Pages

Wednesday, February 22, 2012

Birthday

Yeay, monday berjaya pergi sh'bam, and semalam berjaya pergi sh'bam and body combat. Walaupun body combat adalah sejurus selepas sh'bam, tapi dek sebab kelalaian bergossip sambil mencuci mata melihat abang2 gym yang hot,I masuk body combat lambat okay. Bodoh sangat. Lambat 5minit. Prftttt!

Dapat masuk pun sebab buddy gym I panggil (dengan kuat) " F****, class dah start!!apa dok gossip lagi!!". Cis! Beliau tak masuk sebab beliau penat, beliau demam dan kasut beliau besar.

Oh buddy gym I bukak beg gym dia,kasut boleh takde okay. Nasib ada makcik indon cleaner baik hati pinjamkan kasut.ops!bukan kasut makcik cleaner tu yer,tapi kasut gymmer mane yang tertinggal ntah. Ha ha ha. Lawak gila.

Makcik cleaner tu memang baik. Dulu I lupa bawak manga locker kan, mintak je kat dia,mesti ada spare. Ha ha ha. Dah dua kali okay I mintak. Ni kawan I mintak kasut plak. Ha ha ha. Agaknya dalam store dia tu penuh barang je. Kalau mintak kereta satu pun ada dia simpan tu ha. Ha ha ha.

Oh oh. I lost a few kgs lagi. Tak payah a few sangat la kak macam hilang 10, dua kgs je pun. Gembira bukan main lagi sebab dah nak sampai target.lagi 4kgs je target is achieved la kirenye.

Padahal makan boleh tahan. Last week je KFC, char kuey teow, JCo, hot dog and cheese, oh tak lupa satu grande double chocolate Coffee bean, eh dengan aiskrim magnum en.fiance belanja. (Cuak!)

So I rasa hipotesis yang mengatakan makan banyak adalah gemuk amat tidak benar (matikkla!). That is why I confused kawan -kawan I kurus macam lidi makan nasi satu pinggan penuh relax perut tak naik apahal? Bela jin ke ape. Ha ha ha.

Tapi I rasa a few kgs (nak jugak!) Hilang sebab the whole week I tak pergi workout. So muscle I pecah. Eh you all tak tau? You nampak orang tu kurus dari you tapi berat dari u? Sebab dia berat muscle. Dalam muscle kita tu la ada metabolism. Lagi banyak muscle lagi tinggi metabolism. Maka lagi mudah untuk lose weight.

Sekarang I worried, sebab muscle I dah takde. Nanti low metabolism.pastu boleh lead to?aiyokk..don't want to talk about it. So semalam I telah buat kaki dan tangan untuk weight training. So hopefully berat tambah balik untuk replace the muscle.

Ha pelik. Orang suka turun, dia nak naik plak. Kalau turun muscle takde, saya patut berasa cuak. Gulp!

Anyway, Esok sampai weekend en fiance outstation. This time jauh merentas benua. I'm gonna miss him like hell. Like totally. Walaupun bole je bbm ke email ke ape, but still I missed him. Haihh rindu plak kat beliau. Hopefully dia balik dari sana dia belikan la jajan untuk I. Ok syg!?

Beliau kan, suka beli jajan untuk I. Die suke treat I macam budak-budak. Belikan makanan la, jajan la. Next time kalau dia tanya nak apa, I nak suruh dia belikan sepit rambut bunga ros pulak la. At least I boleh guna. Asik makanan je. Makanan tu dah memang selalu. Tihii..

En fiance kata sorry dia takde on my birthday, tapi beliau promise balik dari outstation boleh terus pickup hadiah. Hoyeah sangat!! Kite gi OU pun boleh. Eh kat curve pun ade kn. And makan.hrmm..nak makan mane eh? Ha I tau! Kalau pergi pickup hadiah kat curve, makan meatballs ikea la..Hikhik!.

Next week I cakap I nak belanja dia makan sedap. Boleh dia tanya "nape syg nak belanja eh?ada ape2 occasion ke?". Haha..sweet gila rasa nak lempang laju-laju je. Biar la I nak belanje pun. Ingat I takde duit ke? (Kalau takde pun ermmm pandai2 la I). Tapi dia kate makan sedap tu, favourite food I, bukan dia. Ha ha ha. Biar la jugak..:P

Nak pakai baju apa ni keluar dating ni!!!??

Ps: ngantuk. Student buat lab session macam kuwe-kuwe.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 Kata bijak pandai:

Seyn said...

Honestly, saya sangat kurus! ;( Saya rasa, metabolism saya melampau sangat. Camane tu? Ke tulang rangka saya kecik?

Fareenz said...

metabolism awak sangat tinggi, dan juga physically awak ni memang kecik..

ke kurus makan hati ni?ececececeh...

makan those fat food but do some workout, mungkin boleh naek sikit badan..

kalau mkn je x workout takot toksik byk je dlm bdn awak nnti buat sakit..=)

 
design by suckmylolly.com