway, entry kahwin nanti la buat. Siapa mak andam, caterer and all,nanti update bila siap gambar sume k. Sekarang nak cerita pasal kahwin. Kahwin dengan someone yang I thought I had known for 8 years, too long for not knowing him kan. And I was wrong. So wrong.

Haha. Mamat aka suami I tu hillarious okay. Tapi bila serious atau datang nak marah dia, ohemgee scary. Tapi so far setakat 2weeks kahwin ni takde marah2 lagi.

Tapi I rasa mesti dia lagi tak boleh blah dengan I. Baru dia tau betapa saiko nye I dalam hidup dia. Macam hari tu kitorang pergi honeymoon. Dia cakap dia nak memerut. Fine. Dia masuk je I tutup lampu toilet dari luar. Pastu dia jerit-jerit dari dalam toilet.memang puas hati sangat. *muka puas*

Tapi dia pun boleh tahan sengal. Semalam dia balik ofis lambat. Ada meeting. I pukul 8.30pm dah keluar rumah nak amik dia since I tak keje semalam.kul 11 macam tu baru habis. Had dinner and balik.

Dah la ngantuk2 kan. Selalu keja bukak pintu rumah ni, en bf la yang bukak. I pun sambil tunggu dia bukak gate tu I kacau2 la dia, ciom2 die ke, pelok2 die ke..pastu bukak grill I pun masuk la laju2.nak menang konon. Tapi I lupe die tak bukak pintu umah lagi. Boleh tak dia kunci I dari luar. Pastu dia gelak-gelakkan i "nak masuk pun tak boleh,nak keluar pun tak boleh kan..". Siap amik gambar I pakai bb dia. Apakah.. -_-

Gosh..bukan ini kehidupan yang I harapkan lepas kahwin. I harapkan kehidupan yang romantik bertakhta kan candle lite dinner and roses every night. bahahaha..

But this is much better!!awesomeness!! I'm married to a friend,the best friend I ever had. Tq sayang, for bringing such happiness to my life.

And I am flattering when you said, "syg, seronok kan kahwin?I ada orang teman..".and that every night before we go to sleep you kiss me and said, "goodnight.." And that every morning, dah bangun dah jalan-jalan sekeliling rumah pun dah borak_borak, but when you met me you said, "morning syg!" Siap pelok siap kiss.

Okay, baru 3 jam tak jumpa dah rindu. Balik kita beli dapur jom sayang!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

 
design by suckmylolly.com