Pages

Thursday, April 26, 2012

Instant

Alhamdulilah.this week memang happy sangat sebab takde class. Because this week is mid term week. So the whole week will be exams for the student. Sebenarnya kalau nak buat class boleh saja,but I have done my job by keeping up the phase,one chapter per week memang dah habis la katenye.

So this week I'm surfing/marking test/assignments/prepare finals. Na§ib la boleh buat jugak. If not I really don't have time for that.

I don't think I will be able to do part time if I decided to sambung belajar. Really I can't. But I'm planning to sambung study lepas kahwin.

Ok let's see why I did so far.

1. Losing weight
Alhamdulilah. As far as I'm concern,I did lost some weight. As I myself I don't really believed that I actually can do that. I don't believed in myself.maybe He did.Allah knows that one day I will realized that. Yang I boleh sebenarnya if I put my mind into it. I pray that I will not simply gain weight.maybe in 50 years.maybe never.

2. Working
So far okay.I'm quite dissapointed because salary I tak naik.but my boss baik and I like the condusive environment. So I'll stay here until I found a better offer.

3.Love
Haihh..ni jgn cakap la. Yes babes, I'm going to be someone's wife in 9days. I can't believe and I takot sangat. Banyak yang I fikir. Heee...seram oi!

ok.doa semoga baik2 saja utk saya dan keluarga.amin.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 24, 2012

Obsession

Takkan terganti by Marcell is my current obsession. Obsession but not like very rajin to search when was the song release and in which album.haha..

I've discovered the song like a week ago, and now I had been listening tot his song over and over again. Lepas tu feeling sensorang. Eh memang seronok sangat!

Terjumpa this song because I was searching for a playlist for my wedding day so hopping sana sini terjumpa. Now dalam office, dalam mp3, dalam bb, semua ada.

Haha..matiklah muntah darah bebudak opis ni dengar.

Anyway semalam puas hati gila pergi CF. Dari pukul 8.30pm I kat gym. Since sh'bam class started at 9.30, I pun buat la panas2 kan badan. Sambil lari sambil gossip dengan kawan I yang dah 3 months tak jumpa.

Dia kata dia kena tengok I dua kali baru dia dapat recognized.kurus sangat. Ha yela tu. Kurus ke gemok ke. Bukan boleh caya minah ni.

Rindu sangat sampai peluk ciom okay. Punya la rindu kat I.hahaha..

Lepas lari2, sh'bam pun start. 1 hour dancing like mad, lepas tu I sambung walking for 15mins. Penat jumping2 tadi dalam sh'bam,I nak loose kan balik my leg muscle.

Pastu I masuk sauna.oh memang terbaik.tapi tak lama 10minit je sebab I sesak nafas.hahahaha...melampau angat masuk sauna sesak nafas tapi betul tak tipu.

So hari ni sh'bam 8.30.nak datang awal.pastu nak balik macam semalam pukul 12am. Memang terbaik sangat workout macam tu kan.

Anyway,minggu ni je pun I nak beriya2.next week tak boleh sebab?

MY OWN SOLEMNIZATION!!! Gila laaaaaaaaaa!!!

*lari turun naik tangga sejuta kali*
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 18, 2012

baju kahwin

Alhamdulilah. semalam balik penat-penat dari ofis, letak je beg hitam gedabak quicksilver tu, mama cakap, " your baju dah siap, ada kat atas tu mama gantung..". terus hilang penat, terus ajak mama and adik naik atas fitting baju. wahh..excited sangat kak oi. padahal tau 8.30pm ada sh'bam. nak jugak kan.

eh anyway, ada kelas baru, Zumba!! OMG sangat, i have been waiting for the class. so far omputih jer yang buat, kat malaysia fitness takde lagi, i mean not for my fitness centre. so tadi instructor kitorang mention (secretly) to us yang dia nak buat zumba. tapi at 7.10pm. memang i terus bawak baju dari ofis la katenye.

pastu naik la atas. fitting bukan baju sanding je, siap dengan baju nikah sekali fitting. padahal sebelum ni dah fitting banyak kali. perempuan kan, macam la tak tau. excited lebih. semua dah ada tinggal kasut and veil. still unsure whether to buy the veil atau pakai je my friend punye.

i like my baju kahwin so so much. i mean, i didn't expect it to turn out like that. better than my expectation. so memang puas hati. and the beads yang dia jahit tu sangat OMG. my tailor tu memang dia jahitkan everytime baju kitorang and all. so dulu i tak suka sangat, sebab dia suka buat baju i besar (taula i gems tapi jangan la sangat obvious di situ). but now dia potong cantik je. me like!

so im happy!

pastu i excited gila nak pergi honeymoon!eh, jangan plak fikir yang bukan-bukan yer. it has been ages since i have my last vacation. so this time dapat cuti panjang memang i all out la cuti. lagi pergi dengan encik suami (insyaAllah), poket penuh jer..hahahaha...i nak makan sedap-sedap and nak beli benda sedap-sedap...

but now, i tengah pikir macam mana nak bawak luggage. beg tarik ke?beg packers ke? confuse tau. barang dah la kena bawak banyak. encik tunang dah cakap awal-awal, "nanti before pergi saya nak cek beg awak dulu. awak ni bukan boleh caya, ape je yang dia bawak ntah..". boleh?

eh hello. banyak okay. awak tu baju 10 kali pakai pun takpe. perempuan tak boleh. busuk. hahahaha!

eh okay la. nak sambung buat notes untuk student nie.

bai!

Thursday, April 12, 2012

Kasut: Check!

tadi pagi ada class biology. printer kat ofis memang rosak. itu tunggu sampai akhir zaman pun belum tentu refill catridge. nak harapkan i, pensyarah muda yang malas nak menghadap operational department memang kena tunggu orang lain la refill kan. muehehehe..anyway, dah penat-penat explain pasal enzyme, DNA sequence semua tu, i pun menyimpan niat dalam hati nak beli kasut.

ha tau kasut untuk apa?

KASUT UNTUK HONEYMOON!! *lompat bintang*

hahaha..biasa la perempuan.kasut pergi honeymoon, kasut naik kapal terbang, kasut jalan kat pantai, kasut dinner, semua memainkan peranan tau (bagi lelaki yang tak tau). so off me to KLCC. habis kelas lambat sikit pukul 1.30pm, so terus pusing dalam KLCC.

first niat nak ke Everlast. everlast dah takde eh kat KLCC?ah stress. dia dah ganti dengan Paul Frank, Havaianas, billabong semua tu. okay, dekat havaianas memang santek sangat oi rambang mata. sesuai la pergi beach nak pakai slipper macam tu.




ha yang macam ni , lebih kurang RM299 kot. alahai santek sangat. pastu jenjalan kat beach tertanggal batu tu, memang menangis. sesuai la mencari berlian dalam pasir. haha..lagipun over budget dah nie. kang kena curik ke. takpun kena marah dengan en tunang sebab belum pape dah membazir. so dari dia membebel-bebel baik kita bertukar arah. slipper ni batu swarovski tau. sebab tu dia mahal sikit. tapi worth it la. ada colour purple, red and macam-macam lagi.

pastu masuk billabong nampak la jugak slipper macam tu. murah dalam RM89. ingat nak sambar slipper untuk en tunang. dia tu kalau kita tak tanye tak belikan, main sarung ape je yang ada. eh eh?takla, sebenarnya semua tertipu. dia tu kalau i pakai slipper sila dengar bebelan beliau dari amik i kat rumah sampai IKEA (contohnya). lama tau. 30minit.hahaha...ayang iye angat2! *hentak kepala kat keyboard*

so i lalu plak kat quicksilver, roxy. masuk dalam converse ada jugak nampak kasut berkenan. harga? RM399. okbai.. -___-

i dah patah hati nak cari kasut honeymoon. i ingat nak masuk iSETAN je beli high heels, lantak la pakai ke tak, janji i beli. sekali i nampak STADIUM yang paling atas KLCC. dulu studio R tak silap i. jalan-jalan sekali nampak kasut Vans. hoyeah!!! terbaik sangat. i memang suka kasut slip-on ni. senang , mudah, nice.


ha i suka macam bawah ni. tapi macam boyish sangat kan?so kite tengah honeymoon tak boleh la nak boyish sangat. dahla awak ni garang, rupe boyish, cannot okay. RM199.



haihh...kita suka sangat. satu lagi kat Cotton On pun banyak kasut kain camni. eh buat tido pun nice. *kau ingat kau omputih nak pakai kasut bagai!?* i tak tau la nape , tp tak jumpe plak tadi yang macam ni. so i tak beli la. pusing-pusing lagi.

so i nampak macam kat bawah ni!



eee...suka sangat!!so i sambar sepasang. harga dalam RM159. i siap suruh budak tu keluar warna hitam, purple, and red, setiap kaler bawak keluar 2 pasang kasut sebab tak tau size sendiri. so berlagak diva i ada 6 kasut semua sekali. siap mintak maaf kat budak tu.

"sorry dik. i really dont know which size to buy. " "takpe kak, amik mood dulu pusing-pusing..". baik gila kan. i bagi staff STadium, 9 out of 10. 1 point sebab tunggu lama. so pusing-pusing la i. amik gambar, sent bbm kat en. tunang. dia reply, "nice. kasut converse syg mana?". erk...kan i dah cakap. i reply. "kasut converse i ada..tapi tak tau kat mane..hee".

last-last beli jugak walaupun macam one size smaller. *matiklah* tapi i doa jela, kaki tak berapa nak sakit pakai kasut tu. and i want to buy new slippers untuk pergi pasar-pasar kat bawah hotel tu. so nanti go downtown je la. tak pun kat billabong tu pun okay dah.

so yeay!kasut honeymoon dah ada. sekarang nak cari seluar, baju pulak. aihh..penin la.

Tuesday, April 10, 2012

One Night

Semalam MC.eh bukan MC cuma badan rasa tak sedap untuk dibawa ke tempat kerja. Tapi pagi bangun boleh tahan awal.in fact, lebih awal dari nak pergi kerja. Lepas bangun tu, kemas-kemas umah sikit, jemur kain, buat kerja ofis plak.

Around 12 drive ke cheras,menghantar kad kat tempat lama. Banyak jugak kad yang di distributed. And yang unexpected person pun nak kad jugak. I prefer like that, orang nak kad because dia memang nak datang. Tapi kalau orang yang kita taknak invite sebab dia buat taik dengan kita,agak awkward di situ. Heh.

Dari 12.30 sampai kul 5 kat situ. Nasib tak caught in the jem. I rasa,I ni tunggu masa je nak kena saman sebab bawak kereta,laju and macam haram.lagi-lagi return way cheras-gombak return. Mrr2 kalau lengang,perghh memang layan la bawak kereta.

Shizzles betul la, saman aritu tak bayar lagi..haha..tunggu dapat diskaun raya ke ape baru bayar.saman parking je pun.

Semalam gayut-gayut dengan encik tunang.lama gila tak spend time borak-borak camtu.sekarang dua-dua pun busy. Beliau siap dengan kursus ape sume,I siap dengan pagi petang siang malam kelas.balik rutin pegi gym lagi.dah penat,kiss2 hugs2 tido terus.

So semalam I rasa almost one hour borak. We ended the call around 1.30am. Oh oh pastu kan, I cakap la kat dia "syg,kad I tinggal sepeket je lagi. Dalam sepeket tu ada berapa keping eh sayang?". Pastu dia senyap je,then dia jawab, " peket besar ke peket kecik syg?" Pastu I macam confuse,ada ke peket besar peket kecik sume tu.

lama kejap tu beliau cakap, "eh, ape I cakap ni.." Hahaha...dah sah-sah ngantuk la tu. ahahaha..comel gile okay tau salah sendiri. Siap pointed out. Nasib la takde depan muka I. If not, memang dah I picit-picit sebab geram sangat.

Hrmm..camne la I tak sayang dia kan? *senyum* ada je benda dia yang buat hati kita melt-melt macam tu.

Sekarang I takde mood nak kerja.mood nak g holiday je dengan beliau. Dari tunang sampai sekarang, not a single vacation I take. Patutlah stress semacam.ahahaha...

Lagipun I nak tukar kerja la. Macam tak larat je nak jadi pensyarah dah tak berapa muda ni.hahaha..nak sambung study. Rasa-rasanya encik suami mampu tak nak bagi makan kat I?sebab fees I nak curik scholar.so duit makan jela.heeee...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 6, 2012

Don't blame, try be positive

Tadi ada farewell party untuk one of the staff kat office.but they said, the person still tak bagi surat serah tugas atau kite kate handover job kat orang lain. But that's another story.

the party jugak adalah untuk congratulate all the persons yang menjayakan a big event, and definitely I'm not one of them. Walaupun, I'm a litle bit embarassed masa mula party sebab some of them ada mention that I (we) and the team tak buat kerja, well that's the true pun yang I tak buat kerja APART I do some 'silent' work and on that day itself I ada tolong untuk benda lain but that's not counted.
Sikit la sangat kalau nak compare dengan orang lain.kan? *senyum sumbing*

Now I understand how does the society work. Buat kerja biar MENUNJUK,biar bos tau.

Anyway, I just nak bagitau the readers (if any). Kalau korang kat tempat kerja,ada bos korang ada jawatan Datuk, panggil la datuk. Datin, tan sri, tuan pengarah, haji, doktor, prof madya,raja,agong walhal sekalipun. TOLONGLAH call them with that gelaran.

Tak kisah la dari mana dia dapat title tu, just please pay some respect to them.because they earn it. They wanted to be CALLED by that. Unless dia cakap jangan panggil diorang with that gelaran.

Lepas tu kalau ada majlis-majlis keraian, PLEASE amek tau siapa should be on top, second, third and so forth. Sape orang penting, sapa yang paling berjawatan. Because everyone, and lumrah manusia suka di hargai dipuji. Unless dia cakap dia taknak involve or being recognized for something.

A silly mistake, tak tanam sifat hormat, and hargai kesusahan orang lain, at last kita kena balik. I tak pernah kena lagi, sebab basically I called them by the recognition. And diorang suka when I said it outloud. Tak salah make them proud.

Dasar manusia dengki. Macam Datuk Fazley. Diorang mesti tak tau Master by one year boleh habis, lagi2 MBA. Lagi boleh straight convert into phD kalau result bagus gila. Sian la beliau. Takpe Datuk, Tuhan lebih tau.kalau Datuk tipu; facepalm.

*oke meleret*

I dah kena. Not directly me. Tapi the organization. I feel sad. Tapi being me.I always know the story from both sides. And I tau dua-dua salah. Tapi being me (lagi), biarlah the top management yang settle sendiri.

Buat I rasa nak tukar kerja. Banyak reason la. One of it 'tempat isteri disisi suami'. Ecewahh..tapi memang sedihlah tadi. I memang buat muka paling tebal sekali dalam hidup.

But its okay. Salah sendiri, tak dinafikan. I take it as something to improve. Right? Hidup takde ups and down tak best la.

Nasib I ada encik tunang, yang bila teringat dia je, rasa lapang je kepala ni. Senyum-senyum I sekarang teringat kat dia.

*senyum*

Ps: hope rezeki lepas kahwin melimpah ruah. I just want to be happy with my family. InsyaAllah.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 5, 2012

A gifted day

Tadi tengah stress2 dengan kerja yang membukit, I sambil-sambil kemas meja, masa tu around 1.30pm mula la rasa rindu di hati ke encik tunang.

1.30pm, mesti beliau tengah berehat. I bbm dia, "can u call me?rindu!". Eh diva sangat nak orang call dia,padahal hp pun pakai line. Alasan sangat takde credit.

Encik tunang reply, " bengkel sayang..". Ok sentap. Dah la stress, pastu rindu, pastu beliau taknak call. "1.30pm. Tak rehat ke?". Niat dihati ingat beliau tak stop lunch lagi, walaupun sentap, takde niat pun nak marah.kang dia cakap, "grow up la awak!" Ha kan lagi haru. Hahaha..so I sambung la buat kerja.

Tak sampai sesaat, terus beliau call. Yeay!! See? Mesti dia rindu jugak tapi taknak mengaku. *kibas2 rambut* pastu cakap gedik-gedik sikit. Baru la terasa diri dicintai.

Pastu encik tunang cakap, "sayang.." Suara slow je. Aihhh, I memang tak suka la orang suara deep-deep ni.akotTtttt...

"Sayang...I dah booked hotel untuk honeymoon, flight je belum..". Pastu tanya rate,bila,bape hari and other few things. I pun suara macam biasa je.

Letak je telefon, I buat larian setempat 20 kali, lompat bintang 40 kali. Happy gila siot!!I just cannot expressed it in word!! Padahal dalam tepon cakap slow-slow paling sweet.. beliau? encik tunang?book hotel? honeymoon? OMG!!

Heeee..I bukan ape. I selalu je rasa encik tunang tu tak sayang I. Dia kan suka marah-marah I.mesti la I sentap je all the time. Tiba2 dia bagitau the happiest news, pastu arini anniversary kitorang plak.

Sweet angat beliau..uke angat! *tampar diri sendiri sebab gedik*

I senyum2 je..the whole evening kat ofis. Rasa macam tak caya jer. Tihii..

Ps: hope dapat flight tiket murah.:)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ulang 'bulan' terakhir

Good morning peeps!
Siaran langsung dari dalam train rapid kl menghala ke KL. Muahahaha...menyempat betul!

Anyway, hari ni adalah anniversary I dengan encik tunang / bf / musuh / best friend / financial planner / funder / driver / teman makan / teman shopping..ha nampak tak betapa pentingnya beliau dalam hidup I? Ehehehe..sebab tu I rasa bersyukur sangat to have him in my life.

Kitorang dah kawan sangat lama. Kalau kahwin dari masa 1st jumpa, anak sure dah 8 orang. Hahaha...

And this month will be our last month as a couple, before we take it into a next level, hubungan yang di redhai Allah. Insyaallah. Doakan yang terbaik buat kami.

To encik tunangan,
The moment I knew you, literally I tak fikir pun kita akan get engaged and then going to get married. I am happy when I am with you. And bila kita gaduh, and we don't even talk on the phone, my days becomes so gloomy because I missed talking to you and having fun with you.

And now, setelah sekian lama tak jumpa..dah passed 3 weeks pun, rindu yang sangat-sangat mendalam kat awak. Tu la nak sangat jaga seri muka, sendiri stress.haha..

I wish time will moves faster until the day awak terima nikah saya.

I love you dear, (dah berjuta kali sangat dah bagitau ni), and I can't wait to have a family with you. InsyaAllah. Take care and kita jumpa in 1 month time okay sayang.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 4, 2012

half way through

semalam lepas habis SH'BAM, ha nampak tak i bagi besar, bagi bold sikit perkataan tu sebab lately diet ke laut. ke laut sangat weh, sampai laut antartika. nak kahwin lagi beberapa hari, apehal perut buat perangai sekarang nak makan sedap berlemak berkrim disukai ramai. ishh..memang sabotaj sangat la nie. makan ikan keli masak cili padi, makan macaroni cheese, makan kueyteow goreng penuh kerang, apa ini semua??scary sangat.

so anyway, balik pada sh'bam, niat murni di hati ada taman ni, nak pergi hantar kad kahwin la bagai kat area taman. lepas dah bagi kad tu, niat do hati masih nak kemas baju yang dalam beg konon nak bawak pergi rumah cik abang tu. so lebihan baju tu nak sangkut dekat almari ais baru beli kat IKEA untuk bilik pengantin haritu tengok dekat balakong harga RM800, tak cantik, dekat IKEA murah lagi, i mean tak murah la lebih kurang RM1000 tapi elok buatan dan lebih kukuh, dan cantik dan IKEA.

tapi itu semua dusta gangguan shaiton. eh? lepas sh'bam, singgah rumah kawan yang dekat-dekat festival city tu (taknak mention nama nanti ada orang datang serbu), dapat la pass 5 ke 6 kad macam tu. kawan duk tepi tingkap kereta, i dalam kereta biasalah diva, borak-borak. sekali kawan tanya, "oit, kau taknak g minum ke?". dalam hati nak, tapi kalau pergi mau pukul 12 esok tengah hari baru balik. pastu i cakap, "namolaa..penat." tapi offer akak tu masuk kereta. borak-borak 30minit sekejap , pastu dia tanya, "kau nak hantar kad kat mana lagi?aku teman..".

gila weh. minah tu baru balik kerja, masa tu dah pukul 10.00pm rasanya. dengan tak pakai spek, dengan baju kerja berlengas, dengan tak bawak wallet kalau kena tahan polis memang balik maldives eh? je. pusing-pusing la kitorang.

kitorang pergila rumah kawan kitorang yang fashion designer terkenal itu. sekali kawan i yang bijak bestari ni tak ingat eh rumah beliau kat mana. boleh? terus call. " awak..awak kat mane?kita tak tau la rumah awak kat mana..". "korang kat mana nie?buat apa datang rumah aku?". eh diva sangat kau kan nak cakap macam tu. "nak bagi kad kawen aku la.." . "oh korang kat mane?" . "kitorang kat persiaran balau.." ." ha persiaran balau?mana tu?".

memang membulat mata i kat akak sebelah nie. pastu i tanya, "awak kat mana?meh la i amik..". beliau kata dalam train kat stesen rapid. "ha tunggu situ kitorang datang." pusing la merantau amik dia. lama jugak dia tunggu.

dah dalam kereta, i tanya dia, "K, kau tak rasa ke macam kitorang prank call kau, sebab 10tahun tak jumpa, tiba-tiba offer nak amik kat train. malam-malam plak tu". dia cakap ada jugak, ke entah hantu mana call dia buat macam tu. eh suweet sangat hantu nak call kau kan.

sekali nak hantar dia balik tu, si fashion designer ni pun cakap, "korang nak hantar kad kat mana lagi?jom aku teman!". ha korang dah boleh bayangkan tak kawan-kawan? ada dua orang makhluk, yang dah 10 tahun tak jumpa, tiba-tiba dua-dua offer nak teman hantar kad, ke rumah kawan-kawan yang dah 10 tahun tak jumpa. boleh tak bayangkan serabut macam mana i? dengan nak borak, dengan nak cari jalan. dengan, "eh eh sini!!" selepas 200 meter ke kedepan. #pitam

memang kereta ke kiri ke kanan yer. kena hon sekali. u-turn kawasan salah 2 kali. redah jalan yang ada 4 lane 2 kali. eh suweettt sangat kawan-kawan i kan. mintak kaki yer.


*****

sebenarnya cerita panjang lagi.

tapi sebab blogspot tak boleh save dia dah terpotong half cerita. memang marah sangat la ni, tapi malas nak sambung cerita.

muahahaha.

Omelan tanpa hala tuju

Omg, tinggal less than 1 month untuk wedding kitew!! *lompat bintang doploh kali* ehehe, buang masa lompat bintang, tapi kerja kahwin bukan nak siapkan. Hishh..macam mana ni laa..nervous bagai makan kat hotel bertaraf lima bintang bersama encik kamal. Eh? Stop it stop it! Ini semua gangguan shaiton..shuhh shuhh.

So far progression macam ape ntah. MUA dah amik. Baju dah siap.baju nikah dah just baju sanding masih di tokok tambah.bilik pengantin dah.catering dah. Deco dah book. Pelamin dah. Ha door gift belum!! Kang i buh voucher tiket GSC sorang satu dalam tu pun cara jugak.

Rumah bersepah macam *sila isi tempat kosong*. Time ni la plak adik nak cat bilik. Memang tak de hari lain plak. Dia memang la rasa cat bilik masa akak dia nak kahwin memang paling osem la tu.prrffttt...

Okay, baju I semua dah masuk dalam beg, tinggal hari kawen tarik bawak keluar "percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan.." memang la kena tarik sebab ada roda takde roda kena pikul la kan.semua baju tu dah bersedia nak masuk dalam lemari ais cik abang kat putrajaya.

Tapi mak sentap sebab dia kata baju dia nanti nak letak mana. Helloooooo sayang, untuk pengetahuan awak, baju saya lagi banyak (sangat) dari baju awak. Maka baju saya belah atas, baju awak belah bawah, kanan sikit, bawah sikit. (Laci) ha jumpa tak? Hahaha..

Omel angat argue pasal almari. Kitorang memang suka la gaduh pasal benda bodoh contohnya macam pasal lambat call, tak angkat call, nak honeymoon kat mana (eh?), dan banyak lagi yang tidak boleh dinyatakan di sini sebab bodoh sangat. Hahaha..

semalam dah gelak2 sebab beliau haritu marah kite pastu dia cakap, " grow up la awak!!" Siap tanda seruan nih, konon marah sangat la tu.boleh nampak tak siapa tua kat situ? Boleh kan? Orang tua jer cakap dengan orang muda to grow up. Muahahahaha...

Banyak sangat merepek sebab nak kahwin dah. Cuak kot. Okay bai.

Ps: bos bagi kelas pagi petang, hari-hari. Semester membunuh.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

 
design by suckmylolly.com