Pages

Friday, June 15, 2012

Baju Nikah Perempuan (Putih)

wah, setelah kahwin officially untuk 30 hari ++ baru la nak buat entry untuk wedding preparation. kihkih.. sibuk adapt dengan kehidupan baru tu la yang menyebabkan i lambat update pasal wedding preparation. so kita start off with baju nikah!

baju nikah i untuk 4 May 2012 bersamaan Jumaat pukul 9.00pm adalah warna PUTIH. OFFWHITE yer, bukan ivory nor cream white. memang white. why?? ada banyak reason why i chose white instead of other colours.

1. Putih adalah suci. even the reason sounds so cliche but the reality is that, putih memang suci. bersih (besih bukan kuning macam bersih 3.0...sebab warna kuning tak bersih...eh?), sesuai dengan tujuan kita yang nak memulakan kehidupan yang baru dengan suami tercinta. lagipun kita (kita ke?) nampak sangat anggun dan esklusif kalau pakai baju putih.like totally!!

2. Putih senang nak match dengan warna lain. as for me, i did not do different pelamin untuk nikah and sanding. semua satu pelamin yang sama. the different was only the flower arrangement. and also, kerusi raja sehari tu kitorang letak masa bersanding, thus hanya ada tilam nikah atas pelamin. so oleh sebab flower untuk sanding tu warna cream and purple, sesuai sangat nak match dengan baju nikah putih ni. so kira masa bersanding you all boleh la nak pakai baju sanding purple and etc. tak payah overly budget nak buat dua pelamin terus.

3. honestly, baju putih kalau dalam gambar, di tambah pulak dengan official photographer yang hebat, sangat lah cantik nanti gambar korang. or if korang ada buat props untuk bergambar dengan warna-warna terang macam merah, hitam, biru etc, memang menyerlah sangat la baju putih nikah korang tu. eh i suka!! ni main reason nape i nak baju nikah putih apart from reason no 1. hehehe

4. i tak banyak baju putih. sebab i simpan khas baju putih untuk nikah. dulu memang fikir baju putih ni leceh, cepat kotor, nak jaga susah. bila meningkat mur kepada wanita, banyak baju putih yang i beli. sebab dia menyerlahkan lagi kewanitaan dan sifat keibuan kita. wahhh keibuan terus...hahahaha...konon la..

tangan yang bergossip sebab nervous tunggu pengantin lelaki sampai.


Harga Kain Baju Nikah
so kat atas ni adalah my official baju nikah. sorry la, baju full nyer gambar ada tapi i left my cd and pendrive kat rumah satu lagi. maaf yer. i bought this baju kat Jakel, Masjid India, Kuala Lumpur. harga if i'm not mistaken RM1099. tapi ada sale masa tu so harga dia dalam rm980 kot. aduhai serius tak ingat.

baju ni kat level pengantin tingkat 3 (kot?), situ memang jual baju heavy beadding, french lace etc. and not to worries, kadang-kadang Jakel ada promotion yang jual dengan baju lelaki sekali. tapi i tak beli sebab baju nikah lelaki dah beli masa kitorang nak bertunang dulu and buat hantaran sekali.... -__-

Upah/Style Jahit Baju Nikah
and upah jahit, kitorang hantar kat family tailor kitorang kat Bukit Bintang, Kuala Lumpur. chinese aunty. memang kitorang hantar sejak bertahun-tahun yang lalu. upah dalam rm600 macam tu. murahh la sebab baju ni heavy beadding nak potong kain tu susah.

style baju i buat boat neck and baju kurung moden. i ni simple je orangnya so i tak fancy baju yang macam-macam nie. so memang dari dulu sampai sekarang itu je style yang i buat. oh cuma bahagian bawah kain i buat flare, princess cut, kipas belakang. i ni agak tinggi dalam 172cm so sengaja buat flare sebab bila jalan tu dia macam terpelanting-pelanting kat bawah tu. bahahahaha....

sarung cincin. i love my inai (nanti nak buat entry jugak pasal inai ni ^^)


ha okay. tu gambar masa sarung cincin tu.. hihi! baju i kira halfway penuh beadding. kat lengan, and kat bawah kaki beadding penuh sampai peha. and i love it so so much!! masa dah siap tu macam terpegun sangat sebab tak sangka akan cantik macam tu. yela i kan mok2 sikit, im afraid that baju putih akan buat i nampak mok2 (seram!). tapi alhamdulilah nampak cantik (atleast for me!).

How about baju pengantin lelaki?
i cerita sikit jela sebab i nak save untuk next entry. bahahahaha..... sebolehnya baju lelaki mesti lah dari warna yang sama. janganlah sorang putih, sorang cream. ha tak sesuai. please cari dari warna yang sama. #Tips 1: pergi beli bersama sebab kalau asing-asing nak susah nak cari warna sama. lagi-lagi kalau pasangan from different region kan. masalah tu. takes a lot of time, and money too.

macam suami memang i chose the design and colour. and alhamdulilah dia pun macam i, simple. so baju melayu lelaki, putih, takde nak kerawang-kerawang ke apa sebab memang tak berminat dengan corak macam tu, nampak serabut to my eyes, and even sampin songket beliau pun i pilih putih. (nanti i nak cerita pasal sampin songket beliau yang sangat-sangat cantik!)

Tips memilih baju nikah perempuan:

1. kalau bernikah ni masjid, elok sangat JANGAN pakai baju jarang lace takde lengan tu and fully bertudung. kadang-kadang i tengok ada sesetengah tu pakai tudung, tapi baju jarang nampak bra semua. apakah?? that was the reason why i chose nikah kat rumah.

2. buat baju ikot keselesaan BADAN. kalau badan mok2 macam i ni memang sesuai buat baju kurung moden, kalau nak style sikit. i tak buat pun dat kat bahagian depan, buat belakang jer sebab takut masa duduk ada gumpalan kat perot. bahahaha... kalau yang kurus, style ape pun sesuai. ha satu lagi style jubah or long dress. i memang nak buat long dress tapi en fiance (masa tu) tak berkenan long dress. hish! so i buat je baju kurung moden. kalau yang kurus, buat apa-apa pun cantik. tapi for me LESS is BETTER.

3. ikot bajet. tapi peruntukan i banyak kepada baju, makeup, fotographer, caterer, canopy. yang lain-lain fokus tu 50% jer. huahuahuauhua....

4. i pilih heavy beadding sebab nak effect kurus. sebab bila berat baju tu dia akan tarik baju tu ke bawah (yela ikot graviti kan). so bila heavy beadding, mahal la sikit. tapi puas hati. and kalau korang taknak pilih putih, pilih warna lain pun boleh tapi 1 kaler jer. jangan ada oren, ada biru, ada putih, ada merah. pening mak incik!!

5. kalau rasa baju nikah untuk pakai sekali seumur hidup bolehlah buat yang fesyen kembang flowing sampai 2meter panjang. tapi since baju nikah i ni, akan diguna untuk hari raya nanti, makanya, saya buat fesyen minimalis macam tu. nice kan?? (thinking about raya, kena start diet ni, lagi2 bulan puasa, haihhh...)

6. buat baju kat tailor yang dah biasa. tak payah nak buat sampai kat rizalman semata nak yang cantik (matiklahh cakap camni..marah la encik rizalman kat kiteww), tailor biasa pun boleh. tapi untuk baju bersanding hantarlah kat orang yang buat baju kahwin specifically. lagi bagus.

so there goes my baju nikah.

in conclusion (amboii karangan sangat), choose white colour, heavy beadding, simple style for your solemnization dress because it helps you to stay beautiful and classy at that time. trust me, been there done that. hahahaha....#bajetartis

ps: nak curik gambar ke. tak baik tau...hahahaha...(malas nak watermark) tapi nanti kat google keluar jugak..kihkihkih...

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com