Pages

Wednesday, November 28, 2012

Pantang Larang Ibu Mengandung

pagi-pagi lagi ofismate i dah gegar cubicle i nak bagitau pantang larang ibu mengandung ni. haihhh...-__- nak tergelak pun ada sebab i memang berserah 100% kepada Allah, tapi cuma i fikir kalau kita buat baik pada semua orang, semua makhluk Allah termasuk tumbuhan dan binatang, insyaAllah takkan ada pape. so anyway, ada di antara pantang larang kita boleh ikut, untuk kebaikan kita, tapi kena sentiasa tanamkan dalam diri kita, semuanya berbalik semua kepada Allah. okay?

1. since tadi diorang cakap malam ni akan ada gerhana bulan, ibu mengandung tidak disarankan untuk keluar rumah starting from gerhana bulan sampai la dia habis.
- takut anak akan jadi hitam.

2. jangan duduk depan pintu rumah
- nanti baby duduk kat pintu rahim jer taknak keluar-keluar.

3. jangan makan benda-benda tajam macam nenas dan tapai.
- takut nanti berlaku keguguran.
(dah consult doctor, doctor kata kalau makan selori nenas je boleh mengubah pH dalam darah kita, then only will affect the baby's condition)

4. jangan lilit tuala kat leher especially nak pergi/balik mandi.
- takut baby terjerut dengan tali pusat sendiri.

5. jangan minum air soya
- takut kulit baby nanti jadi sensitif
( soya promotes estrogen, which is the hormon dalam badan perempuan. so kalau terlebih hormon dia boleh affect baby especially kalau baby boy. and soya kita tau melembutkan kulit, so takut janin kita yang masih berupa ketulan daging akan jadi lembut, so dia akan weak untuk attach kat dinding rahim kita.)

6. jangan makan guna sudu, pinggan or mangkuk kecil
- takut bukan vagina tak besar

7. jangan menjahit, memahat, menukul, mengorek lubang
- takut baby cacat.

8. jangan minum teh (caffein)
- takut angin and baby kena demam kuning (jaundice)
( nurse pun tak galakkan ibu mengandung minum caffein, i think berkaitan dengan pH)

9. jangan makan pedas
- takut baby panas, so boleh harm baby
( yela, kita makan pedas nansti perut pedih kan?i think affect the mother more than the baby. cirit-birit + muntah = kurang air. kurang air dalam badan will affect baby of course)

10. tak elok makan sayur dan buah-buahan yang sejuk macam kobis, kangkung, timun, buah tembikai.
- ibu mengandung kena sentiasa dalam keadaan yang normal 36 celcius and a bit warm.
- i think lebih kepada discharge yang more than normal from the vagina.

11. jangan makan tebu
- susah nak bersalin.

12. jangan makan kuaci
- takut kulit jadi gatal-gatal.

13. both husband and wife tak boleh memburu, memancing, mencedarakn binatang
- takut baby sumbing (macam kena kail ikan), cacat anggota badan etc.

14. jangan mencangkung atau basuh kain secara mencangkung
- takut peranakan jatuh.

15. jangan makan or minum dengan cawan/pinggan yang sumbing
- takut baby sumbing.

16. jangan minum air kelapa (di awal kehamilan)
- sebab air kelapa melembutkan janin takut janin tak attach kat dinding rahim.

17. basuh baju jangan rendam lama-lama
- takut nanti sakit/luka bersalin lama nak baik

18. basuh anak batu lesung bersih-bersih
- takut kepala anak berkudis

19. jangan mandi malam
- takut baby perparu berair

20. suami dilarang meniup alat muzik macam seruling
- takut baby akan sentiasa menangis.

21. jangan susun tempurung kelapa
- takut baby akan botak

22. jangan bagi budak-budak melangkah perut
- takut baby tidak cukup sifat

23. jangan mengangkat batu
- takut baby lumpuh

24. jangan keluar lepas senja/maghrib/malam
- takut emosi dan rohani terganggu
(malam-malam syaiton kan keluar memburu mangsa. nanti orang dengki ke buat apa-apa kat kita mana kita tahu. duk rumah baca Al-Quran lagi bagus)

25. jangan melintas bawah ampaian
- takut anak gagap dan susah bercakap.

26. jangan tanam pokok pisang
- nanti anak lahir kepala besar.

27. jangan makan banyak pisang
- takut nanti baby rambut lebat sangat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan yang paling penting sekali!!!!!! scroll down please.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

28. jangan mencaci, mengumpat, menfitnah, iri hati, bersangka buruk, bercakap sombong, angkuh, riak dan bersifat buruk yang lain seperti tidak sabar, tidak beradab, tidak menjaga emosi etc
- dikhuatiri baby yang dikandung akan mempunyai sifat sama seperti yang diatas, dan yang dilakukan oleh ibunya sendiri.

habis dah. ini yang i jumpa from a few blogs.;)

truly said, ada yang i tak percaya, and ada yang i follow.especially yang bunuh binatang tu, makan guna pinggan/cawan sumbing, and last sekali, berkaitan sikap kita. itu memang i follow. oh then i memang tak minum soya dengan teh. sebab both are scientifically proven and both said by doctors and experts. ape lagi eh? haritu husband nak masuk hutan sebab kursus, i siap pesan kat dia jangan bunuh binatang tau sayang, nyamuk pun tak boleh. hahaha....dia gelak je. gelak la kau kan. macam funny sangat. -__-

yang penting doa kita, doa suami, dua kaum keluarga dan sahabat handai. suruh diorang doakan kita sentiasa sihat dan baby will always be in his best condition. Allah kan Penentu segala. jadi Dia tau apa yang terbaik untuk kita. mana yang kita boleh elakkan, elakkan la. untuk kebaikan kita jugak.

Amalan baik yang ibu nandong boleh buat:
1. banyakkan berzikir, selawat
2. banyakkan berdoa
3. banyakkan baca Al-Quran, ayat-ayat Al-Quran
4. jangan tinggal sembahyang
5. makan kurma, kismis, kekacang
6. minum susu
7. pils yang doctor bagi jangan lupa makan...

okay ibu nandong, take care!



1 Kata bijak pandai:

sara said...

nice info..:)

 
design by suckmylolly.com