Pages

Tuesday, September 24, 2013

Ikhlas ke Tak ni?

susah rupanya nak jadi orang baik, orang yang berprasangka baik etc etc. orang kate (ntah orang mane la kan, main petik je..), zaman sekarang ni susah nak buat baik dan berprasangka baik. dulu, i was once called "a positive people". tapi lama2 sifat tu hilang sebab bila time mengumpat i selalu cakap, "yeke?takkot. anggap je la dia sebenarnya tak tahu...etc etc..". nampak tak anti-klimaks nye kat situ sebab kawan sebok2 nak mengumpat tetiba i datang dan memunahkan harapan menggunung diorang nak mengumpat. hahaha..

so, i pun kena la sound dengan diorang and yes, i felt a bit offended. i rasa tak salah kalau kita berprasangka baik (memang tak salah la woi, lagi baik ade laa....) tapi dan macam tak diterima plak dalam group diorang. well, dah jadi isu "kau hidup nak dapat keredhaan Allah ke or nak impress kawan2 kau?". ha nampak tak dah macam tablaigh dah i ni. (tablaigh=tak boleh?....hahaha....kawan i buat lawak bodo). and sejak dari itu i jadi la orang yang berprasangka buruk, dan semakin menjadi2. hahahaha...

sekarang ni azam i la nak jadi orang baik. amboiihhhh, sejak2 dah jadi mak orang ni, cakap pun dah gaya2 mak2. aihh lantak lah. hidup ni nak dapatkan keredhaan Allah pun kan. encik husband hari tu sound, "dunia ni ibarat neraka bagi kaum mukmin....". pastu i duk la ulang2 ayat tu, buat main2 tapi kadang2 terpikir gak la.

Allah dah bagi macam2 kat i. terutama sekali suami dan anak yang sempurna. kenapa la i sikit pun tak berterima kasih dengan Dia as taat dengan suruhan Dia. susah kan?buat benda jahat kan senang kan? and then jadi orang baik ni tak in-thing la. pergi clubbing, hisap rokok, pakai seksi tu baru the in-thing, kan?

amboiihhh, macam ustazah abby abadi sangat la i ni. hahahaha...

i WANT to take a simple first baby step dulu. ha nampak tak? "simple first baby step". gile minute la langkah yang i nak amek ni. bahahaha....macam tak ikhlas je nak berubah. mihmih. i nak mula dengan diri i dulu. contoh la kan, borak2 dengan kawan, kawan dah masuk mode mengumpat. i pasang telinga dengar, bile dia dah masuk gear 2 ke 3 i buat tak layan.

contoh, kat office i ni ade la sorang minah ni suka sangat think negative about people around her. ade la specifically sorang lagi office mate i ni die tak suka. duk la cerita benda2 buruk pasal dia. i ni amik port tapi tak la eagerly nak tau semua. kadang2 masa die cerita tu i buat la kerja2 i, nampak gaya taknak layan kan...hahahaha....lame2 die penat sendiri sebab i respons "ermm,," "yer?" "then?" camtu je throughout the conversation. hahaha..

tapi tu la.

selagi i hidup, i ingat nak start la buat baik dengan orang. ha tapi niat mesti betul, jangan sebab nak menunjuk2 kat orang. dah dosa tu. first sekali i nak buat baik dengan suami i, sebab dia je yang pegang tiket i masuk syurga. hahahaha.....buakn ape, i ni dah la tak buat baik dengan dia, buat jahat lagi dengan die ade la.

i nak pasang niat dulu nih. pagi tadi seems okay. ape2 pun benda yang i buat, mesti i cakap dalam hati,

"ya Allah, aku [insert whatever thing you do] ikhlas kerana Mu YaAllah.."

itu saja. senang kan? sila mula saat ni. GO!

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com