Pages

Tuesday, June 19, 2012

Pelamin Kahwin (Putih)

Untuk pelamin, i chose khidmat from Andaman Warisan, Kuala Lumpur.

Andaman Warisan ni dah lama. dengar cerita dari zaman mak dia (founder of Andaman Warisan) pun dah buat kerja kahwin nie. Mak dia, Puan Azmiah tu dulu mak andam juga so i rasa darah menghias kerja kahwin ni pun dah turun ke anak-anak beliau. Since Puan Azmiah ni ada menantu yang minat benda yang sama, jadi anak perempuan beliau dan menantu dia la yang bertanggungjawab menghias pelamin i.

So, Andaman Warisan buatkan i punya:
1. Pelamin - tema Putih and elegan.
2. Backdrop and Meja beradab (fresh flower)
3. Guestbook Table (fresh flower)
4. Deco canopy (crepe flower)
5. Arch
6. Deco Guest Table (fresh flower)
7. Hand bouquet (nikah and sanding-fresh flower)

Pelamin i ( not inclusive bunga telur)

Panel
Untuk backdrop pelamin, i memang nak Panel. sebab i suka benda yang simple and square. so itu adalah kriteria yang i nak and Andaman Warisan ada. so i happy sangat rasa nak lompat-lompat jer. Panel i pakai 3 (padahal buat kat rumah yang sekangkang kera tu je). Tujuan panel, supaya ada border untuk pelamin i, tau hujung pangkal.kang nak amik gambar tak tau hujung belah mane. hahaha...

Backdrop
Kain backdrop i mintak putih jugak. i mintak plain jer sebenarnya tapi Andaman warisan terbeli yang ada corak round. nasib la tak obvious. kalau dia bold ke 3D ke memang i mintak tukar. lagipun dah tertutup dengan bunga and kerusi, so ok la. i memang happy sebab semua yang i nak ada. heee..tujuan backdrop?haruslah sebagai base belakang pelamin. mula nak pakai yang pattern macam curtain tu, ikat ke tepi. tengok macam dah ramai buat so tak best, i biar dia loose jatuh kebawah macam tu jer.

Kerusi Sanding
Ha untuk kerusi sanding, i orang kedua pakai untuk kerusi Andaman Warisan ni. ha okaylah. putih jugak and paling penting kerusi tinggi. i ni tinggi memang harapan la nak pakai kerusi pendek. nampak kita besar kat pelamin so tips disitu. untuk orang besar macam i, sila pilih pelamin yang besar so that kita nampak kecik. hee..

Flower Arrangement
Untuk flower deco, niat asal nak guna fresh flower roses. tapi kira-kira balik semua dalam rm3000++ untuk 4 flower stand. so agak gulp di situ. so kira-kira balik tak jadi la. but the great news was, flower stand dia ada bunga putih and red/pinkish macam tu. haaa....happy sangat!!sebab tak payah nak tunggu lama and pattern dia pun i suka. round shape and rendah.

Carpet/ Base Lantai
i mintak yang fluffy and berbulu-bulu tu tapi Andaman Warisan takde. dah pergi cari pun kena pre-order so tak sempat datang dalam masa i nak kahwin tu. so i rasa dia pakai shawl ke runner ke beli kat IKEA. so okay jer. janji putih. i tak suka banyak-banyak warna. serabut sangat!


Bantal/Kusyen
Pastu entah kenapa i nak letak bantal/kusen tabur kat tangga pelamin tu.tapi i memang nak pun. i suka bantal. warna cream and bronze. i tak tau camne bronze boleh tersepit kat situ rasa macam tak mintak tapi okaylah something bold.

Lampu
Lampu ada 2 types. satu downlight memang ada kat panel. tu pun i mintak so penggunaan lampu sangat penting yer. gambar cantik and tempat tu jadi cantik. and satu lagi lamp stand tu. masa tu Andaman Warisan tanye nak pakai ala chandelier ke pakai stand. plan asal nak pakai chandelier, so gantung-gantung. last2 sebab rasa macam pendek, kita pakai stand terus. ni idea Andaman Warisan. tanye pendapat i, i plak memang suka lampu berlebih so okay je dengan idea diorang.and lamp stand tu warna putih k. itu paling i suka!

so kat bawah ni semua adalah gambar pelamin i hari tu. Gambar kredit tu facebook Andaman Warisan. amik pakai iPad.

Pelamin - Completed

Lamp Stand and Flower Arrangement

Bantal/Kusyen tabur

In conclusion, i memang suka sangat dengan deco and servis from Andaman Warisan. sebab simple, nice and murah.within my budget, and paling penting tak serabut. pelamin i memang i nak warna putih, and even decorations yang lain-lain pun dari warna2 pastel. so i memang puas hati dengan Andaman Warisan.

Nak cari pelamin putih, yang dari warna-warna lembut? elegan dan moden? paling penting murah??
so kalau anda nak mencuba khidmat Andaman Warisan, boleh call:
Puan Wani - 012-3958625

atau cari di facebook:
Make up by Andaman Warisan

Servis lain di Andaman Warisan:
Baju Pengantin Lelaki dan Perempuan
Makeup (MAC)
Pelamin
Gubahan Hantaran
Guestbook Table
Deco Guest Table
etc

* tak sure Andaman Warisan boleh ke tak luar Selangor dan Kuala Lumpur, tapi rasanya boleh. try call dulu. diorang sweet2 and baik jer.hihihihi...

1 Kata bijak pandai:

:) said...

erapa eh budget utk u punya pelamin tu? nice la :)

 
design by suckmylolly.com