Pages

Tuesday, October 23, 2012

Raja banyak hari

Khamis ni dengar husband boleh balik. Balik ke tak kurang pasti. Sebab nanti mengharap sangat pastu kecewa sendiri. I bet everyone pernah rasa kecewa. Tapi kecewa I ni, setiap masa. Macam terlepas show ' Keeping Up with the Kardhashian' pun kecewa. Haha..tapi I bersyukur we decided not to have astro kat rumah. Nanti kerja rumah tak jalan sebab dah bayar kan rugi la tak tengok. *logic*

Yang ada unifi. Tu lagi bagus. Internet wajib ada, walaupun fb pun through hp je. Sebab kalau fb through laptop, lagi lame. So baik takyah. Lagipun channel unifi kadang-kadang dia bagi free paid-channel. So lucky la.

Sebab kalau amik astro, boleh kira la berapa kali tengok tv. Selalu pagi time breakfast tengok TV 1, itu pun kalau husband bukak. And if not, malam nak tido. Tapi selalu memang tv tgk kitorang. Weekend, sure dating or balik rumah parents. So memang tak tengok TV.

Anyway, tadi borak-borak dengan encik suami, kalau dia balik our weekend will be full with activities. Sekali husband replied , "bila nya I nak manja-manja dengan u ni sayangg..".

Hahaha..ok. Tak terfikir la plak kan. Sebenarnya dulu husband tak macam ni pun. Dulu masa zaman bercinta, selalu je I cakap dia tak sayang I la, I je sayang dia sepenuh hati la, bla bla bla. Even up until now.

Tapi sekarang kuranglah. Orang kata apa kita cakap tu doa. *gulp* so I better stop saying those stupid words. And plus, husband jadi macam tu la. Hari-hari pun dia dengan I, or at least try to be with me. Malam call, siang hari bbm, kalau tak busy.

Kadang-kadang tercetus gak peluru berpandu,kalau rindu sangat, pastu dia tak bagi attention kan..hahaha...biasa la girls. Lagi2 la I. Attention seeker. Ala, korang pun macam tu kan? Kan? Tak eh? Hikhik..I attention seeker dengan husband je.

Sebab kan, husband I ni. Entah la. Dia macam takde perasaan sikit. Wahh..selamba badak kutuk suami sendiri..haha!tapi macam tu la. Tapi bila dia tiba-tiba cakap macam tu, nak bermanja-manja tu, I jadi macam paralyzed la kejap.

Tak sangka sangat suami ada perasaan macam tu. *blushing*

Tapi I tau nak manja-manja tu macam mana.

1. I masak pagi petang bagi perut dia kenyang.
2. Urut-urut dia.
3. Basuhkan rambut dia macam biasa.
4. Layan dia macam berborak ke tengok youtube ke.
5. Kemas barang dia.

Lelaki (suami). Tu je la kehendak dia. Nak jadi Raja.

*facepalm*

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com