Pages

Thursday, January 3, 2013

The Super Gelabah Husband

i baru turun bawah lepas punch in tadi, ingat nak withdraw some cash, sekali bank boleh plak sebok nak masukkan cash dalam ATM etc etc. macam tak boleh buat malam tadi kan....ehhh??hahaha....yela time-time i tetiba takde cash ni dia pun sebok nak isi cash jugak. i ni jarang la sangat withdraw, sama ada shopping online, pakai kredit kad, or duit jajan husband bagi atau i withdraw sekali banyak. so ade jela duit tu. setakat RM50 tu wujud la jugak. -_____- tapi ni bila takde ni, memang merasa sangat.

tapi semalam sebab kempunan corn cup tapi rm3.00 pun takde dalam purse. haritu husband janji nak belikan. so when we went to e@curve, we had our lunch kat Subway, depan tu kan ada Daily Fresh, so husband cakap nanti dia nak belikan jagung. abes agak-agaklah kalau dah makan Subway, ada space lagi ke nak makan jagung? we spent almost 2hours there, makan and read our books. dalam 10minit je baca, lepas tu tangan i kan tak boleh nak duduk diam, jap lagi pegang husband kat sini, pegang situ. encik husband jeling-jeling jer. i buat la lagi perangai macam tu.

husband, sambil mata tak gerak dari buku Spooky Tales dia tu, cakap "sayang ni tak boleh tengok i senang kan?ada je nak kacau kan?"

yes yes!!berjaya. amarah dia dah muncul tiba.

"sekejap sayang. sikit je lagi nak habis ni...nanti i get back to u k..."

i pun diam la, kang dia hempuk i dengan buku dia tu kang acanerr. tak merajuk pun but i continue baca buku marriage i tu. tiba-tiba dapat free kiss kat pipi dari encik husband. terus gigih baca laju-laju tapi dengan yakin nye la satu hapa pun tak masuk sebab lepas kena kiss tu rasa diawang-awangan jer....hahahaha....

lepas buku dah habis baca, kitorang dengan yakin terus keluar Subway, tanpa teringat pun nak beli corn. sobs..sobs...

***

so semalam, lepas i turun train, ada orang jual corn in cup. bau semerbak harum bunga kasturi. tapi tau dalam purse RM3.00 pun takde, i curik bau jela. sedih kan?? BBM mengadu kat encik husband, terus dia reply, "siannye sayang. nak i transfer duit??". *mata keluar bintang*

hahaha....masalahnya bukan duit takde. duit tu takde dalam purse, dalam bank ada. hahaha....kalau dia transfer masa tu pun bukan i boleh withdraw pun. hai la encik husband...gelabah tak tentu pasal... hikhik....

=)

balik tu mama masak sedap gila. ada sambal sotong, ada kerang rebus, ada sambal tempoyak, ada sayur sawi putih, ada sambal kicap super pedas. oh heaven sangat menumpang rumah mama sendiri. captured gambar, BBM kat encik husband.

Him: "woi...ni makan besar ni sayang...."
Me: "makanan kampung jer....i makan dulu k..."
Him: "ok sayang...enjoy your dinner.... *love*"

omnomnomnom.....

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com