Pages

Monday, September 9, 2013

Kisah Malam Itu

Teringat lagi kisah hari raya yang lepas. Actually malam raya tu both encik husband and i, we went to jalan TAR malam raya tu. Tahun ni dah masuk tahun ke dua kitorang raya sama. But the amazing thing was, sophea is with us, so raya tu jadi lebih meaningful and excited (tak masuk mencabar lagi sebab pagi raya, tiba-tiba sophea nak susu la nak kendong la etc etc haha).

So anyway malam raya tu bergegas la kitorang ke jalan TAR. Tujuan kitorang ke jalan TAR adalah sebab bukan nak shopping pun, tapi kitorang memang suka menyibuk kat tempat ramai orang (padahal tak suka pun!). Terasa la sikit kemeriahan raya tu. Well, of course sophea tak ikot and sah-sah tak boleh ikot sebab hoi, kecik la lg dia.

Cerita pasal budak kecik, ada jugak mak bapak yang tak berapa nak pandai hurung anak pergi jalan TAR tu tau tak. Sebab tak pandai la kot diorang bawak anak gi jalan TAR. Hello kak, anak awak tu bayi lagi, kecik lagi, imunisasi pun belum tentu kuat, dah la masa tu hujan, ramai manusia dari segenap Negara. Mana yang Indon, Tibet, Myanmar. Takla plak I salahkan mereka mereka tu datang jalan TAR sebab diorang pun nak shopping. Tapi as what I know (biasalah buat research tak habis), Negara kita bagi free vaksin untuk elak blab la bla segala penyakit and they are not. so memang kita takkan terjangkit. tapi janganlah mencabar dengan mengexposekan diri kepada penyakit2 ni kan.

Budak-budak tu berpeluh-peluh and dah meragam sikit2 yela dah la panas, bising, bau macam-macam. Ape tak pikir ke mak bapak diorang ni? I yang tengok ni pun jadi sedih terkenang sophea back at home. Come on people, you must be cleverer than this. Dah hujan plak masa tu. Sayu sangat hati. I dengan suami yang dah tua Bangka ni boleh rasa kepenatan tu, apatah lagi budak yang sepatutnya, malam-malam camtu tidur sedap-sedap kat rumah ready for hari raya esoknye.

Dah, jangan bagi alas an anak takde orang jaga. Siang pun korang boleh pergi. Apsal malam jugak yang nak dibawa? Kalau suruh suami je pergi beli kalau dah terdesak sangat, mak nye duk la umah jaga anak. Ini tak, kan?? Nak fulfill sangat nafsu shopping korang tu keselamatan anak tak di prioritize kan. Haihh la…
So anyway, masa kitorang sampai tu lebih kurang 11malam. Tapi orang ramai gila babeng and it was very hard to walk normally. Semua jalan macam penguin setapak setapak. Penat gila tapi sebab nak rasa kemeriahannya sangat, ha amek kau. Hahaha but it was fun, kalau tak, taklah setiap tahun kitorang dengan sengaja datang. Hahaha….

Apa yang ada eh kat jalan TAR malam raya?

NOTHING!!hahaha sabotaj nye la statement. Ada, macam2 ada. Tapi tak boleh nak Nampak apa yang ada sebab kita sebok tengok orang berjalan and we were even in the line, so dia macam passed by je kedai2 tu. Macam biasalah, jual baju kurung, baju melayu, sampan, songkok, capal, tudung, telekung etc etc.

That night, encik husband bought his sampin. Turquoise. Cantek weh dengan harga rm20. (ye, sila hentak kepala laju-laju). Kalau nak ikutkan hati I, I nak je suruh dia pakai sampan tenunan Terengganu yang harga riban-riban tu, tapi I dah tau lepas ni beli yang rm10 ke rm20 je cukup, sebab sehari je encik husband pakai (setengah hari kalau nak ikotkan) lebih pada tu dah campak ke mana.

I sebenarnya ada “a thing” dengan lelaki yang pakai sampan and full attire baju melayu untuk occasion orang kawin, nikah ke bertunang ke, and majlis2 formal. Sexy tau. Sangat. *mata bersinar2*

First kedai yang kitorang pergi dia jual sampin yang sama dengan harga rm120. Mak aih…mahal gila! Jalanlah lagi, and jumpa a few kedai yang harga rm70. “okay, reasonable “ encik husband cakap. Jalan lah lagi kitorang. Sekalai jumpa kedai jual rm40. Eh, ni macam lagi bagus. Encik husband suh jalan lagi padahal I dah marah-marah cakap beli jela, nanti tak jumpe the same exact sampin. Takde dia kisah pun.

Jalan lagi jumpa rm30. Tapi sampin yang kitorang nak mula-mula tadi takde. Sedih dah la sebab tak ingat kedai mana yang jual sampin turquoise tu. I told encik husband to just grab sampin yang colour dia lebih kurang baju melayu dia. Sekali Nampak la satu kedai longgok2 abang ni longgokkan sampin.

RM20.

Korek-korek sikit jumpa!!! Same kaler, same pattern!!

Bahahaha…..puas hati!

Encik husband tu bukan kisah sangat sebab dia kate kalau takde sampin die pakai je sampin nikah putih yang I belikan dulu kat butik songket tu. Tapi saje macam I cakap nak rasa kemeriahan jalan TAR.
Tips: kalau korang jenis kaki jalan, survey la the whole jalan before decided to buy. If not, Tanya dua tiga kedai je cukup dah sebab malam raya selalunya tak jauh beza pricing dia.

Malam tu encik husband belanje keropok lekor dengan 100plus. Kitorang share. Tiba-tiba rasa macam sweet je macam zaman bercinta dulu. Jalan pegang tangan, gelak-gelak. Dah lama tak rasa macam tu since I pregnant haritu.

Encik husband pun agaknye rasa bibit2 cinta (wahhh gelabah gila ayat!), sebab kemain protective nye la dia dengan i. make sure I don’t slip, trip, or push around sebab ramai gila orang kot. Pastu time jalan ramai-ramai tu la rasa romantic sebab encik husband jalan rapat2 belakang I, and siap main peluk-peluk. Hahahah….mengader gila. Ala….xpela…sekali sekala. Terus rasa macam ada electric shock.

Balik penat and basah. Terus mandi and tidur. Heee….

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com