Pages

Wednesday, September 25, 2013

Meraunggg

sophea ni lawak la. hahahaha! eh ade ke orang yang gelakkan anak dia sendiri? i la kan?hahaha...takk. semalam kan, dia bangun around 1.30am nak minum. mommy die yang sangat baik ni pun macam biasa la bagi la susu, dengan harapan die tidur balik. sekali dah habis sebotol susu tu, die pun tidur balik. so i bedung die and put her back on her baby crib. biasalah i, tidur nak berpeluk ajer dengan encik husband padahal boleh je nak tidur sendiri. biasalah, nak ngader2 kan2. hihihi...

tengah i sedap2 peluk encik husband kan, sekali ade bunyik "ekkk ukkk...". bunyik biasa tanda2 sophea nak bangun and taknak sambung tidur. i cakap dengan encik husband biarkan je la die, nanti die tidur sendiri. oh, bukan tidur yer, tapi main galak talking and playing dengan hangin toys die. -________________- anak sape la ni.

cakap kemain kuat, pastu secara berterusan, yang paling tak tahan die boleh gelak macam kelakar sangat toys die tu. hahahahah.....dah la sophea suke buat macam geram2 meneran tu. haihhhh....nasib la budak kecik, kalau besar buat comel camni, memang i picit2 sampai kempis pipi bulat die tu.

rasa i dah tertidur kot, dalam sejam camtu dia dah start nak nangis. boring la tu main sensorang. ha ha ha kesiannn. daddy cam biasa la sedap di ulit mimpi. i pun gigih bagun nak tidurkan die, sekali........ dua2 stokin dah tercabut, and kaki sejuk gila macam ais!

i dah cuak gile kot. gile sejukkkk..... nasib i sedar!kalau i tido mati dah frost bite kaki anak i. hahahaha exaggerate tak boleh blah la mommy oiii.....rasa bersalah pun ade, i sedap2 tidur anak kesejukan. tapi i bukan sengaja.sobs sobs....

terus amek vicks and sapu kat kaki, perut, dada, belakang badan, and belakang telinga bagi hangat sikit. pakai kan stokin, bagi susu panas and bedung. lepas tu dia minum la. legaaa...

tau2 dah pukul 6. i cakap dengan encik husband i nak buat breakfast. u jagakan sophea sekejap. i pun cecepat masak nasi goreng, buat sandwich, pack bawak gi opish die. and buat teh o panas untuk husband. tapi dalam pada tu, i dengar jugak la sophea meraung. hahaha....

sebenarnye dia nak tidur tapi encik husband kan tak monitor sangat gaya2 baby sophea nak tidur. so i amek je sophea lepas masak tu, gendong sekejap terus tidur dah budak comel tu. halaaaahhh manje angat nak dengan mommy jer.....hewhewhew....

ni tengah rindu sangat dengan sophea la ni. tak sabar nak balik!

Tuesday, September 24, 2013

Kurung ke?

semalam isnin. kalau ikot perancangan, encik husband tak balik. dia akan balik dalam 2 hari sekali. sebab banyak reason macam jauh, penat, masa, dan cost. since dari i delivered baby sophea sampai la ni, sophea dah nak masuk 4 bulan hujung bulan ni, rasa nya 2 kali je kot dia tak balik. hari lain semua balik. -______-

ini dah bukan perancangan dah ni. tapi mestilah orang paling excited dengar dia balik is his wife. isteri dia yang boleh tahan garang, mood swings sukahati dia, dan perempuan yang tak amik heran ape encik husband dia buat. kihkikh....

tapi itu lah. kita manusia ni mane la pernah kenal erti cukup. dapat husband baik pun duk canang suami orang lain lebih baik. padahal suami orang yang dia canag2 tu, duk puji husband kita ni baik. eh? hahahaha..... tapi siapa cakap suami i tak baik? tak baik jahat angat mulut! heeeee....

semalam dia balik, i suruh dia tenggok kan sophea. i pun dengan kadar segera masakkan la dia ape yang patut. buat telur dadar, masak lemak kobis, gorengkan ayam, and jemput2. lama i tunggu dia tak keluar dari bilik. sampai i dah siap minum air oren sunquick 2 gelas pun dia tak keluar. hangin jugak lah i sebab kita dah semangat sediakan. sekali i masuk bilik tengok dia tengah susu kan sophea. sobs sobs.....haa, Allah nak tunjuk tu. jangan asyik nak marah suami je.i pun join atas katil, sambil peluk2 encik suami, sambil borak2 dengan dia apa yang sophea buat hari ni. macam i mandikan dia, and that she's smiling, i nyanyikan favourite song sophea, and bukan main excited si sophea ni dengar. and her daddy pun suka je dengar.

reason encik husband balik and tak stay kat rumah kitorang sendiri sebab i dengan sophea takde so the house macam tak ceria la kan. i know that feeling. that's why i macam sedih sebab encik husband yang rasa camtu. rasa dihargai. rasa wanted. kalau perempuan biasalah nak rindu doplohpatjam jewwwrrrr....

lepas makan camtu, nanti encik husband tolong angkat bekas mangkuk etc bawak gi dapur. and i akan basuh macam biasa. dulu i tak selalu sangat cakap "thank u" etc etc. tapi sejak i kahwin, encik husband ade sifat camtu, so kite pun terikut same. kadang i amekkan kicap pun dia cakap thank u. jangan kira bila i belanje makan ke ape. kemain panjang thank uuuuuuuuu die tu....hewhewhew...

looks small. tapi kita rasa seronok sebenarnyer. =)

hopefully sophea akan belajar dari us parents. kitorang memang tak pernah lagi maki hamun bergaduh baling periok depan sophea, and insyaAllah tidak akan buat macam tu. sebab i kalau gaduh pun silent je. tu lagi best kan?hahahaha.....boleh mati tak cakap kot.

lepas makan encik husband tolong lipat kain. sweet je cakap, "do you want me to help?". tak banyak pun dia lipat i rasa, i rasa dalam dua keping bajuje hahahahahaha, lebihnya main laptop or borak2 dengan i. tak kisah pun, but dia sendiri nak help me around, or maybe simply nak duduk dekat2 dengan i, dah cukup buat i rasa best. buat rasa disayangi.

nanti sebelum tidur rutin die cam biasa la. sediakan air panas and botol bersih untuk sophea. maybe die tau nnti i penat bangun nak buat susu sophea so die siapkan awal2. i kadang2 macam sedih jugak sebab maybe suami orang lain lepak mamak tengok bola, tapi encik husband memang banyak dengan i, and now dah ade sophea lagi la berkepit je dengan kitorang.

i takut la dia rasa macam 'terkurung' ke ape which i sangat la suka dia ada dengan i je kat umah doplohpatjam sebab dia kan bf i, best friend i, cinta hati i, lagi ade kat depan mata i, lagi la i happy. =) lagipun, esok kalau ade baby boy and baby girl, i taknak diorang jadi jenis yang keluar hangout dengan kawan je sebab parents macam tu.

bukan tak boleh, tapi i tak suka. sebab i pun bukan jenis camtu keluar lepak tak tentu arah.i have everything i want under my roof, food, wayang (free download), food (home cook, cikedis semua ade), internet , so nak ape lagi?

tapi ikot orang la. kitorang keluar jugak, lepak jugak, tapi kitorang tak jadikan benda tu as habit, or acara wajib mingguan. keluar bila rasa perlu, or maybe once in a while.

pagi tadi i buat instant sandwich. takde bawang takde cili takde ape. kesian plak i dengan encik husband. niat malam tu nak buat sandwich sejuk tapi malam tu terlupa, bangun pun lambat, kelam kabut i buat breakfast dia.. so pagi ni i managed buatkan encik husband sandwich tuna 3 keping, sekali goreng jemput2 dengan sos cili bungkus, air teh o panas in 15minutes.

masak air, sambil tu goreng jemput2, sambil tunggu goreng tu, i kuarkan butter sardin dengan roti. sap sap soi siap dah la. encik husband siap la peeping kat dapur tengok i buat ape. cis!terlambat la i nak hidang kat meja. haihhh....tapi takpela, janji beliau kenyang and tak lapar.

malam ni dia balik. rindu dengan isteri dan anaknye itu. jangan cakap dia. i pun rindu kat dia and sophea. hehehe....malam ni dia suruh urut. sakit tangan dia cakap nak type pun tak boleh...sian kan?? jangan jadi cam semalam, dia suh i urut, i laju2 je tertido. hahahaha!

Ikhlas ke Tak ni?

susah rupanya nak jadi orang baik, orang yang berprasangka baik etc etc. orang kate (ntah orang mane la kan, main petik je..), zaman sekarang ni susah nak buat baik dan berprasangka baik. dulu, i was once called "a positive people". tapi lama2 sifat tu hilang sebab bila time mengumpat i selalu cakap, "yeke?takkot. anggap je la dia sebenarnya tak tahu...etc etc..". nampak tak anti-klimaks nye kat situ sebab kawan sebok2 nak mengumpat tetiba i datang dan memunahkan harapan menggunung diorang nak mengumpat. hahaha..

so, i pun kena la sound dengan diorang and yes, i felt a bit offended. i rasa tak salah kalau kita berprasangka baik (memang tak salah la woi, lagi baik ade laa....) tapi dan macam tak diterima plak dalam group diorang. well, dah jadi isu "kau hidup nak dapat keredhaan Allah ke or nak impress kawan2 kau?". ha nampak tak dah macam tablaigh dah i ni. (tablaigh=tak boleh?....hahaha....kawan i buat lawak bodo). and sejak dari itu i jadi la orang yang berprasangka buruk, dan semakin menjadi2. hahahaha...

sekarang ni azam i la nak jadi orang baik. amboiihhhh, sejak2 dah jadi mak orang ni, cakap pun dah gaya2 mak2. aihh lantak lah. hidup ni nak dapatkan keredhaan Allah pun kan. encik husband hari tu sound, "dunia ni ibarat neraka bagi kaum mukmin....". pastu i duk la ulang2 ayat tu, buat main2 tapi kadang2 terpikir gak la.

Allah dah bagi macam2 kat i. terutama sekali suami dan anak yang sempurna. kenapa la i sikit pun tak berterima kasih dengan Dia as taat dengan suruhan Dia. susah kan?buat benda jahat kan senang kan? and then jadi orang baik ni tak in-thing la. pergi clubbing, hisap rokok, pakai seksi tu baru the in-thing, kan?

amboiihhh, macam ustazah abby abadi sangat la i ni. hahahaha...

i WANT to take a simple first baby step dulu. ha nampak tak? "simple first baby step". gile minute la langkah yang i nak amek ni. bahahaha....macam tak ikhlas je nak berubah. mihmih. i nak mula dengan diri i dulu. contoh la kan, borak2 dengan kawan, kawan dah masuk mode mengumpat. i pasang telinga dengar, bile dia dah masuk gear 2 ke 3 i buat tak layan.

contoh, kat office i ni ade la sorang minah ni suka sangat think negative about people around her. ade la specifically sorang lagi office mate i ni die tak suka. duk la cerita benda2 buruk pasal dia. i ni amik port tapi tak la eagerly nak tau semua. kadang2 masa die cerita tu i buat la kerja2 i, nampak gaya taknak layan kan...hahahaha....lame2 die penat sendiri sebab i respons "ermm,," "yer?" "then?" camtu je throughout the conversation. hahaha..

tapi tu la.

selagi i hidup, i ingat nak start la buat baik dengan orang. ha tapi niat mesti betul, jangan sebab nak menunjuk2 kat orang. dah dosa tu. first sekali i nak buat baik dengan suami i, sebab dia je yang pegang tiket i masuk syurga. hahahaha.....buakn ape, i ni dah la tak buat baik dengan dia, buat jahat lagi dengan die ade la.

i nak pasang niat dulu nih. pagi tadi seems okay. ape2 pun benda yang i buat, mesti i cakap dalam hati,

"ya Allah, aku [insert whatever thing you do] ikhlas kerana Mu YaAllah.."

itu saja. senang kan? sila mula saat ni. GO!

Monday, September 23, 2013

Cinta

semalam sophea macam kerap batuk. takde la macam batuk sebab sakit batuk, tapi macam batuk ngader2. haha...comel sangat dahla mulut tecik kan. i tanye la dia, "sophea, nape batuk?r u having a fever??". dia biasalah, senyum sengih2 je bila i cakap dengan dia. i tak tau la dia faham ke tak kite cakap ape, but i honestly want her to understand me. she likes to smile a lot. i mean like kau panggil je nama dia, senyum la die.

hrmm...bila dah jadi mak ni, rasa dia lain. rasa sayang kat anak tu lain. kan orang cakap darah daging sendiri, macam nyawa kite jugak. memang la i rasa sophea tu macam nyawa i. means kalau jadi pape kat dia, seriously apart of me pun lost jugak. i pray that sophea sentiasa dilindungi allah, as she is a very good baby. but she really is.

takut kalau dia sakit etc etc. sedangkan kita yang dah tua ni pun kalau sakit demam ke ape, mengader lebih nak perhatian but still kita boleh handle diri sendiri, diorang budak kecik ape la yang dia tau? especially yang hantar nursery. payah la cikgu nak layan sensorang kan.

alhamdulilah and luckily both my parents and in laws dekat je kat KL ni. so kalau salah seorang takde, sorang lagi ade. belum terfikir lagi nak anta nursery. tapi yelah kan, mak bapak dekat, boleh la. nanti bila diorang dah tanak jaga or tak larat jaga, still kene anta nursery.

or maybe kitorang akan amek bibik and letak kat rumah parents instead of hantar ke nursery. that is just a planning tapi tak tau la lagi camne.

sophea is really a good baby. dia memang tak banyak menyusahkan i. kalau susu, mandi, and changing diapers tu menyusahkan memang tak layak la kot nak jadi parents kan? sophea pun macam suka jer kalau i mandikan ke change diapers ke sebab i suka berborak dengan dia or nyanyikan favourite song dia.

semalam dia tido in between us. daddy cakap, kaki kanan dia atas kaki mommy, kaki kiri dia atas kaki daddy. boleh??tapi tak boleh salahkan dia jugak. kadang2 daddy cakap lutut mommy atas kepala sophea. hahahaha...

aihh...rindu plak kat baby girl i tu.

so anyway, i end this entry dengan entry abang ni. sweet gila but whatever he said was 100% true.

sweet gile abang ni.....click sini...

Friday, September 20, 2013

Senyap Sikit Mulut Tu

otak tepu wehhh...

masuk office tadi kul 10am dah start meeting. mak aih!tak beragak nak start meeting. anyway, i was so keen toward the meeting. biasalah, semalam dapat bunga plak mau tak pagi ni bersemangat waja nak buat kerja. siap bawak latop okay. senang bawak laptop masuk meeting ni. terus update and highlight mane nak kena amend.

masa tengah nak pergi meeting tu dapat watsapp. hrmm....dari siapa lagi kalau bukan encik husband. dia tulis dalam tu, "bb.....i hepi sangat pagi ni...".sweet. rasanya, kalau perempuan dapat message macam tu kat handphone camne reaksi eh?

dah, tak payah jawab. tersenyum lebar la kitewwww.....hahaha! sampai officemate i marah i. dia cakap, "oi, cepatlah meeting!". pastu i reply la, "sabar lah! nak reply message nie..." tapi senyum tu still tak lepas. hahahaha.....then officemate reply, "macam kat bilik meeting tak boleh reply....". hahahaha.....haishhh memang lah boleh, tapi sekarang ni tengah excited. haruslah reply dengan kadar segera. mihmih...

ni tak lain tak bukan sebab musabab dari semalam.

semalam masa nak tidur. dah siap gosok gigi basuh muka dedua, i dah landing dulu kat katil. pastu encik husband cakap, "bb...u tido sane lahh....nanti idung i sumbat tidur sini..". maksudnya dia taknak tidur directly bawah air cond. oh well, kate deal dengan i, haruslah sifat kedengkian tu lebih sikit.i pun meniarap kat tengah2 katil, pastu depa tangan dengan kaki besar2, saje taknak bagi ade space untuk encik husband tido. ohsem kan? pastu encik husband terkedek2 selitkan diri tepi dinding nak tidur. holohhh siannye.... pastu i duk telek2 muka dia, tak sedar camne dedua boleh tertido. bagus kan perangai?

sampai la ke pagi. tau2 MIL kejut. malu weh mak mentua kejut. tapi apakan daya kitorang kan muda remaja tapi dah ade anak pun mak kejut lagi bangun subuh. hahahaha....i mandi dulu siap2, then encik husband pun siap2.

then kitorang pergi breakfast kat mamak. dah lame kot kitorang tak breakfast same, apetah lagi pergi kerja same2. nak naik train kul 8, by 7 dah sampai kat kedai mamak. lame gile lepak. i ordered vadei dengan capati, encik husband order roti telur bawang. pastu kitorang dua berborak macam satu dunia nak dengar. hahaha....oh well, i jela cakap pun, encik husband kan tukang dengar. i rasa mesti dia tak sabar nak hantar i pergi kerja, aman sikit kot hidup dia.

then encik husband cakap masa i tengah sronok2 kunyah capati cicah dhal, " sayang....u bayangkan lah kalau u senyap bila gaduh dengan i, u rasa macam mana hidup i kalau u senyap...". cehhh....konon fefeeling sweet la cakap camtu over the table. walaupun........walaupun i rasa macam disayangi sangat....harharhar!! then i replid, "i bukan senyap la sayang semalam tu, i penat sebab tu i senyap...". valid tak alasan? hahahahaha....

encik husband tu pelik sikit. kalau kitorang gaduh, berjuta2 message dia hantar- tak kisahlah nak marah ke nak bagi statement ke, nak menangkan diri dia ke etc etc. tapi kalau we were in a stabil mood, means tak gaduh la- satu message pun susah nak dapat. nak kire camne tu?haihhh....sabar jela kan. nak marah suami sendiri. tak marah tak tau plak.tihiii...

perangai dia tu tak boleh blah sungguh. and because of that setiap hari la i memendam rindu tak sabar nak jumpe dia kat rumah. kadang2 bawak bertumbuk jugaklah kat rumah sebab geram sangat...bahahha!!i doa hari2 semoga dia sabar and bertahan dengan perangai i yang cakap kemain kuat, dan mood swings yang tak ikot masa.

kadang a word pun boleh twist the whole thing and causes haywire.

heh. kata perempuan kan.

tapi demi Allah, rasa sayang rindu dan cinta untuk encik husband so far masih utuh dan kedap. dan memang kasih dan cinta untuk encik husband (yang perangai macam2 tu) hanya kerana Allah dan dengan izin Dia. and i harap encik husband will love me as much as i do.

teeheee.....sebab kan...

kalau i atkde siapa la nak layan kerenah dia nak makan macam2 tu yang mengalahkan ibu nandong tu....hahahaha!!

Fight For Your Love

semalam lepas habis class, dalam 5.30pm left the classroom and masuk office. nampak bebudak ni tengah relax2 borak2, so i pun join sekaki. well, memang kitorang dalam 5.30 memang dah time rehat. jarang la nak buat kerja sampai kul 6 unless ade benda urgent nak kene siapkan. so anyway, tengah lepak2 sambil borak2 dengan diorang ni sekali ada officer datang depan pintu office.

"Puan F****??". i dah macam ohemgeeee, ade kerja baru nak bagi ke?? sebab pegawai ni memang jarang la sangat bercakap dengan i. so agak risau la tetiba called up my name kan.

sekali, ada seorang mamat pakai jaket masuk office sambil pegang a bouquet of red roses!!!!!!

hahahaha. ohemgeeeeee!!!! kat kad yang i dapat tu tertera "my beloved wife". budak2 office dah senyum2 kat i. kuang asam betul. well dah boleh agak siapa yang bagi. heee....suka weh!!!!! suka gila dapat bunga. terus berbunga-bunga lah hati i. dah la semalam tu khamis malam jumaat. wakakakakaka.......

ermm....we had like a small fight semalam. some misunderstanding. takde la misunderstanding sangat. it was more to attitude and how we behave with each other. benda ni skills kot. kalau kita takde skill untuk encounter this kind of problem, pergaduhan tu mesti ada. kalau tak dibendung dia boleh jadi masalah.

i think husband did the right move to send me flowers. sebab kalau dia tak bagi, i memang tak nampak tanda2 nak baik. hahahaha......bukan i k?err....yeah obviously i need time but receiving flowers memang teruskan stop panas hati i tu.

actually, i tak encouraged encik husband bagi bunga or hadiah everytime kitorang gaduh. sebab nanti lame2 takut i dah immune and giving presents dah takde effect kat kemarahan i. once in a while boleh la. or lagi worst, selagi i tak dapat hadiah selagi tu i taknak baik. contoh, selagi tak dapat handbag chanel i taknak baik dengan u. hahahaha....chanel okay, benda lain taknak.

i sebenarnye lagi suka kalau encik husband pujuk meleret2 sampai kehabisan ayat nak pujuk. bahahaha....ngader angat kitew niew...mihmihmih!! balik rumah kena ciom2 or kene peluk2 pun lagi best dapat hadiah. or.....dapat hadiah pastu dapat pujuk pelok ciom pun laaaaaaaaaaagi best! hahaha...

tapi tu la, encik husband tu dia macam....macam typical lelaki. tak suka benda2 remeh camni. ape, dia ingat bagi bunga jer terus i baik? semalam tu memang la terus baik sebab i dah laaaaaaaaaaaaaaamaa sangat tak dapat bunga so hati ada sikit macam senang juga. hahaha...kalau tak kena hari, mau bunga tu i buat salad jer...hahaha!

so camtu la cerita dia. semalam lepas balik, nampak encik husband, jeling2 senyum je. dia la jeling2 i. konon dari jelingan tu nak bagitau, "dah la gaduh dengan kita!". eh talking about that, i tak mintak maaf pun lagi kat beliau!!

hee......semalam dah peluk2 ciom consider dah mintak maaf la kan? ke cara wajib nyer kena salam ciom tangan nangis2 mintak maaf?

mohon pencerahan sikit.




Thursday, September 19, 2013

Breath in and Out

semalam adalah hari yang sangat memenatkan. terasa pendek tapi sangat memenatkan. kat ofis sekarang dah start sem baru. so pagi and petang ada kelas. free hari jumaat je. itupun management cakap lecturer tak boleh cuti jumaat? wth? penat okay. tell us bila kitorang ada time nak prepare exam questions and all that??

nasib students semua okay. they all like behaving so well. semalam oleh kerana tak larat, i buat some lab session. and to my suprise, they cant understand the lab procedure (tak baca dulu kot before conduct?). com'on la, budak bukan aliran sains pun reti guna kot. haihh...

kelas bio pagi tu went so well. belajar pasal cell division je kot. actually it was supposed to be and introductory class, tapi sebab i terlebih rajin and tajuk pun senang, i conduct class terus. at least semangat dah datang ajar jela kan. the students looked happy sebab dapat jumpa i. last semester i kan cuti bersalin. so okay je la kan.

lepas abis kerja kul 6pm i terus gerak laju-laju carik bookstore sebab esoknya nak conduct lab lagi. sekarang kena cari gel inks untuk buat chromatography plak. kacang mak enon je. sekali gulp!inks gel sangat mahal mencecah RM7.90 sebatang. at least kena 5 jenis. kat bookstore je dah amek masa setengah jam. last2 i jumpa yang harga rm2.90. paling murah. sauk 5 jenis cepat2. bayar and terus balik.

masalah.

kaki i ni tak baik-baik. maybe sebab urat tegang ke ape, tapi agak melampau la sebab tak baik lagi. jalan dah terhenjut2. mama cakap macam orang cacat. wth? sakit ok. ingat ade ke orang sengaja jalan camtu sebab nak mengaku cacat? prfttt. yang peliknye, kalau i joging okay je tak sakit. tapi kalau jalan sakit gilers. haaa....camne tu? tak pergi berurut lagi sebab sebok giler.

weekend je either balik umah sendiri or MIL.
weekdays kerja and balik je dah entertain sophea. bila dia dah tidur baru terkedek2 iron baju kerja ke, lipat kain ke etc etc.
malam sure bangun kul 1.30 am dengan 5.30 am feeding babypie.

awesome kan?

it was a good experience though. tak sume ada pengalaman jaga anak sendiri. jadi Alhamdulilah lah instead of mengeluh.

semalam lepas balik kerja naik train balik ampang. ampang line penuh gila. 3 kali tunggu train baru leh masuk. gila ramai orang. balik sampai umah nenek tu jalan kaki je. bukan taknak call suruh orang amik, tapi hp batt habis. boleh? dugaan betul. so jalan la kaki ke rumah nenek.

jauh dia macam dari klcc nak ke ampang park.

tak jauh sangat tapi basah la jugak ketiak. dengan kaki camni kan.

on the way balik tu mula la terfikir:
kalau tengah jalan ni orang culik camne?kalau dah masuk van culik tu nak buat ape?menjerit ke pukul orang tu?kalau pukul nanti dia pukul kita balik sakit la kan? kalau jerit nanti orang ingat budak ni main2 je ke? kalau kene culik nanti sophea camne? dia ingat ke kat mommy die nie? kalau kene culik suami tak jumpe kita camne? suami kahwin lain ke nanti? nanti sophea? encik husband jaga ke bagi orang lain?

tetiba sayu je hati jalan balik. dahlah maghrib. langit pun dah sayup2 je ada cahaya. memang syahdu betul.

sampai umah nenek dah takde mood. jumpa sophea, she lighted me up a bit. penat, peluh, kaki sakit. mandikan la jugak sophea sebab masa tu dah 8.00pm. baby mane boleh mandi lambat2 sangat. luckily she is a good baby. tak nangis tak ape. she ease my pain, and she gives hope and love in my heart and soul.

then makan. lauk super sedap. ada sambal sotong, asam pedas, and fresh vege nenek beli kat cameron. awesomness sangat! hehehe...

lepas tu balik and lipat kain and rehat.

semalam was not so good. tiring and heartache. tapi life has to go on. kan? bila fikir dah ade anak ni, takde siapa yang dia depend on except her parents. kadang2 rasa nak lari dari everyone, tapi bila mengenang ada baby sophea ni, she put me back to the real life.

but in a good way. ;) you know, reminding me that Allah give me a responsibility of taking care of a child. and that will be my daughter.

Friday, September 13, 2013

Daddy and Babypie

oh oh......sophea dah menunjukkan gaya tidur yang sangat bagus malam tadi. and mommy loves you so much but also sad sebab i know my baby pie has grown up. sobs sobs.

last night mommy thought daddy tak balik. and mommy pun tak kisah daddy tak balik walaupun actually rindu gila kat daddy and i feel something is not completed when he is not by myside. i rasa semua isteri macam tu kot bila suami outstation ke ape, tidur pun tak berapa nak nyenyak.

anyway, semalam sophea macam meragam sikit nak tidur. and she's become heavier and it's quite hard for me to handle and cradle her. i think i might had squeezed her too tight and so she cried. hahaha....sorry sorry! so i put her down slowly on the bed, take the blanket and wrapped her tightly.

i read somewhere, dia cakap mommy should tell their baby that it is night time and that baby have to go to sleep. so i did!

"sayang....dah malam ni. you go to sleep ok. mommy work tomorrow. sophea good girl kan??" and then i kissed her cheek and forehead. put on her pacifier (not a good move but im okay with it..).

and she turned away and look at one spot on the curtain. i tepuk-tepuk peha dia and after a few minutes she began to close her eyes!! (yes yes yes!!) and yeah.....10 minit je mata dia wide open...prfttt....

but i know she's sleepy. sebab kalau dia sleepy dia akan tutup mata dia lama, and then bukak besar-besar. and akan berulang-ulang la benda tu. i switched off the lamp and put her on my chest. tak lama lepas tu dia tidur. and when she fell asleep, i turunkan dia on the bed. and i pun tidur sama.

i dont know when encik husband arrived, all i know is that, it was already 1.30am and encik husband bangun and buatkan susu sophea. and then he put her to sleep. good job daddy!!

and when the light was off, that's when i really missed encik husband. i reached out for his hand (over sophea's body....sebab budak demok itu was in between us), and hold his fingers tight over mine. i wished that i could kiss him but i wont take a risk of sophea bangun and ajak berborak at 4.00am. hahahaha...

i just looked out for his face over the little light that passed through our window. and thanked Allah that he was there with me. with us.

and baby pie sleep soundly in between us.

i let go of his hand, and cuddle baby pie even more tightly and kissed softly on her cheek. her smell....gosh!the best smell i ever had. she moved a bit, i guess that was her way telling, "yeah mommy, i love you too. now please let go off me as i want to go to sleep...".

fine. big girl sangat dah kan? ;)

two person that i love the most in the world. sleeping with me every night. i just thanked God for everything He had given me (and will give me). too much of happiness. too much of love.

anyway, i hope and pray and that these two little monsters know, that they had taken over my life and i love them so so much.

Thursday, September 12, 2013

sleep baby sleep

is my daughter having trouble to sleep at night??and the answer is...........YES!

oh oh dia bukan having trouble to sleep, she's having trouble to sleep longer than it supposed to be. hahaha....macam bangun 1.30am minum susu, and tido, and bangun balik pukul 4.30am then tido balik and bangun balik kul 9am camtu. tidur tak continous kate orang ramai.

but yeah. i try tengok jugak die colic ke ape. takde pun and so far dia tak pernah colic lagi. baju basah ke pampers basah ke takde jugak. i rasa pampers tu tak berapa basah sangat pun tapi memang wajib i tukar, just nak bagi dia selesa. lagipun pampers tu daddy die yang belikan kan. kalau mommy yang belikan haruslah seminggu sekali baru tukar, siap cuci lagi. bahahaha......

malam tadi i memang dah flat out sangat pukul 4.30am tu. ni sebab i dah start my workout plan and cuts down on carbo. tapi siang kat opish memang takde la ngantuk ke ape. good sebab body i dah get used to it i guess. ni semua gara-gara suami nak konvo, isteri berlebih. mihmihmih....it's ok!i likkit dat way....

anyway, kul 4.30 am tu, i gerak-gerakkan bahu encik husband kat sebelah, "d....buatkan susu boleh tak sayang...". tu je i cakap, lepas tu i tak tau ape jadi. hahaha....tapi i nampak la dia gendong sophea entah buat ape ntah. and when he put down sophea on the bed, boleh budak tecik tu ajak berborak. i terus la bangun borak-borak dengan dia.

she was talking passionately (and of course loudly!). daddy yang dah sambung tidur pun boleh terbangun sebab dia. daddy biasalah bangun, kiss baby girl dia, pastu sambung tidur. prfttt!

agak-agak dah pukul 6am i bangun, hantar sophea kat my sister (sebab daddy and mommy nak siap kerja), iron encik husband punye baju batik and siappkan breakfast dia. dulu masa kat rumah kitorang memang boleh dikatakan setiap hari i buatkan encik husband breakfast siap tapau lagi. and he loves it. i berazam lepas ni i nak bangun extra pagi and masakkan lauk untuk dia makan, so at least lunch dia boleh balik and makan rehat kat rumah.

didnt i tell u office die dengan rumah is like 7mins driving? i is so damn jelez u know.....:(

semalam masa encik husband balik berdrama swasta la kat luar before masuk. dah masuk bilik pun boleh berdrama swasta. borak-borak sambil peluk. boleh?? hahaha....borak-borak bukan pasal cinta ke kerja rumah ke or pasal sophea ke. borak-borak pasal hal kerja sambil kutuk bos masing-masing.

hahahaha.......

entahla, semalam rasa rindu yang amat sangat. dah lama tak peluk and curik-curik bau. hahaha.....sebab bila dah ade anak ni, bau anak lah yang kita carik2......bahahahaha....

sebab kalau bau daddy dia boleh jadi lain nanti...kikikiki....

Tuesday, September 10, 2013

Tutorial Tokyo Metro Line For Dummies

korang nak gi Jepun eh? bestnyerrr!!!!!!!! i is jeles. hahaha....ok, since i had been to Japan before, so i nak share la with you guys some information about tokyo metro line, and how to use it. sebenarnya i pun macam you all jugak, dah buat research pasal tokyo metro line tapi susahnye la nak jumpe dengan own experience yang naik tokyo metro line ni. dah puas i google. kalau ada pun sikit je. mula-mula tengok map tokyo metro line ni je dah cuak, pening. baca-baca pun pening. tapi actually senang gila. encik husband cakap i boleh jadi tourist guide malaysia-jepun. bahahaha.....

kalau google, mesti ayat-ayat google adalah seperti:
1. camne nak naik tokyo metro line
2. tokyo metro line experience
3. tokyo metro line
4. how to use tokyo metro line
5. what is the different between toei line and tokyo metro line

kan kan??hhahaha....sebab i pun buat camtu.lalalala

so i rasa macam tergerak hati nak share dari A to Z, all about tokyo metro line. ha, awesome tak i? tak pun...boooooo....hahahaha!!

kita buat introduction sikit pasal tokyo metro line ni. sebenarnye senang gile sangat guna tokyo metro line ni. so keep in mind that it is easy and understandable to use tokyo metro line.

Tokyo Metro Line ni ada 9 Lines under Tokyo Metro Line which are :
1.Ginza Line (G/kaler oren),
2. Marounichi Line (M/ kaler merah),
3. Hibya Line (H/ kaler kelabu)
4. Tozai Line (T/kaler biru)
5. Chiyoda Line, (C/ kaler hijau)
6. Yurakucho Line, (Y/ kaler kuning)
7. Yurakucho Line (new)(Y/ kaler brown)
8. Hanzomon Line, (Z/ kaler purple)
9. Namboku Line, (N/kaler turqoise)



Tips untuk ingat korang dari station mana nak ke station mane; ingat kaler dengan station nombor berapa. oh, train diorang pun cat ikot kaler line tu. hahahaa comel gilerrr.....

contoh macam kita naik rapid KL, kita ada Ampang Line, Kelana Jaya Line, and Monorail Line. ok, kita amik Kelana Jaya Line sebab itu yang paling banyak kita guna. Lets say dari Gombak Station ke KLCC Station. senangkan nak ingat sebab kita orang Malaysia and nama tempat tu kita dah familiarize. bayangkan tourist datang malaysia, tak ke susah dia nak ingat nama station, so diorang guna numbering system. so instead dari Gombak ke Kelana Jaya, tourist hanya akan ingat KJ1 to KJ12.

same goes to tokyo metro line. so sila ingat line ape, kaler ape, and nombor station.

ok. macam mana nak naik tokyo metro line?
first, kena tahu korang dari mana nak ke mana. sebagai contoh, masa i kat japan, i stayed in ANA intercontinental hotel. so mengikut map, stesen tokyo metro line yang paling dekat dengan hotel i ialah Tameikesanno Station (dekat gila keluar hotel terus stesen...wehuuu!!). dalam Tameikesanno Station ni saja ada 4 lines iaitu Ginza Line, Namboku Line, Chiyoda Line, and Marounichi Line.

lepas tu, kena tahu dari stesen korang tu nak pergi mana. contoh nye Akihabara (tourist attraction yang mana diorang jual banyak barang electric, komik, dan juga porn.....serious lame japanese).

so according to map,

Akihabara Station hanya ada Hibya Line saja. So dari Tameikesanno nak ke Akihabara, i chose untuk naik Ginza Line. so kat Tameikesanno G06 naik train terus ke G16 iaitu stesen Ueno. kat G16 tu keluar , tukar platform naik train Hibya Line plak iaitu H17 (still dalam station yang sama, keluar eskalator jerr), ke H15 iaitu stesen Akihabara.

boleh faham??

ok. lagi satu contoh. dari Akihabara i nak pergi Shibuya. Kat shibuya ni ada Takeshita Street . Tempat fashion freak i must say. tapi cantik-cantik la jugak. so nak cerita pasal tempat best i buat entry lain la. this time nak cerita pasal camne nak pergi from Akihabara to Shibuya.

(dah tengok map senang plak jadinye...ingat nak bagi contoh susah sikit...hahaha)

ok. kat akihabara ada Hibya Line saje which is H15. kalau tengok Shibuya ada Ginza Line G01 dengan Hanzomon Line Z01. so amek train Hibya Line H15, pergi ke Ueno H17, tukar platform naik Ginza Line and terus ke Shibuya station G01.

taraaa.....senang kan?

nak lagi contoh?amboi korang....manje angat la...ni buat for free ni tau. doa kan murah rezeki i pergi Jepun lagi and this time Sophea will tag along..ehehehe...

orait last one. dari Shibuya contoh nak ke Shinjuku! (actually boleh je jalan kaki, i mean kat tempat orang kan?tapi naik train la kesian makcik2 nak jalan...)

macam Shibuya ada dua line saja iaitu Ginza Line G01 dengan Hanzomon Line Z01. kat SHinjuku plak ada  lines iaitu Oedo Line E27, Shinjuku Line S01 dengan Manourichi Line M08. Oedo dengan Shinjuku Line tu under Toei Line, so tiket yang kita beli kat Metro Line takleh guna k.

(actually ada tapi dah kena beli tiket lain plak untuk boleh guna Toei dengan Metro Line sekali macam kad rapid kl la...tapi leceh la kita nak jalan bukan guna hari-hari and i bukan pandai sangat bab combined ticked tu...heee....)

continue....so yang sama Metro line hanyalah Manourichi Line M08. so dari Shibuya G01 pergi ke G05. kat stesen G05 tu nama dia Akasaka-mitsuke, tukar platform di M13. dari M13 terus ke M08 stesen Shinjuku. kalau nak stop kat M09 pun boleh stesen Shinjuku-sanchome nama dia.

ala....rindunye nak main tukar-tukar platform ni....sobs sobs..

eh ingat tau, nak tukar train tu tak payah keluar stesen, dia platform jer berbeza tapi still dalam station yang sama.

nak ingat nama station ni payah sikit sebab ada beratus station dan juga sebutan dia bukan senang pun nak sebut. bunyik sama jee....bunyik jepun. hahaha... so ingat line ape dengan no station. lagi senang...heee..

oklah, should you have any question, do not hesitate to leave a comment! daaa.....and all the best!!

Monday, September 9, 2013

Kisah Malam Itu

Teringat lagi kisah hari raya yang lepas. Actually malam raya tu both encik husband and i, we went to jalan TAR malam raya tu. Tahun ni dah masuk tahun ke dua kitorang raya sama. But the amazing thing was, sophea is with us, so raya tu jadi lebih meaningful and excited (tak masuk mencabar lagi sebab pagi raya, tiba-tiba sophea nak susu la nak kendong la etc etc haha).

So anyway malam raya tu bergegas la kitorang ke jalan TAR. Tujuan kitorang ke jalan TAR adalah sebab bukan nak shopping pun, tapi kitorang memang suka menyibuk kat tempat ramai orang (padahal tak suka pun!). Terasa la sikit kemeriahan raya tu. Well, of course sophea tak ikot and sah-sah tak boleh ikot sebab hoi, kecik la lg dia.

Cerita pasal budak kecik, ada jugak mak bapak yang tak berapa nak pandai hurung anak pergi jalan TAR tu tau tak. Sebab tak pandai la kot diorang bawak anak gi jalan TAR. Hello kak, anak awak tu bayi lagi, kecik lagi, imunisasi pun belum tentu kuat, dah la masa tu hujan, ramai manusia dari segenap Negara. Mana yang Indon, Tibet, Myanmar. Takla plak I salahkan mereka mereka tu datang jalan TAR sebab diorang pun nak shopping. Tapi as what I know (biasalah buat research tak habis), Negara kita bagi free vaksin untuk elak blab la bla segala penyakit and they are not. so memang kita takkan terjangkit. tapi janganlah mencabar dengan mengexposekan diri kepada penyakit2 ni kan.

Budak-budak tu berpeluh-peluh and dah meragam sikit2 yela dah la panas, bising, bau macam-macam. Ape tak pikir ke mak bapak diorang ni? I yang tengok ni pun jadi sedih terkenang sophea back at home. Come on people, you must be cleverer than this. Dah hujan plak masa tu. Sayu sangat hati. I dengan suami yang dah tua Bangka ni boleh rasa kepenatan tu, apatah lagi budak yang sepatutnya, malam-malam camtu tidur sedap-sedap kat rumah ready for hari raya esoknye.

Dah, jangan bagi alas an anak takde orang jaga. Siang pun korang boleh pergi. Apsal malam jugak yang nak dibawa? Kalau suruh suami je pergi beli kalau dah terdesak sangat, mak nye duk la umah jaga anak. Ini tak, kan?? Nak fulfill sangat nafsu shopping korang tu keselamatan anak tak di prioritize kan. Haihh la…
So anyway, masa kitorang sampai tu lebih kurang 11malam. Tapi orang ramai gila babeng and it was very hard to walk normally. Semua jalan macam penguin setapak setapak. Penat gila tapi sebab nak rasa kemeriahannya sangat, ha amek kau. Hahaha but it was fun, kalau tak, taklah setiap tahun kitorang dengan sengaja datang. Hahaha….

Apa yang ada eh kat jalan TAR malam raya?

NOTHING!!hahaha sabotaj nye la statement. Ada, macam2 ada. Tapi tak boleh nak Nampak apa yang ada sebab kita sebok tengok orang berjalan and we were even in the line, so dia macam passed by je kedai2 tu. Macam biasalah, jual baju kurung, baju melayu, sampan, songkok, capal, tudung, telekung etc etc.

That night, encik husband bought his sampin. Turquoise. Cantek weh dengan harga rm20. (ye, sila hentak kepala laju-laju). Kalau nak ikutkan hati I, I nak je suruh dia pakai sampan tenunan Terengganu yang harga riban-riban tu, tapi I dah tau lepas ni beli yang rm10 ke rm20 je cukup, sebab sehari je encik husband pakai (setengah hari kalau nak ikotkan) lebih pada tu dah campak ke mana.

I sebenarnya ada “a thing” dengan lelaki yang pakai sampan and full attire baju melayu untuk occasion orang kawin, nikah ke bertunang ke, and majlis2 formal. Sexy tau. Sangat. *mata bersinar2*

First kedai yang kitorang pergi dia jual sampin yang sama dengan harga rm120. Mak aih…mahal gila! Jalanlah lagi, and jumpa a few kedai yang harga rm70. “okay, reasonable “ encik husband cakap. Jalan lah lagi kitorang. Sekalai jumpa kedai jual rm40. Eh, ni macam lagi bagus. Encik husband suh jalan lagi padahal I dah marah-marah cakap beli jela, nanti tak jumpe the same exact sampin. Takde dia kisah pun.

Jalan lagi jumpa rm30. Tapi sampin yang kitorang nak mula-mula tadi takde. Sedih dah la sebab tak ingat kedai mana yang jual sampin turquoise tu. I told encik husband to just grab sampin yang colour dia lebih kurang baju melayu dia. Sekali Nampak la satu kedai longgok2 abang ni longgokkan sampin.

RM20.

Korek-korek sikit jumpa!!! Same kaler, same pattern!!

Bahahaha…..puas hati!

Encik husband tu bukan kisah sangat sebab dia kate kalau takde sampin die pakai je sampin nikah putih yang I belikan dulu kat butik songket tu. Tapi saje macam I cakap nak rasa kemeriahan jalan TAR.
Tips: kalau korang jenis kaki jalan, survey la the whole jalan before decided to buy. If not, Tanya dua tiga kedai je cukup dah sebab malam raya selalunya tak jauh beza pricing dia.

Malam tu encik husband belanje keropok lekor dengan 100plus. Kitorang share. Tiba-tiba rasa macam sweet je macam zaman bercinta dulu. Jalan pegang tangan, gelak-gelak. Dah lama tak rasa macam tu since I pregnant haritu.

Encik husband pun agaknye rasa bibit2 cinta (wahhh gelabah gila ayat!), sebab kemain protective nye la dia dengan i. make sure I don’t slip, trip, or push around sebab ramai gila orang kot. Pastu time jalan ramai-ramai tu la rasa romantic sebab encik husband jalan rapat2 belakang I, and siap main peluk-peluk. Hahahah….mengader gila. Ala….xpela…sekali sekala. Terus rasa macam ada electric shock.

Balik penat and basah. Terus mandi and tidur. Heee….

Wednesday, September 4, 2013

Giving life live.

tadi masa tengah scroll2 phone, tibe-tibe ter-come across picture yang my friend comment. kan kalau kawan kita comment picture kawan dia yang bukan kawan kita, kita still boleh view, ha camtulah. rupanya, kawan dia tu baru dapat baby. baby girl. kawan dia lelaki.

but what caught my eyes is the way the husband said thanks to his wife. husband dia cakap, "thank you for giving me such happiness. you fight with all your life to give me this happiness..". merujuk kat anak dia la. sweet kan???sweet sangat2.... yelah, sebab lelaki kan, dia tak tunjuk sangat sayang dia tu, lagi2 on public especially FB. kalau tengoklah FB i tu, macam bini syok sendiri je. kadang2 i comment kat wall encik husband pun dia tak reply. bahahaha.....lantaklah. pastu balik rumah baru comment directly kat i. apakah?? hahaha....tak kisah pun. =)

maksudnye suami cerita di atas sedar dan nampak yang wife dia sanggup berkorban nyawa hanya untuk lahirkan zuriat dia, darah daging suami dia. tapi ramai je lelaki yang tak hargai isterinya. trust me guys, you tak tau sakit bersalin tu macam mana. tapi Allah tu bagi kekuatan tu kat perempuan untuk melahirkan zuriat. lelaki yang gagah perkasa ni kenapa Allah tak turunkan kebolehan bersalin tu kat korang? sebab Allah Maha Tahu yang perempuan boleh menanggung sakit tu.

so cuba lah bertimbang rasa sikit dengan isteri. kot isteri mengomel penat buat itu ini, buat kerja lambat ke, bukan sengaja, kadang2 penat, kalau betul isteri tu mampu, tengok jer diorang siapkan makan minum suami, baju kerja, rumah siap bersapu mop, anak dah siap sume tinggal bagi kat korang je dukung.... pun ade suami yang pukul isteri.

susah nak faham manusia ni.

tu satu hal. ni yang isteri dah bagi anak semua, dah bosan plak. cari perempuan lain. haihh...kadang kesian tengok nasib orang. camne la perasaan dia. dah berhentam pulas berusaha nak bagi yang terbaik untuk suami, still suami cari lain. agaknye, kalau Allah bagi lah perempuan kahwin 4 macam lelaki, rasa kita perempuan akan buat tak? tak rasanya. kita kan setia...hahaha!!

nilah nasib perempuan. tapi tak semuanya bernasib baik, dan tak semuanya bernasib malang. tapi sebenarnye kita tak baik cakap nasib malang. semua yang terjadikan ketentuan Allah, ujian dari Allah. kita tak tahu, but Allah tahu. mesti ada sebab yang terbaik , cuma kita need more time untuk nama apa kesan dari kejadian tersebut.

wah tersebut. apakah?hahaha...

anyway i bukan ape, teringat semua kisah-kisah yang pernah jadi kat i. yang baik. yang buruk. ujian yang Allah bagi kat i, both good and bad. belajar dari kesilapan, dan berusah ke arah kebaikan. tapi tu la manusia, tak pernah rasa cukup, tak pernah rasa puas.

but maybe...one day..

Tuesday, September 3, 2013

Rindu Anak Bapak

sekarang ni asyik rindu anak je. tak dapat di bendung dah. kat office asyiklah scroll gambar2 sophea. hahaha....kes ni sama masa angau dengan daddy dia dulu. camtu lah. hari-hari duk scroll gambar daddy dari zaman daddy kurus sampai la dah mok-mok bambam ni..hahaha...

now hari-hari by lunch mesti call sophea. amazingly she will reply whatever things that i asked her, but in her own baby language la. kadang-kadang i tanya, "sophea....dah milk??did maksu give u milk??". nanti dia jawab, "ahh...ehhh...uhh...". kadang-kadang jerit bingit sangat ami pun terkejut yang opish ni sayang... -____________-

now die suke dengar twinkle twinkle little star. nanti i nyanyi dia pun siap ikot sekali.. "ahhh...ehh...uhhh..". camne tak runtun hati rindu kemain kat dia kalau perangai comel cenggitu?

semalam lepas encik husband balik rumah dalam pukul 8.30pm tu, sediakan la dinner walau bukan i yang masak. dah amik nasi lauk siap-siap. sekali encik husband cakap,

"banyaknye nasiiii!!" which he always said that. and i expect dia akan cakap, "buang lah separuh sayang....". sekali you know what he said? "banyaknye nasikkk!!!perut dah muncit ni camne...penuh dah!". hahaha.....ingatkan nak insaf ke ape...rupenye risau takde space...hahaha....

atotototot....omelnye la heyy... ni macam love hate relationship dengan nasik. hihihi...oh, my FIL said, kawan dia lost 25kgs masa bulan puasa sebab puasa and not eating rice. haaaa, hows that?? awesome giler!! tapi memang betul pun. nasik tu nanti jadi gula, and lauk2 kita pun dah cukup banyak gula dalam masakan, so by buang nasi tak kurang pun gula nye tapi atleast reduce la sikit. that's why boleh kurus.

tapi itulah. nasi kan staple food kita. how lahh?? no pain no gain. that's it!

semalam sesi meluah nasib dan masalah kat encik husband. but earlier that day encik husband pun meluah nasib keje dia. i thought orang keje gomen ni goyang kaki makan free datang lambat takde sape kisah...bahahaha...(sorrylah staff gomen. i think most of us pon perception camtu. so now, you all kena tunjuk yang you all setanding macam private workers and even better than most of us). eh terbebel plak.
 so encik husband dah pening-pening dengan kerja dia and stress out. encik husband tu hari-hari balik lambat okay. balik patut kul 5.30pm, ni 6.30pm pun belum tentu balik. kadang-kadang i kena tunggu dia balik plak and that make me stress.

mulanya i taknak la hempuk dia dengan masalah i, tapi dah dia je bff i, haruslah kena hempukkan. sepatutnya sebagai seorang isteri tak boleh kan?i mean suami balik keja kita kene biar die relax etc etc. tapi ni memang tak dapat di bendung. dengan i PMS nye, dengan masalahnye, memang dah berair2 mata cerita dengan encik husband.

encik husband ni kan, dia agak pendiam la. kalau i cerita tu dia memang senyap je. kalau orang tengok kitorang pun orang akan cakap , "ala bini dia tu je tergedik lebih...suami dia tak heran pun kat die...". gaya-gaya camtulah. tapi semalam agaknye emosi dia pun terganggu dengan cerita-cerita i. kesian i tengok dia, tapi itulah hidup suami isteri. heee....

but thank you sayang. u tau la kan wife u ni, cerita sikit, drama air mata je lebih. cakap pun nak serak-serak basah je suara. dramatik tu kena lebihkan sikit...hahaha... anyway, maybe berkat kesabaran kita, things will always find its way and make it easier for us. tak sabar nak tunggu u reply email and watsapp i sebab banyak benda nak update ni sayang.

hikhik....see u soo baby. muuahhhh!!!



 
design by suckmylolly.com