Pages

Tuesday, September 11, 2012

Terkejut

Semalam the whole day rasa loya. I rasa maybe sebab I makan nasi dagang banyak sgt kot. Pulut kan. Beli kat bawah ofis, tapi kakak tu bagi banyak gila, so I ate both in the morning and afternoon. -_- pastu tau la kan makanan kelantan ni manis berdengung. Nasib la I ni sweet tooth jugak, boleh la terima. Itupun I think it was very very sweet. Kalau husband I la, mau dia tolak tepi je nasi dagang tu.

I think that was the main reason why he likes nasi kerabu more than nasi dagang. Heh.

So anyway, I dah la rasa loya the whole day. Balik tu husband tanya , "nak pegi jogging tak?" I dengan buat muka kesian cakap tak larat nak pergi. So dia pun okay jer. Tapiiii...
Before he went for a jog, I dia belasah dulu. Die tolak I kat katil la, pukul dengan bantal, balut I dengan comforter, tarik kaki I, setakat pukul2 lengan badan tu perkara biasa. Bole tak masa tu I ingat dah habis dah game, I pun pegi dapur nak basuh baju, sekali dia datang terkejut kan I. Mak aihhhh serius main kasar la kan. Dah la washing machine kat luar rumah (veranda). dahla sehari sebelum tu kitorang cerita pasal pocong.. -_-

I pun ape lagi, dendam kesumat la kan.nampak die masuk toilet, biar sekejap, pastu I pun tunggu die depan pintu. Lama okay tunggu padahal gosok gigi jer pun. -_- tak tau suami sape yang puteri lilin tu.
Masa tunggu tu I dah nak tergelak2 dah ni tapi tahan jela kan. Kang kantoi plak kan kita diri depan pintu. Sekali dia bukak, " haaaaa!!!!". Hahahahahha....terkejut kau! I pun lari la selaju angin pergi living hall, pastu gelak guling2 atas sofa.hahahaha...

Adoiyaaiii...memang best la dia kena macam tu! Tu la main kasar lagi. Beliau muka memang tak puas hati. -_- pastu datang dekat kita slow2, nak pukul kite la tu. I pun jerit la kuat2. "Aaaaaaaaaaa!!!!taknak taknak!!". lantak la satu blok dengar, dengar kitorang jerit, dengar kitorang lari. yang malu dia. Dah la dua-dua berat boleh tahan kan. Tihiii..

Pastu dah puas main-main tu, dia siap2 nak g jog, I siap2 nak masak. Main-main je setengah jam. -_-
Kiss dua tiga kali depan pintu sambil remind "jangan lupe beli roti tau. Esok nak bawak bekal nutella kan..". tapi dia kan pergi jogging, teka la dia simpan duit kat mane. *pengsan*

So hari ni sebab ada roti, I buat la roti bakar buh scramble egg with mayo, sos, and pepper. Minum hot tea (his favourite!) and bekalkan die nutella. :)

Semalam I masak ayam msk kicap, kacang goreng cili padi, panaskan sambal udang semalam, lodeh, buat sambal belacan dengan potong timun, air oren. Tak bertambah la beliau makan nasi kan.
Malam konon pasang bourne the identity. Tak payah. Letak kepala je terus pengsan. Hahaha...tak romantic langsung!










0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com