Pages

Tuesday, February 18, 2014

Macam mana nak kurus lepas bersalin?

oh wow. topik hangat dan taboo dalam kehidupan ibu-ibu sekalian. hahaha...but, since we are already here, apa kata kita continue je la penceritaan kita pada hari ni. oh, so sorry sangat2 sebab lama tak update, because surely im struggling with my life and juggling things. a part of me was so broken that i consider it was a test from God, but somehow Allah can't never be wrong and sayang nye Allah ke kita tu dalam macam-macam bentuk. but for right now, i just bersyukur for everything i have, especially husband and my daughter. two precious thing in my life that money can't buy.

so anyway, dah jadi mak-mak ni, lemak pun sangat la tepu. sangat susah nak hilang. tak macam zaman kita muda remaja belia khairy jamaluddin wahahaah tetiba nak masuk kan YB dah kenapa...sebab dia hot! dia menteri yang paling hot di ikuti datuk hishamuddin dan ketiga masih belum follow up. so betul ke tak?? betul kan yang our metabolism is the one actually yang menurun. therefore, kalau kita exercise dengan kadar yang rendah, maka it takes a whole year to remove the fats.

so people, here i am, trying to help you guys on how to reduce weight, and macam mana nak kurus dengan cepat. sangat mudah, simple, dan tips yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja, but i fokus untuk ibu-ibu lepas bersalin. sebab i gave birth 8months ago, and yes, i didn't get (yet) my desire weight.

1. orang kata menyusukan anak boleh kurus. for me, it's a no. tapi kakak ipaq i, kurus and perut reduce (she opt for c-sec). i yang normal birth ni, menyusukan sophea for a few months, tak reduce weight and i tend to eat a lot. so ikot orang yer. siapa yang reduce weight masa bagi susu, sila teruskan. jangan stop. biaq pi la orang nak cakap apa, anak kita, susu kita. so teruskan.

2. jangan makan nasi. actually i makan jugak sesenduk, tapi lepas i follow encik husband yang (tetibe) taknak makan nasi (yeahh right!), i nampak la jugak significant penurunan berat badan especially tang perut. so i suggest makan nasi sekali seminggu, dan hanya sesenduk. kalau ikot term kevin zahri, segenggam nasi. makan lauk2 sume okay, tapi makan jela sekali or dua kali seminggu benda goreng. yang lain rebus2 ke bakar2 ke.

3. jangan minum air manis. minum air masak SAHAJA, twister ke, f&n ke, teh tarik ke tak payah. bukan tak payah, tunggu la dah dapat ideal weight, belasah la makan apa pun. korang fikir macam ni jela, mati ke tak minum air manis2 tu?kalau aku tak minum dalam a few months jer, banyak dah boleh turun. ha boleh kan fikir macam tu? kalau tak minum air masak, buat la air limau ke, air lemon ke, tapi jangan buh gula. sedaaaaap lagi2 minum sejup2.

4. berjalan selama 30minit setiap kali. nak buat hari2 lagi bagus, nak buat 2 ke 3 kali sehari pun okay jugak. janji you all jalan 30 minit. kalau yang malu nak keluar rumah, malas nak pakai baju cantik (aje ler la alasan korang kan), jalan dalam rumah non-stop 30minit jer. kalau rumah bertingkek2 tu, cubalah turun naik tangga tu.

so, itu je la tips dari i yang tak kurus tapi nak suruh korang pun jadi kurus sama-sama. baik sangat hati i tau..hahaha...

3 jer tips dia. kalau 3 ni pun korang tak boleh follow, pengsan bertahun2 i okay. no rice, minum air masak, jalan 30minit sehari. cuba korang try sebulan. kurus nak mati okay. hahaha.... kalau korang mampu buat tiga benda ni, memang awesome la korang!!!

1 Kata bijak pandai:

Adah Talib said...

Hi! saya adah. sama gak tgh proses diet.n sama juga husband saya x makan nasi. sangat membantu turun berat badan. :D sampai saya pun terpengaruh tapi saya just kurangkan nasi. Ada few tips juga amalkan hasil google2 hihi. feel free to share the tips di blog saya

http://norsaadahabdultalib.blogspot.com/2014/05/tips-diet-yang-seronok-dan-tidak.html

 
design by suckmylolly.com