Pages

Friday, November 30, 2012

Tabung Rindu is Getting Low

hari jumaat ni, semangat i dah semakin luntur sebab kerinduan yang melampau kepada encik husband. terpulang orang nak kata, "macam kau sorang je ada laki..". takpe kak, setiap perkahwinan lain caranya, setiap orang lain ragamnya.hahahaha....excuse la jugak sebab i baru 6 bulan kahwin. teehee....tapi dah 8 tahun ni pun rasa rindu yang sama jer, i dont see that it is going to stop. and furthermore, i pray everyday that it would not stop, because i love him so much.

*please dont puke*

***
anyway, haritu i came across a blog, that dia cerita pasal kita manusia selalu bergantung harap dekat dunia, instead of dekat Allah. kita bergantung kepada boss kita untuk bagi gaji, bergantung kepada mak ayah kita untuk bagi duit, bergantung kepada suami untuk provide cinta kasih sayang etc etc. sedangkan di dalam usaha kita tu, kita kena tahu hanya ALLAH yang SATU itu jualah yang memberi semua yang kita ada/dapat kat dunia nie. so, bila kita terlampau bergantung harap kepada benda lain selain ALLAH, bila kita tak dapat benda tu, kita akan sangat dissapointed dan mula menyalahkan takdir. which is so wrong if dari mula kita tahu semua yang kita ada/dapat datang dari ALLAH, dan ALLAH juga yang boleh menarik balik apa semua yang DIA mahu.

contohnya macam kes i, husband. tak dinafikan suami tu kita harus cinta, taat, patuh, dan sayang yang tidak berbelah bagi. tapi kita kena tahu suatu hari, be it before or after, ALLAH akan amik dia dari i, bila-bila masa. and i should be ready. the question is, AM I READY?? truly said i am not.(sedih) i rasa kalau takde dia, i boleh hrmm...you know la. tapi.....

lepas i baca entry tu, i think i have to make some space in my heart, you know in case. and remember to love yourself before everyone else. bukan bermaksud i kurang sayang dia, tapi to love myself more than him. boleh ke camtu? take it slow and one step at a time. rasa semua isteri pun ada perasaan macam tu kat husband masing-masing but we have to know this. and to put at the back of your mind, semua yang kita ada/dapat datang dari ALLAH. kebergantungan kita tu hanya pada ALLAH. okies?

***

i dont know bila encik husband balik. pagi tadi i bukak folder gambar dia je (eh?bukan selalu pun macam tu ke?haha..) tengok gambar dia satu-satu. rinduuuuuu sesangat. i tak dengar anything about him from last sunday. i hope malam ni dia dapat balik hp dia. i dah half dead dah ni rindu sangat kat dia. rasa restless and rasa rindu yang teramat sangat. rindu weh rindu.

now dah jumaat but i tak tau bila nye la dia boleh contact i. but surprisingly i takde perasaan marah sebab kerinduan i tak dilayan. maybe sebab i tau dia pergi bertugas, or i memang tau kalau i marah dia pun, he is not there to argue with me. hahaha....or maybe, i just mengada bila dia ada dengan i, sebab i tahu dia other on the other side of the line that he is definitely reading my messages. hahaha.....

i miss you husband. like totally. tapi i tak pernah lupa untuk doakan u, kesejahteraan u, kesihatan u, etc etc. orang kata, kalau rindu, kita kena banyak sedekahkan doa kat orang yang kita sayang. dia akan rasa rindu tu.  that's what i do. tapi kerinduaan i dah memuncak sangat. i just nak dengar suara u, and have a long talk with u. tak lama pun takpe, sekejap je. afterall, i am not the only one who is missing u sayang, our baby pie pun.

sobs....sobs...

please come home asap sayang. please do.

Thursday, November 29, 2012

You Marah Dengan I Ke?????

dah 4 days tak tahu khabar encik husband. i'm quite worried sebab he's not like as what he is. tapi itu lah, bila dengan kita, he can become someone that he is, dia boleh jadi diri dia sepenuhnya, tapi when in a critical situation, he HAS to be someone he is not, he is now with responsibility and task that needs to be done.

rindu tak menahan dah ni. bayangkanlah, he was with me like 24/7. like all the time. even kalau dia ada klass or meeting, or audit sekalipun, i will find him, and bother him as much as i want, and when he gets mad, that's when my mission accomplish. hahahaha....bila bergaduh, that's when he knows that i need him so bad. sebab dia tahu, kalau wife dia dah tak berapa normal, tak berapa nak jadi diri sendiri, manja melampau-lampau and ada mode-mode nak gaduh, dia tahu dia kena layan i. if not, nanti chernobyl datang. hahaha...cruel eh?

walaupun hp dia is not switch on, hari-hari pun i hantar bbm messages kat dia, hari-hari pun post msg on his facebook wall, biarlah orang kata i obses ke, i gila ke, i tak memahami ke, afterall he is my husband, and he knows me at the very best. orang tak tahu disebalik pintu rumah tangga orang, masalah and how they conduct their on relationship, and kita tak sepatutnya berprasangka bukan-bukan.

amboi cik kak, cakap bukan main, macam la awak tu tak pernah have any sort of evil thought kat orang lain??hehehe...i had!kita kan manusia. tapi since my working environment less malays, sikap untuk mengumpat dan menfitnah sangat-sangat la kurang. and dapat jauhkan i dari dosa mengumpat, yeay!

kadang-kadang ada kawan-kawan dia yang tolong comment, at least hati i macam rasa dia yang reply. hahaha...sickening sangat i ni..rindu melampau-lampau la. -__- haritu gaduh dengan encik husband, agaknya dia tak tahan sangat dengan perangai i yang tak boleh blah ni, nak perhatian. so he said these,

"awak, kita dah 8tahun in relationship wak, apa lagi yang tak cukup ni?? boleh tak awak jadi macam wife orang lain?yang normal?"

memang darah i terus boiled sampai 1000 degree celcius. itu memang statement mengundang perang terbesar ever. i senang je. orang kalau tengah marah (padahal i yang buat dia marah kan?teehee...), i jawab camni,

"okay. fine. bye."

hahaha...itu memang comeback paling terbaik yang i boleh buat. lepas tu dia mati kutu la. kira marah dia tak boleh nak dilepaskan. hahaha...i memang seronok la gaduh-gaduh macam tu. gaduh yang tak mendatangkan kebaikan.

husband replied,

"sayang...communication sayang..tell me apa yang i buat salah..."

senyap. senyap. senyap. takde i nak reply message dia.

sampailah i rasa bosan tak bercakap dengan dia. ada la lebih kurang dalam 18jam tak reply message dia. so i replied lebih kurang macam ni,

"hai daddy...buat apa tu?? :)" siap senyum, siap flower, siap hugs semua. macam takde pape.

hahahaha...sakit otak dah isteri dia ni. tapi dia tahu, sejak 8 tahun i bercinta dengan dia, sikit pun tak pernah kurang cinta and sayang i kat dia. sikit pun tak pernah berubah amount of attention yang i bagi kat dia. sikit pun tak pernah i berpaling tadah dengan dia (if flirting dengan artis is not counted laa..haha). sikit pun i tak pernah rasa bosan dengan dia. he knew me very very well. i talk a lot, and i talk a lot to him and at everything.

sebab tu, kadang-kadang kalau i penat after all the hard work and extra work kat rumah, and i act a bit quiet, sikit je pendiam tu, macam kalau i lalu dekat hallway tu, i tak stop and hug him and kiss him, and punch him on the perut, atau pun kalau dia kat meja makan, bila i lalu dari dapur nak ke our room, i tak stop by and type assorted letter on his laptop, or terbalikkan kertas-kertas kerja dia and he will get so mad at me so i run away, or goda-goda him at the table, he will (eventually) shout at me,

"YAYANG!!!!!U MARAH DENGAN I KE!!!???"

-________-

sometimes a talkative person need her own sweet time bebeh. her own quiet time.


Wednesday, November 28, 2012

Pantang Larang Ibu Mengandung

pagi-pagi lagi ofismate i dah gegar cubicle i nak bagitau pantang larang ibu mengandung ni. haihhh...-__- nak tergelak pun ada sebab i memang berserah 100% kepada Allah, tapi cuma i fikir kalau kita buat baik pada semua orang, semua makhluk Allah termasuk tumbuhan dan binatang, insyaAllah takkan ada pape. so anyway, ada di antara pantang larang kita boleh ikut, untuk kebaikan kita, tapi kena sentiasa tanamkan dalam diri kita, semuanya berbalik semua kepada Allah. okay?

1. since tadi diorang cakap malam ni akan ada gerhana bulan, ibu mengandung tidak disarankan untuk keluar rumah starting from gerhana bulan sampai la dia habis.
- takut anak akan jadi hitam.

2. jangan duduk depan pintu rumah
- nanti baby duduk kat pintu rahim jer taknak keluar-keluar.

3. jangan makan benda-benda tajam macam nenas dan tapai.
- takut nanti berlaku keguguran.
(dah consult doctor, doctor kata kalau makan selori nenas je boleh mengubah pH dalam darah kita, then only will affect the baby's condition)

4. jangan lilit tuala kat leher especially nak pergi/balik mandi.
- takut baby terjerut dengan tali pusat sendiri.

5. jangan minum air soya
- takut kulit baby nanti jadi sensitif
( soya promotes estrogen, which is the hormon dalam badan perempuan. so kalau terlebih hormon dia boleh affect baby especially kalau baby boy. and soya kita tau melembutkan kulit, so takut janin kita yang masih berupa ketulan daging akan jadi lembut, so dia akan weak untuk attach kat dinding rahim kita.)

6. jangan makan guna sudu, pinggan or mangkuk kecil
- takut bukan vagina tak besar

7. jangan menjahit, memahat, menukul, mengorek lubang
- takut baby cacat.

8. jangan minum teh (caffein)
- takut angin and baby kena demam kuning (jaundice)
( nurse pun tak galakkan ibu mengandung minum caffein, i think berkaitan dengan pH)

9. jangan makan pedas
- takut baby panas, so boleh harm baby
( yela, kita makan pedas nansti perut pedih kan?i think affect the mother more than the baby. cirit-birit + muntah = kurang air. kurang air dalam badan will affect baby of course)

10. tak elok makan sayur dan buah-buahan yang sejuk macam kobis, kangkung, timun, buah tembikai.
- ibu mengandung kena sentiasa dalam keadaan yang normal 36 celcius and a bit warm.
- i think lebih kepada discharge yang more than normal from the vagina.

11. jangan makan tebu
- susah nak bersalin.

12. jangan makan kuaci
- takut kulit jadi gatal-gatal.

13. both husband and wife tak boleh memburu, memancing, mencedarakn binatang
- takut baby sumbing (macam kena kail ikan), cacat anggota badan etc.

14. jangan mencangkung atau basuh kain secara mencangkung
- takut peranakan jatuh.

15. jangan makan or minum dengan cawan/pinggan yang sumbing
- takut baby sumbing.

16. jangan minum air kelapa (di awal kehamilan)
- sebab air kelapa melembutkan janin takut janin tak attach kat dinding rahim.

17. basuh baju jangan rendam lama-lama
- takut nanti sakit/luka bersalin lama nak baik

18. basuh anak batu lesung bersih-bersih
- takut kepala anak berkudis

19. jangan mandi malam
- takut baby perparu berair

20. suami dilarang meniup alat muzik macam seruling
- takut baby akan sentiasa menangis.

21. jangan susun tempurung kelapa
- takut baby akan botak

22. jangan bagi budak-budak melangkah perut
- takut baby tidak cukup sifat

23. jangan mengangkat batu
- takut baby lumpuh

24. jangan keluar lepas senja/maghrib/malam
- takut emosi dan rohani terganggu
(malam-malam syaiton kan keluar memburu mangsa. nanti orang dengki ke buat apa-apa kat kita mana kita tahu. duk rumah baca Al-Quran lagi bagus)

25. jangan melintas bawah ampaian
- takut anak gagap dan susah bercakap.

26. jangan tanam pokok pisang
- nanti anak lahir kepala besar.

27. jangan makan banyak pisang
- takut nanti baby rambut lebat sangat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan yang paling penting sekali!!!!!! scroll down please.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

28. jangan mencaci, mengumpat, menfitnah, iri hati, bersangka buruk, bercakap sombong, angkuh, riak dan bersifat buruk yang lain seperti tidak sabar, tidak beradab, tidak menjaga emosi etc
- dikhuatiri baby yang dikandung akan mempunyai sifat sama seperti yang diatas, dan yang dilakukan oleh ibunya sendiri.

habis dah. ini yang i jumpa from a few blogs.;)

truly said, ada yang i tak percaya, and ada yang i follow.especially yang bunuh binatang tu, makan guna pinggan/cawan sumbing, and last sekali, berkaitan sikap kita. itu memang i follow. oh then i memang tak minum soya dengan teh. sebab both are scientifically proven and both said by doctors and experts. ape lagi eh? haritu husband nak masuk hutan sebab kursus, i siap pesan kat dia jangan bunuh binatang tau sayang, nyamuk pun tak boleh. hahaha....dia gelak je. gelak la kau kan. macam funny sangat. -__-

yang penting doa kita, doa suami, dua kaum keluarga dan sahabat handai. suruh diorang doakan kita sentiasa sihat dan baby will always be in his best condition. Allah kan Penentu segala. jadi Dia tau apa yang terbaik untuk kita. mana yang kita boleh elakkan, elakkan la. untuk kebaikan kita jugak.

Amalan baik yang ibu nandong boleh buat:
1. banyakkan berzikir, selawat
2. banyakkan berdoa
3. banyakkan baca Al-Quran, ayat-ayat Al-Quran
4. jangan tinggal sembahyang
5. makan kurma, kismis, kekacang
6. minum susu
7. pils yang doctor bagi jangan lupa makan...

okay ibu nandong, take care!



Tuesday, November 27, 2012

Baby Bump dan Cerita Ayam

semalam tengoklah gambar perut ibu-ibu nandong yang dah nak masuk 13weeks. erm..takdelah besar mana, tapi boleh nampak la baby-bump tu. hikhik..cute pun ada, scary pun ada. i kan macam terlebih excited nak perot besar, tapi tak besar-besar plak. -__- lambat plak baby pie nak besar ye sayang??ke nak tunggu mommy makan 10kg kambing bakar baru nak besar ni sayang??hahahaha...

but one thing for sure, experts cakap, kalau ibu dia jenis tinggi, and rangka besar, baby-bump would appear smaller compared dengan ibu-ibu nandong of the same weeks. -__- saya lah tu. torso saya a bit longer, so baby-bump tu MUNGKIN berupa lelemak perot instead of baby-bump. cruellll....ehehehe!! semalam semangat download meal plan from the web.

nah...ini link yang i download semalam ;):
diet plan for ibu nandong

pastu dah tampal siap-siap kat fridge. siap cakap kat mama,
"ma..kalau ma takde idea nak masak apa untuk kita, ma tengok je la plan ni..tapi kalau ma malas masak jugak, nanti kita masak nasi, goreng telur dengan kicap. lagiii sedap..."

tapi semalam balik rumah, petang-petang kan dah call mama nak tanya beliau masak apa, dia kata dia sebuk cari road tax la ape, so dia suruh i masak. so okay jela nak masak. sekali balik ada kari daging without santan, oyster pak choy (favourite sangat!), dengan asam pedas ikan tongkol. balik siap-siap potong timun makan dengan ayah. mama on diet katenye. so semalam dia makan roti pratha dengan kari daging.

i dah nak habis my first trimester (alhamdulilah...yeay!!), so dah bolek masuk diet plan mode. i mean, kan masa first trimester tu is a crucial stage for the baby to develop so memang kena makan banyak gila nutrient, and dieting can lead to serious problem dengan baby, sebab kurang nutrients, vitamins and so on. so untuk second trimester, the possibility untuk unhealthy baby drops immediately bila nak masuk second trimester. so mommy bole go slow on carbo and all.

solution : SUBWAY all the way. (hello daddy!! *waive at daddy*)

***

tadi dalam train teringak je kat encik husband. dah 2hari tak msg dia, and tak dengar suara dia yang macam halilintar tu.  especially kalau dia marah. dia marah of course suara dia macam kuat sikit la, so bila i dengar suara dia dah meninggi tu, boleh la senyum-senyum puas hati sebab tujuan nak sakitkan hati dia berjaya. hahaha....syaiton sangat!! so i went through all of his pictures in my phone. senyum-senyum i tengok kerenah dia...how can i not love him so much, when he is the only one can make me mad but love him at the same time?

really really tak sabar dia time-off weekend so atleast i can hug him, and feels secure and comfortable bila dia ada kat sisi. kalau dia nak bebel-bebel dengan i pun takpe, janji dapat dekat-dekat dengan dia. ;)

haritu, i tengh potong-potong ayam jadi ketul-ketul kecik lepas beli kat tesco. pastu pisau tumpul. encik husband suruh i pakai macam kapak kecik abah bagi kat kitorang. memang puas la potong ayam. hentak-hentak sepenuh tenaga, sekali hayun je dah belah dua. pastu husband diri je kat sebelah macam kagum la i potong ayam camtu. pastu dia pergi depan amik kamera, amik gambar i.

perangai apa macam tu??hahaha....dia kata, "sayang macam ada gaya nak masuk masterchef..". pastu snap banyak-banyak kali. mengutuk la tu. dengan rambut i sanggul pantang tinggi, dengan seluar pendek bunga-bunga biru, itu layak nak masuk masterchef?? pastu siap suruh, "sayang buat la tangan tutup camera macam taknak cakap dengan papparazi tu. " boleh?? kita dah lambat ni nak masak, ni nak bersihkan lagi ayam, lagi nak main-main kan??

*tekup muka*

bertabahlah wahai hati.


Monday, November 26, 2012

Bilik Pengantin (putih)

bilik pengantin saya yang putih and simple

okay. sambung cerita bilik pengantin plak yang tertangguh sangat lama. dah 6 bulan okay. dah siap nandong dulu baru nak update cerita. dah basi sangat. what a shame. hikhik..

as the picture above, memang dari akad nikah, sampailah ke majlis resepsi memang i used a lot of white. sebab saya suka putih, melambangkan suci murni. so bilik pengantin memang perkara wajib PUTIH and FRESH FLOWERS. sebab i kan raja sehari. so i nak feeling ala-ala raja. prffttt.

Untuk bilik pengantin putih dan simple ini, ada a few tips yang nak share bila nak cari idea untuk buat bilik pengantin, of course my taste and my way. semua ada different taste, so siapa yang taste dia macam kita jugak, jom dunk into the tips! (i don't do a lot of research on this matters. mesti tau apa yang kita nak and tetap hati dan fikir bajet untuk kita spend..)

1. Cadar Putih
i nak hanya cadar putih, not cream, not beige. putih. off white. mesti dari fabric cotton. yang ni rasa mama belikan. i mean even before kitorang plan nak bertunang pun. entah mana dia jumpa, dia beli, dia simpan buat pekasam. so bila i nak cari dah memang ada. kalau u beli Jean Perry memang la nak dekat RM1000++, tapi cubalah cari cotton yang thread dia kurang sikit, so harga pun kurang.



2. Kelambu
semua gelakkan i masa i cakap nak bilik pengantin ada kelambu. ada yang kata macam kampung la, style orang lama etc etc. only me and mama je yang tau apa i nak. bila dah siap bilik ni, diorang pun senyap. kelambu i memang nak as in my picture above. mesti depan belakang, kiri kanan. rasa manja macam baby. hahaha....

3. Fresh Flower
memang i pilih dari bunga jenis roses. red and white roses. fresh flower sebab kita memang suka fresh flower and suka bazir duit. hahaha... i ada dua fresh flower on both my side tables. gubahan yang cantik sebab penuh. and tabur-tabur on the bed lagi. mengader!



4. Carpet Putih
putih lagi kan? hikhik...yang ni mama belikan dari jenit carpet shaggy tu. alahai macam jalan atas awan je. dah la lembut. rara beli kat MINLON yang depan stesen KTM serdang tu. not sure about the price. lupa dah. tapi tak lebih RM400 kot.



5. Aromatherapy Oil Burner
yang ni mesti wajib. nak bagi mood-mood cinta. yang ni i beli teddy dream's dekat Lovely Lace, RM18 sebotol. masa tu ada promotion, beli 3botol oil, dapat dua free air freshener dari jenis gel, and bau sama. pergh terbaik! oil burner beli la kat Daiso, RM5.00

oh. bilik pengantin ni bukan DIY. hee..i am not creative enough (or cakap jelah malas..) so i hire someone to do it for me. dia tukang beli semua barang and flowers jugak and also pasang. upah dia agak mahal and actually i menyesal amik kat dia. sebab dari apa dia buat, i rasa i boleh buat sendiri. tapi itulah, kita takde time kan.. -_-

tapi the bilik turned out to be so fine, that husband pun suka dengan bilik tu. i suka sebab simple and kemas.hee....amik gambar nikah haritu memang superb!

so B2B, ingat! LESS IS BETTER. tak payah nak bunga penuh-penuh sangat, tapi kalau bilik super besar okay la. good luck!!

credited: google picture

Encik Husband Tak Boleh Tengok Wife Senang


tengok. tengok.
bukan i je yang tak reti tengok spouse sendiri bersenang lenang. oh encik husband pun sama jugak eh...-__-  i dont know where he did he learned that from. *tengok orang belakang* hahahaha....

i kalau tengah iron baju in our laundry room memang i bawak handphone kalau teringat. untuk dengar lagu ke, or kang kalau mama call ke takdelah i berlari-lari gajah kat dalam rumah tu. rumah tu kan gedabak bagi i. nak berlari-lari gajah satu hal, nak cari handphone tu kat mana pun satu hal jugak. ringtone i boleh tahan nak ke laut lagu dia. hahaha....tak reti-reti nak tukar dah. suara sayup-sayup jer.

masa ni mesti encik husband tak teman kat bilik laundry. mesti dia kat depan tengok tv ke ntah tengok apa kat youtube. selalu dia sebok-sebok heret laptop dia sambil teman i iron baju. dahla bukak lagu or video kat youtube yang kita tak suka. cos' we have our own interest and memang tak sama.

baju yang i iron baju dia dengan seluar keja dia. sebab baju lelaki ni banyak sangat lipatan nak iron, baju kurung kita sekali lalu je iron dah siap.-__-. so usually baju dia kalau i extra concern mau 15minit gak gosok sepasang. if not, 10minit jela kot.

so hari tu dia bawak 3 pasang baju, haruslah nak dekat sejam jugak iron. tu bosan la tu tunggu i tak siap-siap. dia tu kalau i kacau dia buat kerja ke, japgi i ngendeng2 kat dia ke, bising, nak marah-marah. ni bila i takde sebok kat dapur ke, iron ke, tau mencari. saya tak faham suami macam ni. -__- hikhik!!

pastu i decided to stop ironing and pergi kat depan tengok dia. ntah dah biru-biru muka sebab lapar ke ape..hahaha!! i datang, boleh dia senyum-senyum macam rasa tak bersalah je. dahlah baju dia. kang tak siap baju tu, rajin sangat ke dia tu nak gosok baju sendiri kan.

anyway, i datang la kat dia, and masuk-masuk celah ketiak dia, sambil tengok tv. suka la dia tu. macam takde perasaan menghalang kita dari berbakti. ecewah....padahal kau suka kan dapat relak kejap.hikhik. but being in our husband's arms is the best sofa ever.hahaha....sedap-sedap....

***

this whole week i can't contact him. the facilitator simpan la semua peserta punya handphone. where is our human's right??and my right as a wife. eh, is this mean, akalu wife pergi, husband tak kasi wife off handphone maka facilitator kena dengar la sebab suami berhak ke atas isteri?hahaha....

so saya kerinduan la ni.heee...mengader kan??

ps: DP bbm husband gambar food that i cooked. nampak sangat kuat makan la encik husband.-__-

Thursday, November 22, 2012

The Wedding Ring (bukan cerita nak beli kat mana)

But but,  if you asked me (hahaha!) where to buy the perfect wedding ring, of course i would say Tiffany&Co. or Cartier, tapi untuk orang yang biasa-biasa with a budget, of course Habib Jewels will be my choice. i was quite sceptical dengan wedding ring yang kedai biasa-biasa jual, but if you have the knowledge on how to buy a ring (in emas, emas putih, berlian), i would put my hands down for kedai emas kat Kelantan, orang simply said emas kelantan. why kelantan? i don't know. orang kata emas kelantan bagus and they sell them quite cheap.

afterall, it's your choice. beli emas is like investment. bukan murah yang kita beli, paling-paling pun rm2000 punya emas. kalau emas tu kate 916 tapi bila cek tipu belaka, tak ke kecewa?Habib Jewels is known for their status and reputable coverage. so kalau dia nak tipu, buat jer press conference ke blog about it ke apa.

my cincin risik (cincin belah rotan) is emas putih, boyfriend (at that time) bought at Wah Chan. my engagement ring is a solitaire (diamond and emas putih) bought at Habib. and my gold wedding ring (or we call it wedding band) we bought at Habib too. but we bought rantai and gelang (emas) in kedai Kelantan. and yes, i only wear all three of the rings and none of the rantai or gelang. hahaha...

ha tengok, kan dah tercerita pasal cincin kahwin. :P

***

"whenever i saw the ring on his finger, 
it reminds me of the vows we made, 
the responsibilities 
that we are willing to take, 
and 
the love we promised not to break "

so i sent this long message to encik husband yang sedang berkursus. semangat kan cipta ayat bunga-bunga. eh, you all tak tau ke i ni memang tak boleh tengok suami sendiri hidup senang. ada je nak mengacau dia.hahaha....i expected him to reply, "you are so sweet sayang...i love you..of course i remember that...". tau dia jawab apa?

"kenapa on my finger. not yours?" ha ha ha. kurang asam!

pastu i jawab,

"of course it should be on your fingers. sebab bila you pakai our wedding ring, i tau you tak lupa about our marriage. bila you pakai our wedding ring, i tau you sentiasa ingat you dah kahwin, dah ada wife."

Him: " ye sayang. of course la ingat. tapi kita kan manusia and we tend to forgot. sebab tu kadang-kadang terlupa nak pakai."
Me: "oh yer? kalau i TERlupa i cintakan you boleh?" *mode nak start gaduh*

Him: " eh?yang tu tak boleh la...hahaha!"
Me: "oh bila tang i je tak boleh kan....hahaha...."

Him: " habis sayang tu selalu je terlupa pakai wedding ring. siap tertinggal cincin kat ofis semua.."
Me: " eh i takpe. walaupun i tak pakai, tapi i memang cintakan u pun...hehe"

hahaha...nampak sangat conversation tak fair kat situ kan? that's what we always talk about. benda-benda nonsense je pun, i mean who cares about wearing your wedding ring or not, and who cares if your spouse terlupa nak pakai wedding ring and of course it doesn't make any sense yang kalau tak pakai wedding ring buat your spouse less in love with you. kan?

tapi kalau i, i am very particular about that. i am like that. entah. kalau tiap-tiap pagi nak pergi kerja tu, mata i memang selalu je jeling his left hand fingers. selalu cincin tu is with him, i mean in his pocket, especially kalau nak pergi dating, tengah siap-siap tu kan dia letak semua dalam pocket dia. and we put our rings dalam jewellery box dalam almari. so memang sentiasa nampak la bila nak pakai perfume and all that.

i senyum-senyum je kalau nampak dia pakai wedding ring tu. i always think like this whenever i saw the ring on his fingers, " how long will the ring last on his finger?". and it makes me sad. sebab kita tak tau. jodoh tu kan di tangan Allah. kita just boleh doa and usaha yang terbaik. lepas tu husband marah la sebab suka fikir bukan-bukan. hahaha...hello, girls are like that.err...maybe your wife is like that.hahaha.

lately ni dia sebok. classes sampai malam and usually i dah tidur dulu baru dia balik from the class. and malam-malam i dapat la message rindu la, goodnight la, love you la. and i only read it bila dah subuh. hik! so i quite missing him. a lot la. next week one whole week i tak boleh message dia. sebab dia ada aktiviti air. so hp is not allowed.

kalau next week ada entry-entry kecewa jangan risau sangat la. ibu nandong dalam mood kerinduan dan kerisauan macam tu la. haha!!

"ya Allah, protect us all, and always bless us with love and happiness. amin."






Wednesday, November 21, 2012

Soft Heart

hari ni sayu je hati. pagi-pagi encik husband dah buat drama sinetron, rasanya sebab tu la terbawak-bawak sampai sekarang ni. now pukul 4pm. relak jap sementelah kejap lagi nak smabung mark papers yang berlambak tu.

pagi tadi husband mintak my pic. kan benda tukar-tukar gambar ni jadi macam something special for us, dengan cara hantar gambar tu we know that walauppun kitorang jauh, but at least we can 'see' each other. tapi still rasa dia tak sama macam every morning bila dia hantar i pergi kerja and we bid goodbye. dah jumpa pagi pun, sampai ofis mintak gambar jugak.hahaha...kitorang kan macam belangkas.

ada this one time tu, kitorang kat rumah aunty biasalah my family bab buat makan-makan free banyak je. habis i malas la nak ngendeng-ngendeng dengan dia plus perut dah kenyang memang tak bernafsu nak kat dia, ecewahhh....hahaha. baru jauh 2 minit i nampak kepala dia sibuk-sibuk cari i. i buat dek jela. dah faham sangat. tapi kepala dia sibuk-sibuk la gerak. i tengok celah ekor mata je.

pastu lelama kesian plak dia. so i tengok je muka dia, cepat-cepat dia panggil suh duk sebelah. -_- helpp!! taknak jadi isteri derhaka, pergi la jugak kat dia. kacau-kacau dia sikit, lepas tu tidur. yela perut dia dah kenyang kan? i rasa dia tu niat memang nak tidur, tapi dia nak bau i dulu, baru boleh tidur. apakah?hahaha....pastu dia dah tidur, i pergi la tempat lain. hahaha....

oh pagi tadi, i hantar la gambar i.

Me: "dapat pic dah sayang?"
Him: "dah...tq sayang!"

Him: "ermm...sayu jer i tengok gambar u.."
Me: *offended* " nape syg?selekeh eh?macam org xde laki eh?"

Him: "takla syg...i sedih je tgk u..kesian kat u.."
Me: *berlinangan air mata, muka rasa panas and tebal*

encik husband tu, kalau you all tengok muka dia, memang muka nak makan orang, likee seriously. kalau dia tak senyum (dia memang tak senyum pun) lagi la rasa mamat ni bajet bagus, rasa hensem, poyo semua ade laa. tapi satu je orang tak tahu, hati dia lembut bab sutera. wahh exaggerate...melampau bini dia nie.

but he really kind at heart. that's the reason why i keep on falling in love with him.

so i rasa muka i penat plus dia teringat i pregnant, and masa tu gambar i tu i amik dalam train. so maybe dia rasa i penat, kena pergi kerja naik train padahal tengah pregnant kan. maybe that's how he felt for me at that time.

then i replied,

"daddy...don't worry daddy. both of us are doing fine. but we miss you so much..;)"


Tuesday, November 20, 2012

MOU dengan boyfriend

hari ni best. sebab ada meeting kat luar. in a progression of doing MOU dengan one of an estabalish university.sebelum ni buat documentation je, buat paperwork jer. sekali hari ni kena go for a meeting. untuk orang baru macam saya mesti la nervous. skill nak bragging and talking nonsense pun dah karat. hahaha...ni pun dapat this chance sebab big boss cuti, wife dia bersalin. hahaha...so dapat la pergi. the best part is, if the meeting end up early, boleh la balik awal. wehuuu...

***

sekarang macam dalam proses bercinta dengan encik husband. apart of sekarang text message boleh letak sedikit kata-kata nakal dan gurauan melampau, tapi tanpa ada dosa. eh?kan? nakal-nakal dengan husband sendiri tak dosa kan?hahaha...

haritu husband BBM dia cakap, "kita ni macam bercinta kan b?message nak sweet-sweet je, comel-comel je..manje-manje jer...". pastu i kat rumah masa tu dah blushing. i kan, kalau texting husband aka boyfriend tu kan, selalu la carried away dengan messages dia tu. kang senyum sendiri. gelak-gelak sendiri. dah macam orang gila dah nie. hahaha....falling in love dengan husband sendiri, over and over again. unexplainable feelings...:)

okay la. nak prepare papers nak bawak gi meeting. boring tapi nervous. rindu encik husband like totally!


Monday, November 19, 2012

Sotong punya cerita (dan lain2)

entah bila la, last week kot. tiba-tiba mama cakap, " eh, next week mama having dinner with my few friends. diorang nak bagi u hadiah because they did not attend your wedding hari tu.." .masa tu i tengah tengok movie bodoh kat HBO terus excited. "yeke ma!?wahh....murah rezeki baby. mama cakap la, you have to give 2 presents since my daughter now is pregnant.." hahaha..boleh? so baru la semalam dapat. ingat kan berupa present rupanya duit. lumayan sekali. cukup lah untuk dua bulan punya bil telefon. huehuehuehue...

cuti deepavali terus jadi 9 hari berturut-turut termasuk dua kali cuti sabtu and ahad. gara-gara encik husband balik. wah memang terbaik la. hari ahad tu, i ada wedding kawan, lepas tu tiba-tiba nak balik rumah kitorang sebab tau encik suami mesti balik tak monday, tuesday untuk deepavali. so hari ahad tu sampai terus kemas-kemas sikit, lepas tu landing baik punya kat katil. nampak ada a few barang peninggalan encik suami sebab week before tu dia memang ada kat KL, kat Cheras but we never had the chance to meet. sedih kan? :(

BBM encik suami tanya dia kat mane. sekali dia hantar gambar P.O box rumah. "eh, mamat ni dah sampai ke?". pastu masa tu i tengah spin washing machine sanggup pergi pause kan, konon-konon i nak suprise dia dari dalam rumah, yela nanti dia dengar bunyi spin kantoi la ada orang kat rumah. siap berjengket-jengket lari dalam rumah sendiri. -_- macam bodoh jer.

rumah kitorang kan ada hallway yang sambungkan living room dengan 3 bedrooms. i pun berdiri kat situ. selang 2 saat, encik suami muncul, "haa!!!". dengan dia sekali haa tu tau tak. -_- tapi he doesn't look suprise sangat la except for muka excited jumpa wife sendiri. wife dia jangan cakap la, terus peluk ciom kat situ jugak, beg pun tak sempat bukak lagi. haha..

Me: "ha, terkejut tak sayang!?"
Him: "bile sayang balik umah!!tak cakap dengan kita pun.."

Me: "ish...mane la tau sayang nak balik umah....b tau i kat umah ke sebab dari tadi tanye tak balik umah tak balik umah?"
Him : "i tak tau u kat rumah pun. tapi i saw your car. eh macam kenal je kereta tu. "

Me: "u nampak kereta i?nape u tengokkkkk!"
Him : "haha..i ternampak. cam putih-putih je kan...i nak terkejut kan u dalam bilik tadi..."
Me: "hahaha...ni kira suprise u tak jadi la ni...hehehe"

sengal jugak husband i. dah macam ape je. tergelak-gelak kitorang. bila dah landing kat katil, i pun pasang telinga la dengar dia cerita aktiviti dia the whole week. sebab i missed out everything, habis dah gaduh seminggu. hahaha....excited dia cerita semua especially part dia training pistol, he got bulls eyes. i was so proud of him. i shouldn't let him all alone the whole week kan?bad wife. ;(

the whole week memang i masak untuk dia. i managed to cook everything that he requested for.
1.nasi lemak
2.sambal sotong
3.nasi tomato
4.ayam masak merah
5.pajeri nenas
6.jelantah timun and bawang (i add in some tomato..)
7.mihun goreng pedas

masa nak masak sambal sotong actually for the morning yang dia nak balik Johor which was supposed to be on Friday, sekali petang khamis tu dalam pukul 4.00pm dia dah request nak makan.

Him: "sayang, masakkan nasi lemak sotong boleh??"
Me: "ha??sayang...kan kite baru makan tadi??"

Him: "tu tadi. tapi i dah lapar ni.."
Me: "hahahaha....boleh jer sayang...."

Him: "thank you sayang...i love you..."

wahh, dapat nasi lemak sotong favourite terus i love you. but i don't mind as long as i tak penat. padahal pagi tu kitorang dah belasah spaghhetti olio dengan lasagna kat KLCC, pastu singgah Nyonya Melaka makan nasi lemak dengan ABC, balik tu perut i boleh tahan penuh la. tapi encik husband lapar. -_- i rasa dia tu pembawakan budak mengalahkan ibu nandong. hahaha...

lepas balik dari KLCC tu, husband tanya nak beli sotong kat carefour tak. i masa tu dah agak penat. i said, "can you go alone?i tunggu dalam kereta. sure ramai ni orang cuti awal muharram kan sayang...". see?kite nak cakap dengan suami kena penuh berhemah. haha...i ingat i bebas la, sekali dia jawab, "ala sayang...u taknak temankan i ke??i tak pandai pilih sotong...". hahaha....cute nak mati. hati i dah macam lembik-lembik je nak temankan dia pergi, tak pernah kot kitorang beli barang dapur sorang-sorang, mesti pergi sama-sama. tapi i memang penat sangat so i cakap i dont want to go.

sekali dia balik, dia beli dua ekor sotong, walaupun sotong tu ada satu je kepala -_-, satu lagi dia cakap kat dasar kotak. ha pandai la tu. mesti malas la tu nak sauk dalam-dalam sebab takut busuk. tapi the sweetest thing was, he bought me some susu. biasalah lelaki mana la nak heran beli barang untuk kita, lagi-lagi niat asal nak beli sotong je pun.

belikan i santan dua jenis. santan milk dengan santan serbuk (tak pandai guna..) padahal kat rumah ada. belikan jajan twister walaupun salah flavour.hikhik... i don't mind eating sebab husband dah penat-penat belikan untuk kita. hargai la sikit usaha dia. jangan melenting plak, "apehal u beli yang ni. i tak suruh pun!". tu memang statement bikin panas hati.

so i pun masak dengan hati berbunga-bunga. :)

encik husband makan nasi lemak sotong tu sebanyak 4 pinggan. tahniah. wassalam.



Monday, November 12, 2012

My second pregnancy check up

Hari ni second check up. Since last check up I did at Presint 9, but this time I HAVE to do it at Presint 3. Nampak tak I capital later "HAVE" tu? Sebab memang terpaksa ikot alamat rumah.

I bangun lambat, sebab encik suami bangun lambat. Nak kejut kemain susah. Nak kena panjat dulu, geletek2 dulu baru nak bangun. Macam nak kejut budak2 tau. Letih la macam ni. Hahahaha..janji pukul 8am dah kat KK, kul 9 baru mandi yer. Muahahaha..

Alhamdulilah, masa I sampai kerusi penuh tapi my turn goes smoothly. Mula-mula sampai I amek nombor. 4017. Kat sini amek nombor untuk tau kita punya specimen dengan turutan service. We can never keep track kita giliran yang ke berapa so make sure breakfast siap-siap.

Pastu I macam confuse sebab I kira patient tukar tempat ni. Jumpa nurse kat kaunter pendaftaran, I cerita la I dari KK presint 9 kena tukat presint 3 sebab alamat bla bla. So dia cakap puan kena buat appointment dulu baru boleh buat check up. Hoish, awat tak habaq awal2. Ingat senang nak amik cuti. Sedih gundah gulana la. Sekali nurse tu cakap, "nanti saya tanya doktor, boleh tak amek patient lagi..". 5minit lepas tu dia datang. I memang cuak gila, sebab sure encik suami marah sebab susahkan dia hantar sebab harini dia ada meeting.

Sekali nurse tu kata boleh, tapi next time kena ikot tarikh yang KK sini bagi.alhamdulilah. Tak sia-sia lepas sembahyang doa dipermudah urusan dunia dan akhirat.

Next step tunggu nombor panggil. Buat Hb(blood test) dengan urine. Pastu jumpa staff nurse. Tak jumpa doctor sebab alhamdulilah I'm doing fine at my 10th week.

Nurse la banyak bebel. Seluar jeans tak boleh pakai. Pastu I naik sekilo dalam masa sebulan. So tak boleh. 500gm je boleh.-_- kena cut down on carbo. Fine. Makan sayur satu mangkuk penuh. Makan buah dulu baru makan nasi. Makan 6 kali sehari. I kurang hemoglobin, so kena makan makanan tambah darah banyak2.

Nurse yang entertain I tu nama dia Puan Izuana if I'm not mistaken. Baek sangat-sangat.:) tq nurse sebab layan saya baek-baek. :)

Pastu I msg2 encik suami sementara tunggu my turn, cakap la

"kalau sayang datang sini, bawak kan roti dengan susu eh. Lapar angat.."

"Siannye sayang. Situ takde cafe ke? :( I takot kitorang habes lambat.."

"Entah sayang. Xde kot.takpela..saje je cakap..hikhik..:)"

tak lama lepas tu dia datang okay. Bawak roti high five jagung dengan coklat dengan air yogurt. Rasa nak nanes je dengan keprihatinan dia yang tak seberapa tu. Terus makan time tu jugak. Ibu nandong lapar.hehe..

Sweet gila. Dengan tie bagai bawak plastik makanan untuk isteri. I don't think I can find someone so sweet like him. I kan singa moody. I think he will be the only one yang tahan dengan kerenah I.

Lepas makan roti tu, dia tanye sayang nak makan ape lagi. *pengsan* since it was already 12, I ajak dia lunch. Dia okay jer. So kitorang makan kat taman warisan. Nasib tak ramai sebab dia cakap situ ramai penuh selalunya. Kitorang dua makan nasi ayam super sedap!

Pastu encik suami hantar balik, kiss him goodbye, and now dah pukul 6pm pun dia tak habis lagi meeting. I miss him a lot. Supposely dia cuti seminggu ni, tapi kena siapkan assigment.I hope he'll be back soon. Rindu dah..hee..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, November 9, 2012

cuti jadi ke?

Morning!
fuhh...banyak yang terjadi around these weeks, but too busy to update in blog. padahal hari-hari pun bukak blog sendiri in attempt to write at least an entry but yeah, ibu nandong ni agak ke laut mood dia. i think the main reason why i seldom blog (seldom ke?) sebab:

1. encik suami jauh
2. jauh dari encik suami (gaduh la tu...)

hahaha...i rasa nothing change much between us sebab kitorang dari zaman couple memang la 23jam gaduh, 1 jam je baik. except that he's my husband, i'm his wife, we have our own home, car, and we have a baby, and we have the same families. yang lain sama, kuat bergaduh. kadang-kadang benda bodoh jer, tapi dua-dua i rasa memang la suka bergaduh so both of us decided to carry on with the fight.

anyway, encik suami ada dekat je dengan i ni, dekat cheras, but i can't see him walaupun hati meronta-ronta nak pergi drive jumpa dia sebab dekat gila, but we can't. sedih kan? sedih la...baby pie pun nak jumpa daddy dia..*tiba-tiba*

next week hopefully encik suami dapat cuti lama. i expect him (wah..expect!) to cuti 3 days, deepavali 2 hari, awal muharram sehari. haaaa...best gile!

ps: cuti boleh masak sedap2!

Tuesday, November 6, 2012

Bermoralkah anda ni?

Semalam, I was waiting for my parents to pick me up at ampang park lrt station, sebab decided lepas balik kerja nak singgah princecourt mc tengok my cousin ade surgical.

So while waiting for them, hujan memang turun lebat sangat2. Pastu tahap lapar dia, macam nak makan seluruh KLCC tu. Pastu kat tepi I tu ade akak pregnant rasa dah masuk 7 bulan camtu kot. Sian dia berdiri lama. Masa parents dah sampai pun, dia still tunggu kat situ.

Sekejap-sekejap dia bersandar, sekejap-sekejap dia pegang motor tepi tu. Sakit kot pinggang. U bayangkan kalau kita yang normal weight no berdiri 30min pun penat, bayangkanlah ibu mengandung yang extra weight dia, 10kg. Penat tau.

Pastu I emo. Lelaki bising senang-senang nak zuriat. Bila zuriat tu dah ada, dia biar perempuan sorang-sorang menanggung. Patut suami dia amik la dia balik keje. Takpun hire driver amik dia. Kata zuriat same-same punya, habis susah senang pun kena la same-same. Pastu bila dah dapat zuriat, bising isteri tak cantik dah la ape la. Kalau nak isteri cantik, ha hantar pergi beauty center ke ape. Pergi gym ke. Jaga anak kat rumah. Ini suami duk mengangkang kat rumah nak the best. Banyak cantik muka kau.

Eh?heee emosi plak kan. Tak, tapi kesian akak tu. Entah pukul berapa dia balik entah.

So anyway, tiba-tiba I dengar bunyi bas hon2 kat seberang jalan. Selalu bas kan memang suka hon2 tapi ni lama sangat ni. Sekali I tengok, dia nak lalu, tapi ada orang parking tepi jalan, so memang tak muat la bas tu lalu.

Sampai la driver bas tu turun suruh dia alihkan kereta. Bising-bising la masa tu. Driver bas tu pun naik balik. Tapi, kereta tu boleh tak, dia masukkan sikit kereta dia ke kiri, memang bas tak boleh lalu, dia kena alihkan kereta.

Bas tu hon2 lagi, dia taknak move jugak dari tempat tu. Driver bas tu ape lagi, turun, menjerit2 kat situ, I rasa dia cekik kot orang bawak kereta tu, dia ketuk bumbung kereta tu. I tengok pun memang puas hati la.

Bodoh sombong inconsiderate proton driver no plate WSG warna silver. I rasa proton persona. Bodoh sangat-sangat. I kesian sangat bas tu sebab dia dah lama tunggu nak kereta tu gerak.

So, I nak pesan kat korang, kalau korang nak park kereta tu, fikir-fikir pasal orang lain. Susah nak lalu ke, blok kereta ke. Kalau korang dapat husband perangai inconsiderate, cakap "esok kalau kita kena bang, u hangin jugak kan?". Jangan u pun sama, "parking je bang, tengok orang lain pun same parking je situ..".

Tak dosa kalau kita mengalah, pahala mungkin kita dapat sebab senangkan hati orang lain. kalau kita buat taik ramai plak yang sumpah kita, kete kena calar sume kan? Tau nak marah, tapi kita tengok balik sikap kita sendiri.

Lagi-lagi kita yang ada anak kecik yang belajar semua directly dari apa kita buat, apa kita cakap. Sebab tu I salahkan ibu bapa yang cakap with no manners. Kau tengok anak kau menjawab memang comel, cute je, dah besar nanti tengok la cute ke camne.

Biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Rasullulallah pun sama. Orang kutuk hina dia, doa cool je. Mana tempat dia sekarang? Syurga. Itu nabi bersifat maksum, takde plak dia take for granted apa allah bagi kan?

Kita ni dah la tak bersifat maksum, sifat toleransi pun takde. Layak ke kita ni nak masuk syurga. Kan?

InsyaAllah. Belum terlambat untuk berubah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Macam Zaman Bercinta Dulu

so, jadilah balik rumah kami nak kemas tu kan? (refer entry bawah). sekali tengah tengok melodi tv3 yang tak faham la apa yang dia cuba sampaikan, sekali dapat call dari encik suami yang dirindui.

"hello sayang...tengah buat ape?"

"hello yayang....hikhik...tengah tengok tv, melodi...."

"siapa ada kat rumah dengan awak tu?"

"nenek, ija jer...tadi dah kemas rumah b. dah bersih dah...:)"

"yer?terima kasih sayang...erm..amek kita boleh?kita boleh outing sampai pukul 11pm.."

"iyer!(excited) oklah, i bawak nenek gi makan dulu, hantar nenek balik, then i amek u k?"

"orait sayang. jangan bawak kereta ,laju-laju k. love u..muuahh!"

"love u too.muaahh.."

terus bangun mandi apa semua. lepas sembahyang zohor pergi la makan. punyalah penuh manusia kat foodcourt. dahla hujan kan, memang la semua malas nak masak. eh?hahaha...lepas tu terus hantar nenek balik ampang. dengan jem nye MRR2. rasa macam nak nangis jer takut tak sempat nak spend time dengan encik suami. dah seminggu tak jumpa. hahahaha...perasaan dia macam 10 tahun tak jumpa.

kereta tak boleh masuk. fine. i tunggu je kat guard house tu. call husband, baru bangun tidur. pastu marah kita nape tak kejut, yela, dia rasa macam buang masa je la tunggu dia bangun nak siap semua. dalam 20minit pastu dia turun. pantas jugak dia tu memandangkan kalau kat rumah, dia tu kan drama queen. puteri berhias. mandi and siap punyeeeeeela lama. nasib tak suruh dia gosok baju sendiri ke ape. mau setengah hari tunggu dia bersiap je.bahahaha...

dengan kemeja putih siap lipat lengan, jantung i dah dup dap dup dap. hensem macam when i first met him..pastu i nak tergelak pun ada. dah macam zaman dating-dating dulu beramik hantar bagai. pastu i dengan muka tak malunya padahal tahu yang dia baru bangun tidur, "sayang, can you drive?". hahaha....dia senyum je then cakap, "boleh jer.." . terus melt2 jantung i.

i tanye dia nak lepak mane2 makan ke, and he said he wanted to go home straight. heee..he's such a homey person kan?i pun same. kitorang memang suka duduk rumah, masak kat rumah, we go out once in a while untuk splurge on expensive food, atau keluar jogging ke, macam tu jela. we have so much to do at home, lagi-lagi bila berdua. kemas rumah, kemas beg and all.

on the way back, we tapau McD. sampai rumah, he was happy. the house is clean, i tukar baju, sembahayang then join him for our late lunch. borak-borak, gelak-gelak macam la lawak sangat. ahhh...it was a happy moment.

by 9.00pm macam tu kitorang siap-siap, nak hantar dia balik. i rasa nak nangis. macam sedih jer, yelah, berpisah for awhile with my very best friend memang agak susah la. we both are too attached with each other. salam-salam, kiss-kiss, peluk-peluk, off he went. *sedih*

dalam kereta i borak-borak dengan baby pie. "best ke jumpe papa tadi??". gelak-gelak, tau2 dah sampai rumah. balik rumah tak boleh tidur, sebab tadi kat rumah dah tidur. dia pun. tukar-tukar gambar, borak-borak, entah pukul berapa i tertido. pastu esok the whole day ngantuk-ngantuk kat opis. hahaha...

next week deepavali and awal muharram. let's just doa yang dia boleh cuti lama sikit. 3 hari ke. i miss him so much! <3 p="p">

Monday, November 5, 2012

Weekend with Nenek

Semalam Ahad, baik hati balik rumah kami, sebab next week kan Deepavali and Awal Muharram, so possibility untuk encik suami balik adalah tinggi. so dengan frasa mengetahui encik suami tak suka rumah bersepah dan tidak terurus, i dengan rasa malas yang teramat, memaksa diri driving sejauh 50km untuk balik rumah dan kemas.

Luckily, nenek and my cousin nak ikot teman. actually i would rather go alone, sebab taknak susahkan orang pun yer, and sometimes when we are in a hurry, susah kita nak paksa orang ikut rentak kita. UNLESS orang tu macam i, sangat memahami.hahaha.. contohnya, u tau kawan u nak pergi dating, and u decided to follow. pastu u ikot diorang bercinta, tiba-tiba u ajak kawan u balik. eh?bukan ke u patut balik selepas kawan u selesai berdatingan?so kawan yang memahami haruslah faham. kalau u sendiri ada benda urgent, u balik la sendiri atau u tunggu jela.

so anyway, bawak nenek to have breakfast kat kedai sedap. i memang sengaja panggil kedai tu kedai sedap sebab roti canai dia sedap gila. kedai mamak kan roti canai super liat, yang ni melayu made-crunchy-not so oily. perghh...and the best, it cost u only rm0.80 sekeping. sekali penuh nauzubillah, sampai nenek cakap, "kedai dia sampai gelap sebab ramai orang...". hahaha...tergelak-gelak i masa bawak Tatum.

pergi kedai breakfast tepi jalan lagi satu, i tengok ramai je orang, tapi food atas meja pun takde. Allah kan bagi akal untuk berfikir, i pergi la kaunter makanan, i nampak la ade telur, timun, daun pisang, gaya-gaya orang nak jual nasi lemak. "dek...makanan dah ade dik?". sekali adik tu cakap, "belum kak, makanan tak sampai lagi..". oh patut la kosong je. so i cakap dengan nenek food takde, last choice?haruslah kedai mamak jugak.order capati, tosai, dengan roti canai banjir, bungkus mee goreng mamak.

sampai rumah i, rumah tu last week tinggal memang bersih je, tapi this week i datang, penuh habuk je kat pintu masuk tu. T_T habuk dari luar kan. sapu rumah,mop, jemur kain, lipat kain sikit, masukkan utensils dalam cupboard, tukar cadar and sarung bantal, lap meja,siram pokok. rumah dah bersih gila. ;D

pastu atas cabinet dapur ada toaster, waffle maker, dengan steam cooker. selalu kalau masak dulu, guna jer. ni dah tak masak berabuk la kan letak situ. so i angkat dengan gigih, masuk dalam cabinet. so, rumah i sebijik macam showroom sekarang. ape pun takde. and rumah kitorang still bau rumah baru. faham tak?bau cat, bau cabinet. hahaha.....

rumah tu besar, barang tak banyak, kitorang duk berdua, mau tak hilang bau. now, i nak cari langsir yang gelap untuk kat hall. habis kalau kitorang nakal-nakal kat depan tu orang nampak okay. hahaha....i rasa banyak kali je orang nampak, tapi..tapii....haihhh....so ni nak beli la ni. cari langsir online jela. -_-

so, dalam pukul 1.30pm tu bawak nenek pergi makan foodcourt. i SURUH nenek belanje.hahaha...sukati aku kan. nenek makan asam pedas set, i makan nasi goreng ayam wok, cousin i makan black pepper chicken sizzling, dengan crispy popiah...sedap gile!

petang biasa la hujan lebat. MRR2 jem gila. i nak kejar masa ni, baca tanpa henti 'astagfirullahalazim allazi lailahaillah huwal hayulqayyum waatu builaikh..'. alhamdulilah, kereta tak pernah stop, it moved all the way to ampang. heh.

so there goes my weekend. ada citer best ni tapi next entry la. hahaha....

Pembawakan

pernah tak, kite kenal someone tu, kita tau perangai dia lain, and tiba-tiba tak lama lepas tu perangai dia berubah? hipokrit ke dia ni? hahahaha....i definitely wouldn't talking about someone else rather my own husband. *pengsan*


i dah tau mana datang semua sifat sensitif dia yang tiba-tiba muncul out of nowhere. tau dari mana? yer, dari budak kecik comel dalam perut i ni. pembawakan budak. hahaha...i don't know if its even true but dari pengamatan i, memang sah la ni.

firstly, husband was never ever acted this way. dulu, he don't even care what is happening to me. kalau i merajuk pun, takde dia heran nak pujuk. dia biar i berendam air mata sorang-sorang, nanti i dah baik sendiri, dia layan jela macam biasa (so damn cruel). senang cerita, typical lelaki melayu. kalau you look in his face features, memang muka dia tahap garang melampau. kalau sekarang dia marah kat i over something, i rather not looking at his face. pejam-pejam mata je.

anyway, talking about his sensitivity, hari tu kitorang ada a bit quarrel, biasa la puan fareenz ni bila kejauhan tu, dia punya mintak attention macam 10 juta tahun tak jumpe kan. dia nak spotlight tu hulur kat dia 24 jam, padahal dia tahu husband dia tu pergi bekerja, bukan pergi swimming atau memancing. tapi nak jugakkkk. bila husband reply bbm lambat 10 saat tu, dia dah tukar hijau (hulk) dah. bahahahaha.....

so gaduh la. time gaduh tu, perasaan ibu nandong mula la berlegar-legar cari idea nak sakitkan hati encik suami. rasa puas. lepas tu i cakap, "you don't even care about us, why should you be part of us?". kurang ajar kan i cakap camtu? encik suami, never ever, not even sekali pun utter macam tu kat i. yer, i memang kejam. i know that and i should have change. not good for both of us. tapi ketahuilah masa tu i marah sangat. i sedih because i don't get that enough attention from him.

and yes, he get so hurt with that statement, he said he wanted to cry so badly, but he was in the class masa tu. dia kate dia tak pernah terasa macam tu. i macam biasa la, buat tak tahu je and don't even bother to reply his bbms.

to cut the story short, entah ape dia cakap buat i rasa bersalah sangat. i biasalah, time dah baik gaduh mula la rasa bersalah. and i make it up to him. mintak maaf sepenuh hati. and i said, "kalau takde u sayang, baby pie pun takde kan?"

ehehehe. so now we are back on track and masih sayang menyayangi seperti dulu. i think by this time, encik suami tau dah kot isteri dia boleh tahan super emosi upon almost everything. i always did. and he knows that.

*hugs*

 
design by suckmylolly.com