sorry sebab buat entry kedua for today. just got a bad news from my very good friend. a very bad one. and i can't keep my mind straight about this. rasa terganggu sangat, and thus i can't do my work, properly. nak taknak kena luahkan. thanks blog for being here for me. ermm....walaupun benda tu takde kena mengena dengan hidup i, of course i tersentak jugak. because she's my friend. sikit atau banyak, kita tetap rasa jugak. pedih.
katanya, dia tengah file-kan penceraian terhadap suami dia. you know, cerai. keputusan untuk berpisah selamanya. but, sebelum cerai, mestilah kahwin dulu, kan? jadi sebelum kahwin tu, mesti bercinta dulu, kan? masa time bercinta tu, bukan ke 'i love you..' dan 'saya janji untuk sehidup semati dengan awak' mesti tak banyak kali, sekali pun mesti pernah terucap oleh pasangan ini, kan? jadi, isu cerai ni, means semua yang pernah terucap dulu, means nothing to them? sikit pun tak terkesan?
like, seriously?
selain kadar ketidaksefahaman antara mereka itu sangatlah tinggi, sang suami jugak dah mula naik tangan. which i paling takut. bro, naik tangan bro. suami yang patut melindungi, bukan yang mengasari. truly said masa i've got the message from her, luluh jantung i, dan airmata mula mengalir deras. rasa macam diri sendiri yang kena. mungki emosi orang nandong ni lebih, perasaan mengasihani dan menyayangi berlebihan dirembeskan.
tak dapat dibayangkan. my friend, is a very small version of a girl. kalau i yang 178cm ni, my friend was about half of my height. cuba bayangkan, sakit ke tidak bila dia kena pukul? sakit ke tidak? allah....kenapa la sampai macam ni.
punca penceraian dan kenapa sang suami naik tangan, i tau kenapa. tapi bukan isu ini yang i cuba sampaikan. otak bodoh i masih tidak boleh digest kenapa sang suami sanggup memukul si isteri yang dah kau janji untuk sehidup semati, dan untuk diri i sendiri, bagaimana sepatutnya i bersyukur dan terus bersyukur sampai bila-bila kerana dikurniakan lelaki yang memahami dan menyayangi i, walaupun betapa buruknya perangai i.
jadi, bila benda macam ni jadi kat i, i sakit kepala fikir nak advise macam mana kawan i ni. i taknak bagi advise macam i ni bahagia sangat dengan suami dan suami i lah lelaki paling sempurna dalam dunia ni dan suami dia lah yang paling hina, dan i juga taknak advise dia, macam diorang tu tak suit for each other dan jalan penceraian paling baik. seriously, i was scared.
jawapan i (yang i rasa paling rasional untuk difikirkan masa tu),
"u fikir apa yang terbaik untuk u. u dah lama sangat dengan dia, takkan nak buang macam tu je?dah banyak yang korang went through. mungkin korang dua ada salah, cuba carik mana punca dia. orang kata, the first five years is the crucial time, jadi sabar semana yang boleh. dan sebagai isteri memang itu tugas kita, sabar. banyak pahala isteri yang sabar ni. mungkin masa tu u provoke dia ke, so dia naik tangan. truly said, i memang tak boleh dengan orang yang memukul ni. kalau dia pukul u takpe, tapi kalau dia start pukul anak-anak, bahaya sangat. doa yang terbaik okay?"
i kalau boleh taknak diorang bercerai, tapi ....tapi.....siapa tahan tengok kawan sendiri kena pukul. habis kulit putih mulus dia merah-merah berbirat berbekas siapa yang sanggup tengok? kan?
***
Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. itu je yang i boleh cakap sebab dikurniakan suami yang sangat-sangat menyayangi i, lebih dari apa yang i dapat masa bercinta dulu. masa bercinta i get so frustrated easily sebab i expected more from him, tapi tak dapat. tapi i bahagia sangat dengan apa yang i ada sekarang. encik husband pernah cakap, "i sayang u b, lebih dari dulu i rasa. maybe sebab kita dah kahwin, and parents kita doakan kebahagiaan kita. so the love that we feel right now is love yang berkat..". senyum-senyum je masa i dengar dia cakap macam tu.:)
walaupun i tau, Allah boleh amek bila-bila masa kebahagian ni dari i, and truly said i sangat takut when comes to think about it. macam mana i nak hidup tanpa dia sebab all this while pun i dengan dia. cerita yang i tulis kat sini pun berkaitan dengan dia. sebab tu, i selalu doa agar Allah kurniakan kebahagian buat kami until syurga. ;)
buat isteri,
mungkin ada masa-masanya nanti, Allah akan turunkan dugaan, sebab dia nak uji tahap mana kesabaran dan keredhaan kita pada Dia. dan Allah juga tahu ujian yang Dia turunkan untuk kita adalah setimpal dengan kuasa ketahanan kita, jadi kita jangan mudah mengalah, sebab ketahuilah akan ada kebahagian di setiap hujung jalan.
buat isteri,
usahalah untuk jadi isteri yang terbaik. usaha sedaya dan semampu yang boleh, usaha, tenaga, wang ringgit, dan berdoa untuk jadi isteri yang terbaik. supaya tiada wanita lain yang boleh menandingi 'keterbaikan' kita itu. dan supaya suami nampak betapa kasih dan tulusnya kita dalam menjadi isteri yang solehah.
sounds easy, tapi kita perlu, wajib untuk jadi terbaik. cuba sedaya upaya. okay?
***
i teringat conversation i dengan encik husband, masa tu dalam kereta, and he was driving the car dengan muka serius,
Me: "b, u akan pukul i tak nanti. errmm...manelah tau u tiba-tiba marah dengan i ke..."
Him: " tak."
pendek je jawapan dia. i tak puas hati.
Me: "yeke tak? kalau u pukul jugak macam mana b?"
Him: *senyum sambil toleh kat i yang tengah duduk kat sebelah dia * "tak akan sayang...:)"
Me: *senyum* "baguslah. sebab kalau u pukul i walau sekali pun, i tumbok u berjuta-juta kali lagi sampai u cedera parah.."
muka encik husband kembali serius. 1-0.
Fast Forward to 2022
2 years ago
0 Kata bijak pandai:
Post a Comment