Omg, tinggal less than 1 month untuk wedding kitew!! *lompat bintang doploh kali* ehehe, buang masa lompat bintang, tapi kerja kahwin bukan nak siapkan. Hishh..macam mana ni laa..nervous bagai makan kat hotel bertaraf lima bintang bersama encik kamal. Eh? Stop it stop it! Ini semua gangguan shaiton..shuhh shuhh.
So far progression macam ape ntah. MUA dah amik. Baju dah siap.baju nikah dah just baju sanding masih di tokok tambah.bilik pengantin dah.catering dah. Deco dah book. Pelamin dah. Ha door gift belum!! Kang i buh voucher tiket GSC sorang satu dalam tu pun cara jugak.
Rumah bersepah macam *sila isi tempat kosong*. Time ni la plak adik nak cat bilik. Memang tak de hari lain plak. Dia memang la rasa cat bilik masa akak dia nak kahwin memang paling osem la tu.prrffttt...
Okay, baju I semua dah masuk dalam beg, tinggal hari kawen tarik bawak keluar "percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan.." memang la kena tarik sebab ada roda takde roda kena pikul la kan.semua baju tu dah bersedia nak masuk dalam lemari ais cik abang kat putrajaya.
Tapi mak sentap sebab dia kata baju dia nanti nak letak mana. Helloooooo sayang, untuk pengetahuan awak, baju saya lagi banyak (sangat) dari baju awak. Maka baju saya belah atas, baju awak belah bawah, kanan sikit, bawah sikit. (Laci) ha jumpa tak? Hahaha..
Omel angat argue pasal almari. Kitorang memang suka la gaduh pasal benda bodoh contohnya macam pasal lambat call, tak angkat call, nak honeymoon kat mana (eh?), dan banyak lagi yang tidak boleh dinyatakan di sini sebab bodoh sangat. Hahaha..
semalam dah gelak2 sebab beliau haritu marah kite pastu dia cakap, " grow up la awak!!" Siap tanda seruan nih, konon marah sangat la tu.boleh nampak tak siapa tua kat situ? Boleh kan? Orang tua jer cakap dengan orang muda to grow up. Muahahahaha...
Banyak sangat merepek sebab nak kahwin dah. Cuak kot. Okay bai.
Ps: bos bagi kelas pagi petang, hari-hari. Semester membunuh.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Fast Forward to 2022
2 years ago
0 Kata bijak pandai:
Post a Comment