Pages

Tuesday, February 28, 2012

How does it feels like when girls were cheated on?

TOTALLY LIKE THIS!!




p/s: people will never understand. people doesn't know the feelings we have. we know. we decide. whether to keep, or to let go. yang sakit kita. yang parah kita. people can only watch (and judge). but the love we hold is just too strong. until one day, we ourselves realized it is time to let go. because IT'S ABOUT TIME.


p/s: tengok iklan/movie pun boleh nangis ke cik kak?? sedih. sedih.sedih.


Friday, February 24, 2012

24th February is My Birthday

haih...title tak menahan. taula hari ni birthday sendiri, nak jugak mention lagi.

so what's the difference between this year birthday, and previous year birthday? not much, cuma tahun ni lebih bermakna. in terms of macam-macam benda. first, i kenal lebih ramai kawan. so maka ramai la yang wish. wish as in NOT IN FACEBOOK, sms and call. tak ramai, tapi lebih ramai daripada tahun-tahun yang berikutnya. anyway, kawan kat facebook adalah genuine, samaada kenal dari sekolah, universiti, dari kerja, dan kawan kepada encik tunang. that's all. oh dengan lecturer. i memang TAK ADD orang yang i tak kenal, yang tak pernah berborak. itu bukan kawan, itu kenalan. kawan adalah someone yang kita boleh mintak tolong bila kita susah, dan kita boleh tolong dia, bila dia susah. that's what friends are for.

panjang mukadimah.

hadiah? well well well. let see. tadi kat office collegue bagi bunga dengan cake. bunga ros okay. happy sangat! encik tunang kejauhan maka tak celebrate pun dengan dia. tapi beliau dah cakap hari ahad ni dia balik KL dia nak pergi pickup hadiah. excited yang hamat ni. i prefer handbag. tapi since handbag dah dibeli untuk hantaran, tak dapat. bukan itu jer. handbag, perfume, makeup, ham etc etc dah pun encik tunang belikan untuk hantaran. so i took them as my gifts. last year masa birthday encik tunang, adalah sama tarikh dengan engagement kitorang.

during our engagement tu i bagi jam kat dia. jam fossil leather. sweet gila masa beli jam tu. jam tu pergi beli dengan ayah and adik dekat sunway pyramid. actually jam tu pilihan ayah. ayah pilih untuk bakal menantu. haihh cool gila my dad. swiped his card, there. anyway masa tu fossil takde paper beg kecik tu, dia bagi paper beg besar gedabak macam beli handbeg ribu-ribu tu. tapi masa bg kat encik tunang, bagi beg kecik, memang kitorang ada a few fossil nyer paper beg yang untuk jam tu. heh. happy gila dia.

and my last year birthday encik tunang bagi perfume Jadore by Christian Dior. bau dia ekslusif. tapi i jarang pakai dengan dia sebab dia suka lagi satu perfume Miracle by Lancome. itu pun memang favourite i.

anyway malam ni ada my birthday celebration dekat Subang, ke PJ entah tak tau lagi. ni dah siap bawak baju pergi opis ni. ha ha ha. jatuh kecundang la my diet. sobs sobs. sambil tu dengar nye nak buat bachelorette party. apa jadahnya bebudak ni.hikhik...

hrmm..tak sabar tunggu encik tunang balik. cepat la sikit. kerajaan malaysia ni kejam la hantar beliau time-time besday i. kalau time-time i nak beranak kena pergi jugak, i memang ketuk rumah najib malam-malam buta tuh.tihii..

Okay. harapan dan doa:

1. semoga saya menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya.
2. oleh kerana ini adalah hari jadi terakhir sebagai seorang bujang, saya harap tahun depannya, saya dah jadi seorang isteri dan seorang ibu.
3. semoga kehidupan saya lebih sihat dan seimbang.
4. saya nak tukar kerja, untuk menambah pendapatan keluarga disamping tolong suami saya nanti menjaga keluarga.
5. saya nak jadi seorang yang baik. lebih positif dari semua segi.

Happy birthday kepada diri sendiri. I love you, myself. teeheee.... ;D

Wednesday, February 22, 2012

Birthday

Yeay, monday berjaya pergi sh'bam, and semalam berjaya pergi sh'bam and body combat. Walaupun body combat adalah sejurus selepas sh'bam, tapi dek sebab kelalaian bergossip sambil mencuci mata melihat abang2 gym yang hot,I masuk body combat lambat okay. Bodoh sangat. Lambat 5minit. Prftttt!

Dapat masuk pun sebab buddy gym I panggil (dengan kuat) " F****, class dah start!!apa dok gossip lagi!!". Cis! Beliau tak masuk sebab beliau penat, beliau demam dan kasut beliau besar.

Oh buddy gym I bukak beg gym dia,kasut boleh takde okay. Nasib ada makcik indon cleaner baik hati pinjamkan kasut.ops!bukan kasut makcik cleaner tu yer,tapi kasut gymmer mane yang tertinggal ntah. Ha ha ha. Lawak gila.

Makcik cleaner tu memang baik. Dulu I lupa bawak manga locker kan, mintak je kat dia,mesti ada spare. Ha ha ha. Dah dua kali okay I mintak. Ni kawan I mintak kasut plak. Ha ha ha. Agaknya dalam store dia tu penuh barang je. Kalau mintak kereta satu pun ada dia simpan tu ha. Ha ha ha.

Oh oh. I lost a few kgs lagi. Tak payah a few sangat la kak macam hilang 10, dua kgs je pun. Gembira bukan main lagi sebab dah nak sampai target.lagi 4kgs je target is achieved la kirenye.

Padahal makan boleh tahan. Last week je KFC, char kuey teow, JCo, hot dog and cheese, oh tak lupa satu grande double chocolate Coffee bean, eh dengan aiskrim magnum en.fiance belanja. (Cuak!)

So I rasa hipotesis yang mengatakan makan banyak adalah gemuk amat tidak benar (matikkla!). That is why I confused kawan -kawan I kurus macam lidi makan nasi satu pinggan penuh relax perut tak naik apahal? Bela jin ke ape. Ha ha ha.

Tapi I rasa a few kgs (nak jugak!) Hilang sebab the whole week I tak pergi workout. So muscle I pecah. Eh you all tak tau? You nampak orang tu kurus dari you tapi berat dari u? Sebab dia berat muscle. Dalam muscle kita tu la ada metabolism. Lagi banyak muscle lagi tinggi metabolism. Maka lagi mudah untuk lose weight.

Sekarang I worried, sebab muscle I dah takde. Nanti low metabolism.pastu boleh lead to?aiyokk..don't want to talk about it. So semalam I telah buat kaki dan tangan untuk weight training. So hopefully berat tambah balik untuk replace the muscle.

Ha pelik. Orang suka turun, dia nak naik plak. Kalau turun muscle takde, saya patut berasa cuak. Gulp!

Anyway, Esok sampai weekend en fiance outstation. This time jauh merentas benua. I'm gonna miss him like hell. Like totally. Walaupun bole je bbm ke email ke ape, but still I missed him. Haihh rindu plak kat beliau. Hopefully dia balik dari sana dia belikan la jajan untuk I. Ok syg!?

Beliau kan, suka beli jajan untuk I. Die suke treat I macam budak-budak. Belikan makanan la, jajan la. Next time kalau dia tanya nak apa, I nak suruh dia belikan sepit rambut bunga ros pulak la. At least I boleh guna. Asik makanan je. Makanan tu dah memang selalu. Tihii..

En fiance kata sorry dia takde on my birthday, tapi beliau promise balik dari outstation boleh terus pickup hadiah. Hoyeah sangat!! Kite gi OU pun boleh. Eh kat curve pun ade kn. And makan.hrmm..nak makan mane eh? Ha I tau! Kalau pergi pickup hadiah kat curve, makan meatballs ikea la..Hikhik!.

Next week I cakap I nak belanja dia makan sedap. Boleh dia tanya "nape syg nak belanja eh?ada ape2 occasion ke?". Haha..sweet gila rasa nak lempang laju-laju je. Biar la I nak belanje pun. Ingat I takde duit ke? (Kalau takde pun ermmm pandai2 la I). Tapi dia kate makan sedap tu, favourite food I, bukan dia. Ha ha ha. Biar la jugak..:P

Nak pakai baju apa ni keluar dating ni!!!??

Ps: ngantuk. Student buat lab session macam kuwe-kuwe.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, February 21, 2012

Someone from the Past

pernah tak dalam hidup kita, ada someone yang sangat sangat rapat dengan kita, like every seconds hanyalah kita dengan dia, but in a split of second, atas sebab pertelingkahan, atau selisih pendapat, orang yang rapat dengan kita tu terus hilang. and we never heard EVER about the person anymore.

been there done that. and suprisingly orang yang memang i taknak jumpa sangat tu, terpacul depan muka i. like betul-betul depan i (sebab dia datang dengan my another friend).

i was like freeze depan dia for a few seconds, and lepas tu i felt nothing. NOTHING okay. i ingat i meroyan ke, tumbuk-tumbuk dia ke, menangis ke, or paling tidak belah dengan buat muka paling saiko sekali, but apparently not.

*pat own shoulder* i cant believed i was that strong. professional sangat i ni. i boleh salam dia. and the first question yang keluar dari mulut dia, "F****, you look so different". i tak tau la dia nak perli ke or pujian (to be positive, i take it as pujian), i senyum jer. i jawab balik, "it's been so long. lama tak jumpa"

lama okay. 11 tahun tak jumpa. selama 11 tahun tu pun not even once kitorang contact. i memang purposely taknak contact dia. sebab marah kan. dia once pernah hantar surat (surat la, masa tu ade mIRC je, yang lain semua takde, HP pun takde rasanye) mintak maaf etc. but i buat tak layan jer.

so bila jumpa balik memang terkejut la. we were once rapat kan, so after 11 tahun jumpa balik macam awkward sikit la. tapi i kan professional, so i buat biasa jer. gila gigih aku ni.

i rasa, lepas ni, i will be meeting this person for everyday. so i rasa what past is past, i taknak ungkit and i buat macam biasa jer.as if nothing happen. betul orang cakap. jodoh pertemuan di tangan Allah. i memang tak sangka akan berjumpa dia balik. at least not near my wedding day.

sebab sekarang tak tau nak jemput ke tak.

hrmm...kita tengoklah macam mana the relationship goes. kan?

so far, i have no more grudge left. like seriously. right? tihii..

Friday, February 17, 2012

Starbucks Frappucino












haa..sedap kan?? frappucinos always been my favourite. saya memang suka ice blended. kalau pergi kedai mamak tu memang selalu la order ice blended durian belanda. yummy sangat. tapi tak tahan brain freeze tu. hikhik. boleh pecah otak la rasanya.

tapi frappucino i suka beli masa i sorang-sorang jalan rasa haus sekali dah jalan jauh-jauh penat nak singgah mana-mana sekali nampak starbucks sekali macam,"eh..starbucks!!come to mamah frappy!!". "dik, frappucino caramel satu, GRANDE!". ecewah, mentang-mentang masa study dulu amik French as second language berlagak gila nak sebut GRANDE. sebenarnya 'GRON' untuk lelaki, and 'GRON-DEY' untuk perempuan. or the other way round?hahahaha...pelupa yang amat walaupun dulu untuk 3 semester berturut-turut dapat A+. nampak sangat belajar untuk exam je. *facepalm*

anyway, dah dapat tu, siap balut dengan tissue starbucks free macam balut anak kucing, siap tabur koko/coklat tu atas cream tu.wahahahaha....gemok gemok. pastu jalan-jalan sensorang menapak sambil pegang starbucks, sedut-sedut like there's no tomorrow.

tapi tau tak, ape kesan lepas i minum frappy dengan GRANDE nyer? nausea and vomitting!!like seriously. pastu i akan jadi cranky and nak marah and semua benda i jadi tak suka.

caffeine dalam kopi, coke and macam-macam lagi adalah sejenis dadah atau stimulant drugs yang boleh stimulate alertness so kita sentiasa berjaga dan juga dia act as drug yang boleh reduce fatigue-ness so kita aktif je.

tapi i rasa, i ni tak boleh dah consume kopi/caffeine sebab effects dia, mak aihh...menyusahkan. selama i jadi student i tidur je lepas consume kopi so macam takde effect. effect dia hanyalah sakit kepala, mual-mual, dan muntah.

i dah buat experiment ke atas diri sendiri. bermacam-macam kopi i try, kopi kapal api, kopi janda, kopi radix, frappucino, dan lain-lain semua memberi effect yang sama. so i dah stop minum kopi. eleh...i bukan minum kopi sangat pun...hahahahaha...apehal nak stop minum kopi plak.hahahaha...

so siapa yang ada effects macam i, anggap jela biasa dan stop la from consuming any sorts of caffeine food stuff. unless u all dah kahwin and planning to have baby, go and check mana tau mengandung, maybe bukan effect caffeine. hahahaha....

Thursday, February 16, 2012

Collagen

sebagai seorang lecturer yang baik rajin, memang penatlah nak buat slides baru (read:slides baru bukan download straight dari google format pdf and terus ajar dalam kelas..prrfttt!). baper hari asyik buat slides tak habis-habis. abis dah kata biology pulak.at least sekali kelas hundreds of slides boleh melecet tekak. so sekarang tengah buat slides protein, amino acids etc. so sambil-sambil buat tu ter come across jugaklah certain terms macam lycopene, insulin, enzyme, and dah tentu sekali collagen. ha, pompuan kalau nampak collagen jer mula la nak ghairah semacam.

hahaha..

so, sebagai perempuan yang gedik sibuk menguruskan kecantikan rupa luar dan dalam, i pun amatlah berbesar hati nak share some information yang sangat berguna kepada perempuan, isteri, dan mereka yang rajin dan suka tentang kecantikan.

first, korang tau ke collagen tu ape? collagen tu adalah sejenis protein, atau lebih specifiknya fibrous protein yang kita boleh jumpa bukan saja dekat skin, malah kat tendons kita, dan gigi kita juga ada.

kalau nak official punya pun boleh:

"Collagen is a group of naturally occurring proteins.
In nature, it is found exclusively in animals, especially in the flesh and connective tissues of mammals. It is the main component of connective tissue, and is the most abundant protein in mammals, making up about 25% to 35% of the whole-body protein content
." (sources: here)

collagen ni jugak menjaga struktur kulit kita agar lebih anjal, kurang berkedut. semakin kita tua kurang remaja, bonds yang memegang collagen ni akan musnah atau berkurang, maka struktur kulit kita sebagai contoh akan berkurang juga maka munculnya kedut-kedut dan age-spots.

so, persoalannya, bagaiman nak mengurangkan kemusnahan collagen, dan menjaga collagen yang sedia ada supaya lambat musnah? (baca: bukan stop the process, atau adding collagen, itu semua kerja Tuhan. kita boleh berusaha untuk mengawal).

i found out yang semua produk yang claim ada collagen adalah tipu belaka. (perempuan adalah indenial, kan?) padahal dah terang-terang tahu juskawan10 tak boleh kuruskan badan, premiumcantikrupawan juga tidak menguruskan, sabunajaib tidak akan mencantikkan wajah dan sebagainya. tapi kita perempuan kaum yang lemah, mudah terpedaya kan kan kan? jadi apa yang boleh kurus, dan cantikkan wajah? exercise + diet, dan kawalan makanan yang seimbang.

sounds boring and semua orang tahu. tapiiiii....taknak buat jugak. kenapa?MALAS. yer saya tahu. but that was a long time ago ecewah. sekarang sibuk la nak cantik la nak ape la.tihii...sebenarnya im getting married in few months maka marilah kita berlaku adil kepada diri sendiri.

okay.
sekarang stop using semua product yang claiming ada collagen, unless collagen dia sangat-sangat micro, means sangat nano, means sangat-sangat kecik, barulah pakai. sebab collagen molekul yang besar, tak mungkin boleh diserap seperti sponge menyerap air sirap yang tumpah.

1. bagi perempuan yang merokok, sila stop merokok. i know it is heavenly heaven untuk dapat merokok, but kalau nak your skin cantik bak apple hijau yang licin, maka berhentilah. bila skin kurang oksigen, maka penghasilan cell baru akan terbantu maka muka kita akan huduh dan kusam.

2. siapa yang minum alcohol, pun sama. kurangkan pengambilan atau stop terus lagi bagus. sebab alcohol pun kesan sama seperti merokok.

3. bersenam, bersukan, berfutsal, berbola jaring dan sebagainya atleast 3 times a week. bila kita berpeluh, banyak toksik dikeluarkan dari badan. jadi kurang toksik dalam badan kan. bukan kulit je cantik, badan pun sihat montok etc.

4. makan makanan (fresh food yer, bukan processed food) yang mengandungi banyak source of nutrients yang boleh menyumbang kepada penghasilan collagen naturally dalam badan kita.

untuk nampak cantik dan muda dari usia, badan kita kena produce collagen. macam mana?ha berbalik kepada pemakanan kita. again, sounds boring. tapi kita kena berkorban untuk masa depan kita. okay? so food apa yang bagus untuk skin kita nie?

1. ikan macam salmon, sardin, ikan kod, tuna adalah source of Omega 3 fatty acids, untuk melembutkan kulit. jadi sila cari mereka dan makanlah mereka. ha, jangan la nak goreng-goreng sangat. buat steam or grill pun okay.

2. bawang putih (i love this!). makan roti bakar garlic ke, tumis sayur lebihkan bawang putih ke,ha macam-macam lah lagi. nasib baik kita kat Malaysia ni bawang putih memang salah satu bahan penting in cooking, kan? so easy la.

3.and tomato. ermm...saya kurang sikit, tapi kalau dah masak, buat sos spaghetti ke, memang lazat la buat hirup-hirup. so sapa yang suka makan tomato mentah-mentah tu bagus. tapi ada artikel yang i baca, tomato lebih anti-oxidant kalau lepas masak. either ways, both are still good kan?

so, siapa-siapa yang nak cuba kaedah tradisional iaitu makan dan masak dan tidak membeli produk ratusan ringgit untuk jaga kesihatan bolehlah cuba. it is never too late to try kan?sebab i pun baru nak mula. sebab semalam buat sos tomato or tomato stew maka semangat lebih sikit la kan.

siapa nak baca lebih, these were where i found all about collagens:
1.thesecretsofbeautifulskin
2.staci-barbo7

so balik ni, i nak:
1. exercise
2. stop ambik excessive sugar and carbonated drinks
3. nak makan/beli ikan kod punya oil, telur yang ada omega-3 tu.
4. nak sapu putih telur kat muka.hanyir pun lantaklah. *muntah*
5. nak sapu tomato lenyek kat muka

ha kan i dah cakap. perempuan ni mudah terpedaya. tapi takpe, insyAllah dengan usaha, doa, dan tawakal, semua boleh kan kan kan?

Wednesday, February 15, 2012

Janji kalau tak tunai tak berguna jugak

Kelmarin, balik dari Prince Court Medical Centre (PCMC), uncle ajak pegi dinner, padahal tadi dah cakap dengan abang yang kite ni ada class sh'bam pukul 9.30pm ni, masa tu pukul 8pm dah. Kalau gerak bontot berlemak sekarang memang sampai je,tak kisahlah jem ke tak. sekali uncle offer makan pulak.

Abang dah angkat2 kening. Apehall??dia suka la tu dapat makan free. (Sebenarnya diri sendiri yang nak pegi kan cik kakkkkk) . Abes I cakap , " sukati abang laa". Dia tarik bini dia laju terus salam orang sakit terus turun. Ha ha ha. Budus.

Sekali makan kat Ar-Rawsha la pulak.kat kg pandan tu. Adoiiyaai. Macam mane ni. Terus berlegar-legar Lamb Mandy. Yang ni memang tak boleh lari. Diet memang ke neraka dah. Amik menu, baca macam buat paper research. Bersungguh-sungguh baca ni. Memang nak sangat makan kambing aku ni. Sekali jumpa lamb grill dalam RM40 ke RM30 la macam tu. Belasah order dengan milo ice.

Yer, I tau apa bongoks nyer order milo ice kat kedai arab. Abis takkan I nak order mint tea. Pengsan tak bangun terus. Dah la dalam teko tu mint leaves dia dah serupa bayam.

Sampai2 my lamb grill memang terbaik. Memang grill without oil.kering kontang.tapi ade humus dia. Walaweh. Humus tu! Yummy sangat. Cicah2 dap dap. I duk ratah tu jer.

Curik jugak lamb mandy tapi tak makan nasi dia. Makan kambing. Ahad hari tu, masa dinner dgn en tunang pun order lamb chop. Fan no 1 kambing la I ni. Tihii.."hello kembsss (kambing) me fren u..."..

Pastu order aiskrim. Amboi cik kak. Melampau.

Amboi mukadimah panjang gila babs. So untuk mengurangkan rasa bersalah I datang la sh'bam dengan body combat semalam. Pergh nak muntah.

Sh'bam memang kelas untuk menggedik dan perasan lady gaga. I la lady GAGAH tu. Mesti akak-akak kat belakang tu macam , " wahh..lady gaga malaysia" bila nampak I. *muntah hijau2* tak. Mesti akak-akak tu menyampah sebab I paling besar pastu diri paling depan stage sekali dah tak nampak trainer. Mahap la kak. -_-

Oh by the way, semalam mamat kevin tu boleh tarik I atas stage. Tapi seriously I tak malu. Eh eh I mean takde la rasa malu2 atas tu. I belasah je. Salah ke betul ke lantaklah. I no professional. Jangan nak gelak-gelak okay.

Sebelum datang kelas berkobar-kobar nak buat perut la ape la. I just run 15min + sh'bam + body combat. Pastu masuk locker room terus mandi. -_- dasar pemalas. Bawak kereta gigil2 lutut.

Oh maybe sebab period. I singgah kedai mamak beli pad, kat rumah dah habis. Ni pun satu hal. Esok dah kahwin tugas membeli kena bagi kat orang lain. Har har har.

Balik rumah terus tidur. Bangun pukul 2am tadi makan ikan bakar cicah air asam.

WHAT KIND OF SORCERY IS THAT!!?

Bodoh sangat. *facepalm*


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, February 13, 2012

Lost and Gain Weight

Okay. Berat dah turun 5...Errrrr bukan 5kgs, kalau 5kgs I mesti dah buat doa kenduri selamat, takpun terus ajak en tunang kahwin terus tanpa menghiraukan baju kahwin yang masih berjarum dan jahit jelujur. Sobs..-_- I turun 500gm bersamaan setengah kilo, nak jugak sebut setengah kilo kan sebab nampak lagi berat padahalllll?? Sama je cik kak. Fine..500gm agaknye sama berat dengan ayaq liuq dlm mulut kau, ape nye nak hirau.

Hirau jugak sebab naik penimbang jarum tu tak tunjuk garisan kecik2 antara 4 dengan 5. Wehuu..sonot nyee! -_- (senyum dengan muka terpaksa) kadar metabolism tak tau bape.

Oh btw, untuk pertama kali nya dalam hidup, okayla officially pertama kali, tapi sebenarnya kali kedua, tapi sebab yang first time to tak printed out,maka disqualified la rekod dia. So ini dah printed out,dah tunjuk kat investor aka encik tunang yang dicintai, pelaburan beliau menghasilkan ribuan ringgit, tanaman semuanya ranum dan cantik-cantik belaka. Hihihi..

Sebenarnya nak bagitau BMI I dah normal!!wuhuu..after almost 6months worked my fucking lazy ass out, I have reduced my weight and have my BMI back to normal from obesity. Obesity mak incik, malu jemah. Obesity 1st stage.

Setelah bersenam dengan secukup rasa ditambah dengan minum air masak menggunakan hos cuci kereta, yes proudly I am back to normal.

printed out body mass bg kat encik tunang suh dia baca. I have to reduce 1.4kgs untuk excellent BMI. Patutnya kertas tu masuk frame tp entah mane dah simpannya. Nampak sangat tak menghargai.

*masuk mood sedih bergenang air mata*

Ok,orang lain takkan tau ape yang kita dah lalui, to be at our place right now. Usaha dan doa adalah amat penting selain sokongan insan-insan yang dicintai. Orang boleh cakap, ala berlagaknya nye, riaknya, tapi orang tak tau betapa susahnya untuk dapat apa yang kita dapat. Tak kisahlah dari segi harta,ilmu, rupa,pangkat dan sebagainya.

Terima kasih yang tak terhingga kepada encik tunang kerana pelaburan die membuahkan hasil. Terima kasih keluarga sebab sentiasa ada dengan saya time susah dan senang.

Dengan ini saya berjanji untuk sentiasa berusaha dalam apa jua sekalipun.

*cakap sambil konon-konon pegang award*

Hahahahha..there's so much work to do. Tinggal lagi 2 bulan lebih jer. Extreme workout I must say. Sekarang ni demam. Kalau workout tu memang berpeluh macam masuk dalam kolam. Sebab nak kebah demam kot.

Tapi hari sabtu lepas encik tunang sabo diet I.

Breakfast: lempeng with mapple syrup
Lunch:butter rice dengan ayam masak merah
Snack: tutti frutti ice cream
Dinner: nasi lemak ayam berempah mali's
Supper: char kuey teow mali's

Ahad plak,

Breakfast : lempeng with mapple syrup
Lunch : nasi with ayam masak lemak cili padi and tauhu goreng sambal kicap
Dinner : sizzling lambchop and sup sayur

Okay. 500gm terus bertambah 5kg. Memang sabo betul!!

*terus pack2 baju g gym*


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, February 9, 2012

Resolusi Permasalahan Cincin Tak Muat

masih ingat entry ini? berkenaan cincin yang dah di beli tapi tak muat lalu melorot dengan harapan beli size besar lepas kahwin badan demok-demok (apa punye falsafah la kalau lepas kahwin gemuk. kenapa tak letak mindset lepas kahwin kurus lagi sampai kena beli cincin baru...hakhakhak sian encik suami!).

sekali ada GIRL POWER (girl power terus tapi memang sangat terharu sebab tak pernah terpikir pun ade clip tu) yang sangat-sangat baik hati sudi berkongsi do's and dont's of beloved ring dalam blog beliau.

Ini resolusi untuk pengantin/bakal pengantin yang mempunyai masalah cincin besar yang taknak potong sebab takut demok-demok lepas kahwin (well, all girls have this shallow mindset..prfftt!). so please please baca lah akak kita punya resolusi. thank you Liyana (as referred to the sidebar of her blog)

Resolusi Cincin Besar

now i boleh tersenyum manja dan makan lebih sikit sebab the klip boleh on and off kan??kahkahkahkah...(nampak dek encik tunang mau dia suruh pusing Lake Garden tu doblas kali..matikk!)

kesimpulan:
1. No ring cutting
2. And now go and buy the thinggg

ps: Y U no tell me before Habibbbbb! *facepalm*

Cincin tak Muat

tensi mak. hari ni buat pertama kalinye pergi ofis tak pakai cincin. bukan tak bawak, jauh sekali lupa. sebab cincin itu dah tak muat kat jari manis kita yang tunggu lagi satu cincin di hari perkahwinan. tihii... dah tak muat okay. pakai je melorot. pakai je melorot. kalau harga cincin tu 24sen melorot pun i pejam mata jer. ini harga macam 2 bulan gaji memang harapan la nak hilang macam tu.

masa dulu beli cincin ni siap potong tau. aik takkan la sekarang ni nak potong lagi?kang esok ada anak, jari kelingking pun dah tak boleh masuk acaner??oh no.kawan i cakap balut dengan benang. balut dengan benang dah jadi ape?hahaha..tapi nanti i nak try jugak. mana tau berkesan.

ok tibe-tibe bos panggil meeting. bai!

Wednesday, February 8, 2012

Perangai

cuti. malaysia ni bagilah 100 hari cuti pun belum tentu cukup. dulu kalau cuti sabtu ahad pun (dulu as in 20tahun lalu), rasa macam terisi and banyak benda boleh buat. sekarang ni, cuti 4 hari (sabtu, ahad, thaipusam bla bla) takdenye best. bukan tak bangun pagi. lepas subuh dah bangun but still tengok jam, "eh, dah pukul 5?" whaddefish.

let's recap ape dah buat untuk cuti ni.
1. oh hari sabtu buat kerja kenduri kahwin, preparation and all. so makan satu hari.
2. hari ahad ada wedding sedara kat Kompleks Kesenian Islam Shah Alam, diikuti lagi dengan besday celebration anak buah yang ke 2 tahun yang sangat meriah, food sedap gila. *pengsan* malam tidur rumah abang.
3. isnin pagi, pergi jogging dengan encik fiance kat Taman Tasik Perdana, and breakfast at kampung baru makan lontong terbaik. *yummy* petang singgah rumah encik fiance and malam makan kat kedai mamak kat putrajaya.
4. selasa kemas rumah, kemas bilik, buang all the things yang dah taknak pakai. and petang dilanda demam, get ready for work.

ada nampak perkataan "tidur satu hari" tak? takde kan? definition cuti bagi saya ialah tidur satu hari tak bangun-bangun. kalau malam tu main game sampai 3 pagi, lepas tu tidur sampai petang esok baru bangun, itu barulah cuti!! hoyeahh..

esok kalau dah kahwin, weekend pagi-pagi lepas subuh jogging dengan suami barang 3km macam tu, pergi breakfast or breakfast kat rumah. pastu tidur sampai pukul 5pm. bangun jogging balik, takpun kalau dah penat pagi tu jogging, petang kemas-kemas rumah. pastu makan sedap, or masak sedap2 macam masak lemak siput sedut dengan paku-pakis tumis, pastu malam cuddle-cuddle tengok movie pirated.

pastu dah kul 12am macam tu tidur, and tau esok ade hari ahad!!!!!

*menangis terharu*

life can never be this awesome!

Thursday, February 2, 2012

Kasih

im doing my slides for next class. tangan sakit, otak pun sakit. kesian students tadi dengar i explain sambil lukis-lukis sikit the cell structure ape semua. hopefully diorang faham. kalau tak faham pun, i will explain in the next class.

hari ni, encik tunang cuti. one of the reason is dia nak buat appointment untuk HIV test as one of the requirement untuk kahwin. and kitorang kena tunggu sebulan which is the test will be in march 2012! lama gila. nasib baik itu chenta-hati dah pergi survey dulu, and he willing to wait for me, nak buat test sama-sama. *terharu* so dah settle and i guess now is just to wait.

sambil buat slides ni dengar la lagu. lagu i mesti la nak mellow love songs je (encik tunang cakap sila tukar selection lagu sebelum kahwin). eh hello! nanti siapa nak melayan perasaan i yang mushy mushy?? *senyum*

anyway, lagi 4 hari adalah aniversary kitorang yang ke 8 tahun. homegott, lama dah aku kenala mamat ni. hikhik..but still there are sides of him we will never know, at least not after married. *ketap2 kuku jari* tak tau nak plan ape for celebration.

bulan ni jugak anniversary, my birthday, and bulan ni jugak duit dia banyak kena tolak untuk rumah sewa. i dont know what to buy for him, since banyak barang dah beli untuk hantaran takkan nak beli lagi. but i want to give him something special.hmm..

*senyum*

*senyum*

i miss him now. rindu plak nak kacau-kacau dia dalam kereta. dia tu penggeli okay. padahal bukan kita cucuk pun dia, it is just the gesture of poking him je pun. itu pun dah nak melompat. kalau i buat camtu time dia driving, macam nak marah sangat lah dia kat i, and then i buat2 kelakar jela..kang marah plak die lagi..hahahaha...

i promise to love him for as long as i breath...for as long as Allah allows me...i promise....



 
design by suckmylolly.com