Alhamdulilah. semalam balik penat-penat dari ofis, letak je beg hitam gedabak quicksilver tu, mama cakap, " your baju dah siap, ada kat atas tu mama gantung..". terus hilang penat, terus ajak mama and adik naik atas fitting baju. wahh..excited sangat kak oi. padahal tau 8.30pm ada sh'bam. nak jugak kan.
eh anyway, ada kelas baru, Zumba!! OMG sangat, i have been waiting for the class. so far omputih jer yang buat, kat malaysia fitness takde lagi, i mean not for my fitness centre. so tadi instructor kitorang mention (secretly) to us yang dia nak buat zumba. tapi at 7.10pm. memang i terus bawak baju dari ofis la katenye.
pastu naik la atas. fitting bukan baju sanding je, siap dengan baju nikah sekali fitting. padahal sebelum ni dah fitting banyak kali. perempuan kan, macam la tak tau. excited lebih. semua dah ada tinggal kasut and veil. still unsure whether to buy the veil atau pakai je my friend punye.
i like my baju kahwin so so much. i mean, i didn't expect it to turn out like that. better than my expectation. so memang puas hati. and the beads yang dia jahit tu sangat OMG. my tailor tu memang dia jahitkan everytime baju kitorang and all. so dulu i tak suka sangat, sebab dia suka buat baju i besar (taula i gems tapi jangan la sangat obvious di situ). but now dia potong cantik je. me like!
so im happy!
pastu i excited gila nak pergi honeymoon!eh, jangan plak fikir yang bukan-bukan yer. it has been ages since i have my last vacation. so this time dapat cuti panjang memang i all out la cuti. lagi pergi dengan encik suami (insyaAllah), poket penuh jer..hahahaha...i nak makan sedap-sedap and nak beli benda sedap-sedap...
but now, i tengah pikir macam mana nak bawak luggage. beg tarik ke?beg packers ke? confuse tau. barang dah la kena bawak banyak. encik tunang dah cakap awal-awal, "nanti before pergi saya nak cek beg awak dulu. awak ni bukan boleh caya, ape je yang dia bawak ntah..". boleh?
eh hello. banyak okay. awak tu baju 10 kali pakai pun takpe. perempuan tak boleh. busuk. hahahaha!
eh okay la. nak sambung buat notes untuk student nie.
bai!
Wednesday, April 18, 2012
baju kahwin
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 7:38 PM 0 Kata bijak pandai
Labels: Wedding
Thursday, April 12, 2012
Kasut: Check!
ha tau kasut untuk apa?
KASUT UNTUK HONEYMOON!! *lompat bintang*
hahaha..biasa la perempuan.kasut pergi honeymoon, kasut naik kapal terbang, kasut jalan kat pantai, kasut dinner, semua memainkan peranan tau (bagi lelaki yang tak tau). so off me to KLCC. habis kelas lambat sikit pukul 1.30pm, so terus pusing dalam KLCC.
first niat nak ke Everlast. everlast dah takde eh kat KLCC?ah stress. dia dah ganti dengan Paul Frank, Havaianas, billabong semua tu. okay, dekat havaianas memang santek sangat oi rambang mata. sesuai la pergi beach nak pakai slipper macam tu.

ha yang macam ni , lebih kurang RM299 kot. alahai santek sangat. pastu jenjalan kat beach tertanggal batu tu, memang menangis. sesuai la mencari berlian dalam pasir. haha..lagipun over budget dah nie. kang kena curik ke. takpun kena marah dengan en tunang sebab belum pape dah membazir. so dari dia membebel-bebel baik kita bertukar arah. slipper ni batu swarovski tau. sebab tu dia mahal sikit. tapi worth it la. ada colour purple, red and macam-macam lagi.
pastu masuk billabong nampak la jugak slipper macam tu. murah dalam RM89. ingat nak sambar slipper untuk en tunang. dia tu kalau kita tak tanye tak belikan, main sarung ape je yang ada. eh eh?takla, sebenarnya semua tertipu. dia tu kalau i pakai slipper sila dengar bebelan beliau dari amik i kat rumah sampai IKEA (contohnya). lama tau. 30minit.hahaha...ayang iye angat2! *hentak kepala kat keyboard*
so i lalu plak kat quicksilver, roxy. masuk dalam converse ada jugak nampak kasut berkenan. harga? RM399. okbai.. -___-
i dah patah hati nak cari kasut honeymoon. i ingat nak masuk iSETAN je beli high heels, lantak la pakai ke tak, janji i beli. sekali i nampak STADIUM yang paling atas KLCC. dulu studio R tak silap i. jalan-jalan sekali nampak kasut Vans. hoyeah!!! terbaik sangat. i memang suka kasut slip-on ni. senang , mudah, nice.
ha i suka macam bawah ni. tapi macam boyish sangat kan?so kite tengah honeymoon tak boleh la nak boyish sangat. dahla awak ni garang, rupe boyish, cannot okay. RM199.

haihh...kita suka sangat. satu lagi kat Cotton On pun banyak kasut kain camni. eh buat tido pun nice. *kau ingat kau omputih nak pakai kasut bagai!?* i tak tau la nape , tp tak jumpe plak tadi yang macam ni. so i tak beli la. pusing-pusing lagi.
so i nampak macam kat bawah ni!

eee...suka sangat!!so i sambar sepasang. harga dalam RM159. i siap suruh budak tu keluar warna hitam, purple, and red, setiap kaler bawak keluar 2 pasang kasut sebab tak tau size sendiri. so berlagak diva i ada 6 kasut semua sekali. siap mintak maaf kat budak tu.
"sorry dik. i really dont know which size to buy. " "takpe kak, amik mood dulu pusing-pusing..". baik gila kan. i bagi staff STadium, 9 out of 10. 1 point sebab tunggu lama. so pusing-pusing la i. amik gambar, sent bbm kat en. tunang. dia reply, "nice. kasut converse syg mana?". erk...kan i dah cakap. i reply. "kasut converse i ada..tapi tak tau kat mane..hee".
last-last beli jugak walaupun macam one size smaller. *matiklah* tapi i doa jela, kaki tak berapa nak sakit pakai kasut tu. and i want to buy new slippers untuk pergi pasar-pasar kat bawah hotel tu. so nanti go downtown je la. tak pun kat billabong tu pun okay dah.
so yeay!kasut honeymoon dah ada. sekarang nak cari seluar, baju pulak. aihh..penin la.
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 4:48 PM 0 Kata bijak pandai
Labels: Wedding
Tuesday, April 10, 2012
One Night
Semalam MC.eh bukan MC cuma badan rasa tak sedap untuk dibawa ke tempat kerja. Tapi pagi bangun boleh tahan awal.in fact, lebih awal dari nak pergi kerja. Lepas bangun tu, kemas-kemas umah sikit, jemur kain, buat kerja ofis plak.
Around 12 drive ke cheras,menghantar kad kat tempat lama. Banyak jugak kad yang di distributed. And yang unexpected person pun nak kad jugak. I prefer like that, orang nak kad because dia memang nak datang. Tapi kalau orang yang kita taknak invite sebab dia buat taik dengan kita,agak awkward di situ. Heh.
Dari 12.30 sampai kul 5 kat situ. Nasib tak caught in the jem. I rasa,I ni tunggu masa je nak kena saman sebab bawak kereta,laju and macam haram.lagi-lagi return way cheras-gombak return. Mrr2 kalau lengang,perghh memang layan la bawak kereta.
Shizzles betul la, saman aritu tak bayar lagi..haha..tunggu dapat diskaun raya ke ape baru bayar.saman parking je pun.
Semalam gayut-gayut dengan encik tunang.lama gila tak spend time borak-borak camtu.sekarang dua-dua pun busy. Beliau siap dengan kursus ape sume,I siap dengan pagi petang siang malam kelas.balik rutin pegi gym lagi.dah penat,kiss2 hugs2 tido terus.
So semalam I rasa almost one hour borak. We ended the call around 1.30am. Oh oh pastu kan, I cakap la kat dia "syg,kad I tinggal sepeket je lagi. Dalam sepeket tu ada berapa keping eh sayang?". Pastu dia senyap je,then dia jawab, " peket besar ke peket kecik syg?" Pastu I macam confuse,ada ke peket besar peket kecik sume tu.
lama kejap tu beliau cakap, "eh, ape I cakap ni.." Hahaha...dah sah-sah ngantuk la tu. ahahaha..comel gile okay tau salah sendiri. Siap pointed out. Nasib la takde depan muka I. If not, memang dah I picit-picit sebab geram sangat.
Hrmm..camne la I tak sayang dia kan? *senyum* ada je benda dia yang buat hati kita melt-melt macam tu.
Sekarang I takde mood nak kerja.mood nak g holiday je dengan beliau. Dari tunang sampai sekarang, not a single vacation I take. Patutlah stress semacam.ahahaha...
Lagipun I nak tukar kerja la. Macam tak larat je nak jadi pensyarah dah tak berapa muda ni.hahaha..nak sambung study. Rasa-rasanya encik suami mampu tak nak bagi makan kat I?sebab fees I nak curik scholar.so duit makan jela.heeee...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 8:22 AM 0 Kata bijak pandai
Friday, April 6, 2012
Don't blame, try be positive
Tadi ada farewell party untuk one of the staff kat office.but they said, the person still tak bagi surat serah tugas atau kite kate handover job kat orang lain. But that's another story.
the party jugak adalah untuk congratulate all the persons yang menjayakan a big event, and definitely I'm not one of them. Walaupun, I'm a litle bit embarassed masa mula party sebab some of them ada mention that I (we) and the team tak buat kerja, well that's the true pun yang I tak buat kerja APART I do some 'silent' work and on that day itself I ada tolong untuk benda lain but that's not counted.
Sikit la sangat kalau nak compare dengan orang lain.kan? *senyum sumbing*
Now I understand how does the society work. Buat kerja biar MENUNJUK,biar bos tau.
Anyway, I just nak bagitau the readers (if any). Kalau korang kat tempat kerja,ada bos korang ada jawatan Datuk, panggil la datuk. Datin, tan sri, tuan pengarah, haji, doktor, prof madya,raja,agong walhal sekalipun. TOLONGLAH call them with that gelaran.
Tak kisah la dari mana dia dapat title tu, just please pay some respect to them.because they earn it. They wanted to be CALLED by that. Unless dia cakap jangan panggil diorang with that gelaran.
Lepas tu kalau ada majlis-majlis keraian, PLEASE amek tau siapa should be on top, second, third and so forth. Sape orang penting, sapa yang paling berjawatan. Because everyone, and lumrah manusia suka di hargai dipuji. Unless dia cakap dia taknak involve or being recognized for something.
A silly mistake, tak tanam sifat hormat, and hargai kesusahan orang lain, at last kita kena balik. I tak pernah kena lagi, sebab basically I called them by the recognition. And diorang suka when I said it outloud. Tak salah make them proud.
Dasar manusia dengki. Macam Datuk Fazley. Diorang mesti tak tau Master by one year boleh habis, lagi2 MBA. Lagi boleh straight convert into phD kalau result bagus gila. Sian la beliau. Takpe Datuk, Tuhan lebih tau.kalau Datuk tipu; facepalm.
*oke meleret*
I dah kena. Not directly me. Tapi the organization. I feel sad. Tapi being me.I always know the story from both sides. And I tau dua-dua salah. Tapi being me (lagi), biarlah the top management yang settle sendiri.
Buat I rasa nak tukar kerja. Banyak reason la. One of it 'tempat isteri disisi suami'. Ecewahh..tapi memang sedihlah tadi. I memang buat muka paling tebal sekali dalam hidup.
But its okay. Salah sendiri, tak dinafikan. I take it as something to improve. Right? Hidup takde ups and down tak best la.
Nasib I ada encik tunang, yang bila teringat dia je, rasa lapang je kepala ni. Senyum-senyum I sekarang teringat kat dia.
*senyum*
Ps: hope rezeki lepas kahwin melimpah ruah. I just want to be happy with my family. InsyaAllah.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 7:59 PM 0 Kata bijak pandai
Labels: Life
Thursday, April 5, 2012
A gifted day
Tadi tengah stress2 dengan kerja yang membukit, I sambil-sambil kemas meja, masa tu around 1.30pm mula la rasa rindu di hati ke encik tunang.
1.30pm, mesti beliau tengah berehat. I bbm dia, "can u call me?rindu!". Eh diva sangat nak orang call dia,padahal hp pun pakai line. Alasan sangat takde credit.
Encik tunang reply, " bengkel sayang..". Ok sentap. Dah la stress, pastu rindu, pastu beliau taknak call. "1.30pm. Tak rehat ke?". Niat dihati ingat beliau tak stop lunch lagi, walaupun sentap, takde niat pun nak marah.kang dia cakap, "grow up la awak!" Ha kan lagi haru. Hahaha..so I sambung la buat kerja.
Tak sampai sesaat, terus beliau call. Yeay!! See? Mesti dia rindu jugak tapi taknak mengaku. *kibas2 rambut* pastu cakap gedik-gedik sikit. Baru la terasa diri dicintai.
Pastu encik tunang cakap, "sayang.." Suara slow je. Aihhh, I memang tak suka la orang suara deep-deep ni.akotTtttt...
"Sayang...I dah booked hotel untuk honeymoon, flight je belum..". Pastu tanya rate,bila,bape hari and other few things. I pun suara macam biasa je.
Letak je telefon, I buat larian setempat 20 kali, lompat bintang 40 kali. Happy gila siot!!I just cannot expressed it in word!! Padahal dalam tepon cakap slow-slow paling sweet.. beliau? encik tunang?book hotel? honeymoon? OMG!!
Heeee..I bukan ape. I selalu je rasa encik tunang tu tak sayang I. Dia kan suka marah-marah I.mesti la I sentap je all the time. Tiba2 dia bagitau the happiest news, pastu arini anniversary kitorang plak.
Sweet angat beliau..uke angat! *tampar diri sendiri sebab gedik*
I senyum2 je..the whole evening kat ofis. Rasa macam tak caya jer. Tihii..
Ps: hope dapat flight tiket murah.:)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 6:44 PM 0 Kata bijak pandai
Ulang 'bulan' terakhir
Good morning peeps!
Siaran langsung dari dalam train rapid kl menghala ke KL. Muahahaha...menyempat betul!
Anyway, hari ni adalah anniversary I dengan encik tunang / bf / musuh / best friend / financial planner / funder / driver / teman makan / teman shopping..ha nampak tak betapa pentingnya beliau dalam hidup I? Ehehehe..sebab tu I rasa bersyukur sangat to have him in my life.
Kitorang dah kawan sangat lama. Kalau kahwin dari masa 1st jumpa, anak sure dah 8 orang. Hahaha...
And this month will be our last month as a couple, before we take it into a next level, hubungan yang di redhai Allah. Insyaallah. Doakan yang terbaik buat kami.
To encik tunangan,
The moment I knew you, literally I tak fikir pun kita akan get engaged and then going to get married. I am happy when I am with you. And bila kita gaduh, and we don't even talk on the phone, my days becomes so gloomy because I missed talking to you and having fun with you.
And now, setelah sekian lama tak jumpa..dah passed 3 weeks pun, rindu yang sangat-sangat mendalam kat awak. Tu la nak sangat jaga seri muka, sendiri stress.haha..
I wish time will moves faster until the day awak terima nikah saya.
I love you dear, (dah berjuta kali sangat dah bagitau ni), and I can't wait to have a family with you. InsyaAllah. Take care and kita jumpa in 1 month time okay sayang.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 8:39 AM 0 Kata bijak pandai
Wednesday, April 4, 2012
half way through
semalam lepas habis SH'BAM, ha nampak tak i bagi besar, bagi bold sikit perkataan tu sebab lately diet ke laut. ke laut sangat weh, sampai laut antartika. nak kahwin lagi beberapa hari, apehal perut buat perangai sekarang nak makan sedap berlemak berkrim disukai ramai. ishh..memang sabotaj sangat la nie. makan ikan keli masak cili padi, makan macaroni cheese, makan kueyteow goreng penuh kerang, apa ini semua??scary sangat.
so anyway, balik pada sh'bam, niat murni di hati ada taman ni, nak pergi hantar kad kahwin la bagai kat area taman. lepas dah bagi kad tu, niat do hati masih nak kemas baju yang dalam beg konon nak bawak pergi rumah cik abang tu. so lebihan baju tu nak sangkut dekat almari ais baru beli kat IKEA untuk bilik pengantin haritu tengok dekat balakong harga RM800, tak cantik, dekat IKEA murah lagi, i mean tak murah la lebih kurang RM1000 tapi elok buatan dan lebih kukuh, dan cantik dan IKEA.
tapi itu semua dusta gangguan shaiton. eh? lepas sh'bam, singgah rumah kawan yang dekat-dekat festival city tu (taknak mention nama nanti ada orang datang serbu), dapat la pass 5 ke 6 kad macam tu. kawan duk tepi tingkap kereta, i dalam kereta biasalah diva, borak-borak. sekali kawan tanya, "oit, kau taknak g minum ke?". dalam hati nak, tapi kalau pergi mau pukul 12 esok tengah hari baru balik. pastu i cakap, "namolaa..penat." tapi offer akak tu masuk kereta. borak-borak 30minit sekejap , pastu dia tanya, "kau nak hantar kad kat mana lagi?aku teman..".
gila weh. minah tu baru balik kerja, masa tu dah pukul 10.00pm rasanya. dengan tak pakai spek, dengan baju kerja berlengas, dengan tak bawak wallet kalau kena tahan polis memang balik maldives eh? je. pusing-pusing la kitorang.
kitorang pergila rumah kawan kitorang yang fashion designer terkenal itu. sekali kawan i yang bijak bestari ni tak ingat eh rumah beliau kat mana. boleh? terus call. " awak..awak kat mane?kita tak tau la rumah awak kat mana..". "korang kat mana nie?buat apa datang rumah aku?". eh diva sangat kau kan nak cakap macam tu. "nak bagi kad kawen aku la.." . "oh korang kat mane?" . "kitorang kat persiaran balau.." ." ha persiaran balau?mana tu?".
memang membulat mata i kat akak sebelah nie. pastu i tanya, "awak kat mana?meh la i amik..". beliau kata dalam train kat stesen rapid. "ha tunggu situ kitorang datang." pusing la merantau amik dia. lama jugak dia tunggu.
dah dalam kereta, i tanya dia, "K, kau tak rasa ke macam kitorang prank call kau, sebab 10tahun tak jumpa, tiba-tiba offer nak amik kat train. malam-malam plak tu". dia cakap ada jugak, ke entah hantu mana call dia buat macam tu. eh suweet sangat hantu nak call kau kan.
sekali nak hantar dia balik tu, si fashion designer ni pun cakap, "korang nak hantar kad kat mana lagi?jom aku teman!". ha korang dah boleh bayangkan tak kawan-kawan? ada dua orang makhluk, yang dah 10 tahun tak jumpa, tiba-tiba dua-dua offer nak teman hantar kad, ke rumah kawan-kawan yang dah 10 tahun tak jumpa. boleh tak bayangkan serabut macam mana i? dengan nak borak, dengan nak cari jalan. dengan, "eh eh sini!!" selepas 200 meter ke kedepan. #pitam
memang kereta ke kiri ke kanan yer. kena hon sekali. u-turn kawasan salah 2 kali. redah jalan yang ada 4 lane 2 kali. eh suweettt sangat kawan-kawan i kan. mintak kaki yer.
sebenarnya cerita panjang lagi.
tapi sebab blogspot tak boleh save dia dah terpotong half cerita. memang marah sangat la ni, tapi malas nak sambung cerita.
muahahaha.
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 1:14 PM 0 Kata bijak pandai
Labels: Friends
Omelan tanpa hala tuju
Omg, tinggal less than 1 month untuk wedding kitew!! *lompat bintang doploh kali* ehehe, buang masa lompat bintang, tapi kerja kahwin bukan nak siapkan. Hishh..macam mana ni laa..nervous bagai makan kat hotel bertaraf lima bintang bersama encik kamal. Eh? Stop it stop it! Ini semua gangguan shaiton..shuhh shuhh.
So far progression macam ape ntah. MUA dah amik. Baju dah siap.baju nikah dah just baju sanding masih di tokok tambah.bilik pengantin dah.catering dah. Deco dah book. Pelamin dah. Ha door gift belum!! Kang i buh voucher tiket GSC sorang satu dalam tu pun cara jugak.
Rumah bersepah macam *sila isi tempat kosong*. Time ni la plak adik nak cat bilik. Memang tak de hari lain plak. Dia memang la rasa cat bilik masa akak dia nak kahwin memang paling osem la tu.prrffttt...
Okay, baju I semua dah masuk dalam beg, tinggal hari kawen tarik bawak keluar "percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan.." memang la kena tarik sebab ada roda takde roda kena pikul la kan.semua baju tu dah bersedia nak masuk dalam lemari ais cik abang kat putrajaya.
Tapi mak sentap sebab dia kata baju dia nanti nak letak mana. Helloooooo sayang, untuk pengetahuan awak, baju saya lagi banyak (sangat) dari baju awak. Maka baju saya belah atas, baju awak belah bawah, kanan sikit, bawah sikit. (Laci) ha jumpa tak? Hahaha..
Omel angat argue pasal almari. Kitorang memang suka la gaduh pasal benda bodoh contohnya macam pasal lambat call, tak angkat call, nak honeymoon kat mana (eh?), dan banyak lagi yang tidak boleh dinyatakan di sini sebab bodoh sangat. Hahaha..
semalam dah gelak2 sebab beliau haritu marah kite pastu dia cakap, " grow up la awak!!" Siap tanda seruan nih, konon marah sangat la tu.boleh nampak tak siapa tua kat situ? Boleh kan? Orang tua jer cakap dengan orang muda to grow up. Muahahahaha...
Banyak sangat merepek sebab nak kahwin dah. Cuak kot. Okay bai.
Ps: bos bagi kelas pagi petang, hari-hari. Semester membunuh.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 8:42 AM 0 Kata bijak pandai
Labels: Life
Friday, March 30, 2012
Nak makan apa yer hari ni?
ohmeygott!!
lamenye tak makan sedap-sedap!! lepas kahwin boleh tak makan sedap-sedap?boleh la kan?plzz plzz..dah hidup berdua, share things, hopefully enough money for both of us untuk mulakan hidup baru. makan benda mahal yang sedap sebenarnye.
anyway, kalau kat ofis kan, i mesti craving benda-benda sedap. memang i dah lame SANGAT tak makan sedap-sedap. benda yang oily, fatty memang i dah jauhkan. boleh je makan since i do some workout but i dont want to waste such a lot of time in the gym anymore, and i dont want to jeopardize things that i worked on all this while.
nasib baiklah ofis i ni memang berderet sahaja kedai cina, and kedai melayu lauk siput sedut masak lemak cili padi jauh ke hujung jalan, kena lintas, tunggu traffic light and all, maka bila malas menguasai diri, beskot cicah milo pun jadi.
kalau nak dekat sikit dari kedai melayu siput sedut masak lemak cili padi tu, boleh jer nak makan kat chicken rice shop tapi yang ni nak kena naik train. kalau nak makan secret recipe, still kena jalan lintas semua bagai. eh memang tak la.i ni memang kekwat sikit kalau nak suruh jalan. unless memang mood berjalan tu keluar, memang tak menahan.
contohnya, hari tu entah gila apa, i keluar dari ofis pukul 12, balik lunch pukul 3.30pm. terima kasih bos. *matikklah* habis dah makan kat KLCC plak. eh tiba-tiba teringat haritu encik tunang cuti (lupe cuti sebab apa), pastu dia ajak lunch kat KLCC. pastu i tunggu lama la kat foodcourt tu, sebab nak makan spaghetti kat Piza Milano tu kan, sekali beliau datang bawak bunga.BUNGA okay. kalau ikot nafsu, memang i nak peluk-peluk je beliau kat situ, tapi kang dia tolak muka i kat situ, masaklah i. tihii...beliau tu kadang-kadang sweet, tapi garang tu lebih. haihh...bersabarlah hati. *tibe2*
jom tengok ape yang i tengah craving sekarang. en tunang please take note. ehem..
seafood aglio olio nie, paling sedap and murah dekat Pizza Milano. selalu me and en. tunang makan kat OU. we have a similar taste buds, so memang tak worries la nak makan apa. or maybe i yang macam perut tong sampah main sumbat jer. tihii..

and then one more, spaghetti carbonara. perghh dia punya cheese tu, boleh
i craving macaroni and cheese. kalau buat kat rumah, memang macam tak cukup cheese la letak. boleh buat cheese soup dah. hahaha...mac&cheese yang i suka of course kat Kenny Rogers. tapi tak pernah pulak buat side-dish tiga-tiga mac&cheese kan. idea baru! tapi kalau tak cukup untuk satu side dish, i buat extra semangkuk. better kan?
ha, ni mac&cheese paling gemuk. haha..mac&cheese yang fesyen camni dekat TGIF so far yang i nampak. dah la cheesy, pastu goreng plak. memang la woi. tapi sedap gilos! selalu per pax ada 3 jer kot untuk appetizer, tapi makan ni pun dah kenyang. en tunang, jom kita makan sini lagi... ^^
yang ni i macam pernah nampak kat supermarket. tapi tak sure la. since abang i kat london, i nak kirim 5 kotak kat dia, buat stok kat rumah putrajaya. nanti en.tunang, insyaAllah merangkap suami i nanti, i bagi ni jer. cukup 6 bulan, perut mengandung macam i. eh?hahahaha...sebenarnya, post ni ter-buat sebab i lapar. tadi breakfast roti dengan milo jer. lapar sangat ni, rasa nak makan perut tangan sendiri jer. tau ke perut tangan tu kat mana?
ha pusingkan tangan bagi nampak tapak tangan. nampak tak lelebih lemak sederet dengan ibu jari kita? ha itu la dia perut tangan. gemok kan? sekarang sila pukul diri sendiri sebab ada perot tangan yang gemok.
ps/: i tau i lambat, tapi i nak tengok cerita The Vow.
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 11:08 AM 0 Kata bijak pandai
Labels: Food
Thursday, March 29, 2012
Drama queen and Mr. Righteous
Lately ni, I selalu je selfish. Selfish macam penting kan diri sendiri. Pentingkan diri sendiri tau, bukan rasa diri tu orang yang penting, macam VVIP tu. Ehehe..no. Selfish especially dengan tunang sendiri. I want everything to be my 'way', not exactly like my way, tapi bila benda yang I dapat tak seperti yang I nak, I jadi 'perempuan selfish' itu.
So semalam adalah argue2 manja sikit dengan encik tunang. Argue2 orang dewasa, nak kahwin la katakan. Hikhik.. And me, being the selfish one, the childish one, selalu dapat la balasan yang setimpal dengan buat perangai tak berapa nak matang tu. Kena marah la macam biasa.
Muka I memang muka kena marah jer dengan tunang yang garang ( tapi baik hati) itu. Ala, mamat yang kitew dok cinta-sayang-sampai mati tu. Kena marah pun telan je cepat-cepat. Tihii..
Tapi really la, where else can I find a guy that is so professional in terms of working and explaining . Beliau punya reasoning babe, memang kalau jadi bos , terus jadi bos kesayangan. Walaupun bos garang.hahaha..
Dia dengan I totally different. Cara berfikir, cara buat decision, and different bila kita encounter problems and obstacles.
I lebih kepada drama queen (oit!), dengan emosinye, dengan nak nangis, merajuk and dia lebih kepada orang yang matured, yang berfikiran jauh, and bila buat decision tu, dia buat I rasa macam , " eh, bodoh jugak aku ni". Macam tu la. Hahaha..tapi he never make fun and underestimate me.
Eh ada jugak. Contoh :
1. Dia rasa I tak boleh kerja. Dia sampai sekarang suka tanya, " u pandai ke keje syg?". Omg! Sebab tu I tak sabar nak jadi bos dia (in 1000 years la kan). Nanti I jadi bos, memang terbaik la I buli dia. (Niat salah dengan bakal suami sendiri memang la Tuhan takkan bagi..haha)
2. Dia rasa I tak boleh lari selaju dan sejauh dia. Anyway, haritu kitorang jogging kat tasik perdana, I ran for 20mins non stop, and he was at my back, 3 mins away. Aha, who's the boss now baby?hikhik.
Lepas I dapat email dia semalam, email yang sangat panjang, yang ada reasoning, yang dia bagi why and how, and the decision he made,I macam sedih la.sebab I tak pernah fikir bagi pihak dia.I fikir seronok I jer.I tak fikir untuk hidup 5 and 10 years onwards.
I suka lelaki macam tu. Yang boleh buat decision. Yang I tak payah berat2 otak buat decision. Tapi tak bermaksud selama ni dia buat decision and I just follow. Pendapat I and decision I pun counted jugak. Kadang-kadang . -____-
Eee..ni entry puji boyfriend sendiri ke??eee..tak patutnya..hahahaha!! Biarla, takkan nak tunggu orang lain puji. Sape pun nak puji..hee..
So hereby, I nak mintak maaflah kat beliau. Kerana menjadi seorang yang sangat selfish. He tried his best to make me as a queen yet I can't wait and I just want it right now.inpromptu. Tapi I really want it. Dear kekasih hati I, I really want it but I just have to wait, kan? Give us 2 years dear, then we decide okay.
I love u , for who you are, and for how you make me feel.we have less than 2 months to go. Please believed in us.and I love u more than anything else. Except nuttella. I love him more. Hikhik..
Ps: barang paling mahal 'konon' dah sampai. Oi, memang puas hati la.dapat parcel dari obersea memang la excited.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 8:55 AM 0 Kata bijak pandai
Labels: Life, Love, my mr. right
Tuesday, March 27, 2012
Conciousness
Semalam adalah the worst workout ever. bukan sebab trainer tak best ke. Walaupun trainer Terrence tu comel-comel cuak, but he's okay though. Tapi sebab I was tired like hell.
Maybe sebab I makan sikit (ke?) yang buat I penat gila, but yeah, penat gila. And actually dari ofis semalam I dah rasa demam2 plak. Lagi la mempengaruhi kan.
Breakfast
2kpg Roti gardenia bakar
Jem strawberry + butter
1cup tea
Lunch
Milo
Biscuits
Dinner
Sambal sotong
Ikan goreng
Kangkung
Supper
Tembikai Jus
Semalam around 8pm I sampai gym. And I lari for 30mins, and cycled for nearly 10mins. Pastu masuk sh'bam.
Awal-awal class was okay, but my body kan, that's why I knew it. I rasa separa concious and I didn't enjoy the workout.I'm sweating like hell, and I actually hope that the class ended early, which lepas 1 hour la baru habis. Thinking of doing weight lifting after class pun dah tak boleh.not even sit-ups.
Ajak my buddy gym pegi minum, I amek jus tembikai. Sangatlah manisnye la hai mamak ni buat. But okay la, sebab I guess my body dah guna glycogen instead of glucose. Good but I dah penat gila nie.
And semalam boleh jugaklah bertelagah dengan en fiance. Ah stress. Hikhik..we didn't bbm the whole night. Tengah marah kan. Malam before tido mestilah wajib *goodnite*kiss*hug*, baru la boleh tidur.he didn't. But I did.
Pagi tu pukul 7 he called, the usual him. Pagi-pagi dengar suara dia, haihh..boleh runtuh iman. Hahaha...taklah, pagi-pagi dengar suara dia really brings my mood up.kata cinta kan? Mesti lah suka. ^^
Kena set in mind ni yang saya bakal berkahwin dengan orang yang paling la sibuk dalam Malaysia ni. Hari tu dia dah set, tapi I rasa dia auto reset la. Hahaha..bila auto reset, dia punya mood manja berlebih, and bila synapse transmit information through the channel tu "rindu sila cari beliau sekarang". Bila tak jumpa, sila gaduh. Haha. Saiko sangat.
Anyway, sekarang I ada beauty regime sempena nak kahwin:
1. Put on mask every 2 days once.
2. Losyen mustajab every night
3. Bio oil
4. Brands pati prune ( sedap!)
Ps : order benda mahal dari kawan I yang fly to UK untuk hantaran..paling mahal..paling mahal *pengsan*
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 8:44 AM 1 Kata bijak pandai
Labels: Life
Monday, March 26, 2012
Tolak-ansur ( macam penah ada je tajuk nih)
You know one thing why Im in love with my fiance? Eceh..sebenarnye banyak je reasons dia, tapi saje nak buat entry kan. Sebab dia, sikap tolak ansur dia. Okay semua orang, boleh close window kalau tak nak muntah darah lepas baca. Hahaha..
Tolak ansur ni penting. Not only masa bercinta konon nak buat statement sayang lebih time bercinta la. No, benda ni bukan boleh dibuat-buat, tapi tak nafikan, before kahwin (time bercinta) semuanya indah la kan. Kentut pun wangi. Just for the record, we never kentot in front of each other. We just show some respect . My mum taught me that, jangan kentot depan suami, and jangan tunjuk the bad side of us. Bukan berpura-pura, cuma jaga adab.
Sama macam masa berdoa dengan Tuhan, doa macam baik-baik, belakang mengumpat juga. Macam tu la kiranya.
I hope it last. No kentut. no burping.
So anyway, back to tolak ansur. Let's say la makan. We were at the kedai mamak, nak amek tissue kononnya. So any of us boleh je pegi amik. But being me (the culprit) selalu je cakap, "b, amikkan tissue bole syg?". Then dia ckp, " ala, u la amik.." And I was like, "osom jom syg. Osom!". and dia memang selalu fall for the trap. hahaha...sebab he's the kind of guy yang sangat ego, and thinking dia boleh menang.
Which, he will win. But NOT in million years. Hahaha.
Dia mesti kalah la. Tak tau kenapa. Tapi dia mesti kalah. Dah bg batu, burung, air etc..sure kalah jugak.
Him : " ok tiga kali, tiga kali.."
Me: " ok fine. 3 kali "
*after 3 times, I win*
Him : still tak puas hati, " lagi sekali. U main tipu!"
( Dia akan ulang benda ni sampai dia dapat ulang games. Entah bila I tipu pun I tak tau. Tangan I 5 jari jugak)
Me: " ahh..okay je.."
*after 1 time, I win also*
Him : bangun pegi amik tissu.
Hahaha..comel gila. Dah la kalah, pastu tuduh2 kita main tipu. Hikhik..like everytime tau kalah. Makan ke ape ke.how can I not missing this guy?? He's my buddy. My teammate. And I love him so much.
Oh oh..ade one time tu kitorang baru balik tengok hot balloons kat putrajaya, back from a friend's wedding. Pukul 9pm baru reach home. I suruh la dia tolong angkat barang sebab ada a few stuff amik and beli, so dengan I bawak beg baju dengan kasut and everything.
Pastu dia cakap, " syg cuba bawak sendiri..". I memang sentap habis la. Dengan penatnye la. Dengan I bangun pagi buatkan breakfast tapau untuk dia.
Bila mak dah sentap, I amik semua barang-barang I dalam kereta, I peluk semua and I terus masuk rumah. Merajuk la tu.
I tak ingat dia message ke dia cakap, tapi lebih kurang macam ni , " cube u considerate sikit syg. Both of us penat, and I'm driving. I pun penat u. And you tak cakap pun "tolong".."
Sentap I kat situ. See? Sometimes we were so selfish, kita lupa yang dia pun manusia, and penat jugak. And nampak I highlight the word tolong? How important politeness and courtesy when you speak with someone.
How important bercakap sopan and everything. It makes a different, people.
He taught me, isn't it? And I learned my lesson. Next time, kalau nak pape, kena cakap tolong and cakap sopan.baru dia dengar. And men don't like to be pushed around and ordered around. No one did. Siapa-siapa pun tak suka.
Selalu pun I angkat barang sendiri. Tapi kalau dia offer nak angkat tu macam sweet nye la kau nih...tihii..
Treat our partner as our friends, as a lover, as someone yang kita hormat, I bet people pun akan hormat kita.
I'm sorry dear. I lupe kita dua penat. Next time I angkat yang ringan2 je, u angkat yang berat-berat k?hahahaha...
Ps: jangan ajak main osom lagi la.sure kalah punyer.
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 4:43 PM 1 Kata bijak pandai
Labels: Love
Friday, March 23, 2012
En Fiance
Day 4, 22.03.2012
oh nenek dah start duduk rumah i. boleh nampak tak betapa besarnya dugaan dalam hidup i?eh no, jangan salah faham okay. bukan tak suka sebab nenek datang and stay at our house, tapi sebab nanti nenek masak sedap gila , habislah diet i! hikhik. tak caya tanya en tunang. dia punya sedap tu, memang bertambah-tambah la makan. sebab tu la badan pun sedap-sedap je orang kata. *indenial* hahahaha.
semalam balik naik train dengan SIL. balik tu amik mama kat rumah and we went to pasar malam. i love going to pasar malam. (yeah right..). however, i bought the usual stuff. lots of buat such as betik, mangga, apple, and i even bought dragon fruit habis merah-merah tangan.
im not going to the gym semalam because nenek was there. so i ingat nak pergi today, and hope on saturday i can go for sh'bam. dah la tuesday's class i skipped. haisshh..
Breakfast
1 cup of MILO
Lunch
tak sempat since i have class that morning
Snack
weetameal crackers makan banyak-banyak.
Dinner
Laksa and lots of fruits
pastu malam borak-borak dengan SIL. i think my relationship with my SIL is going to a very good path. dengan i yang suka pow dia and everything. and we might going for honeymoon sesama. beliau kata, "memang la korang nak bawak kak Z, sebab nanti korang nak suh amik gambar kan?". tihii..tahu takpe.
*updated
Day 5, 23.03.2012
Breakfast
1 cup MILO
1 capati
encik tunang keluar ofis lagi melawat tapak. and he replied my BBM like so slow, and it getting on my nerve. and me, being the sweetest fiance ever, " BBM me when you are free". sebenarnya terasa diri ini amat bodoh sebab dah sah-sah la mamat tu keluar kerja yang nak BBM sangat tu dah kenapa. habes dah windu camner laa kan...hakhakhak..
sebenarnya kan, perempuan ni lembut dan baik hati kalau lelaki tu cakap baik-baik dengan dia, bagitau nak buat apa, and bila boleh get back to her. kitorang perempuan tak marah pun. suka and lagi excited tunggu lelaki text dia. tapi bila tiba-tiba senyap je, entah tidur ke, kerja ke, main game ke, memang la rasa nak marah, sebab perasaan dia sama macam bila menunggu orang. dont put us aside and please make us feel like we are part of your work, day, family, and everything. rasa diperlukan, and kitorang rasa dihargai. perempuan suka la bila macam tu. perempuan mengada macam saya to be exact. ha ha ha..
we have like 42days to go. i miss him like hell. kalau nak kira hari memang lambat, kalau kira bulan dengar macam lama. so i put it this way; lagi 5 kali tak jumpa je dah boleh jumpa. nampak i highlighted the number 5 tak? sikit kan lagi?ha ha ha..saiko.
okaylah, tengah hari ni big boss nak belanja nasi beriani dekat brickfields. indian celebrate ape, UGATHI SUBAJANCHALU..new year diorang. means, MAKAN FREE!
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 11:32 AM 0 Kata bijak pandai
Thursday, March 22, 2012
Love Unspoken
Sekarang ni on the way balik rumah from office. Tiba-tiba rasa rindu pulak kat en fiance. Nak dekat kahwin ni makin membuak-buak pulak rasa rindu. Or maybe kitorang dah janji not to see each other too much dia terus jadi macam "okay tak jumpa rindu sila bercambah sekarang."
En fiance ni garang sebenarnya. Dia tak garang dengan orang lain,and basically kawan dia cakap dia tak garang pun. Tapi dengan I dia agak garang la.or maybe its not about garang pun, maybe sebab I highly respect him, both as my future husband and also a person so perasaan takut-takut tu ade jugakla.
Well, I agak memandang tinggi jugak la kat dia, as for his character and apa yang dia dah achieved as someone my age, and also as a person. *ok ni apa angkat bakul tunang sendiri*
Ah tak kiwe! Time tak gaduh nak la angkat bakul kan, cuba tengok time gaduh, mau bakul tu angkat kasi campak kat dia. Ha ha ha.. Biasa kan orang bercinta macam tu..
After 8 years with him, banyak lagi yang I tak tahu pasal dia but I'm looking forward to learn new things about him. And I hope I can be a great wife to him nanti. Itu impian semua isteri pun kan?
Nak share the whole journey dengan dia. Having family and kids, insyaAllah. Hidup bersama mati berdua kata pujangga..ecewahh..*muntah keluar sayur hijau lembik2 sikit*
Takde ape yang diharapkan cuma kebahagian yang berterusan hingga akhir hayat. Itu je what matters the most.
I love him, and to loved him is the greatest feeling of all.. <3
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 6:25 PM 2 Kata bijak pandai
"Laju lagi dah tak payah datang"- comel!
Day 3, Wednesday 20.03.2012
Fuhh, kejap je dah day 3 punye regime diet kan?hikhik..macam takde pape je..ha ha ha *gelak kecewa*
Sebab day 2 hari tu malam kan pergi birthday celebration nenek (makan banyak) , makanya day 3 which was yesterday, malam tu I hit the gym jugak for 1 hour only. Sobs sobs..tapi at least I'm going. And for your extra information, you have to workout at least 4hours a day, for more rapid result.
4 jam weh. Kalau husband I Dato' ke, boleh la I berDatin pergi gym and everything kan.tihii..
Breakfast
1cup oats
Lunch
Not in the mood sebab ada kawan yang text me complain,bagi order and everything.bukan masalah kita pun tapi dia heret sekali.end up I jadi pisang penyek atas meja.
Snack
A few pieces weetameal crackers
Dinner
(Ehem)
3sticks Satay
1bowl seafood tomyam
1cup sweet hot lemon
Ha tengokkk. Camne nak diet kan? Memang takkan boleh punyer. Bila hidup kita diselubungi mereka yang kuat makan, memang hidup ini sentiasa yummy.
Semalam after gym, I went to my cousin's house dekat cheras tu before jumpa dengan en. Fiance. Jumpa mama, mama demam. Sian sangat. En. Fiance cakap mama stress out wedding. Cute sangat.tapi orang tua kan memang camtu. Mudah risau and cepat penat.
Tapi I memang salute la en. Fiance sebab everything dia buat (without seeking my advice sgt) and everything were going smoothly for him.
Where else me, punye la ramai orang yang nak get involve tapi satu pun tak siap lagi. If money doesn't matters, I rasa dah siap pun. Ha ha ha. But of course kita nak yang murah and nice kan?
So malam semalam we went out for dinner. Lame dah tak spend time berdua macam tu. Makan, borak2, cerita problem, find solution, gelak2, eeee..it was nice.
He is the best guy, friend, boyfriend, fiance, and future husband ever. Not to forget, teman gaduh pun kadang-kadang best jugak. Sebab kitorang kalau gaduh memang bersungguh-sungguh la kate nye. Ha ha ha.
P/s: bahagia. 12mins dari cheras ke gombak. Pheww...
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 9:40 AM 0 Kata bijak pandai
Wednesday, March 21, 2012
Baju Kahwin
Alhamdulilah.

bunga kat kaki kain macam kat gambar kat atas tu tapi takla sebesar dan se-3D macam tu.hikhik..kalau kahwin dekat hotel boleh la nak pakai macam tu.
so anyway happy la today dah amik baju. settle dah one thing. tapi kan, baju wedding saya macam sexy pulak. hish..i ni dah la tak suka sexy-sexy macam tu. tapi takpela, nanti kita fikir macam mane..
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 3:11 PM 0 Kata bijak pandai
Labels: Wedding
How to reduce food intake
Day 2 Tuesday, 20.03.2012
Haha, semalam memang hancur sangat diet.nak nangis pun ada , tapi apakan daya. Nenek I cuma yang seorang itu maka kasih sayang yang tak berbelah bagi haruslah diberi.
Semalam around 5pm received a text from my aunty, "malam ni makan2 kat rumah nenek jom. it's her birthday". I was like, omg another makan2. And I was confused. You know whether to go to my ultimate sh'bam or makan2.
And yes, food always win in many ways. And afterall my nenek sudah tua, and you know la kan *sebak*. So lepas balik kerja around 6, turun masjid jamek station and had a 15mins walked to my mum's office, sebab nak pergi sama dengan my abang.
On the way to nenek's house, we bought cake from HOT Oven was it?ala tak ingat. Black forrest cake. And my other aunty brought mousse mango cake from concorde hotel.memang yummy sangat. The menu for last night were nasi lemak,mee hoon, satay, and burgers. Kitorang ada la dalam 30 orang and yet the food even have some extras. Siap tapau lagi.
And I, sebagai cucu and bakal pengantin yang sweet, lepas makan basuh pinggan yang bersusun kat dapur.I memang wanted to do so sebab tak pegi sh'bam so it's a form of exercise. pastu semua orang was like, "rajinnyerr..tau la nak kahwin..". Haha..sangat siot di situ yer. Nampak sangat selalu malas.
So let's see the menu for yesterday.
Breakfast
1 cup oats
1 cup milo
Lunch
Tak sempat sebab pukul 2pm ada kelas lagi.so dari pagi ade kelas and lunch is only 1hour memang la tak sempat.
Snack
2 pc weetameal crackers
Dinner
(Sila nangis sambil membaca)
1 scoop mihun goreng
1 slice mango mouse cake
2 pc strawberry
2 pc satay
1 boiled egg with sambal ikan bilis
1/2 beef burger
2 cups 100+
Muahahahaha...oi diet yang sangat berjaya nye la pun aduii... ni la sebab yang malas sekali nak pergi family gathering. Family yang never kedekut makan, memang terbelahak la makan.
En. Fiance, welcome to my family.
You are so gonna get fat after married. Ha ha ha.
And harini, pun I can't go to the gym sebab I have to go to cheras nak hantar barang and all. May lepak minum dengan en. Fiance yang dirindui. Tihhiii..
Ps: diet ke laut. 44 days to go. Sila nangis laju2.
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 9:25 AM 0 Kata bijak pandai
Labels: Celebration, Life, Tips
Tuesday, March 20, 2012
Regime Diet
DAY 1 Monday, 19.03.2012
yer, bermula la regime diet Cik Tunang sementelah menunggu tibanya hari sangat bahagia yang to be exact lagi 45 hari saje lagi. uwaa...cuak siot!tengok luaran memang cool macam takde benda, tapi dalam hati...Allah saje yang tahu. pernah sekali tu, i was so stress sebab tak jumpe tok kadi, i cried. bila pikir balik, i felt so stupid and childish at the same time. ha ha ha. stress sebab ayah buat slow-slow jer. and actually, permohonan perkahwinan tu dua hari je dah boleh siap.
I just nak keep track of my diet so that i can indulge myself with something yummy and luxury at the end of the day.
Breakfast
1 pc IKEA currypuff
1 cup hot MILO
jangan tak tau, IKEA currypuff sangat besar, besar tapak tangan saya tolak jejaris. siap berintikan telur yummy, memang penyumbang kalori terbesar.
MILO buat kat ofis.
Lunch
1cup hot MILO
5pc wheetameal crackers
favourite of all time yang wheetameal crackers tu. haihh..makan tak boleh berhenti.
Snack
5pc wheetameal crackers
plain water
Dinner
1cup Musli
5btg satay
ha boleh nampak benda yang tak sepatutnya tak kat situ?
kan?
rasa bersalah kan?
rasa bodohnya diet cenggitu.
hahaha..tula...dasar kuat makan memang macam tu.
so sebab rasa bersalah menggunung tinggi, balik kerja tu i hit the gym, macam biasa.
Cardio
Sh'bam 45mins
Crossramp 10mins
Canooing 10mins
Hand/chest press 20X4sets
Sit-up 30x3sets
Pumping 20
dari kul 9pm sampai 12am baru i get out from the gym. tu pun dah kena halau dengan mamat hensem cute duduk kat reception.ha ha ha. sedih sebab duk borak-borak dengan gym buddy 30mins. ingat nak buat leg press tapi apakan daya.
so i hope by next month ade la turun barang 5kg macam tu. or at least turun. next month 2 weeks je i boleh pegi gym. next 2 weeks dah busy dengan cousin punyer wedding and my wedding. memang la tak boleh nak gedik-gedik pegi gym. memang mintak penampar laju-laju katenye.
oh malam, i sapu losyen mustajab pati halia apebenda ntah. ni saranan kawan yang dah pregnant and perot dia kempis dan mulus.i tak tau la dekat i effect dia macam mana sebab i baru guna semalam. i rasa takla efektif untuk kurus, tapi i rasa selesa and tido pun lebih nyenyak sebab sejuk je kat perot.he he he.
initial weight tak tau. sebab tak timbang semalam. and takde hati nak mention kat sini sebab *uhuk*ma *uhuk* lu. hahahaha...nanti dah dapat berat ideal baru la mention. kuang kuang kuang #bajetartis
jadi sama-sama doa semoga semuanya baik-baik untuk saya. semoga apa yang saya hajati mendapat restu dan doa yang baik dari orang ramai. ketahuilah, hidup penuh hasad dengki tidak bermakna sebab yang sakit hati itu kamu sendiri yang rasa. eh apekah?
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 8:53 AM 0 Kata bijak pandai
Labels: celebrity fitness, Tips, Wedding
Monday, March 19, 2012
Checklist kahwin
Kira-kira tak sampai 2 bulan will be my big day. Guess what? I have lost my track on the progression of my wedding. Tapi being me, I as calm as the breeze, I have nothing to be worry about, and I guess the people around me dah keep the balls rolling, dah keep track on what's in and what's out. Agaknye la kot.
Let's see, kite tgk belah lelaki dulu:
1. Baju kahwin L/P dah siap.
2.Makeup dah.
3.Pelamin dah.
4.Tempat kahwin dah.
5.Kad kahwin dah.
6.Book caterer je belum.
Belah perempuan plak:
1. Baju kahwin P belum siap.
2. Baju nikah belum siap.
3. MUA undecided. Ada 3 MUA nak pilih. Semalam trial pun masih undecided.
4. Pelamin belum.
5. Tempat kahwin dah.
6. Caterer dah.
7. Decoration belum.
8.Hantaran belum.
9.Mandi bunga / spa / saloon / hand and nails / threading / waxing belum. (Gila!)
10. Kasut kahwin belum.
11. Kek kahwin belum.
12. Mamat busking untuk nikah belum.
13. Bilik pengantin belum.
14. Hairdo belum decide lagi.
Oi memang cacat.
Tapi I dari mula memang taknak pun bersanding, reception bagai. I memang nak nikah je. Entahla,I kan macam gelabah sikit, taknak beriya2. Ha ha ha saiko. Pastu jap lagi, tengok wedding orang ni, dah nak buat macam tu plak.
Tengok sekarang semua takde, semua tak cukup. If I have the money memang I panggil wedding planner jer.lagi best.senang.tunjuk2 je.tak payah pening2.
Tapi encik tunang cakap, kalau awak tak bersusah sebelum kahwin nie, tak penat2, macam mana awak nak appreciate hidup berumah tangga awak? Sebab semuanya senang untuk awak. Benda yang susah, selalunya akan dihargai.
Ha amek kau kena ceramah. Teehee..sekarang pun kitorang tengah deal on one thing. So far so good.alhamdulilah.
Haihh, nak muntah dah ni.fikir mane yang ni tak siap, yang itu tak siap. Belah lelaki senang je. Panggil orang uruskan. Boleh la dia tu.I pun tak berapa nak tau wedding dia macam mane. Itu semua tak penting sangat untuk I. Yang penting cinta dia untuk I, anak-anak I, family I. That's what matters.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 8:34 AM 0 Kata bijak pandai
Labels: Wedding
Thursday, March 15, 2012
50
lama gila tak update. patutlah berhabuk-habuk kat sini. bibik ni, kita cuti , dia pun nak cuti same. gaji jalan. bersihkan blog tak jugak. bibik bibik, memang nak kena hantar pulang indonesia nih. *berangan*
kasi update sikit pasal hal sendiri. kang esok dah tua, dah lupa perjalanan hidup yang penuh liku-liku nie. eceh..liku ke. liku la jugak. liku sangat. me and encik tunang lately ni suka bertelagah, orang kata makin dekat orang Islam nak mendirikan masjid, syaitan mula jalankan operasi meruntuhkan masjid. seram okay. bukan bertelagah apa, entahlah. ni emosi, banyak main dengan emosi. tapi Alhamdulilah, gaduh nyer tak lama. selalu over night je, esok pagi dapat bbm, "morning beautiful!" tak rasa memang pagi kau cantik dan sedingin salju lantas kira laju-laju lagi berapa hari nak kahwin. *gatal* pastu golek-golek atas katil sambil baca balik bbm text tadi pastu berangan pastu tengok jam dah pukul 7.30 memang kelam kabut cari towel dengan nak bukak heater lagi. penangan cinta punya pasal.tihii..
so far en tunang amat memahami. entah lah dia memahami atau dia dah malas nak layan. but when the memories striked back, memang rasa nak meletup jela. kena banyak baca doa dengan selawat ni, supaya hati tenang tak pikir bukan-bukan. we've been through so much kan sayang, i can't imagine of anything dah. penat sangat.
tempat kerja so far so good. letih sikit sebab everyday ada kelas. mengajar math pulak. lagi la. mengajar okay. nak sediakan paper work amat malas sekali. camne nak sambung belajar nie kan. lagipun im looking for a better job. bukan job sekarang tak best, but sometimes we need to get the hell out from our comfort zone, so that kita tau apa yang diri kita boleh buat.
about my progression of losing weight, pun okay. so far i tak buat extreme workout. starting april jela. lagi 15 hari. memang makan vege, soups and protein sahaja. extreme workout. weight lifting and all. tapi kan, i rasa i nak buat sekarang la. kita buang lagi 20. memang rupa rangka la kot.hahahaha *gelakkan diri sendiri* tapi apa kata kita buat. tengoklah camne. *sambil jeling burger kat sebelah*
so, there's a lot of things happened lately. good mostly. and i love every bit of it. haihh..tak sabar sangat dah nie...err...i mean to get a new job?hahaha...
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 3:04 PM 2 Kata bijak pandai
Labels: Hey it's me, Life
Tuesday, March 6, 2012
My Birthday Celebration
remember this entry?macam mana sedihnya i sebab tak dapat bersama-sama nak celebrate birthday. lepas tu entry yang ini on my birthday plak. petang tu my partners in crime cakap jadi nak lepak Williams at SS24 (kalau tak silap), sebab biasalah dah nak dekat-dekat kahwin ni barulah rasa nak gather and everything. so okaylah. lepas balik kerja hari tu, terus amik train turun dekat stesen kelana jaya, and tau-tau my partner in crime tu dah sampai.
jalan so far so good. tak heavy sangat macam tengah KL kan. oh kitorang balik Damansara dulu sebab nak siap-siap kat sana siap mandi semua, nasib dah plan awal-awal nak bawak baju. siap shampoo bagai.ha ha ha. pastu bergerak lah kitorang ke Williams.
sampai-sampai, perut memang rebel habis. ada kawan to my partner in crime dah sampai dulu, and order set burger bacon yummy giler siap dengan fries and coleslaw memang la terbaik. i ordered lambchop, partner in crime 1 order mee raja daging lagi la super sedap makan takkan pandang kiri kanan nye la, and my partner in crime 2 order chicken chop super huge.
tengah makan-makan sekali diorang bawak keluar birthday present. (apsal kat rumah diorang tadi i tak perasaan eh?). diorang bagi perfume Flora by Gucci. shared 4 orang chipped in duit. OMG terharu sangat!! and the perfume sangat nice bau dia. i nie dahlah suka benda-benda wangi ni lagi la nak melompat je.
pastu bila partner in crime 3 datang dengan girlfriend dia, diorang bawak carrot cake and balloons. carrot cake tu super sedap dengan sour cream topping dia fulamak. walaupun im not a big fan of carrot cake (i dont like carrot), i managed to finished 1 slice of it. memang yummy.
pastu tiup-tiup belon sampai penuh meja. pastu GF partner in crime 3 belikan i huge brooch yang kalau pakai dengan plain baju kurung mesti hot habis.ha ha ha. cantik okay. i tak pakai tudung so selalunya tak fancy la brooches nie, but this one memang sangat cantik.
gambar banyak sangat sampai penuh my BB. dah upload kat FB pun. but as usual la no pics of myself . at least have some privacy and mistery in our life isn't it? ni sampai gambar yang tak sepatutnya pun dah letak kat facebook, lagi letak kat blog etc, what's left for us?i mean, me?but, i SUKA la sangat tengok blog and facebook yang upload gambar. fun sangat. it is just, i dont like to upload something yang i suka and sayang simply macam tu. selalu i choose the pics. and kalau i upload sekejap je, and i akan delete the album. entahla kenapa perangai tak boleh blah macam ni.ha ha ha. mungkin lepas kahwin i akan jadi pictures uploader paling hebat.ha ha ha.
so perut sangat penuh lepas makan-makan tu. lama sikit abang i pun sampai. he will be going to London esoknya, so die pun nak hangout with his friends and apparently his friends dah jadi kawan i pulak. sebab im a cute little sister of his, maka kawan-kawan dia sayang i sangat. teehee...so i pau die belanja lambchop dia. hala..dia engineer, setakat lambchop tu ape la sangat kan. dulu masa zaman study dia (we were staying in the same house), semua pun i bayar SEBAB duit dia habis ke rokok. ha ha ha.
sampai rumah, rupanya my SIL tunggu i sebab dia nak bagi hadiah jugak but i was late sangat dia balik dulu. dia bagi i 12 pieces red velvet cupcakes memang sedap, and baju hitam. cantik sangat. terharu i. pastu weekend tu i pakai baju tu pergi date dengan encik tunang. ehehe..
so there goes my birthday bash. weekend lepas encik tunang balik, pergi celebrate dengan dia pulak makan kat Johnnys. nyum nyum. jom pergi lagi u!!
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 11:07 AM 0 Kata bijak pandai
Labels: Celebration, Hey it's me
Monday, March 5, 2012
4 days in a row
perghh..
heaven gile cuti 4 hari straight. ha ha ha. sebagai seorang pekerja berdedikasi, i memang jaranglah sangat amik cuti. entah kenapa. oh ada sebab. sebab masa tu cuti semester, kelas takde, so datang ofis memang goyang kaki, buat kerja sikit-sikit. cuti 10 hari tu carry forward tahun ni, sila kira berapa balance campur 14 hari annual leave, campu 8 hari cuti kahwin, 32 hari babe!memang heaven lah.
so let's recap kita buat apa.
Khamis
ada HIV test. ini dah BOOKED sebulan yang lalu oleh encik tunang. ni kalau tak pergi memang tak kahwin la jawabnye. ini memang wajib. pagi tu pergi gym dulu. macam biasa kalau tak pergi memang rugi sangat la. balik gym drive singgah ampang buat tailoring kain batik untuk pakai dengan kebaya. tumpang mandi semua, siap-siap cantik2 kata nak jumpa encik tunang, terus drive pergi rumah beliau. he was from PD outstation so i amik la dia sebab dia manja sangat menyampah. ha ha ha. terus pergi makan ikan pari bakar. dap dap dap! pastu buat HIV test , sekejap jer tak sampai 30 minit kot. form semua dah isi and encik tunang pegang. bab dokumen bagi kat beliau la. memang hebat. hikhik. bagi kat i, kotak sunglasses rayban pun boleh hilang kemana. ha ha ha.
pastu petang amik baju wedding beliau. baju tu terkecik sikit ke en tunang dah demok so kena alter lagi. lagipun beliau tak puas hati dengan kolar baju lah ape la. cerewet eh?hahahaha... pastu petang drove back to ampang sebab akak opis belanja makan kat kedai korea (nanti nak buat review la pasal kedai ni), so makan berdua dengan encik tunang. sweet gila tempat ni. and the manager OMG baik gila. macam tu la baru customers rasa di hargai.
malam tu singgah rumah nenek. encik tunang dah weng gila dia nak tido. lama tak lama la jugak tidur. lepas semayang maghrib, makan nenek masak, lepak kejap, dalam kul 9 hantar beliau balik rumah. lepas tu i pergi rumah cousin dekat area umah en tunang jugak, borak-borak gossip2 dah pukul 12.00am. terus nak balik. pastu boleh tak guard tutup jalan keluar, kena pusing satu taman untuk keluar kat pinmtu satu lagi. dah la kena lalu depan rumah hantu.tsk..
12minit to be exact dari cheras ke gombak. gadis litar betul.hak hak hak.
Jumaat
Pagi i ada beauty session kat midvalley. nasib adik cuti, so die nak teman. lepas hantar i, dia hantar my daddy amik coach bus kat bangsar untuk ke singapore sebab my atok sakit. tapi dah okay kot. orang tua kan. sakit tua la kirenya. adik kata dia breakfast dengan ayah kat Chawan, Bangsar. sedap kot!! sobs..lepas abes beauty session i after 3 hours (duhh!), adik pun sampai. janji nak tunggu depan starbucks garden, jenuh la tunggu takde. bila dia turun dari lift sebelah Aldo tu gelak-gelak, "Lama ke kau tunggu kak??sian kau..". haha bodoh sangat kau ni dek.
pastu cakap, "adik..lapar sangat. lunch jom!" so dia kata nak makan kat Chili's. adoii koyak wallet. mengenangkan adik sorang je, i pun okay kan jela. kang majuk masalah. mula-mula nak makan kat Zouk Bar, pastu die taknak, kate die pakai baju buruk. padahal pergi Chili's pun buruk gak. hahaha...so makan Honey Ranch Chicken dengan buffolo wings, milo ice and banana smoothies, kena charge plus tax dalam RM80 ringgit la camtu. minum milo ice 3 gelas okay.
memang lepas tu muntah. i told adik i want to go to the toilet sambil-sambil dia shopping kat kedai Diva. abes segala isi perut keluar. hahaha. pembaziran. sampai kedai Diva, adik tanya "kak, kau nak ape?ni nak?ni nak?amikla aku belanja..". oh baiknye hati adik i. i amek gelang, headband, dengan subang. heee...semua sekali RM70. suka sangat.
lepas tu pergi bangsar village, adik buat waxing. die tu memang artis. dalam 2 jam macam tu.pastu balik amik mama kat ofis. ingat nak gi makan, tapi bila teringat balik makan kat chili's tadi, memang tak la nak makan lagi.
Sabtu dengan Ahad adalah paling best. tihii...nanti la cerita. ada meeting jap.
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 8:53 AM 0 Kata bijak pandai
Labels: Life
Tuesday, February 28, 2012
How does it feels like when girls were cheated on?
p/s: people will never understand. people doesn't know the feelings we have. we know. we decide. whether to keep, or to let go. yang sakit kita. yang parah kita. people can only watch (and judge). but the love we hold is just too strong. until one day, we ourselves realized it is time to let go. because IT'S ABOUT TIME.
p/s: tengok iklan/movie pun boleh nangis ke cik kak?? sedih. sedih.sedih.
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 1:43 PM 0 Kata bijak pandai
Labels: Love
Friday, February 24, 2012
24th February is My Birthday
haih...title tak menahan. taula hari ni birthday sendiri, nak jugak mention lagi.
so what's the difference between this year birthday, and previous year birthday? not much, cuma tahun ni lebih bermakna. in terms of macam-macam benda. first, i kenal lebih ramai kawan. so maka ramai la yang wish. wish as in NOT IN FACEBOOK, sms and call. tak ramai, tapi lebih ramai daripada tahun-tahun yang berikutnya. anyway, kawan kat facebook adalah genuine, samaada kenal dari sekolah, universiti, dari kerja, dan kawan kepada encik tunang. that's all. oh dengan lecturer. i memang TAK ADD orang yang i tak kenal, yang tak pernah berborak. itu bukan kawan, itu kenalan. kawan adalah someone yang kita boleh mintak tolong bila kita susah, dan kita boleh tolong dia, bila dia susah. that's what friends are for.
panjang mukadimah.
hadiah? well well well. let see. tadi kat office collegue bagi bunga dengan cake. bunga ros okay. happy sangat! encik tunang kejauhan maka tak celebrate pun dengan dia. tapi beliau dah cakap hari ahad ni dia balik KL dia nak pergi pickup hadiah. excited yang hamat ni. i prefer handbag. tapi since handbag dah dibeli untuk hantaran, tak dapat. bukan itu jer. handbag, perfume, makeup, ham etc etc dah pun encik tunang belikan untuk hantaran. so i took them as my gifts. last year masa birthday encik tunang, adalah sama tarikh dengan engagement kitorang.
during our engagement tu i bagi jam kat dia. jam fossil leather. sweet gila masa beli jam tu. jam tu pergi beli dengan ayah and adik dekat sunway pyramid. actually jam tu pilihan ayah. ayah pilih untuk bakal menantu. haihh cool gila my dad. swiped his card, there. anyway masa tu fossil takde paper beg kecik tu, dia bagi paper beg besar gedabak macam beli handbeg ribu-ribu tu. tapi masa bg kat encik tunang, bagi beg kecik, memang kitorang ada a few fossil nyer paper beg yang untuk jam tu. heh. happy gila dia.
and my last year birthday encik tunang bagi perfume Jadore by Christian Dior. bau dia ekslusif. tapi i jarang pakai dengan dia sebab dia suka lagi satu perfume Miracle by Lancome. itu pun memang favourite i.
anyway malam ni ada my birthday celebration dekat Subang, ke PJ entah tak tau lagi. ni dah siap bawak baju pergi opis ni. ha ha ha. jatuh kecundang la my diet. sobs sobs. sambil tu dengar nye nak buat bachelorette party. apa jadahnya bebudak ni.hikhik...
hrmm..tak sabar tunggu encik tunang balik. cepat la sikit. kerajaan malaysia ni kejam la hantar beliau time-time besday i. kalau time-time i nak beranak kena pergi jugak, i memang ketuk rumah najib malam-malam buta tuh.tihii..
Okay. harapan dan doa:
1. semoga saya menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.
2. oleh kerana ini adalah hari jadi terakhir sebagai seorang bujang, saya harap tahun depannya, saya dah jadi seorang isteri dan seorang ibu.
3. semoga kehidupan saya lebih sihat dan seimbang.
4. saya nak tukar kerja, untuk menambah pendapatan keluarga disamping tolong suami saya nanti menjaga keluarga.
5. saya nak jadi seorang yang baik. lebih positif dari semua segi.
Happy birthday kepada diri sendiri. I love you, myself. teeheee.... ;D
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 10:57 AM 2 Kata bijak pandai
Labels: Celebration, Hey it's me
Wednesday, February 22, 2012
Birthday
Yeay, monday berjaya pergi sh'bam, and semalam berjaya pergi sh'bam and body combat. Walaupun body combat adalah sejurus selepas sh'bam, tapi dek sebab kelalaian bergossip sambil mencuci mata melihat abang2 gym yang hot,I masuk body combat lambat okay. Bodoh sangat. Lambat 5minit. Prftttt!
Dapat masuk pun sebab buddy gym I panggil (dengan kuat) " F****, class dah start!!apa dok gossip lagi!!". Cis! Beliau tak masuk sebab beliau penat, beliau demam dan kasut beliau besar.
Oh buddy gym I bukak beg gym dia,kasut boleh takde okay. Nasib ada makcik indon cleaner baik hati pinjamkan kasut.ops!bukan kasut makcik cleaner tu yer,tapi kasut gymmer mane yang tertinggal ntah. Ha ha ha. Lawak gila.
Makcik cleaner tu memang baik. Dulu I lupa bawak manga locker kan, mintak je kat dia,mesti ada spare. Ha ha ha. Dah dua kali okay I mintak. Ni kawan I mintak kasut plak. Ha ha ha. Agaknya dalam store dia tu penuh barang je. Kalau mintak kereta satu pun ada dia simpan tu ha. Ha ha ha.
Oh oh. I lost a few kgs lagi. Tak payah a few sangat la kak macam hilang 10, dua kgs je pun. Gembira bukan main lagi sebab dah nak sampai target.lagi 4kgs je target is achieved la kirenye.
Padahal makan boleh tahan. Last week je KFC, char kuey teow, JCo, hot dog and cheese, oh tak lupa satu grande double chocolate Coffee bean, eh dengan aiskrim magnum en.fiance belanja. (Cuak!)
So I rasa hipotesis yang mengatakan makan banyak adalah gemuk amat tidak benar (matikkla!). That is why I confused kawan -kawan I kurus macam lidi makan nasi satu pinggan penuh relax perut tak naik apahal? Bela jin ke ape. Ha ha ha.
Tapi I rasa a few kgs (nak jugak!) Hilang sebab the whole week I tak pergi workout. So muscle I pecah. Eh you all tak tau? You nampak orang tu kurus dari you tapi berat dari u? Sebab dia berat muscle. Dalam muscle kita tu la ada metabolism. Lagi banyak muscle lagi tinggi metabolism. Maka lagi mudah untuk lose weight.
Sekarang I worried, sebab muscle I dah takde. Nanti low metabolism.pastu boleh lead to?aiyokk..don't want to talk about it. So semalam I telah buat kaki dan tangan untuk weight training. So hopefully berat tambah balik untuk replace the muscle.
Ha pelik. Orang suka turun, dia nak naik plak. Kalau turun muscle takde, saya patut berasa cuak. Gulp!
Anyway, Esok sampai weekend en fiance outstation. This time jauh merentas benua. I'm gonna miss him like hell. Like totally. Walaupun bole je bbm ke email ke ape, but still I missed him. Haihh rindu plak kat beliau. Hopefully dia balik dari sana dia belikan la jajan untuk I. Ok syg!?
Beliau kan, suka beli jajan untuk I. Die suke treat I macam budak-budak. Belikan makanan la, jajan la. Next time kalau dia tanya nak apa, I nak suruh dia belikan sepit rambut bunga ros pulak la. At least I boleh guna. Asik makanan je. Makanan tu dah memang selalu. Tihii..
En fiance kata sorry dia takde on my birthday, tapi beliau promise balik dari outstation boleh terus pickup hadiah. Hoyeah sangat!! Kite gi OU pun boleh. Eh kat curve pun ade kn. And makan.hrmm..nak makan mane eh? Ha I tau! Kalau pergi pickup hadiah kat curve, makan meatballs ikea la..Hikhik!.
Next week I cakap I nak belanja dia makan sedap. Boleh dia tanya "nape syg nak belanja eh?ada ape2 occasion ke?". Haha..sweet gila rasa nak lempang laju-laju je. Biar la I nak belanje pun. Ingat I takde duit ke? (Kalau takde pun ermmm pandai2 la I). Tapi dia kate makan sedap tu, favourite food I, bukan dia. Ha ha ha. Biar la jugak..:P
Nak pakai baju apa ni keluar dating ni!!!??
Ps: ngantuk. Student buat lab session macam kuwe-kuwe.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 12:19 PM 2 Kata bijak pandai
Labels: Celebration, celebrity fitness, Hey it's me, Life
Tuesday, February 21, 2012
Someone from the Past
pernah tak dalam hidup kita, ada someone yang sangat sangat rapat dengan kita, like every seconds hanyalah kita dengan dia, but in a split of second, atas sebab pertelingkahan, atau selisih pendapat, orang yang rapat dengan kita tu terus hilang. and we never heard EVER about the person anymore.
been there done that. and suprisingly orang yang memang i taknak jumpa sangat tu, terpacul depan muka i. like betul-betul depan i (sebab dia datang dengan my another friend).
i was like freeze depan dia for a few seconds, and lepas tu i felt nothing. NOTHING okay. i ingat i meroyan ke, tumbuk-tumbuk dia ke, menangis ke, or paling tidak belah dengan buat muka paling saiko sekali, but apparently not.
*pat own shoulder* i cant believed i was that strong. professional sangat i ni. i boleh salam dia. and the first question yang keluar dari mulut dia, "F****, you look so different". i tak tau la dia nak perli ke or pujian (to be positive, i take it as pujian), i senyum jer. i jawab balik, "it's been so long. lama tak jumpa"
lama okay. 11 tahun tak jumpa. selama 11 tahun tu pun not even once kitorang contact. i memang purposely taknak contact dia. sebab marah kan. dia once pernah hantar surat (surat la, masa tu ade mIRC je, yang lain semua takde, HP pun takde rasanye) mintak maaf etc. but i buat tak layan jer.
so bila jumpa balik memang terkejut la. we were once rapat kan, so after 11 tahun jumpa balik macam awkward sikit la. tapi i kan professional, so i buat biasa jer. gila gigih aku ni.
i rasa, lepas ni, i will be meeting this person for everyday. so i rasa what past is past, i taknak ungkit and i buat macam biasa jer.as if nothing happen. betul orang cakap. jodoh pertemuan di tangan Allah. i memang tak sangka akan berjumpa dia balik. at least not near my wedding day.
sebab sekarang tak tau nak jemput ke tak.
hrmm...kita tengoklah macam mana the relationship goes. kan?
so far, i have no more grudge left. like seriously. right? tihii..
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 9:21 AM 0 Kata bijak pandai
Labels: Life
Friday, February 17, 2012
Starbucks Frappucino
haa..sedap kan?? frappucinos always been my favourite. saya memang suka ice blended. kalau pergi kedai mamak tu memang selalu la order ice blended durian belanda. yummy sangat. tapi tak tahan brain freeze tu. hikhik. boleh pecah otak la rasanya.
tapi frappucino i suka beli masa i sorang-sorang jalan rasa haus sekali dah jalan jauh-jauh penat nak singgah mana-mana sekali nampak starbucks sekali macam,"eh..starbucks!!come to mamah frappy!!". "dik, frappucino caramel satu, GRANDE!". ecewah, mentang-mentang masa study dulu amik French as second language berlagak gila nak sebut GRANDE. sebenarnya 'GRON' untuk lelaki, and 'GRON-DEY' untuk perempuan. or the other way round?hahahaha...pelupa yang amat walaupun dulu untuk 3 semester berturut-turut dapat A+. nampak sangat belajar untuk exam je. *facepalm*
anyway, dah dapat tu, siap balut dengan tissue starbucks free macam balut anak kucing, siap tabur koko/coklat tu atas cream tu.wahahahaha....gemok gemok. pastu jalan-jalan sensorang menapak sambil pegang starbucks, sedut-sedut like there's no tomorrow.
tapi tau tak, ape kesan lepas i minum frappy dengan GRANDE nyer? nausea and vomitting!!like seriously. pastu i akan jadi cranky and nak marah and semua benda i jadi tak suka.
caffeine dalam kopi, coke and macam-macam lagi adalah sejenis dadah atau stimulant drugs yang boleh stimulate alertness so kita sentiasa berjaga dan juga dia act as drug yang boleh reduce fatigue-ness so kita aktif je.
tapi i rasa, i ni tak boleh dah consume kopi/caffeine sebab effects dia, mak aihh...menyusahkan. selama i jadi student i tidur je lepas consume kopi so macam takde effect. effect dia hanyalah sakit kepala, mual-mual, dan muntah.
i dah buat experiment ke atas diri sendiri. bermacam-macam kopi i try, kopi kapal api, kopi janda, kopi radix, frappucino, dan lain-lain semua memberi effect yang sama. so i dah stop minum kopi. eleh...i bukan minum kopi sangat pun...hahahahaha...apehal nak stop minum kopi plak.hahahaha...
so siapa yang ada effects macam i, anggap jela biasa dan stop la from consuming any sorts of caffeine food stuff. unless u all dah kahwin and planning to have baby, go and check mana tau mengandung, maybe bukan effect caffeine. hahahaha....
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 10:23 AM 3 Kata bijak pandai
Thursday, February 16, 2012
Collagen
sebagai seorang lecturer yang baik rajin, memang penatlah nak buat slides baru (read:slides baru bukan download straight dari google format pdf and terus ajar dalam kelas..prrfttt!). baper hari asyik buat slides tak habis-habis. abis dah kata biology pulak.at least sekali kelas hundreds of slides boleh melecet tekak. so sekarang tengah buat slides protein, amino acids etc. so sambil-sambil buat tu ter come across jugaklah certain terms macam lycopene, insulin, enzyme, and dah tentu sekali collagen. ha, pompuan kalau nampak collagen jer mula la nak ghairah semacam.
hahaha..
so, sebagai perempuan yang gedik sibuk menguruskan kecantikan rupa luar dan dalam, i pun amatlah berbesar hati nak share some information yang sangat berguna kepada perempuan, isteri, dan mereka yang rajin dan suka tentang kecantikan.
first, korang tau ke collagen tu ape? collagen tu adalah sejenis protein, atau lebih specifiknya fibrous protein yang kita boleh jumpa bukan saja dekat skin, malah kat tendons kita, dan gigi kita juga ada.
kalau nak official punya pun boleh:
"Collagen is a group of naturally occurring proteins.
In nature, it is found exclusively in animals, especially in the flesh and connective tissues of mammals. It is the main component of connective tissue, and is the most abundant protein in mammals, making up about 25% to 35% of the whole-body protein content." (sources: here)
collagen ni jugak menjaga struktur kulit kita agar lebih anjal, kurang berkedut. semakin kita tua kurang remaja, bonds yang memegang collagen ni akan musnah atau berkurang, maka struktur kulit kita sebagai contoh akan berkurang juga maka munculnya kedut-kedut dan age-spots.
so, persoalannya, bagaiman nak mengurangkan kemusnahan collagen, dan menjaga collagen yang sedia ada supaya lambat musnah? (baca: bukan stop the process, atau adding collagen, itu semua kerja Tuhan. kita boleh berusaha untuk mengawal).
i found out yang semua produk yang claim ada collagen adalah tipu belaka. (perempuan adalah indenial, kan?) padahal dah terang-terang tahu juskawan10 tak boleh kuruskan badan, premiumcantikrupawan juga tidak menguruskan, sabunajaib tidak akan mencantikkan wajah dan sebagainya. tapi kita perempuan kaum yang lemah, mudah terpedaya kan kan kan? jadi apa yang boleh kurus, dan cantikkan wajah? exercise + diet, dan kawalan makanan yang seimbang.
sounds boring and semua orang tahu. tapiiiii....taknak buat jugak. kenapa?MALAS. yer saya tahu. but that was a long time ago ecewah. sekarang sibuk la nak cantik la nak ape la.tihii...sebenarnya im getting married in few months maka marilah kita berlaku adil kepada diri sendiri.
okay.
sekarang stop using semua product yang claiming ada collagen, unless collagen dia sangat-sangat micro, means sangat nano, means sangat-sangat kecik, barulah pakai. sebab collagen molekul yang besar, tak mungkin boleh diserap seperti sponge menyerap air sirap yang tumpah.
1. bagi perempuan yang merokok, sila stop merokok. i know it is heavenly heaven untuk dapat merokok, but kalau nak your skin cantik bak apple hijau yang licin, maka berhentilah. bila skin kurang oksigen, maka penghasilan cell baru akan terbantu maka muka kita akan huduh dan kusam.
2. siapa yang minum alcohol, pun sama. kurangkan pengambilan atau stop terus lagi bagus. sebab alcohol pun kesan sama seperti merokok.
3. bersenam, bersukan, berfutsal, berbola jaring dan sebagainya atleast 3 times a week. bila kita berpeluh, banyak toksik dikeluarkan dari badan. jadi kurang toksik dalam badan kan. bukan kulit je cantik, badan pun sihat montok etc.
4. makan makanan (fresh food yer, bukan processed food) yang mengandungi banyak source of nutrients yang boleh menyumbang kepada penghasilan collagen naturally dalam badan kita.
untuk nampak cantik dan muda dari usia, badan kita kena produce collagen. macam mana?ha berbalik kepada pemakanan kita. again, sounds boring. tapi kita kena berkorban untuk masa depan kita. okay? so food apa yang bagus untuk skin kita nie?
1. ikan macam salmon, sardin, ikan kod, tuna adalah source of Omega 3 fatty acids, untuk melembutkan kulit. jadi sila cari mereka dan makanlah mereka. ha, jangan la nak goreng-goreng sangat. buat steam or grill pun okay.
2. bawang putih (i love this!). makan roti bakar garlic ke, tumis sayur lebihkan bawang putih ke,ha macam-macam lah lagi. nasib baik kita kat Malaysia ni bawang putih memang salah satu bahan penting in cooking, kan? so easy la.
3.and tomato. ermm...saya kurang sikit, tapi kalau dah masak, buat sos spaghetti ke, memang lazat la buat hirup-hirup. so sapa yang suka makan tomato mentah-mentah tu bagus. tapi ada artikel yang i baca, tomato lebih anti-oxidant kalau lepas masak. either ways, both are still good kan?
so, siapa-siapa yang nak cuba kaedah tradisional iaitu makan dan masak dan tidak membeli produk ratusan ringgit untuk jaga kesihatan bolehlah cuba. it is never too late to try kan?sebab i pun baru nak mula. sebab semalam buat sos tomato or tomato stew maka semangat lebih sikit la kan.
siapa nak baca lebih, these were where i found all about collagens:
1.thesecretsofbeautifulskin
2.staci-barbo7
so balik ni, i nak:
1. exercise
2. stop ambik excessive sugar and carbonated drinks
3. nak makan/beli ikan kod punya oil, telur yang ada omega-3 tu.
4. nak sapu putih telur kat muka.hanyir pun lantaklah. *muntah*
5. nak sapu tomato lenyek kat muka
ha kan i dah cakap. perempuan ni mudah terpedaya. tapi takpe, insyAllah dengan usaha, doa, dan tawakal, semua boleh kan kan kan?
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 4:09 PM 2 Kata bijak pandai
Wednesday, February 15, 2012
Janji kalau tak tunai tak berguna jugak
Kelmarin, balik dari Prince Court Medical Centre (PCMC), uncle ajak pegi dinner, padahal tadi dah cakap dengan abang yang kite ni ada class sh'bam pukul 9.30pm ni, masa tu pukul 8pm dah. Kalau gerak bontot berlemak sekarang memang sampai je,tak kisahlah jem ke tak. sekali uncle offer makan pulak.
Abang dah angkat2 kening. Apehall??dia suka la tu dapat makan free. (Sebenarnya diri sendiri yang nak pegi kan cik kakkkkk) . Abes I cakap , " sukati abang laa". Dia tarik bini dia laju terus salam orang sakit terus turun. Ha ha ha. Budus.
Sekali makan kat Ar-Rawsha la pulak.kat kg pandan tu. Adoiiyaai. Macam mane ni. Terus berlegar-legar Lamb Mandy. Yang ni memang tak boleh lari. Diet memang ke neraka dah. Amik menu, baca macam buat paper research. Bersungguh-sungguh baca ni. Memang nak sangat makan kambing aku ni. Sekali jumpa lamb grill dalam RM40 ke RM30 la macam tu. Belasah order dengan milo ice.
Yer, I tau apa bongoks nyer order milo ice kat kedai arab. Abis takkan I nak order mint tea. Pengsan tak bangun terus. Dah la dalam teko tu mint leaves dia dah serupa bayam.
Sampai2 my lamb grill memang terbaik. Memang grill without oil.kering kontang.tapi ade humus dia. Walaweh. Humus tu! Yummy sangat. Cicah2 dap dap. I duk ratah tu jer.
Curik jugak lamb mandy tapi tak makan nasi dia. Makan kambing. Ahad hari tu, masa dinner dgn en tunang pun order lamb chop. Fan no 1 kambing la I ni. Tihii.."hello kembsss (kambing) me fren u..."..
Pastu order aiskrim. Amboi cik kak. Melampau.
Amboi mukadimah panjang gila babs. So untuk mengurangkan rasa bersalah I datang la sh'bam dengan body combat semalam. Pergh nak muntah.
Sh'bam memang kelas untuk menggedik dan perasan lady gaga. I la lady GAGAH tu. Mesti akak-akak kat belakang tu macam , " wahh..lady gaga malaysia" bila nampak I. *muntah hijau2* tak. Mesti akak-akak tu menyampah sebab I paling besar pastu diri paling depan stage sekali dah tak nampak trainer. Mahap la kak. -_-
Oh by the way, semalam mamat kevin tu boleh tarik I atas stage. Tapi seriously I tak malu. Eh eh I mean takde la rasa malu2 atas tu. I belasah je. Salah ke betul ke lantaklah. I no professional. Jangan nak gelak-gelak okay.
Sebelum datang kelas berkobar-kobar nak buat perut la ape la. I just run 15min + sh'bam + body combat. Pastu masuk locker room terus mandi. -_- dasar pemalas. Bawak kereta gigil2 lutut.
Oh maybe sebab period. I singgah kedai mamak beli pad, kat rumah dah habis. Ni pun satu hal. Esok dah kahwin tugas membeli kena bagi kat orang lain. Har har har.
Balik rumah terus tidur. Bangun pukul 2am tadi makan ikan bakar cicah air asam.
WHAT KIND OF SORCERY IS THAT!!?
Bodoh sangat. *facepalm*
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 9:45 AM 0 Kata bijak pandai
Monday, February 13, 2012
Lost and Gain Weight
Okay. Berat dah turun 5...Errrrr bukan 5kgs, kalau 5kgs I mesti dah buat doa kenduri selamat, takpun terus ajak en tunang kahwin terus tanpa menghiraukan baju kahwin yang masih berjarum dan jahit jelujur. Sobs..-_- I turun 500gm bersamaan setengah kilo, nak jugak sebut setengah kilo kan sebab nampak lagi berat padahalllll?? Sama je cik kak. Fine..500gm agaknye sama berat dengan ayaq liuq dlm mulut kau, ape nye nak hirau.
Hirau jugak sebab naik penimbang jarum tu tak tunjuk garisan kecik2 antara 4 dengan 5. Wehuu..sonot nyee! -_- (senyum dengan muka terpaksa) kadar metabolism tak tau bape.
Oh btw, untuk pertama kali nya dalam hidup, okayla officially pertama kali, tapi sebenarnya kali kedua, tapi sebab yang first time to tak printed out,maka disqualified la rekod dia. So ini dah printed out,dah tunjuk kat investor aka encik tunang yang dicintai, pelaburan beliau menghasilkan ribuan ringgit, tanaman semuanya ranum dan cantik-cantik belaka. Hihihi..
Sebenarnya nak bagitau BMI I dah normal!!wuhuu..after almost 6months worked my fucking lazy ass out, I have reduced my weight and have my BMI back to normal from obesity. Obesity mak incik, malu jemah. Obesity 1st stage.
Setelah bersenam dengan secukup rasa ditambah dengan minum air masak menggunakan hos cuci kereta, yes proudly I am back to normal.
printed out body mass bg kat encik tunang suh dia baca. I have to reduce 1.4kgs untuk excellent BMI. Patutnya kertas tu masuk frame tp entah mane dah simpannya. Nampak sangat tak menghargai.
*masuk mood sedih bergenang air mata*
Ok,orang lain takkan tau ape yang kita dah lalui, to be at our place right now. Usaha dan doa adalah amat penting selain sokongan insan-insan yang dicintai. Orang boleh cakap, ala berlagaknya nye, riaknya, tapi orang tak tau betapa susahnya untuk dapat apa yang kita dapat. Tak kisahlah dari segi harta,ilmu, rupa,pangkat dan sebagainya.
Terima kasih yang tak terhingga kepada encik tunang kerana pelaburan die membuahkan hasil. Terima kasih keluarga sebab sentiasa ada dengan saya time susah dan senang.
Dengan ini saya berjanji untuk sentiasa berusaha dalam apa jua sekalipun.
*cakap sambil konon-konon pegang award*
Hahahahha..there's so much work to do. Tinggal lagi 2 bulan lebih jer. Extreme workout I must say. Sekarang ni demam. Kalau workout tu memang berpeluh macam masuk dalam kolam. Sebab nak kebah demam kot.
Tapi hari sabtu lepas encik tunang sabo diet I.
Breakfast: lempeng with mapple syrup
Lunch:butter rice dengan ayam masak merah
Snack: tutti frutti ice cream
Dinner: nasi lemak ayam berempah mali's
Supper: char kuey teow mali's
Ahad plak,
Breakfast : lempeng with mapple syrup
Lunch : nasi with ayam masak lemak cili padi and tauhu goreng sambal kicap
Dinner : sizzling lambchop and sup sayur
Okay. 500gm terus bertambah 5kg. Memang sabo betul!!
*terus pack2 baju g gym*
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 5:09 PM 2 Kata bijak pandai
Labels: celebrity fitness
Thursday, February 9, 2012
Resolusi Permasalahan Cincin Tak Muat
masih ingat entry ini? berkenaan cincin yang dah di beli tapi tak muat lalu melorot dengan harapan beli size besar lepas kahwin badan demok-demok (apa punye falsafah la kalau lepas kahwin gemuk. kenapa tak letak mindset lepas kahwin kurus lagi sampai kena beli cincin baru...hakhakhak sian encik suami!).
sekali ada GIRL POWER (girl power terus tapi memang sangat terharu sebab tak pernah terpikir pun ade clip tu) yang sangat-sangat baik hati sudi berkongsi do's and dont's of beloved ring dalam blog beliau.
Ini resolusi untuk pengantin/bakal pengantin yang mempunyai masalah cincin besar yang taknak potong sebab takut demok-demok lepas kahwin (well, all girls have this shallow mindset..prfftt!). so please please baca lah akak kita punya resolusi. thank you Liyana (as referred to the sidebar of her blog)
Resolusi Cincin Besar
now i boleh tersenyum manja dan makan lebih sikit sebab the klip boleh on and off kan??kahkahkahkah...(nampak dek encik tunang mau dia suruh pusing Lake Garden tu doblas kali..matikk!)
kesimpulan:
1. No ring cutting
2. And now go and buy the thinggg
ps: Y U no tell me before Habibbbbb! *facepalm*
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 4:34 PM 0 Kata bijak pandai
Labels: Engagement, Life
Cincin tak Muat
tensi mak. hari ni buat pertama kalinye pergi ofis tak pakai cincin. bukan tak bawak, jauh sekali lupa. sebab cincin itu dah tak muat kat jari manis kita yang tunggu lagi satu cincin di hari perkahwinan. tihii... dah tak muat okay. pakai je melorot. pakai je melorot. kalau harga cincin tu 24sen melorot pun i pejam mata jer. ini harga macam 2 bulan gaji memang harapan la nak hilang macam tu.
masa dulu beli cincin ni siap potong tau. aik takkan la sekarang ni nak potong lagi?kang esok ada anak, jari kelingking pun dah tak boleh masuk acaner??oh no.kawan i cakap balut dengan benang. balut dengan benang dah jadi ape?hahaha..tapi nanti i nak try jugak. mana tau berkesan.
ok tibe-tibe bos panggil meeting. bai!
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 1:35 PM 2 Kata bijak pandai
Labels: Life
Wednesday, February 8, 2012
Perangai
cuti. malaysia ni bagilah 100 hari cuti pun belum tentu cukup. dulu kalau cuti sabtu ahad pun (dulu as in 20tahun lalu), rasa macam terisi and banyak benda boleh buat. sekarang ni, cuti 4 hari (sabtu, ahad, thaipusam bla bla) takdenye best. bukan tak bangun pagi. lepas subuh dah bangun but still tengok jam, "eh, dah pukul 5?" whaddefish.
let's recap ape dah buat untuk cuti ni.
1. oh hari sabtu buat kerja kenduri kahwin, preparation and all. so makan satu hari.
2. hari ahad ada wedding sedara kat Kompleks Kesenian Islam Shah Alam, diikuti lagi dengan besday celebration anak buah yang ke 2 tahun yang sangat meriah, food sedap gila. *pengsan* malam tidur rumah abang.
3. isnin pagi, pergi jogging dengan encik fiance kat Taman Tasik Perdana, and breakfast at kampung baru makan lontong terbaik. *yummy* petang singgah rumah encik fiance and malam makan kat kedai mamak kat putrajaya.
4. selasa kemas rumah, kemas bilik, buang all the things yang dah taknak pakai. and petang dilanda demam, get ready for work.
ada nampak perkataan "tidur satu hari" tak? takde kan? definition cuti bagi saya ialah tidur satu hari tak bangun-bangun. kalau malam tu main game sampai 3 pagi, lepas tu tidur sampai petang esok baru bangun, itu barulah cuti!! hoyeahh..
esok kalau dah kahwin, weekend pagi-pagi lepas subuh jogging dengan suami barang 3km macam tu, pergi breakfast or breakfast kat rumah. pastu tidur sampai pukul 5pm. bangun jogging balik, takpun kalau dah penat pagi tu jogging, petang kemas-kemas rumah. pastu makan sedap, or masak sedap2 macam masak lemak siput sedut dengan paku-pakis tumis, pastu malam cuddle-cuddle tengok movie pirated.
pastu dah kul 12am macam tu tidur, and tau esok ade hari ahad!!!!!
*menangis terharu*
life can never be this awesome!
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 1:55 PM 0 Kata bijak pandai
Labels: Hope, Life, Love, my mr. right
Thursday, February 2, 2012
Kasih
im doing my slides for next class. tangan sakit, otak pun sakit. kesian students tadi dengar i explain sambil lukis-lukis sikit the cell structure ape semua. hopefully diorang faham. kalau tak faham pun, i will explain in the next class.
hari ni, encik tunang cuti. one of the reason is dia nak buat appointment untuk HIV test as one of the requirement untuk kahwin. and kitorang kena tunggu sebulan which is the test will be in march 2012! lama gila. nasib baik itu chenta-hati dah pergi survey dulu, and he willing to wait for me, nak buat test sama-sama. *terharu* so dah settle and i guess now is just to wait.
sambil buat slides ni dengar la lagu. lagu i mesti la nak mellow love songs je (encik tunang cakap sila tukar selection lagu sebelum kahwin). eh hello! nanti siapa nak melayan perasaan i yang mushy mushy?? *senyum*
anyway, lagi 4 hari adalah aniversary kitorang yang ke 8 tahun. homegott, lama dah aku kenala mamat ni. hikhik..but still there are sides of him we will never know, at least not after married. *ketap2 kuku jari* tak tau nak plan ape for celebration.
bulan ni jugak anniversary, my birthday, and bulan ni jugak duit dia banyak kena tolak untuk rumah sewa. i dont know what to buy for him, since banyak barang dah beli untuk hantaran takkan nak beli lagi. but i want to give him something special.hmm..
*senyum*
*senyum*
i miss him now. rindu plak nak kacau-kacau dia dalam kereta. dia tu penggeli okay. padahal bukan kita cucuk pun dia, it is just the gesture of poking him je pun. itu pun dah nak melompat. kalau i buat camtu time dia driving, macam nak marah sangat lah dia kat i, and then i buat2 kelakar jela..kang marah plak die lagi..hahahaha...
i promise to love him for as long as i breath...for as long as Allah allows me...i promise....
Kata-kata dari tangan Fareenz pada 4:02 PM 0 Kata bijak pandai
Labels: Love, my mr. right







