Pages

Wednesday, April 4, 2012

half way through

semalam lepas habis SH'BAM, ha nampak tak i bagi besar, bagi bold sikit perkataan tu sebab lately diet ke laut. ke laut sangat weh, sampai laut antartika. nak kahwin lagi beberapa hari, apehal perut buat perangai sekarang nak makan sedap berlemak berkrim disukai ramai. ishh..memang sabotaj sangat la nie. makan ikan keli masak cili padi, makan macaroni cheese, makan kueyteow goreng penuh kerang, apa ini semua??scary sangat.

so anyway, balik pada sh'bam, niat murni di hati ada taman ni, nak pergi hantar kad kahwin la bagai kat area taman. lepas dah bagi kad tu, niat do hati masih nak kemas baju yang dalam beg konon nak bawak pergi rumah cik abang tu. so lebihan baju tu nak sangkut dekat almari ais baru beli kat IKEA untuk bilik pengantin haritu tengok dekat balakong harga RM800, tak cantik, dekat IKEA murah lagi, i mean tak murah la lebih kurang RM1000 tapi elok buatan dan lebih kukuh, dan cantik dan IKEA.

tapi itu semua dusta gangguan shaiton. eh? lepas sh'bam, singgah rumah kawan yang dekat-dekat festival city tu (taknak mention nama nanti ada orang datang serbu), dapat la pass 5 ke 6 kad macam tu. kawan duk tepi tingkap kereta, i dalam kereta biasalah diva, borak-borak. sekali kawan tanya, "oit, kau taknak g minum ke?". dalam hati nak, tapi kalau pergi mau pukul 12 esok tengah hari baru balik. pastu i cakap, "namolaa..penat." tapi offer akak tu masuk kereta. borak-borak 30minit sekejap , pastu dia tanya, "kau nak hantar kad kat mana lagi?aku teman..".

gila weh. minah tu baru balik kerja, masa tu dah pukul 10.00pm rasanya. dengan tak pakai spek, dengan baju kerja berlengas, dengan tak bawak wallet kalau kena tahan polis memang balik maldives eh? je. pusing-pusing la kitorang.

kitorang pergila rumah kawan kitorang yang fashion designer terkenal itu. sekali kawan i yang bijak bestari ni tak ingat eh rumah beliau kat mana. boleh? terus call. " awak..awak kat mane?kita tak tau la rumah awak kat mana..". "korang kat mana nie?buat apa datang rumah aku?". eh diva sangat kau kan nak cakap macam tu. "nak bagi kad kawen aku la.." . "oh korang kat mane?" . "kitorang kat persiaran balau.." ." ha persiaran balau?mana tu?".

memang membulat mata i kat akak sebelah nie. pastu i tanya, "awak kat mana?meh la i amik..". beliau kata dalam train kat stesen rapid. "ha tunggu situ kitorang datang." pusing la merantau amik dia. lama jugak dia tunggu.

dah dalam kereta, i tanya dia, "K, kau tak rasa ke macam kitorang prank call kau, sebab 10tahun tak jumpa, tiba-tiba offer nak amik kat train. malam-malam plak tu". dia cakap ada jugak, ke entah hantu mana call dia buat macam tu. eh suweet sangat hantu nak call kau kan.

sekali nak hantar dia balik tu, si fashion designer ni pun cakap, "korang nak hantar kad kat mana lagi?jom aku teman!". ha korang dah boleh bayangkan tak kawan-kawan? ada dua orang makhluk, yang dah 10 tahun tak jumpa, tiba-tiba dua-dua offer nak teman hantar kad, ke rumah kawan-kawan yang dah 10 tahun tak jumpa. boleh tak bayangkan serabut macam mana i? dengan nak borak, dengan nak cari jalan. dengan, "eh eh sini!!" selepas 200 meter ke kedepan. #pitam

memang kereta ke kiri ke kanan yer. kena hon sekali. u-turn kawasan salah 2 kali. redah jalan yang ada 4 lane 2 kali. eh suweettt sangat kawan-kawan i kan. mintak kaki yer.


*****

sebenarnya cerita panjang lagi.

tapi sebab blogspot tak boleh save dia dah terpotong half cerita. memang marah sangat la ni, tapi malas nak sambung cerita.

muahahaha.

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com