Pages

Thursday, February 16, 2012

Collagen

sebagai seorang lecturer yang baik rajin, memang penatlah nak buat slides baru (read:slides baru bukan download straight dari google format pdf and terus ajar dalam kelas..prrfttt!). baper hari asyik buat slides tak habis-habis. abis dah kata biology pulak.at least sekali kelas hundreds of slides boleh melecet tekak. so sekarang tengah buat slides protein, amino acids etc. so sambil-sambil buat tu ter come across jugaklah certain terms macam lycopene, insulin, enzyme, and dah tentu sekali collagen. ha, pompuan kalau nampak collagen jer mula la nak ghairah semacam.

hahaha..

so, sebagai perempuan yang gedik sibuk menguruskan kecantikan rupa luar dan dalam, i pun amatlah berbesar hati nak share some information yang sangat berguna kepada perempuan, isteri, dan mereka yang rajin dan suka tentang kecantikan.

first, korang tau ke collagen tu ape? collagen tu adalah sejenis protein, atau lebih specifiknya fibrous protein yang kita boleh jumpa bukan saja dekat skin, malah kat tendons kita, dan gigi kita juga ada.

kalau nak official punya pun boleh:

"Collagen is a group of naturally occurring proteins.
In nature, it is found exclusively in animals, especially in the flesh and connective tissues of mammals. It is the main component of connective tissue, and is the most abundant protein in mammals, making up about 25% to 35% of the whole-body protein content
." (sources: here)

collagen ni jugak menjaga struktur kulit kita agar lebih anjal, kurang berkedut. semakin kita tua kurang remaja, bonds yang memegang collagen ni akan musnah atau berkurang, maka struktur kulit kita sebagai contoh akan berkurang juga maka munculnya kedut-kedut dan age-spots.

so, persoalannya, bagaiman nak mengurangkan kemusnahan collagen, dan menjaga collagen yang sedia ada supaya lambat musnah? (baca: bukan stop the process, atau adding collagen, itu semua kerja Tuhan. kita boleh berusaha untuk mengawal).

i found out yang semua produk yang claim ada collagen adalah tipu belaka. (perempuan adalah indenial, kan?) padahal dah terang-terang tahu juskawan10 tak boleh kuruskan badan, premiumcantikrupawan juga tidak menguruskan, sabunajaib tidak akan mencantikkan wajah dan sebagainya. tapi kita perempuan kaum yang lemah, mudah terpedaya kan kan kan? jadi apa yang boleh kurus, dan cantikkan wajah? exercise + diet, dan kawalan makanan yang seimbang.

sounds boring and semua orang tahu. tapiiiii....taknak buat jugak. kenapa?MALAS. yer saya tahu. but that was a long time ago ecewah. sekarang sibuk la nak cantik la nak ape la.tihii...sebenarnya im getting married in few months maka marilah kita berlaku adil kepada diri sendiri.

okay.
sekarang stop using semua product yang claiming ada collagen, unless collagen dia sangat-sangat micro, means sangat nano, means sangat-sangat kecik, barulah pakai. sebab collagen molekul yang besar, tak mungkin boleh diserap seperti sponge menyerap air sirap yang tumpah.

1. bagi perempuan yang merokok, sila stop merokok. i know it is heavenly heaven untuk dapat merokok, but kalau nak your skin cantik bak apple hijau yang licin, maka berhentilah. bila skin kurang oksigen, maka penghasilan cell baru akan terbantu maka muka kita akan huduh dan kusam.

2. siapa yang minum alcohol, pun sama. kurangkan pengambilan atau stop terus lagi bagus. sebab alcohol pun kesan sama seperti merokok.

3. bersenam, bersukan, berfutsal, berbola jaring dan sebagainya atleast 3 times a week. bila kita berpeluh, banyak toksik dikeluarkan dari badan. jadi kurang toksik dalam badan kan. bukan kulit je cantik, badan pun sihat montok etc.

4. makan makanan (fresh food yer, bukan processed food) yang mengandungi banyak source of nutrients yang boleh menyumbang kepada penghasilan collagen naturally dalam badan kita.

untuk nampak cantik dan muda dari usia, badan kita kena produce collagen. macam mana?ha berbalik kepada pemakanan kita. again, sounds boring. tapi kita kena berkorban untuk masa depan kita. okay? so food apa yang bagus untuk skin kita nie?

1. ikan macam salmon, sardin, ikan kod, tuna adalah source of Omega 3 fatty acids, untuk melembutkan kulit. jadi sila cari mereka dan makanlah mereka. ha, jangan la nak goreng-goreng sangat. buat steam or grill pun okay.

2. bawang putih (i love this!). makan roti bakar garlic ke, tumis sayur lebihkan bawang putih ke,ha macam-macam lah lagi. nasib baik kita kat Malaysia ni bawang putih memang salah satu bahan penting in cooking, kan? so easy la.

3.and tomato. ermm...saya kurang sikit, tapi kalau dah masak, buat sos spaghetti ke, memang lazat la buat hirup-hirup. so sapa yang suka makan tomato mentah-mentah tu bagus. tapi ada artikel yang i baca, tomato lebih anti-oxidant kalau lepas masak. either ways, both are still good kan?

so, siapa-siapa yang nak cuba kaedah tradisional iaitu makan dan masak dan tidak membeli produk ratusan ringgit untuk jaga kesihatan bolehlah cuba. it is never too late to try kan?sebab i pun baru nak mula. sebab semalam buat sos tomato or tomato stew maka semangat lebih sikit la kan.

siapa nak baca lebih, these were where i found all about collagens:
1.thesecretsofbeautifulskin
2.staci-barbo7

so balik ni, i nak:
1. exercise
2. stop ambik excessive sugar and carbonated drinks
3. nak makan/beli ikan kod punya oil, telur yang ada omega-3 tu.
4. nak sapu putih telur kat muka.hanyir pun lantaklah. *muntah*
5. nak sapu tomato lenyek kat muka

ha kan i dah cakap. perempuan ni mudah terpedaya. tapi takpe, insyAllah dengan usaha, doa, dan tawakal, semua boleh kan kan kan?

2 Kata bijak pandai:

sHe said...

i just stop taking caffeine. for the sake of beauty sbb dah nampak tanda fine wrinkles.. haihhhhhh

Fareenz said...

ha betul la dear. caffeine pun one of the reason nape ada wrinkles.

i caffeine intolerant...hahaha...mabuk2 nak muntah minum...

 
design by suckmylolly.com