Pages

Friday, August 17, 2012

RAYA 2012

akhirnya hari yang ditunggu berkunjung tiba. ewahh...puasa penuh ke cik kak semangat sangat nak raya ni?ha mestilah. this year first time raya ada suami. suami okay, suami, bukan boyfriend. hahaha...selama ni raya ada boyfriend jer. itupun dah raya ke berapa baru terkedek-kedek encik boyfriend nak datang raya kat rumah, yelaa...beliau kan balik kampung. i is tak pernah raya kat rumah bakal mak mertua (dulu). i kan pemalu..hahaha... hantar-hantar message manja jer pernah la kat mak mertua.. ;)

oh oh. aritu SMS mak mertua tulis, "Love u ma.". mak mertua i replied, "Love u more..". love u more okay. husband pun tak pernah reply macam tu. huehuehue...mak mertua i memang cool, sebab...dia sayang anak dia tu lebih, so secara automatically nye i pun disayangi dengan sepenuhnya.

Jom nak tengok preparation raya so far:

1. Baju Raya
semestinya baju raya paling penting. entah la kenapa CULTURE kita pantang raya jer, baju baru. baju baru je raya. eh? tapi kalau ikut common sense la, sebab hari raya jer orang akan amik KESEMPATAN INI untuk beli baju raya anak bini. bagi mereka yang mampu, memang tiap bulan jer beli baju baru. tapi ingatla, bagi mereka yang kurang mampu, time ni jela dia nak kumpul duit tu sesikit beli baju baru anak bini. atleast ada sebab untuk dia lebih berusaha kumpul duit kan? :)

raya tahun ni baju i agak meriah. bahahaha...ada 5 pasang sponsored by husband tercinta. padahal dah janji dulu dengan beliau nak pakai baju nikah (mei2012) jewww *juihbibir*, tapi apakan daya. husband yang sweet memang macam tu.. *peluk ketat-ketat*

first day raya tak jadi pakai baju nikah, pakai baju biru hijau, both of us made baju from the same kain (material and colour). mula-mula nak beli colour mustard, i okay jer, tapi kesian husband, baru kahwin tiba-tiba dah kena pakai colour pelik, sian la dia. tahun depan pakai fuschia, boleh sayang?


ha nilah colour fuschia. boleh eh sayang? tihiiiiii..... ;D

so selain baju biru, ada hitam, mustard (dapat jugak!), brown, dengan putih. semua buat baju kurung moden, kain kipas.. and its all made by my MIL. seriously i rasa grateful sangat. bukan sebab mama buatkan baju, tapi sebab mama sangat-sangat baik. and paling penting mama sayang i..alhamdulilah.

2. Cookies raya
ha untuk cookies, i only managed to baked 2 types of cookies raya. my all time favourite CHOCOLATE CHIP dengan CORNFLAKE. paling senang, paling mudah. tutup mata pun boleh buat. berlagak siot. hahaha...
husband beli tart gulung (nasib baik sedap...:)) dengan rempeyek. i beli chocolate chip cookies, biskut nestum, kerepek bawang. semua budak ofis jual. saja kita tolong-tolong kawan. paling sedap biskut nestum. tadi sahur dah korek 3 bijik. nyum nyum! pssttttt....ada orang tu dah korek kuih tart malam semalam lagi...lagi la heyyy....hahahaha...


ni macam chocolate chip i buat...

ni biskut nestum order dari kawan opis..

ni chocolate chip order dari kawan..

ni tart gulung husband order...

rempeyek husband belikan...

kerepek bawang i beli...

(gambar semua from google.com)

3. Kasut Raya
hrmm....kasut raya dapat satu je. itu pun pump shoe. oleh kerana i ni tak berapa nak rendah, husband tak kasi sangat nak bagi pakai tinggi especially wedges. tapi as a good husband lagi hensem, dia kata nak pakai wedges boleh tapi bukan dengan dia, means kalau pergi kerja BOLEH. terus pelok ciom dia kuat-kuat. hahaha.... kasut wedding hari tu ada je lagi. sebab kasut i tu boleh pakai untuk dinner ke ape. bukan mengerlip. zang toi lagi okay (nak sangat kan) yang membuat lubang pada pocket ku. hehehe...so maybe guna tu. and hari tu masa may beli heels kat pedal works, pun pakai sekali jer, so recycle la balik.

ni la wedding shoe i. sebijik macam ni, cuma depan dia bandage macam gambar kat bawah ni. santek sangat. i suka!



yang ni pulak lebih kurang la kasut i beli kat pedal works. tapi takde studded macam atas ni, tapi tali sesilang macam ni jugak la. masa beli ni perasan rockstar...hahaha...

4. Handbag
handbag hantaran hari tu tak pernah guna, ha memang wajiblah guna. husband belikan from guess by marciano. hati nak beli jugak. yang baru. bahahahaha.....

5. Accessories
macam gelang and rantai dah beli. rantai emas ke, gelang emas ke hantaran kahwin haritu dilupakan jela. hihihihi...pakai cincin and gelang kaki yang dah bertahun kat kaki tu.

so itulah preparation raya. :)

malam ni balik kampung i. kat kuala lumpur jer. second day raya balik kampung husband Johor. (first time ni...tatoootttttt). eh second time sebab haritu g wedding sedara dia, tapi tak tidur johor kan. ni nak tidur sekali. eeeeee.....tatottt....

tapi 3rd day raya balik kl dah. kitorang nak pergi dating. pergi OU (YANG PASTI KOSONG), and nak shopping like mad. bahahaha.... can't wait!

selamat hari raya korang. makan rendang semua tu beringat termasuk la diri ini. drive tu baik-baik. biar lambat sampai. ingat keluarga tersayang k. mintak maaf jika terkasar bahasa terguris hati selama kita di sini. have a ggreat raya okay!

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com