Pages

Wednesday, January 23, 2013

Palitan Cinta...haha!

wah, lama tak update. kikiki....lupa daratan. camne la nak gigih buat diari macam ni, kalau benda simple macam ni pun tak boleh nak update??

so anyway, last week encik husband balik kan, so i masak nasi ayam special je untuk dia. apa poyo sangat nak letak special, yela special sebab sos dia tite buat sendiri..olololo...mengada!!orang lain pun buat sendiri la cik kak! tak kisahlah.

malam jumaat tu tinggal i berdua dengan mama, so mama ajak pergi basuh rambut, i pun join la sekaki dengan tak malunya. best woo!dah lama tak pergi saloon sebab encik husband memang suka i messy2 (serabut/selekeh/serabai) depan dia, sexy katanya. sexy tang maa pun i tak berapa nak faham. -_________- again, dah dia tu encik suami, dengar jela cakap dia. lagi-lagi kalau i buat sanggul nenek kebayan tak cukup sifat, punya la suka.

"rambut stewardess...." katanya.

i balik rumah pagi sabtu, ingatkan encik husband balik awal, pukul 8.30 malam baru sampai rumah. gila sedih. 10 sets Sudoku dah i buat, tak sampai-sampai jugak. i dah siap mimpi indah dulu sebelum dia balik. tau-tau ada orang pelok kita kat katil. nasib i tak bagi backhand kat dia. hahaha...

sedap plak ada orang pelok kita time tidur kan??awwww....

dah siap-siap makan, singgah rumah MIL kejap. balik rumah tu, kitorang tengok TV, makan homemade aiskrim, tau-tau encik husband dah tertido atas peha. wahh kemain kau. bontot i dah senak, bukan apa, bontot i takde isi, so bila kena timpa tak gerak-gerak macam tu memang perit. tapi memang tak sampai hati nak kejut dia. so i, little by little baring ke tepi without moving my leg. memang isteri mithali sangat. -_______-

bila i pandang encik husband, sejuk je tengok muka dia. pastu i pandang tepi encik husband, stick aiskrim yang dia dah makan tu dia letak je atas slipper i. perghhhh.....atas slipper okay, hangen je i tengok!!boleh dia letak situ??kot bersemut slipper i nanti, i campak je slipper dia keluar rumah.

-_________-

pagi ahad before dia balik tu, i masak nasi goreng cina. beliau tu memang fobia sangat i masak nasi goreng. sebab masa mula-mula kahwin tu, i masak nasi goreng guna cili kering tumbuk. so cili tu tak hancur habis. kahkahkah!! dah mcam nasi makan dengan cili kering jer. i pun boleh tahan bodoh jugak masak macam tu.

encik husband dah sound awal-awal taknak pedas. prfttt....so i masak la nasi goreng cina. i letak yang mix vege tu, siapla dengan kacang peas. itupun dia complaint. i menjawab dengan kadar kepanasan hati yang minimum, "u taknak makan tolak tepi jelah sayang kacang tu...". lepas dah siap masak tu, i tengok senyap je dia makan, siap tambah dua kali. kacang peas tu pun hilang dari pinggan dia.

sama ada dia makan kacang peas tu sebab dia takut i marah, or dia memang makan sebab sedap sangat.

well, dia kata sedap sangat!! tapi i doubt la. sebab dia tahu i tengah panas hati sikit. kihkihkih....

ahad tu by 3.00pm i dah hantar dia balik. oh oh, encik super-organized kita aka encik husband, telah tertinggalkan seluar kerja dia and luckily kat rumah MIL ada seluar dia time belajar universiti dulu tapi super ketat dan senteng. i nak gelak tapi serious tak baik tau. encik husband memang dah bengang habis la sebab dia tahu salah dia, and dia tak boleh nak marah i. i senyap jela sambil mata redup memandang beliau...tapi dalam hati, "ala....kesiannye la dia..." *evil laugh* hahahaha....

bila encik husband dah sampai kat kem training dia, dia kata baju koprat yang dia pakai tu ada bau and kesan make-up i. ha ha ha...tu lah, siapa suh pelok ciom like there's no tomorrow kannn....hikhik!!

Friday, January 18, 2013

Isteri Mintak Duit Suami

salam.

dengan tak malunya, for the first time ever (eh?yeke? , dengan keadaan yang memaksa dan muka tak berapa nak nipis (tak malu), i dengan gigihnya BBMed encik husband, sebab nak mintak duit belanja. hahahaha...heyypppp, jangan gelak!! tak baik tau gelakkan orang dalam kesusahan seperti kita. heee...

sebetulnya selalu encik husband balik, dia memang akan bagi duit jajan kat i, cukuplah barang seminggu dua buat i beli makan-makan omnomnom sedap-sedap. tapi bulan ni salary lambat and i don't have enough money to makan omnomnomnom sedap, so i have to find any other source of income, so tadaaaaaaaaa......encik husband!! i assumed dia terlupa nak bagi duit jajan kat i last week, ataupun since dia akan balik this week, dia nak bagi i la kot sebab next week dua minggu dia tak balik.

entah. i pun dah confuse dengan carta aliran modul training dia. walaupun dia bersungguh-sungguh suruh i save jadual in which i memang saved, dia cakap, "nanti u tau la i kat mana and buat apa...". macam la i bother sangat u nak buat apa sayang kannn...

*cepat-cepat tengok jadual modul*

so anyway, encik husband bagi duit jajan double the amount yang selalu dia bagi, tiba-tiba i rasa bersalah. so i BBMed dia subuh tadi, kenapa dia bagi duit banyak-banyak. i cakap i nak sikit je sementara tunggu salary i masuk. haruslah dia replied, "takpelah sayang....bukan untuk siapa, untuk wife saya jugak..."

wahhh....kemain wife sekarang. mintak duit macam mintak duit perlindungan ah long jer kan. main BBM je sekarang. ha ha ha!!*evil laugh*

pagi tadi konon rasa bersalah la sebab dapat duit jajan banyak sangat. perasaan bersalah tu hilang sekejapan je sebab lunch semalam dah melantak sizzling yee me dengan tau fu fa uncle omnomnomnom sedap. habislah dalam RM10. tapi memang puas lah..heee... murah RM10??i selalu lunch RM5.00 jer. bila gaji masuk je baru makan kat Secret Recipe. hahahaha....

thank you encik husband. tahukah anda, sebutir nasi yang kita makan guna duit suami tu lah pahala encik suami dapat. banyak kan?? #fact
kesimpulannya, siapa bagi isteri makan sampai gemuk, pahala dia (suami) banyak sangat...=)

tapi weekend ni encik husband balik, since dia dah bagi duit berlebih, i ingat nak masak sedap, tapi dia pulak tak berapa nak sihat.

menu pilihan (whatdehek ada menu pilihan...hahaha):
1. kari ayam with kentang
2. kerabu kacang botol (ini ibu nandong mengidam. mengidam pun masak sendiri jew pewn...takdew pewn suwoh suwami belieww kann...*pening*)
3. sambal belacan
4. bubur nasi empuk
5. ikan bilis goreng garing
6. bawang and cili kicap
7. telur masin and 100 year old egg
8. kuey teow goreng

omnomnomnom sedap kan??

tapi haruslah diketahui yang i have an antenal check up on monday, maka tidak bolehlah sewenang-wenangnya untuk makan sedap sebab tetiba check glucose melampau. ha bahayakan?? jadi marilah kita puasa dan minum air masak berdoyon-doyon.

oh oh, sebelum end up conversation pagi semalam atas sebab rasa bersalah tu, encik husband BBMed i,

" takpelah sayang lebih sikit, nanti u belanja i ikan 3 rasa k?"

-____________________________- 


oh by the way, tak salah pun puan wife mintak duit kat suami. tu suami kita. lagipun kalau encik husband reluctant nak bagi duit, cakap la dengan nada manja,

"u bagi i duit ni kan sayang...u dapat pahala tau..."



Wednesday, January 16, 2013

A Thought

hari ni memang not so in a good mood. my bottle of obimin pills hilang. err...not hilang, sort of misplaced. luckily i have another check-up this monday, so boleh request kat doctor. and luckily i bought my daily vitamins pills from Provite (i know it's not enough but hopefully by the food that i eat, baby pie will have enough nutrients).

pagi tadi gaduh dengan encik husband. i asked him whether he did see my pills, and yet ke asked me back, "mane??". apakah?? kalau i tau kat mana botol pil tu, takde la i tanye kat dia. but again, i was not in my good mood pagi ni, and selalunya i don't mind if he asking me a silly question pun, tapi dah namanya bad mood, cakap je apa memang kena cantas je la.

sian sayang i. =)

***

baby pie is kicking rapidly now a days. and i am happy about that! dulu kalau i letak tangan, i cannot feel the kicking and pushing. but now, letak tangan pun dah boleh rasa sikit-sikit. ahhh..it is really a great feeling kan?? alhamdulilah sangat....i tak tau nak cakap apa, i just feel so blessed.

kadang-kadang kita tak tahu Allah dah tuliskan jalan hidup kita macam ni. and up until now, i can't believe that encik husband chose me to be his wife. and since i love him so dearly dari mula kitorang kawan, i might be the happiest person when he proposed me. =)

and now, kitorang dah kahwin, ada rumah, ada kereta, ada kerja, ada great families, and now we have baby pie. Allah.....semua ni tak mampu i nak terima, although i taknak Tuhan amik semua yang dah i ada sekarang. just give me more time to feel all the love surrounds me..

encik husband lagi la bertambah manja dengan i. well, it is not about manja, is about the feeling that he (wants to)  depend on me. rasa seronok kan kalau kita tahu ada orang yang sangat mengharapkan kita, rasa macam kita ni boleh diharapkan. kalau dulu masa bercinta, he couldn't be bother dengan i, merajuk ke, lapar ke, nak ajak dating ke, dia tak herannya. dulu i rasa i yang terhegeh-hegeh kat dia. hik!!

but now things work differently. semua jadi lain, semua jadi sgt lain.i happy sangat tapi at the same time i takut. takut semua ni hilang dari i. takut sangat. but i guess ini semua pinjaman Allah kat kita kan. kita kena bersyukur dan redha dengan qada' dan qadar.

but for the time being, let me enjoy everything i have right now. =)

Tuesday, January 15, 2013

Count on Family

encik husband BBMed me, that he's not feeling so well. so i pushed him to go to a clinic for a check-up, instead of buying some medicine without the prescription of a doctor. bukan i tak percaya dengan pharmacist, but living far away from home and at places that you don't familiar with, jangan amik risiko la.

so off he went. too bad that it was not his lucky night, dia entered clinic khas untuk beauty. dah la tunggu lama almost 1 hour, and he had to paid almost RM300 untuk ubat. and that's too much! after a few discussion dengan kawan, he only paid for the consultation fee which was RM25.

so end up no ubat, wasting time, and unconcern friends.

maybe boys are not like girls. your brotherhood tak sama dengan sisterhood kitorang. we are there for each other. for example, kalau pergi makan, we always discuss and everyone must agreed to eat at one place, takde sorang nak ke sana, and sorang nak ke sini. and we always care for each other.

while encik husband spent most of the time waiting, his friends went out and left him, to have dinner. well, kalau i pun, akan trying to find a place to sit or at least for a drink sebab lama sangat. but i will ask my friend whether dia nak join makan or i tapaukan je since kawan i kena tunggu lama untuk jumpa doctor. tapi kawan dia tak, and just isi perut sendiri.

-__________- that is so selfish and so sad. but i tak salahkan kawan dia pun, it is just a simple courtesy.

and how can you be so pushy kalau kawan you is trying to see the doctor? you ingat nak jumpa doctor tak kisahlah klinik kerajaan or swasta, senang-senang je macam tu ke? kena tunggu, kena queue. tapi i tak salahkan kawan dia pun, it is just a simple common sense.

anyway, i thought encik husband went there by himself, driving his own car, but i was wrong. dia tumpang kawan dia. and the best part was, they all went for an entertainment that night instead of going home, kata kawan sakit kan? well again, i tak salahkan kawan dia, it is just a simple common sense.

so i BBMed encik husband, sebab masa on the phone, he was a bit stress, cakap dengan nada tinggi dengan i, and i pun ada rasa nak marah dia dengan cara dia cakap dengan i, but thinking that he was not in his good health, i buat bodoh jela,

" sayang...are u okay there??"

"i'm okay...sayang ada...=)"

ah, mengader giler. dia a lil bit stressed out sebab salah klinik, tunggu lama, kawan pushy, no dinner for him, and instead of going home, kena layan kawan-kawan dia nak berjimba. but again itulah, bila kita minoriti following the majority, jadi macam ni la. so kena banyak bersabar je la kan.

" i wish you are here sayang...you will sooth me, you will treat me good....i miss you..."

kata dia. buat i rasa sedih sebab i tak mampu nak buat apa-apa kat dia except for calming words. so i said,

" tak semua orang sama sayang. kita je terlebih concern dengan orang. people will never care about us.."

"yes la bb. i pun terfikir macam tu. selalu pun jadi macam tu, kan?"

i faham maksud dia. contohnya, we let the car pass us through (potong queue), we let people in before we left out the door. etc etc. which we actually don't mind doing good things to other people. i said to him,

" sebab family kita ajar yang baik-baik. buat baik dengan orang walaupun orang buat jahat kat kita. i hope anak-anak kita macam kita jugak sayang, kan?"

"e'erm...we shared the same values, same thoughts, and same beliefs..."

"and that makes me love you even more syg...."

tapi itulah. akhirnya i tau, bila kita susah only orang yang sayang kita and family kita SAHAJA yang akan ada dengan kita, especially masa susah. dan isteri dan suami yang baik, akan sentiasa sama-sama menempuh dugaan. bukan i nak cakap kawan tak bagus, ada orang yang lucky enough, kawan lagi baik dari family, tapi sikit jela, tak ramai.

dari dulu sampai sekarang, memang prinsip itu yang i pegang. biar orang buatajahat dengan kita, tapi kita buat baik je dengan orang tu. Tuhan Maha Adil, biar Dia yang jalankan tugas dia,

and as a friend, tak salah kalai kita cuba memahami situasi yang berlaku. kita mungkin tak comfortable and tak suka demham situasi tu. tapi cuba letakkan diri kita kat tempat dia, maybe kita akan rasa yang sama?






My Rudolph

my mother in law (MIL) excited belikan tilam baru untuk anak dia dan wife anak dia. oh well, encik husband cakap, MIL belikan untuk i, sebab dia kesian tengok i tidur kat lantai (atas comforter or i make encik husband bawak turun tilam ke lantai), of course la sakit pingggang kan, lagi-lagi ibu nandong. heh.

my MIL siap belikan tilam VONO lagi. wahahahaha.....kitorang pun pakai King Koil je, both mamas belikan VONO untuk menantu masing-masing. prfttt....manje but tu la kan, rezeki. alhamdulilah je la.

masa encik husband balik last week tu, dia ada very small jerawat on the tip of his nose, making him cuter than before. so when i first met him after so long, tau i cakap apa kat dia??

"hye Rudolph!!! =)"

hahahaha.....cute sangat sampai kena panggil rudolp. so i kissed him on the tip of his nose and wish him to get well soon. mengada sangat sampai nak kena wish segala kan. prfttt....

oh, rudolph tu is known as the red nose reindeer. panggil dia red nose sebab obviously on the tip of its nose ada merah, or hidung dia memang merah. cute angat!!



ha ni la rudolph, the red nose reindeer. cute kan??yang kanan tu tau. heee...

i dulu masa kecik-kecik memang dibesarkan dengan cerita-cerita macam ni. encik husband blur blur bila i cakap dia rudolph.... -________-  so masa kitorang golek-golek kat katil sambil dia sebok nak kacau-kacau i, i showed him the rudolph's pic using phone. dia diam jer pastu gelak-gelak. mesti dalam hati dia, dia rasa rupa dia dah sama dengan rudolph tu. ahahahaha....

so up until now, i will called him up by using rudolph. tak sopan langsung samakan suami dengan rusa. tapi kalau rusa tu comel, it's okay kan??ahahahaha....

lepas dia sampai training centre dia yang jauh 250km lebih kurang, he BBMed me,

"i happy sangat u jd wife i..."

"i couldn't ask for more..."

"tq b for being such a lovely wife..."

masa ni i dah dub dab dub dab. nervous plak campur malu. bukan apa, i rasa what i gave to him to sikit jer, maybe that small something yang dia nampak kan. mana kita tahu, hati dan perasaan orang kat kita. tak semestinya apa yang kita buat semua orang suka kan?? =)

tapi i rasa bersyukur sangat, that at least yang that small something i did for him, dia nampak, rasa, dan hargai. susah kan nak jadi seorang isteri yang di kasihi?? banyak benda nak kena jaga, dan banyak benda nak kena buat.

so i replied to him,

" i happy sangat jadi wife u..."



Monday, January 14, 2013

When Husband Back Home

oh kan hari tu almost nak masuk 2 weeks++ encik husband tak balik, baliklah juga beliau. i thought of going back hari jumaat, tapi ayah and mama ajak dinner luar. so we had octopus sushi, each a cup, and burger ramly- super fantastic. so oleh kerana kepenatan ibu menandong ini, maka i went back home aroun 8.30am hari sabtu la, the same day encik husband balik.

sampai rumah around 9.30am sebab singgah mini market beli roti, sardin and a few others untuk masak. sampai rumah, the first thing i did was to bukak all doors and windows available seluas alam terbentang. my family dah biasa bukak pintu and tingkap seluas alam pagi-pagi around 7.30am, mama kata murah rezeki nak masuk. hikhik...comel jer. so the habit dah ada dalam badan so memang i buat and i rasa selesa because our house is/feel airy.

then sapu rumah, mop, masukkan pinggan dalam kabinet and all. tukar cadar katil dengan sarung bantal, and burn the aromatheraphy oil, biar bila suami masuk rumah sedap je bau-bauan. did all wives do this?? yang kita nak rumah kita sentiasa on top condition bila suami ada kat rumah. i selalu nak biar dia ada macam perception yang baik terhadap i. yang i can take a good care of the house when he's not around, and that i can prepare for him the most comfortable place for him, us to stay. =)

then start masak. menu as requested, ikan keli goreng bercili, kobis masak lemak, and i buat popia goreng. he arrived quite early dalam 2.30pm, and i just had my bath. nasib baik i dah siap then baru dengar orang bagi salam, if not i mesti terkejut kalau tiba-tiba nampak dia.

and it was an awkward moment for me. jumpa dia after so long. had a few hugs and kisses, still i rasa macam tak percaya that he was home. after settle barang-barang semua, then only my mind and heart boleh terima kehadiran dia. and tiba-tiba dia bisik kat i masa kat dapur,

"sayangg....kita lapar sangat..."

hahaha....see how weird was my husband?? kerja dia memang cari i untuk isikan perut dia. goreng a few spring rolls panaskan lauk, and hidang kan. he ate a lot. dia cakap semua sedap and tambah dua kali means he loves my cook (and it is edible). hahahaha!!!

lepas makan, we watched 3 idiots on TV3 but can't finish sebab perut memasing kan dah penuh, so kitorang masuk bilik, and had a good evening sleep. hahaha.....tau-tau nak dekat pukul 6pm bangun. still we decided not to get up from bed. so i suggest to play sudoku instead.

me and him, make a perfect team to finish Sudoku (yeah...it was the 'easy' one) gracefully. and both of us gelak as we thought our baby pie will have an intelligent IQ with great skill in solving problems (konon ikot papa and mama dia la). ahahah....angan tak hengat!

then we had dinner, repeat balik lauk, and off to my MIL sebab encik husband nak kena bawak kereta to his training centre. my MIL sangat-sangat cool sebab dia belikan I tilam baru, VONO okay. merasa la i tido tilam riban. hikhik... had a long borak dengan MIL sambil makan rambai, duku and plum. lama tak borak macam tu...=)

around 12am kitorang balik, and we drove separate cars. encik husband followed behind. and i felt secured. takut jugak kan drive malam-malam.

malam tu first night we were sleeping together after so long (2 weeks++ is already long for me..=D). and the first time ever that he hugged me tightly while sleeping, and we were in that position sampai la ke pagi. see how lena we were?? and being in his arms is the ultimate.

we just missed each other so much that being apart for a few minutes je pun, we already shouted and calling each other names, especially him..


"sayanggg.....sayang kat mane.....!!"


as if we were living in a castle. T_T

Bedsheet Baru!

oh yes. akhirnya dapat membeli bedsheet tak berapa nak idaman kalbu sebab tujuan nak beli yang dye plain bedsheet tapi dapat a lil bit corak stripes but it was a good bargain. brand Akemi RM399 less 50%, sounds expensive (to me!) but it was 750 thread counts (TC), weehooo!! (kalau dapat yang 1000 TC kan lagi best..) the material jacquard cotton sateen...=)

as what i learned, lagi banyak TC, lagi rapat jahitan means kalau kita stretch kan bedsheet tu takdelah jarang kain dia, so that was the main reason i bought it. tak banyak colours yang ada untuk Queen/ Double size, tapi untuk King size perghhhh cantik-cantik colour dia, terus rasa nak pujuk encik husband beli King size bed, but king size bed lagi mahal bedding set dia so adalah tak payah.

nak beli Jean Perry. yang sale TC kurang tapi harga mahal rm20-rm30 dari Akemi. so again, it was a good bargain. tapi brand Windshire tu bapak mahal. -______- oh yang i beli just dapat fitted bedsheet, 2 pillowcase and 1 bolster case. tanya jugak budak tu siap dengan duvet, sekali dia kata paling murah pun dalam rm250++ and plus yang dye plain takde. hrm...tak payah la kalau macam tu.

so ini first time beli branded bedsheet yang super mahal, but i hope it worth the price. kaler putih ada, and mestilah super cantik tapi...ehehehe...tak payah la, nanti kena cuci selalu...ingat malam nak cari pillowcase putih la, or dark grey, or black. sebab dia bagi dua je pillowcase with the same colour of the bedsheet, so kena la penambahan pillowcase cover.

although, encik husband tidur pakai satu bantal je. ohemgee sangat, dah macam orang dulu-dulu. memang bantal dia bertebaran ke lantai k everytime nak kemas katil. masalah. hikhikhik...

so this week saturday encik husband balik, boleh la rasmikan cadar baru!! =)

Friday, January 11, 2013

Make Up Punya Cerita

you know, for 8 years me with encik husband, dari jadi kawan, couple, fiance and now, a wife to him, selama 8 years tu jugaklah i never go out with him without my makeup. why?simply because we girls, we love nice things, beautiful things, and things that boost up our confidence. right?? when we wear baju yang cantik, or tudung yang cantik, or we go to a saloon, we did our makeup (for those who loves it) etc etc kita akan rasa lebih confident (sebab kita rasa lebih cantik).

alright. so sekarang put it in your mind, that this writer LOVES makeup (and nice things).

but.....

apparently her husband not so into the makeup (and trends). prfttt...

selama i jadi wife dia, boleh kira la berapa kali dia IZINKAN i keluar dengan dia with my makeup ON. and boleh kira banyak kali jugaklah i bergaduh dengan dia. ahahaha....erghh, stress!! but mostly i ended up listening to him (taknaklah tambah dosa kann...) but most of the time jugak la i put my makeup on.

and that's why i suka siap dalam toilet (with the wetness of the bathroom...euww). nak taknak terpaksa jugaklah kan. sebab you know what, if he sees me trying to put some (baca situ k...SOME je), he will asked,

"kenapa make up sayang?"

dengan muka buat-buat confius . and jatuh bergolek la segala keyakinan i untuk nampak cantik di depan suami i. walaupun itu semua adalah imaginasi i semata-mata (rasa cantik) sebab dia cakap i lagi nampak cantik WITHOUT the makeup.prftt..

siapa cantik without makeup?? ahahaha.... its not about natural beauty sayang, it's about how a very small thing can boost up our confidence. as simple as that.

tapi kadang-kadang kalau i balik wedding ke (yang encik husband tak ikot) and selalunya i kalau dengan kawan bergaya sakan termasuk makeup, bila dia kat rumah i balik and dia peluk i, dia cakap, "cantik-cantik ni awak dari mana??". haaa....nampak tak ke konfiusan kita di situ. -_____-

bukan setakat makeup je, my style of clothing pun dia jadikan isu jugak. he LOVES it when i put on my t-shirt and jeans and pump shoes, and that's it. BOLEH?? ohemgee sangat sayang, orang pakai t-shirt pergi pasar beli ayam timbang je sayang. hahaha....eh, ter-exaggerate plak. but it's true people. kalau i pakai macam tu kemain la suka.

i'm not sure dia memang suka i macam ni (for me: selekeh and tak siap), or dia nak sabotaj hidup i. ahahaha....

so, talking about maxi dress, what's that??? talking about pallazo pants, what??? talking about chiffon tops, ehh ape tu??? talking about peplum, euwwww...... high heels and wedges? absolutely NO.

nampak tak how bad is my condition??

bukanlah i nak merungut, tapi bila i tengok youtube tengok makeup tutorial, i jadi macam, alahai cantiknyerr.... nak jugak nak jugak!!heee... i rasa dah lama i tak cantik-cantik. eh, boleh?? ahahaha....

but that is what life suppose to be. dah tau kan, kita cantik untuk suami SAHAJA. so apa yang suami suka, itulah kita buat. and i buat jugak kehendak encik husband, tapi kadang-kadang datang amarah super saiya dragon ball i, i belasah buat tak dengar jer.so lepas ni, i nak cantik-cantik ikot spesifikasi suami i jela nampak gayanya (baca:pasrah). itu lebih diredhai, dan disayangi suami. tapi i nak makeup jugak. tak kire!

untungla isteri yang suami siap belikan barang makeup suh cantik-cantik bila keluar dating. i iz jeles..... T_T

Bed Sheet Turns Sweet...heee!

hari tu when mama came to our house, i let her and ayah to sleep in our bedroom. sebab ada aircond and katil, so kesian lah orang tua datang but have to sleep atas comforter. oh yes, we still didn't buy any furniture for the other two bedrooms.

but soon we will!!sebab baby pie is coming along, so he need his own bedroom, right papa??he cannot be sleeping with us, sebab....ermmm....tak sopan??ahahaha....alasan mama nak bercinta dengan papa. kikikiki...

so anyway, mama said the room was nice, yelah tido atas tilam mahal plus with the aircond just above your head, mau tak best. but the only thing yang tak best is the cadar katil. she said it was 'berbulu'.

you know, when you had this kind of cheap cotton, the cotton strands started to bersatu and grumple so jadi macam berbulu-bulu la. so it doesn't feel good on the skin. mama cakap kesian husband awak balik tidur atas katil bulu-bulu.

so i BBmed encik husband and asked him,

"sayang...nanti awak balik esok kita pergi Parkson k cari cadar yang elok sikit. 
mama kata kesian awak balik sekali sekali kena tidur atas cadar berbulu.."

but since he IS very kind at heart and that he IS so sweet now a days (thanks for the pregnancy!), he just keep my heart melt and excited on waiting for his replied.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"i'm okay je sayang....asalkan sayang ada kat katil tu.."





Thursday, January 10, 2013

Second Trimester : 20weeks

rasa macam nak buat progression untuk baby pie la. at least nanti dia dah besar, dia tanya pengalaman mama dia mengandungkan dia, i boleh la rujuk balik blog i ni. entah masa tu ada ke tak blog ni, hahaha.....tak kisahla kan.

dah masuk 20weeks ni, you moved quite a lot, baby pie. although mama don't feel so comfortable especially tang perut, asyik rasa tegang jer, but mama was quite happy that you grow so well inside me. and that you already know how to swim, impressived! unlike your papa, tunggu mama ajar dia swim freestyle, baru la nak pandai. if not, asyik dengan berenang katak dia je..hikhik!!

macam pagi tadi, lepas mama sembahyang subuh and baca Quran, you tegang-tegangkan perut mama. sakit a bit but i think you tengah sujud, tapi i know la baby kalau sujud tonggeng je lebih, padahal sujud lutut kena kat lantai, tapi baby lutut pun tak bend. hikhik...

cerita pasal baby pie asyik buat mama nak run to the toilet jer pun dah takde, unless mama drinks a lot of water, haruslah kan. as what i read, nak masuk second trimester, the baby dah tak lean so much kat bladder mama, so the urgency tu kurang la kot. but still i have to wake up in the middle of the night untuk weewee.

mama pun dah start sakit pinggang. sikit je and i still can bear it. kira masa mula-mula pregnant dulu, takde pun rasa macam ni, cuma sekarang mama rasa kalau dapat stretch kan pinggang, sedap la. sebab tu this week mama tak sabar tunggu papa awak balik, nak suruh dia urut kan pinggang macam selalu dia buat sebelum we go to sleep.

other than that you are doing okay.

oh, and one more, mama thought that with you inside, mama can't go for a diet program, means no carbo, but i did it!dah dua hari i left the rice....so mama eat something else that can give us energy and nutrients. so far mama doing well, only your papa risau lebih.

"makan sayang...please...makan for baby pie...."

your papa is so not cool. if he keeps telling me that, i swear i'm gonna order dominos pizza everyday at every night. and when i turn out like a whale, i would turn to him, and say this,

"thank you sayang, for making this world a heaven to me..." sambil makan pizza lagi.



Wednesday, January 9, 2013

Isu Kalimah Allah

Semalam, one of my office mate SMSed me,


"Dear, apa maksud kalimah Allah??"

i was stunned. i don't know how to answer. it almost took me 30minutes just to think about the correct words to make up a good sentence. i ni sangatlah cetek ilmu agama, tak layak langsung nak jawab. and well, obviously my friend is not a Muslim. masa tu i tengah makan, so i baca message tu banyak kali, sambil fikir nak jawab apa. lepas basuh tangan, i took a moment to sit down, still starring at my phone.

"nak jawab macam mana ni?"

i taknak cara i jawab tu macam offended to her. tapi bila i fikir, isu agama lain dengan agama islam ni tak pernah berakhir. jarang (boleh kata tak pernah) i dengar ada konflik antara agama hindu dengan buddha ke, atau agama kristian dengan agama hindu ke. tapi bila agama lain dengan agama islam, memang kuat halangan dan ancaman kepada agama Islam tu.

contohnya, takde plak agama yahudi tu nak perang dengan agama kristian dekat Rome tu. nak juga dia sembur afghanistan tu.sebab apa? sebab agama islam kan? boleh fikir tak?

kita semua kan sedia maklum, agama Islam itu agama yang benar. jadi syaitan memang dah janji akan menyesatkan anak adam ( orang Islam) sehingga ke hari kiamat. itu janji syaitan pada Allah. semua orang islam pun tau.

i tau my office mate tu tengah tengok buletin utama la tu, sebab masa i tengah makan tu, i watched the same show. so i replied,

"kalimah Allah means nama Allah, orang kristian nak guna nama Allah dalam bible. cuma orang Islam rasa tak sesuai guna nama Allah dalam bible, sebab takut budak-budak yang tak alim confuse mana satu kristian, mana satu Islam."

"oh..ok. tq"

"esok belanja jambu. penat i jawab ni...hahaha!"

"okay madam. =)"

just to make the conversation light and easy and not so stress. kitorang kat office guna terms tak alim untuk merujuk kepada orang yang bertudung tapi perangai buruk, dan orang yang tak bertudung tapi perangai baik.

kat office i ni ada seorang staff pakai tudung, anak imam. tapi mengutuk orang nauzubillah. and cakap ikot suka tekak mak ayah dia. so yang office mate i yang lain selalu compare i dengan budak bertudung ni. diorang kata walaupun you tak bertudung, tapi hati baik. tak macam budak bertudung tu. betullah bila orang cakap iman itu tak diwarisi.

but i told them, i still berdosa sebab tak pakai tudung, cuma i dapat pahala (insyaallah) sebab bersangka baik. dia tu bertudung, tapi hati busuk, dia dapat dosa bila mengutuk orang je, tapi pakai tudung dapat pahala.

so i cakap la i orang tak alim. senang nak bagi diorang faham. hahahaha......

and yes, dia tak belanja i jambu, tapi dia belanja i Each A Cup. heeee.......

anyway, pagi tadi, first thing dia nampak i, benda ni jugaklah dia tanya. tapi i dont ask her whether dia setuju or not nak guna kalimah Allah dalam bible. isu sensitif kan. dia boleh jawab tak setuju, tapi dah agama dia, mestilah dia sokong je. tapi tu lah. kita je sebok jaga kesensitivian agama lain, agama lain ada kisah pasal agama Islam?

takder nyerr.... kalau kisah, diorang takkan tergamak nak guna kalimah Allah dalam bible. kenapa diorang tak guna nama Dewa Ramayana, atau nama Confucius dalam bible diorang? bak kata dato' Haron Din (if im not mistaken), diorang (kristian) nak guna nama Allah kena percaya dengan ajaran Allah, dan bila percaya dengan ajaran Allah, kenalah rujuk Al-Quran, dan bukan bible. boleh?

orang Islam (Melayu) bila cerita pasal pilihanraya, pemimpin, kerajaan terus menentang. terus rasa kerajaan memerintah tu zalim, etc etc. tapi bila bab isu kalimah Allah, takde plak nampak demonstrasi pakai baju kaler kuning putih kan?termasuk sekali la ketua demonstrasi tu. haihhh....

i takdelah suruh kita demonstrasi dan mencetuskan pergaduhan (bukan amalam yang baik yer demonstrasi ni) antara penganut agama masing-masing, cukuplah sekadar penganut agama Kristian menghormati kesucian agama Islam, dan penganut agama lain menghormati agama-agama lain yang ada kat Malaysia, amnya.

again, sesiapa yang rasa penggunaan kalimah Allah dalam bible tu boleh, sila la rujuk yang pakar alim ulamak khusunya. jangan sampai orang memperlekehkan agama Islam yang rata-rata kita tengok orang Islam sendiri pun ada yang memperlekehkan agama Islam itu sendiri (termasuk saya dari isu tudung, amalan dan etc etc).

and again, i am not the best person untuk cakap pasal agama, terutama agama Islam. tapi selama apa yang i belajar pasal Islam, dan agama lain, i cuma tahu:

1. agama Islam itu agama paling benar.
2. musuh Islam itu datang dari pelbagai bentuk
3. jangan sesekali kita menafikan dan mempersoalkan apa yang agama kita suruh.
4. hormat agama lain selain Islam.

and yes, my non-muslim friend tu sangat setuju kalau Hukum Hudud itu dilaksanakan di Malaysia. and me to!. so kerajaan BN, apa lagi? jalankan tanggungjawab anda. heeee....

ps: i don't think siapa-siapa pun suka kalau agama diorang dipermainkan. so kita tak kacau agama awak, awak janganlah kacau agama kita. =)

Rutin Abnormal

sebab semua awal!!!!hahahaha....

semalam best sangat sebab by 6.40pm dah sampai rumah. ayah pun amik on time. if not, mau 10 to 15 minutes jugak tunggu kat situ. sampai rumah baru teringat tak sembahyang asar. mama and ayah went out to pasar malam. so i masuk rumah, terus mandi and sembahyang. excited sangat mandi before 7pm. selalu nak dekat pukul 10pm baru mandi. -__________- so badan rasa segar sangat.

then nampak kain berlonggok, pun kena la lipat sesambil tunggu mama and ayah balik.sekali mama balik dia beli tembikai manis angat, yong tau fu, chicken wings, kuih piring. lepas tu mama rebus sayur hijau bagi ibu nandong makan. makan pulak sup sayur dengan sambal kicap, perghhh....sedap-sedap!!

semalam encik husband ada discusion untuk CSR dia, so malas la nak kacau. habiskan masa main game dekat iphone, siap marah mama sebab tak bagi makan kat virtual pet kita.

"***, tadi mama dapat message dia cakap your pet tengah tidur, suruh off lampu."

"bistu, mama off tak lampu dia?"

"mane mama tau kat mane game tu.."

"makan bagi tak ma?"

"tak la...xtau.."

"hish mama ni, bagi la makan. nanti dia mati macam mana. mama ni tak care tau dengan pet kita.."

cis, boleh dia tak bagi makan?? geram i! err....sebenarnya dah dua kali dah pet tu mati, tapi renew jela kan. semalam tengok track dia, dah 5 year old. semalam dah tutup lampu sebab dia tidur je memanjang. ni balik keja sure mati jugak ni. haihhh.....

pagi ni bangun awal, 6.00am. tercelik mata je semalam tidur luar, pukul 4.00am macam tu, cerita The Sixth Sense okay kat HBO. memang tak pakai control off TV, tekan suis kat dinding je, ha ha ha....takot punya pasal. dahla i tido luar sensorang. seram sangat!! -_______- i ni takde la penakut, tapi kalau dah sorang-sorang tu, mengada sangat la nak tengok cerita hantu kan?

bangun sembahyang subuh, iron baju, have breakfast, by 8am macam tu ayah or mama hantar pergi kerja. selalu ayah la hantar. pagi-pagi tengok perangai orang Malaysia bawak kereta memang seronok la. buat i terfikir yang kita sememangnya tak sayang nyawa.

for example:
1. lintas jalan tak tunggu lampu merah untuk traffic. main cross macam tu jer. apart from you tak sayang nyawa, you jugak caused traffic jam. sebab bila lampu merah, takde plak orang nak lintas, dah lampu hijau kereta jalan, masa tu jugak la nak lintas. i just don't understand why.

2. bawak slow sangat. i tau la pagi-pagi moody malas nak pergi kerja. tapi kita kan ada dua lane. klau slow bawak kiri bro.lane kanan orang nak cepat.

3. potong lampu merah. why!?

korang kalau bawak kereta make sure k jangan macam-macam. kesian kat pengguna jalan raya, both pedestrian and drivers.

***

hari ni spent most of the time multi-tasking, BBM encik boyfriend and doing slides and exam papers. kerja mengajar, ini jelah pun. encik boyfriend pun rasanya tak busy sangat, if not, 10 lines message i hantar , dia hantar smiley je.

boleh bikin angin je satu badan.

cuma yang boleh buat i tersenyum the whole day was when he said,

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"saya rindu wife saya...."

heeeee.......


Tuesday, January 8, 2013

isteri tak baik

yes. this week i keje 4 hari sahaja since semalam (monday) i telah bercuti untuk buat medical check up baby pie. how was baby pie? he's doing so fine! sihat dan membesar dengan baik. he is 20weeks old and weight at approx. 323gram. and mama dia? don't ask. -________-

hikhik, but whatever it is or was, i am still happy as always! =)

encik husband akan balik ETA 3 days more and i am so excited! dah dekat 2 minggu lebih tak jumpa dia, gila apa. i missed his appearance and i miss his smell. for whatever unknown reason it was, i really really missed him, lika alot!!

i thought yesterday ultrasound dah boleh detect gender baby, tapi hampa angat!! doc tak bagitau pun gender dia, but im the one who asking. doc pun gelak, agaknya nampak sangat tak menyabarnye i ni. cari punya cari tak muncul tiba. dahla i dah siap betting dengan encik husband kan, so balik tu i macam menggelabah la taknak bagitau dia. perangai kan?

Him: "sygg.... =D"
Me: "ye syg. awak call kita tadi awak nak apa? =D"

Him: "gender."
Me: "tunggu sayang balik la baru bagitau...ahahahaha!"

Him: "bb......= ("

hahahaha....lawak siot. sebok angat nak tau. ala dia tu, bukannya kisah pun baby tu gender apa, dia sebok nak kalahkan kita. i dah tau sangat. -________- . nanti boleh la dia order macam-macam kat chillis tu. cantik sangat la perangai macam tu. nanti baby pie ikot perangai tu baru tau. tihiii....

oh haritu encik husband cakap, that he was so lucky to have me as his wife. i mean, i found it flattering but at the same time, semua husband pun akan rasa wife diorang terbaik. bila diorang rasa wife diorang tu dah tak terbaik tu yang ada kes cerai-berai dan kahwin lain kan? but anyway, i took it as a positive comment.

so i asked, "yeke syg??mana awak tau that i am better than your other friend's wife??"

Him: " i tau la. based on what diorang cerita kat i pasal wife diorang.."

meaning, lelaki talked about their wives behind their back??oh my god. ahahaha...i tak tau la kalau encik husband pun cerita pasal i kat kawan-kawan dia. that is quite scary, isn't it?? but i rasa encik husband takkan cerita pasal i kot kat diorang sebab, lepas tu i tanya la, "diorang cakap apa pasal wife diorang?" and he didn't replied.

selamat.

tak bleh jadi ni. i have to improve myself, so that, takde cerita tak best yang akan diperkatakan oleh (gile ah ayat RTM) encik husband. kan3? i won't make any mistake, err i mean i should have make some sebab kita human mestilah imperfect but i will try my best not to make any mistake.

tapi balik ni i nak korek rahsia jugak kat encik suami, husband diorang cerita pasal apa. oh well, kita perempuan mulut memang suka bercerita, tak pasal boyfriend, pasal suami. kan?hikhik...tapi i jarang la join in conversation yang menjurus kepada fitnah or cerita buruk pasal orang lain. dengar boleh but i won't respond so much on that.

thanks for ofismate yang bukan orang Melayu. ahahahaha...

but for now, i miss my encik husband. hari-hari dia hantar gambar pun tak dapat mengurangkan kerinduan kat dia....

Friday, January 4, 2013

Nak Mintak Ampun!!

tadi dalam pukul 3pm macam tu, bay pie moved quite rapidly. macam setiap 30minit dia bergerak. i think that was my first time ever yakin yang 'perasaan' kat perot i tu, was coming from baby pie. sebab i rasa dalam 19 to 20 weeks ni dah boleh yakin anak kita bergerak. people may ask me, "macam mana rasa baby tu bergerak??".

personally i don't. tapi paling dekat rasa dia macam you blow bubble dalam water, u rasa bubble tu meletop-letop. hahaha....omg cute plak, macam baby kita main-main air liur dalam perot kita. hahahaha.... =)

so 3 kali i rasa. on my rgiht side of the perot. so i excitedly told encik husband about this!

Me: "sayang....anak sayang hentak kepala dia kat pewot i!!! 3 kali...hahahaha....omg!!...geliiii!!"

encik husband macam biasalah. dia overlook message BBm tu and continue talking about other things. haihhh....-___________-

anyway, we were talking about our working environtment and stuff. lama la dalam 30mins to 1 hour punya messaging. sekali tiba-tiba encik husband BBM,

Him: " syggg....i love you so much. i can't imagine my life without u...."

seriously rasa nak pengsan. sebab sangat suweeeeetttttttt di situ. i mean, bukan dia tak pernah cakap camtu, but when it comes to THE RIGHT MOMENT, you just can feel that sincerity in his words. susah nak describe, tapi kita just boleh rasa. im sure siapa yang tengah bercinta tu boleh rasa samaada apa yang pasangan kita cakap tu, just cakap atau dia betul-betul maksudkan apa yang dia cakap.

we do fight a lot. when i say A LOT, trust me peeps, memang banyak sangat acara pergaduhan ni. we seldom fight face to face, nor i have the courage untuk melawan cakap dia depan-depan. i won't. walaupun i ni category wanita singa (tapi sweet), i ni kira tak berapa singa la sebab penakot. ha ha ha....heyp! jangan gelak please.

tapi, walaupun kitorang bergaduh, but setengah jam perasaan bergaduh tu, memang rasa sakit kat dada/hati. serius sakit. konon orang kata metafora la apa. no. memang rasa sakit tu. SEBAL je rasa. truly said, we don't love to fight, it just happen. takkan lah kita nak rancang.

"ok bb, esok kul 3.45 petang kita gaduh tau. pasal cuaca hujan.."

ada ke?? -____________________-

despite all that, im quite suprise yang dia tersangat sayang kat i. i mean, last 3 days kot kitorang gaduh. benda kecik je tapi biasalah i. and he asked me with his strictness,

"b. pegi amik wudhuk. sekarang. pegi semayang."

i??oh well, golek-golek atas sofa doing nothing and tenung je screen tepon. luckily masa tu azan maghrib. i terus sembahyang. lepas sembahyang tu, i dapat BBM pics, gambar shawl.

A PINK SHAWL. colour that i like the most.

korang boleh bayangkan betapa meraungnya i dapat gambar tu. he bought for me a shawl, when he was away!! meaning dia sebenarnya memang ingat kat i all the time. memang meraung bersungguh-sungguh i dalam bilik i, dengan penuh rasa menyesal and malu dengan sikap sendiri. i rasa sangat-sangat bersalah and berdosa besar kat encik husband. i selalu bersangka buruk.

that he didn't remember me.
that he is enjoying his single time without me.
that he don't even care about me.

but i was wrong. i was sooo wrong and i felt guilty about it. sungguh i menyesal. -___-

" i dah naik sampai tingkat 3 mall. masa on the way naik tu i nampak kedai shawl kat bawah sekali. i turun balik sebab nak belikan u shawl tu. kawan-kawan i semua pelik. diorang cakap untungla dapat husband baik. i was so excited masa tu sayang. i ingat i nak suprise kan u. tapi sekarang jadi macam ni plak...."

okay. boleh rasa tak perasaan bersalah tu. memang i menangis sampai malam i nak tidur tu. i menyesal sangat-sangat and i sembahyang and berdoa yang Allah akan ampunkan i. of course i dah mintak maaf kat encik husband. he was quite reluctant, tapi after a few days dia okay dah.

i sekarang memang tunggu dia balik next week and i nak sujud kat kaki dia nak mintak ampun. i memang menyesal sangat-sangat and i nak dia tau i yang salah. i yang ego. i yang selfish.

ni kali kedua i punya perasaan bersalah kat dia. and i still remember the first case.

hrmm.......hope takde pape jadi kat i sebelum i mintak ampun kat dia next week. sobs...


Jemputan Kahwin

hari ni nak cerita pasal orang kahwin. blog ni ramai orang baca sebab ada isu kahwin, persiapan kahwin and all.it was all tiring but fun kan nak prepare untuk kahwin?? =) seriously when i went to weddings, rasa nak kahwin lagi tu membuak-buak. hello, of course la kahwin dengan orang yang sama, encik husband. i mean, how could i not married to him??haha...his the best guy i could ever had. and, when comes to think about it, i think i won't find anyone as kind as him. i really don't. lucky me?

it's 2013. mana nak dapat lelaki yang garang, tegas, overly pembersih dan perapi, systematic, kuat makan, choosy, taknak makan luar, suka stay at home, teratur, panas baran, tapiiiiiii sweet?? dan bau sedap??hahaha....ye ye, itulah encik husband saya. penat saya nak jaga dia. =)

you know, when it is our wedding day, we wanted the wedding ceremony to be as perfect as it can be. taknak ada cacat-cela pun, dan kita harapkan orang yang datang tu happy and selesa kat wedding kita. am i right? walaupun yang paling utama adalah untuk kita (pengantin) kelihatan cantik yang teramat sangat di hari perkahwinan he he, but food and the rest pun kita kena amik kira.

so far apa yang dah korang prepared?
1. baju kahwin
2. makeup / inai
3. fotographer / videographer
4. pelamin
5. catering
6. khemah
7. tok kadi
8. door gift
9. bridesmaid / pengapit
10. guestbook corner / candy corner
11. hantaran

kira yang 11 ni paling basic sekali. dah paling, sekali plak tu kan? hahaha...pening dah...

anyway, semua ni penting, tapi sebagai pengantin dan TUAN RUMAH yang menjemput tetamu, ada benda penting yang paling penting sekali ketika majlis perkahwinan agar orang tidak mengata majlis kita, and worse, FAMILY kita.

apa yang penting sangat tu??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ADAB MELAYAN TETAMU!!

ye, itu la topic yang i cuba nak bagitau bakal-bakal pengantin. i mean like seriously, korang kena study benda ni, sebab it happened to us (mostly), dan baru-baru ni jadi (lagi) to my friends. luckily i went to another wedding, so i tak kena dekat wedding my friend.

cerita dia macam ni.

apa tujuan tetamu datang majlis kahwin korang?oh well, sebab nak meraikan hari paling bahagia korang and of course nak amik gambar dengan orang yang paling cantik kat majlis tu, which is the pengantin. right? so, tetamu faham akan aturcara majlis.

pengantin datang - majlis merenjis - majlis makan beradab - majlis potong kek - majlis salam-salam jumpa tetamu.

itu paling asas. kalau ada yang majlis tari menari ke ape ke, itu i tak tau la. but basically, the above were what should be happen at the wedding.

so nak dijadikan cerita, kawan-kawan i pergilah nak amik gambar kat majlis makan beradab pengantin. they had to wait almost 5 to 10minutes untuk takes turn amik gambar. biasalah, ramai kan kawan-kawan pengantin, haruslah. but the MC's of the wedding boleh sound my friends,

"tolong eh jangan amik gambar kat sini, menggangu pengantin..."

WHAT THE FISH!!?

ada ke pengantin yang berselera nak makan masa majlis makan beradab. mana nervousnya, mana nak cover cantiknya, memang makan tu makan sebutir-sebutir je masuk mulut. teruk betul MC tu. and i don't think pengantin kisah pun kalau tetamu nak amik gambar kat mana-mana sekitar majlis. kan?

but setelah discussion, we assumed pengantin tak salah dalam hal ni, they just want to have fun. yang salah adalah MC. dan juga menjadi tanggungjawab pengantin or FAMILY untuk remind MC dan kaum keluarga yang lain dan juga catering people untuk tidak melayan tetamu secara tidak sopan, dan menjadi tugas semua untuk menjaga keselesaan tetamu sepanjang majlis berjalan.

tetamu harus diutamakan sebab diorang bersusah payah datang wedding korang, but kena treat macam tu. sedih dan kecewa and i can feel that. bayangkan kalau takde orang datang majlis u??wouldn't it be so sad?

dalam keadaan macam ni, biarlah tetamu nak amik gambar time makan beradab ke, bila-bila masa yang pengantin free. tetamu pun NOT THAT STUPID untuk amik gambar sama time you tengah majlis merenjis or time potong cake etc. tetamu pun faham. diorang pun akan CURI PELUANG untuk jumpa pengantin bila free. tapi janganlah sampai buat tetamu terasa macam tu.

sebab at last, orang akan mengata majlis you, and family you. nanti dia kata pengantin sombong la, family sombong la, macam hadap sangat nak datang majlis dia la...bla bla bla...

tak best kan?

really, masa my wedding (not like i wanted to say my wedding was perfect) friends (tetamu) were welcome to take pictures with me whenever they see me. my official photographer siap amek gambar diorang so i have a copy of everyone yang datang majlis i. ada yang even amik gambar dengan i masa i turun dari pelamin nak ke majlis makan beradab. kat tepi tangga. -__- so sweet...hikhik!! masa majlis makan beradab la paling ramai yang amik gambar dengan i.

memang i tegur semua kawan yang tengah beratur nak tunggu amek gambar, sebab i nak diorang tau i noticed their presence and i was happy that they make an effort to come to celebrate me.

even kalau i pergi majlis wedding orang pun I MEMANG HARAP SANGAT pengantin tu nampak i datang. hahaha.....ingat kau DIVA?kikikiki.....but yeah. i memang mengharap. =)

so kepada bakal pengantin, sambil-sambil korang sebok buat persiapan kahwin tu, jangan lupa adab kita melayan tetamu yang datang masa majlis kita. remind your adik-beradik, sedara-mara, family, cousins, kawan baik, your fotographer, orang caterer, MC dan sebagainya, supaya mendahulukan tetamu dalam apa jua keadaan.

as i said, cuba buat tetamu happy and comfortable kat majlis kita. and jangan lupa senyum 24 jam, walau penat macam mana pun!!

all the best love!!! =)

Boy or Girl?

Me: "yayang.....cepatla kita bet. monday ni kan check up.is it a boy or a girl?"
Him: "ehhh...boleh pulak bet kan. i pilih boy!"

-___________- konon tak nak bet.

Me: "ape plak...pilih la baby girl....ok fine. kalau it's a baby boy, u belanje chiliis. kalau it's a baby girl, u belanje chillis jugak, sebab i nak baby boy tapi syg tak bagi. so fair and square..tq yayang...i love youuuu...."

nampak tak otak geliga puan wife di situ??ha ha ha....

Him: " hahahahaha.....=)"
Me: "ahhh...can't wait....lagi 4months ++ jer.....so cuteee!!!"

Him: "takot tak?"
Me: " kalau dapat stroller XXX tak takot la...hahahah...."

Him: "heyyyy....hikhik..."
Me: "takpe. kalau atok and nenek belikan stroller, so i boleh pilih lain la kan syg? tapi kalau lepas deliver i dah xde ke, mane la tau kan....b beli jela pape untuk baby pie....i wouldn't know..i dah takde kan...*hugs*"

Him: "b, u cakap lagi macam tu, i won't talk to you anymore..."

right. 3minit je, pastu dia message je balik pun. =)

Thursday, January 3, 2013

Macam Mana Nak Jadi Yakin??

every morning, the usual routine encik husband kepada saya adalah untuk wish good morning and hantar gambar diri sebagai pengubat rindu. walaupun agak lambat untuk dia wish good morning (where by usually masa kitorang tinggal sebilik dulu, celik mata je "good morning sayang!!" sambil hug and kiss walaupun belum mandi pukul 7 pagi.) now pukul 10am pun sempat nak wish good morning jugak..dah terlambat wahai encik suami...-_________-

jangan tanya la whether i send him any of my picture. sangatlah malas untuk i capture gambar sendiri. kadang-kadang bergaduh jugaklah encik husband dengan i bila time dia nak mintak gambar. tapi i rasa dia dah faham sangat dengan kerenah i, malas dia nak gaduh-gaduh. tapi kalau i mintak gambar, dia hantar lambat pun, dia dah boleh faham amarah i ni macam mana. teeheee....

well, i just love looking at his face. dulu masa mula-mula kahwin pun, sampai office pun dia akan hantar gambar kat i. sebab i mintak walaupun kat rumah dah jumpa. hello...tak puas okay! can you even get enough of the person whom you love so dearly?? NEVER!!

err...kadang-kadang i rasa i ni selalu je menyusahkan dia dengan benda-benda remeh temeh. you know, guys dont even bother to fulfill our requests. tapi encik husband sebolehnya nak tunaikan semua permintaan i. sebab tu kalau kitaorang gaduh, i cepat menyesal bila teringat apa yang dia dah buat untuk i (cepat menyesal, cepat jugaklah gaduhnya balik..hahahaha!!).

he is really a good husband. i tau, cliche la woi bini puji suami sendiri, but i can feel that. eh, kita kan perempuan, kita boleh rasa kot whether orang lelaki tu jahat ke baik.but tu la, orang cakap, cinta ni buat kita jadi buta. i don't know whether it is true or not....i just hope it is not...=)

and sometimes it makes me think that im not good enough for him. err...i mean, i know that i try my very best to be at my best behaviour, tapi as human, kita pun kadang-kadang rasa kita not good enough for anybody. sebab tu kadang-kadang boleh gaduh, sebab kepercayaan kita tu bergantung kepada diri sendiri.

oh yer, sebenarnya tak bagus okay untuk tanam rasa rendah diri (sebagai isteri), rendah diri as in humble takpe la jugak. ni rasa rendah diri sebab rasa diri sendiri tak bagus, adalah sangat tak patut!

pstttt......

sebenarnya kan, lelaki SANGAT la suka kalau kita yakin dengan diri kita sendiri. sebab dia tau, yang kat depan dia bukanlah orang yang suka berpura-pura. right?

Me: "sayang.....sometimes i tak confident with myself...hrmmm"
Him: "sudahlah sayang (in a sarcastic way). you are the most confident girl i ever known..."

auwwwww......dengar macam sweet kan? tapi haritu i rasa macam nak tumbuk dia. tak memahami langsung!

The Super Gelabah Husband

i baru turun bawah lepas punch in tadi, ingat nak withdraw some cash, sekali bank boleh plak sebok nak masukkan cash dalam ATM etc etc. macam tak boleh buat malam tadi kan....ehhh??hahaha....yela time-time i tetiba takde cash ni dia pun sebok nak isi cash jugak. i ni jarang la sangat withdraw, sama ada shopping online, pakai kredit kad, or duit jajan husband bagi atau i withdraw sekali banyak. so ade jela duit tu. setakat RM50 tu wujud la jugak. -_____- tapi ni bila takde ni, memang merasa sangat.

tapi semalam sebab kempunan corn cup tapi rm3.00 pun takde dalam purse. haritu husband janji nak belikan. so when we went to e@curve, we had our lunch kat Subway, depan tu kan ada Daily Fresh, so husband cakap nanti dia nak belikan jagung. abes agak-agaklah kalau dah makan Subway, ada space lagi ke nak makan jagung? we spent almost 2hours there, makan and read our books. dalam 10minit je baca, lepas tu tangan i kan tak boleh nak duduk diam, jap lagi pegang husband kat sini, pegang situ. encik husband jeling-jeling jer. i buat la lagi perangai macam tu.

husband, sambil mata tak gerak dari buku Spooky Tales dia tu, cakap "sayang ni tak boleh tengok i senang kan?ada je nak kacau kan?"

yes yes!!berjaya. amarah dia dah muncul tiba.

"sekejap sayang. sikit je lagi nak habis ni...nanti i get back to u k..."

i pun diam la, kang dia hempuk i dengan buku dia tu kang acanerr. tak merajuk pun but i continue baca buku marriage i tu. tiba-tiba dapat free kiss kat pipi dari encik husband. terus gigih baca laju-laju tapi dengan yakin nye la satu hapa pun tak masuk sebab lepas kena kiss tu rasa diawang-awangan jer....hahahaha....

lepas buku dah habis baca, kitorang dengan yakin terus keluar Subway, tanpa teringat pun nak beli corn. sobs..sobs...

***

so semalam, lepas i turun train, ada orang jual corn in cup. bau semerbak harum bunga kasturi. tapi tau dalam purse RM3.00 pun takde, i curik bau jela. sedih kan?? BBM mengadu kat encik husband, terus dia reply, "siannye sayang. nak i transfer duit??". *mata keluar bintang*

hahaha....masalahnya bukan duit takde. duit tu takde dalam purse, dalam bank ada. hahaha....kalau dia transfer masa tu pun bukan i boleh withdraw pun. hai la encik husband...gelabah tak tentu pasal... hikhik....

=)

balik tu mama masak sedap gila. ada sambal sotong, ada kerang rebus, ada sambal tempoyak, ada sayur sawi putih, ada sambal kicap super pedas. oh heaven sangat menumpang rumah mama sendiri. captured gambar, BBM kat encik husband.

Him: "woi...ni makan besar ni sayang...."
Me: "makanan kampung jer....i makan dulu k..."
Him: "ok sayang...enjoy your dinner.... *love*"

omnomnomnom.....

Wednesday, January 2, 2013

Expectation Kepada Suami

semua perempuan yang kahwin, yang nak berkahwin, mesti berharap yang suami dia, akan jadi the best. dalam semua segi. tapi itu mustahil sebab we are human. please keep in your mind that perfect human DOES NOT exist. but you are lucky if you could find one which i doubt ada pun...hikhik.

thus, in a book that i recently read, dalam tu dia cerita, sebenarnya kita manusia ni, kena EXPECT LESS and GET MORE. faham tak? contohnya masa kita exam la. kita target A, sekali dapat B. apa perasaan kita masa tu? KECEWA kan? camne plak untuk paper susah kita target C (lulus pun syukur sangat), sekali tiba-tiba kita dapat A? mesti rasa BAHAGIA yang teramat, and rasa macam kita on top of the world. right? =)

hee...sama macam dalam marriage pun. we expect less from our husband, and insyaAllah we get more from him. tapi macam puan wife ni (ehem!!) expectation i to him sangat tinggi, and i guess sometimes he is too tired to meet my expectations. but yeah, lepas i baca buku tu, i know that i can reduce my frustration to him (and hence kurang lah gaduhnya) by not to expect too much from him.

dalam Islam, ade kriteria tertentu dalam memilih suami, kan? tapi silalah ukur baju dibadan sendiri. kalau kita tu tak berapa cantik, janganlah pilih suami nak macam Aaron Aziz je memanjang, ataupun kita ni kerja petani, nak kahwin dengan anak Sultan, dah macam mana tu? sekufu. itu yang penting. sedarjat. sebab banyak dah masalah muncul bila kita berlainan darjat. samaada ancaman luar (ewahhh..) atau pun rasa kurang yakin kita sendiri pada pasangan kita.

puan wife, sebelum kahwin (amboi) dah ada set kriteria dia:
1. beragama islam tapi keturunan apa-ape pun boleh...(verangan!)
2. mesti lebih pandai especially in education level. sebab i nak dia pandai dalam membimbing keluarga, i, dan anak-anak nanti.
3. berduit means tahu macam mana nak jaga keluarga sendiri dalam keadaan susah dan senang dan tiada hutang keliling pinggang.
4. cintakan i sepenuh hati. ini paling penting. kalau boleh i nak suami yang sayang i lebih dari i sayang dia.
5. baik.

***

i was too tired due to the long walking to Sogo. balik rumah tue, i unpacked all the baju yang 3 hari tak cuci sebab gilir-gilir tidur rumah parents and in laws. lepas basuh baju i mandi. when i entered the bathroom, it was dirty. well, maybe untuk orang lain it is still clean, tapi i felt disgusted. i went and hugged encik husband at the living hall, asking him nicely,

Me: "sayang....toilet i kotor...."

*we have two toilets, and usually the bedroom toilet is mine and kat luar bilik tu is his. sebab encik husband dia kan puteri, dia mandi 15 jam, wife dia mandi 5 minit jer, hence 'toilet i'*

Him: *jeling i* "ni i baru tak balik 2 minggu. kalau sebulan i tak balik macam mana syg..."
Me: "ala...tolong la...im so tired...lagipun u basuh bersih.."

Him: "yela...tapi u tolong taburkan sabun...boleh?"
Me: *mata bersinar2* "boleh je sayang....i pakai sabun buku la buat air sabun...tq syg!!" *kiss him excitedly*

nasib baik dia nak tolong basuhkan. selalu pun dia yang basuh, sebab bila dia basuh toilet dia, dia basuh sekali toilet i. kan i cakap, compare to me, dia lebih pembersih, penyusun, perapi semuanya dia la. i ni tangkap muat je boleh.hahaha....sangat tak sesuai. so sambil dia basuh toilet tu, kita janganlah plak mengangkang sesuka hati. i sapu the whole house, sembur perfume, and kemas-kemas dapur, masukkan pinggan dalam kabinet.

bila dah siap semua, toilet i memang harum and bersih sangat. say thank you to him, he replied,

"i lapar la sayang. gorengkan tempura boleh? and buat sandwich?"

masa tu pukul 11.30pm....-____-  i was too tired, mata i dah separuh tutup, but encik husband wants to eat. i macam merengek-rengek sikit la sebab memang penat. tapi encik husband sangat lah baik, dah basuhkan toilet semua and then he said,

"i tolong you buat sandwich k?i tolong potong bawang..."

i pun laju-laju la keluarkan sardin, bawang, mayonaise, and cili untuk buat sardin spread tu. bila dia ada kat dapur sekali tu, kuranglah sikit ngantuk tu. ajar dia potong bawang nipis-nipis. hikhik...one thing about him, walaupun dia tak tahu nak buat something, tapi dia suka try, and dia rajin untuk usaha sampai boleh. that can make me go *melting*....ahahah...kata husband kita, haruslah. sambil-sambil dia potong tu, i pon gorengkanlah dia tempura tu.

Him: "b...pedihh...pedihh...mata kita pedihh..."
Me: *gelak2* "pedih ke nangis??siannye sayang tite...sape marah dia ni....hahaha!!"

siap masak and buat sandwich tu, both of us lepak depan TV, sambil i lipat kain, sambil dia makan-makan. omnomnomnom....

ended up, tempura tak habis makan and sandwich dia sorang je makan. sia-sia usaha gigih i masak. well, dah penat kan, tapi perot mengada lapar, memang la beliau suh i goreng tempura sampai 8 biji. padahal dia makan dua keping je. haihhh....-_____-

harap, suami korang tak ngade-ngade macam ni..hahahaha!!

 
design by suckmylolly.com