Pages

Wednesday, June 13, 2012

Isteri yang Menyesal

Pagi tadi bangun awal gila. 5.30am. Masak breakfast untuk suami. Ala masak senang je, burger, roti, frankfurter, pastu makan nak kena berhidang bagai #bajetisterimithalisgt.. Pastu keluarkan kokocrunch, chocolate milk, dengan full cream milk. Tengok daripada makan yang terhidang, yang goreng-goreng tu en suami punya, I punye kokocrunch la. Yummy dapnye!

Oh bangun awal sangat sebab en suami ada meeting dengan orang besar, so I suh dia pakai baju yang siap cuffling, yela kena pakai coat kan.

Pastu I tengah tengok berita pagi, dengar ada suara kunang2 dari dalam bilik. "B..bb!!". Berlari la I ke bilik. "Amikkan facial wash kat toilet sebelah boleh tak?". Goddddd...sentap I. Jauh okay hall dengan bilik. Anjer angat la suh I amik kan. Penat laaa. Next time I jerit dulu, "yer boss!!nak ape!?". Takpun buat-buat tak dengar jer. Bahahaha...eh tak baik la. Berdosa. Aiyokk! Hahahaha...

Dah siap2 tunggu puteri tu berhias, sambil I betul2 kan rambut dengar lagi suara kunang2 yang sama.. -__- "bb...tolong!!" Nampak tak? Nampak tak gaya isteri mithali ke huluq ke hilir uruskan suami anak-anak. Okay anak tu belum tapi yang sorang kat rumah ni pun semput-semput nak jaga. Tak masuk lagi, "b, kaki I lenguh jogging tadi.." T_T

Oh rupanya beliau suruh pasang kan cufflink. Olololo sian die. Pastu I pun gigih pasangkan kat baju dia.

Pastu duduk kejap kat katil (padahal dah lambat tau. Tadi sampai stesen train nak datang lagi 4minit je..seb baik sempat).

Tengah-tengah berangan tu, en suami cakap,

"Ni isteri I pasangkan cufflink ni, sampai petang tak bukak..."

Ha, kau! Memang right in the heart. Tu la tadi dalam hati, mengomel bagai. Bila suami cakap camtu, baru la kau nak fefeling sweet terharu. Orang kata jangan buruk sangka dengan suami sendiri. Kuikuikui..

Pastu pagi tadi nak sweet dengan kiteww..dalam kete pun. So oleh kerana beliau berkelakuan ohsem, malam ni nak masak sedap2 untuk beliau..heee...

Ps: yaAllah, terima kasih untuk segalanya. Kau Tuhanku yang Maha awesome!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com