Pages

Tuesday, September 10, 2013

Tutorial Tokyo Metro Line For Dummies

korang nak gi Jepun eh? bestnyerrr!!!!!!!! i is jeles. hahaha....ok, since i had been to Japan before, so i nak share la with you guys some information about tokyo metro line, and how to use it. sebenarnya i pun macam you all jugak, dah buat research pasal tokyo metro line tapi susahnye la nak jumpe dengan own experience yang naik tokyo metro line ni. dah puas i google. kalau ada pun sikit je. mula-mula tengok map tokyo metro line ni je dah cuak, pening. baca-baca pun pening. tapi actually senang gila. encik husband cakap i boleh jadi tourist guide malaysia-jepun. bahahaha.....

kalau google, mesti ayat-ayat google adalah seperti:
1. camne nak naik tokyo metro line
2. tokyo metro line experience
3. tokyo metro line
4. how to use tokyo metro line
5. what is the different between toei line and tokyo metro line

kan kan??hhahaha....sebab i pun buat camtu.lalalala

so i rasa macam tergerak hati nak share dari A to Z, all about tokyo metro line. ha, awesome tak i? tak pun...boooooo....hahahaha!!

kita buat introduction sikit pasal tokyo metro line ni. sebenarnye senang gile sangat guna tokyo metro line ni. so keep in mind that it is easy and understandable to use tokyo metro line.

Tokyo Metro Line ni ada 9 Lines under Tokyo Metro Line which are :
1.Ginza Line (G/kaler oren),
2. Marounichi Line (M/ kaler merah),
3. Hibya Line (H/ kaler kelabu)
4. Tozai Line (T/kaler biru)
5. Chiyoda Line, (C/ kaler hijau)
6. Yurakucho Line, (Y/ kaler kuning)
7. Yurakucho Line (new)(Y/ kaler brown)
8. Hanzomon Line, (Z/ kaler purple)
9. Namboku Line, (N/kaler turqoise)



Tips untuk ingat korang dari station mana nak ke station mane; ingat kaler dengan station nombor berapa. oh, train diorang pun cat ikot kaler line tu. hahahaa comel gilerrr.....

contoh macam kita naik rapid KL, kita ada Ampang Line, Kelana Jaya Line, and Monorail Line. ok, kita amik Kelana Jaya Line sebab itu yang paling banyak kita guna. Lets say dari Gombak Station ke KLCC Station. senangkan nak ingat sebab kita orang Malaysia and nama tempat tu kita dah familiarize. bayangkan tourist datang malaysia, tak ke susah dia nak ingat nama station, so diorang guna numbering system. so instead dari Gombak ke Kelana Jaya, tourist hanya akan ingat KJ1 to KJ12.

same goes to tokyo metro line. so sila ingat line ape, kaler ape, and nombor station.

ok. macam mana nak naik tokyo metro line?
first, kena tahu korang dari mana nak ke mana. sebagai contoh, masa i kat japan, i stayed in ANA intercontinental hotel. so mengikut map, stesen tokyo metro line yang paling dekat dengan hotel i ialah Tameikesanno Station (dekat gila keluar hotel terus stesen...wehuuu!!). dalam Tameikesanno Station ni saja ada 4 lines iaitu Ginza Line, Namboku Line, Chiyoda Line, and Marounichi Line.

lepas tu, kena tahu dari stesen korang tu nak pergi mana. contoh nye Akihabara (tourist attraction yang mana diorang jual banyak barang electric, komik, dan juga porn.....serious lame japanese).

so according to map,

Akihabara Station hanya ada Hibya Line saja. So dari Tameikesanno nak ke Akihabara, i chose untuk naik Ginza Line. so kat Tameikesanno G06 naik train terus ke G16 iaitu stesen Ueno. kat G16 tu keluar , tukar platform naik train Hibya Line plak iaitu H17 (still dalam station yang sama, keluar eskalator jerr), ke H15 iaitu stesen Akihabara.

boleh faham??

ok. lagi satu contoh. dari Akihabara i nak pergi Shibuya. Kat shibuya ni ada Takeshita Street . Tempat fashion freak i must say. tapi cantik-cantik la jugak. so nak cerita pasal tempat best i buat entry lain la. this time nak cerita pasal camne nak pergi from Akihabara to Shibuya.

(dah tengok map senang plak jadinye...ingat nak bagi contoh susah sikit...hahaha)

ok. kat akihabara ada Hibya Line saje which is H15. kalau tengok Shibuya ada Ginza Line G01 dengan Hanzomon Line Z01. so amek train Hibya Line H15, pergi ke Ueno H17, tukar platform naik Ginza Line and terus ke Shibuya station G01.

taraaa.....senang kan?

nak lagi contoh?amboi korang....manje angat la...ni buat for free ni tau. doa kan murah rezeki i pergi Jepun lagi and this time Sophea will tag along..ehehehe...

orait last one. dari Shibuya contoh nak ke Shinjuku! (actually boleh je jalan kaki, i mean kat tempat orang kan?tapi naik train la kesian makcik2 nak jalan...)

macam Shibuya ada dua line saja iaitu Ginza Line G01 dengan Hanzomon Line Z01. kat SHinjuku plak ada  lines iaitu Oedo Line E27, Shinjuku Line S01 dengan Manourichi Line M08. Oedo dengan Shinjuku Line tu under Toei Line, so tiket yang kita beli kat Metro Line takleh guna k.

(actually ada tapi dah kena beli tiket lain plak untuk boleh guna Toei dengan Metro Line sekali macam kad rapid kl la...tapi leceh la kita nak jalan bukan guna hari-hari and i bukan pandai sangat bab combined ticked tu...heee....)

continue....so yang sama Metro line hanyalah Manourichi Line M08. so dari Shibuya G01 pergi ke G05. kat stesen G05 tu nama dia Akasaka-mitsuke, tukar platform di M13. dari M13 terus ke M08 stesen Shinjuku. kalau nak stop kat M09 pun boleh stesen Shinjuku-sanchome nama dia.

ala....rindunye nak main tukar-tukar platform ni....sobs sobs..

eh ingat tau, nak tukar train tu tak payah keluar stesen, dia platform jer berbeza tapi still dalam station yang sama.

nak ingat nama station ni payah sikit sebab ada beratus station dan juga sebutan dia bukan senang pun nak sebut. bunyik sama jee....bunyik jepun. hahaha... so ingat line ape dengan no station. lagi senang...heee..

oklah, should you have any question, do not hesitate to leave a comment! daaa.....and all the best!!

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com