Pages

Thursday, January 20, 2011

PTPTN

there's a thing about a person called, peminjam. seperti yang kita sudah sedia maklum, orang yang bernama peminjam, dia akan susah untuk menukarkan statusnya kepada pembayar. untuk skop yang lebih kecil, kawan-kawan kita yang pinjam duit kat kita atau orang lain. jumlah yang kecil, dari rm5, rm10, and kalau yang lucky enough, dapat la pinjam barang rm100 or rm200. tapi kalau kita tengok historynya, amatlah susah sekali untuk bayar. bayar lump sum memang tak termaktub dalam kamus hidup, lagi haru kalau dia bayar rm1 setiap bulan. kita sebagai orang yang meminjamkan malu jugakla nak mintak balik (which i think for chinese is not a problem) tapi padahal itu adalah tanggungjawab si peminjam untuk bayar balik.

for a larger problem here, macam biasa orang yang meminjam duit dari satu intitusi yang terkenal kita panggil PTPTN. okay bagi orang yang tak tahu, setiap pinjaman MESTI ada interest untuk dibayar balik. so kalau korang nak elakkan dari kena interest, pinjam dekat mak bapak, sedara-mara atau kawan-kawan. tapi kena tahan bebelan dan sindir-menyindir macam biasa takkan tak tau plak kan.

PTPTN bagi pinjam duit kat korang untuk tanggung korang masa belajar, untuk sesi belajar. bukan untuk korang beli jeans Levis baru, dan bukan untuk bermegah dengan handphone baru tatkala PTPTN masuk dalam akaun korang. jadi jangan membebel2 dan menghina dan mengutuk cakap beban la, interest tinggi la ape la, pastu taknak bayar, pastu nak buat demonstrasi la, buat petisyen la ape la.tidakkah korang ni orang bijak pandai??tidakkah korang tau setiap benda yang korang pinjam ada INTEREST? you are not that stupid, do you?

ni baru PTPTN. belum buat loan bank. korang ingat bank tu bukan loan shark ke??korang belum kena lagi. lagi dia boleh seal rumah and everything and campak korang keluar dari rumah tau. so kalau PTPTN korang belum settle, jangan bijak pandai sangat nak buat personal loan la, nak pakai credit card la. senang cerita, kalau tak mampu jangan berlagak mampu.

untuk adik-adik yang baru nak masuk institusi pengajian tinggi tu, kalau mampu nak bayar sendiri, kalau parents mampu, disarankan bayar sendiri. memang betul, kita akan jeles bila kawan-kawan kita dapat PTPTN, diorang makan besar, pergi cuti sana sini. tapi ketahuilah at the end of the day, mereka akan susah untuk bayar balik. as far as i know, ada orang dah anak 3 pun masih tak dapat nak bayar hutang PTPTN lagi.

sebab in the future kita tak tahu kita dapat kerja yang bagus ataupun tidak. adakah kita mampu untuk membayar balik pinjaman kita. as for me, im not married yet but i have my own commitment macam bayar balik kereta and bagi duit jajan kat parents. itupun i dah rasa berat although ramai cakap for a start, it is a good salary. ini belum kahwin, ada anak, ada rumah. so cuba bayangkan kalau ada hutang PTPTN lagi??

bukan i nak rugikan PTPTN, bukan. PTPTN bagi interest yang paling rendah, tak macam banks. mostly bank kalau loan, interest je 2.00% and above.so bagus untuk tolong orang yang nak belajar. tapi kalau dah pinjam kenalah bayar balik. jangan bila time nak bayar, bebel-bebel macam orang gila mahal la ape la. annoying okay? annoying lagi bila tau masa kau dapat duit PTPTN dulu kau berjoli sakan. kan??

kesimpulannya, setiap orang yang meminjam, haruslah membayar setiap amount yang dia pinjam including interest/bunganya sekali. korang haruslah pastikan sama ada PTPTN (pinjaman) itu perlu atau tidak untuk study. kalau korang MEMANG guna PTPTN untuk study, memang i doakan kejayaan yang tidak terhingga kepada korang, semoga dapat gaji yang bagus untuk bayar balik. tapi seriously, sape guna duit PTPTN untuk berjoli dan beli blackberry, sila masukkan kepala anda dalam bakul sampah sekarang.

1 Kata bijak pandai:

Maisarah Fadzil said...

well said. thinking bout this ptptn, scares the hell outta me..tunggu masa la grad, utk byr bnda ni

 
design by suckmylolly.com