Seminggu ni penuh meeting. hari ni meeting, esok meeting. kalau meeting tu pasal briefing ke, pasal bonus ke macam meeting hari jumaat tu, semangat la sikit.
hari tu my academic manager datang our lecturer room, dia cakap, "ok girls, we have meeting at 5.00pm today. don't be late okay?" sambil main-main dia punye samsung galaxy note yang bini dia bagi masa birthday dia hari tu. pastu i yang tengah buat kerja ke ape, membebel, "alaa...meeting lagi, semalam kan dah meeting.." (selamba badak menjawab dengan bos). pastu dia cakap, "if you want to hear something good you better come..". tang-tang tu jugak i save all the files and everything. rupanya akan ada bonus and increment. kembang kuncup hati i.ehehe..
(pergi meeting taknak, bonus nak, ha bijak sangat la tu.)
february ni start la class i, tapi harapnye takdelah sampai 18hours per week, boleh mati terbelahak okay. ni slide semua takde lagi, 3 set question paper pun tak buat lagi. mati la mati la. pastu lepas tu nak cuti lama lagi. adehh..
semalam meeting i dipilih, kena jadi EMCEE untuk college's open day. masuk ni dah dua kali dah ni. adoii..macam mana la diorang boleh pilih i. nak cakap pandai cakap English jauh sekali. i rasa nak tukar position dengan my collegue la biar i handle goodies bags jer..lagi senang keje. sorry i tak suka langsung interframe, i suka kerja belakang tabir jer, and i suka jawatan tinggi contoh macam project manager so that kita bagi arahan jer. la la la..
dalam meeting dapat buah limau mandarin yang memang kesukaan i yang i makan cam makan keropok je, kupas-kupas sambil tengok movie dengan aircond fullblast. memang la terbaik. ;)
jumaat ni meeting. dah memang tak larat meeting ni. dah muntah hijau asik meeting jer.
Fast Forward to 2022
2 years ago
0 Kata bijak pandai:
Post a Comment