Pages

Tuesday, July 31, 2012

Kad Nikah Selangor

Alhamdulilah, dah dapat my own kad nikah!! semalam husband cakap, "nanti u sampai rumah, u tengok atas meja k, ada something for u..." pastu senyum-senyum. i takde la tunjuk excited sangat, kang dia kata i ni perak plak, kita kena act cool je, tapi dalam hati, semangat gila nak tau. sekali sampai je rumah, i nampak ada buku bank, (eh?nak bagi duit kat i ke?) pastu dengan kad nikah! i dah senyum-senyum sampai telinga dah.

husband cakap sorry, sebab tak bagitau nak amik awal-awal sebab plan asal is both of us pergi amik sama-sama, so kalau dia cakap dengan i nak pergi amik, mesti i marah sebab tak tunggu i. so dia pergi jela sendiri. sweet gila..... aaaaa ni sayang lebih nie... *hugs*

ok lets get back to the prosedur. prosedur kitorang mula paling awal lagi. LEPAS NIKAH punya cerita.

1. lepas nikah, the only document we had was SURAT KEBENARAN BERKAHWIN. itu je yang ada kat husband. i tak pernah keep my own SURAT KEBENARAN BERKAHWIN, sebab dah kahwin la weh malas dah nak fikir-fikir nak pegang apa semua.hehehehe..... husband memang sangat detail especially document and all so good for me..so korang kena KEEP surat kebenaran berkahwin ni yer. korang dapat right after "aku terima nikah...".

2. so, lagi cepat lagi baik kalau nak buat kad nikah nie *semangat*. so next move is to go to PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID). yang kitorang pergi kat PEJABAT AGAMA DAERAH GOMBAK, di Taman Keramat, Kuala Lumpur. sangat la dekat dengan my house, tapi jalan kaki memang tak dapat la. bahahaha...
pergi sini, sila beratur.korang tak payah nak susah-susah cari ofis dia kat mane, dia tingkat bawah sekali, lepas dari post-guard tu, belah kanan. ada vendor machine kot tepi tu. ni alamat full dia.

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH GOMBAK
JALAN AU2A / 17, TAMAN SRI KERAMAT,
54200 KUALA LUMPUR.
NO. TEL : 03 - 42526080 / 4426
FAX : 03 – 42528418


ni amek direct dari web. masa kitorang pergi tu dah terlambat. so kitorang lunch dulu, by 2.00pm kitorang dah beratur balik depan ofis mereka. jumpa dengan Puan Pegawai dekat situ., dah la baik gila, polite sangat-sangat. memang sesuai la dia kerja situ. sejuk hati. berdosa plak skeptikal dengan pekerja-pekerja kerajaan ni.hehehe....cakap dahla lembut sangat. suami tanya, "puan, saya nak amik sijil nikah...". Puan tu tanye, berapa haribulan nikah, pastu dia suruh cek information dalam sijil tu, okay ke tak, ada perubahan ke tak, pastu dia suruh turunkan tandatangan, pastu done! pastu silalah fotostat depan belakang sebab nak get ready untuk Kad Nikah punye application plak.

3. Bahan-bahan yang mesti ada untuk permohonan kad nikah (selangor) : satu gambar suami, satu gambar isteri ( bertudung), satu salinan sijil nikah, duit rm40.

4. so bawak semua barang-barang ni, pergilah JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) di Shah Alam. landmark nak pergi JAIS ni adalah bangunan tinggi-tinggi sebelah Masjid Shah Alam yang kubah biru tu.

Bahagian Perundangan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Ground Floor, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid Bukit SUK
Shah Alam.

masa kitorang pergi ni, kitorang guna ref. alamat lama. tanya dulu kat receptionist tu, dia kata dah bukan kat tingkat 4 menara selatan tu, ni kat sebelah ni jer. rasa masa ni kat menara utara, and permohonan tu kat ground floor jer. betul-betul sebelah receptionist tu. dah la baik juga, muka pun santek. tihii... pastu jumpa ada pegawai bertugas depan pintu masuk tu, dia suruh kita isi form dulu untuk permohonan kad nikah.

lepas dah isi, jumpa dia balik, dia nak cek dokumen plak. lepas tu, dia bagi nombor, dokumen (salinan sijil nikah, gambar suami isteri) kita tadi, dan form yang kita isi tadi, dan duit rm40. kita pun tunggu. yer kami tunggu selama seminit jer..-__- punya la pantas dan efisyen nya. mungkin juga tak ramai orang, tapi ramai jer jugak masa tu. masa ni suami jer pergi. i biasa la, tengok deko-deko bersama eric kat dalam ofis tu.

leather seat okay. aircond fullblast. bersih dan wangi. and muka tak menyombong. ini memang saya suka sangat..=)

5. lepas tu dalam masa 7 hari bekerja dah siap dah. kitorang nikah 4.05.2012, kitorang apply 16.07.2012, tarikh kad nikah dikeluarkan 20.07.2012, and kitorang dapat kad nikah 30.07.2012. sila tengok cepat tak cepat nya siap. benda baik kan, lebih bagus dipercepatkan.

ewahhh....banyak bunyik plak. i ni, kalau husband tak paksa buat, i cakap tunggu anak ke 10 la baru buat. tihii...dah beliau heret sama masa nak apply, terpaksa la jua. anyway, buat awal-awal ni happy sangat. pastu menggedik-gedik sesama sendiri. pastu tadi i datang opis, buat kecoh tunjuk kad nikah... -__- yer, saya seorang pensyarah. bahahahaha....

so harap boleh la jugak membantu korang yang nak apply kad nikah tu k. korang baca la 10 kali pun cara permohonan kad nikah ke, kebenaran berkahwin ke, sure takkan faham until kita sendiri yang buat. sebab i pun macam tu. tapi alhamdulilah sangat, semua urusan dipermudahkan Allah. benda baik kan. so doa la banyak-banyak.

sekarang dah boleh check in hotel dengan bangganya. bahahahaha......

ps: oh lupe nak share story. masa kitorang beratur dekat PAID nak amik sijil nikah, abang yang beratur depan kitorang dia cakap kat pegawai tu, " Puan, saya nak amik kad cerai (ke sijil cerai)..".  i dengan husband dah pandang each other. sekarang cerai pun ada kad eh? pastu terus doa laju-laju dalam hati supaya jodoh i dan suami kekal sampai ke syurga, sebab saya sayang dia sangat-sangat rasa nak tumbuk je hari-hari sebab geram dah lepas tu degil plak tu suami saya tu. kadang-kadang saya rasa macam nak buat-buat pengsan supaya dia tak kacau saya lagi. tapi sekarang saya rindu dia tahap melampau. -__- . yer apa aku merepek ni.









0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com