Pages

Thursday, February 16, 2012

Collagen

sebagai seorang lecturer yang baik rajin, memang penatlah nak buat slides baru (read:slides baru bukan download straight dari google format pdf and terus ajar dalam kelas..prrfttt!). baper hari asyik buat slides tak habis-habis. abis dah kata biology pulak.at least sekali kelas hundreds of slides boleh melecet tekak. so sekarang tengah buat slides protein, amino acids etc. so sambil-sambil buat tu ter come across jugaklah certain terms macam lycopene, insulin, enzyme, and dah tentu sekali collagen. ha, pompuan kalau nampak collagen jer mula la nak ghairah semacam.

hahaha..

so, sebagai perempuan yang gedik sibuk menguruskan kecantikan rupa luar dan dalam, i pun amatlah berbesar hati nak share some information yang sangat berguna kepada perempuan, isteri, dan mereka yang rajin dan suka tentang kecantikan.

first, korang tau ke collagen tu ape? collagen tu adalah sejenis protein, atau lebih specifiknya fibrous protein yang kita boleh jumpa bukan saja dekat skin, malah kat tendons kita, dan gigi kita juga ada.

kalau nak official punya pun boleh:

"Collagen is a group of naturally occurring proteins.
In nature, it is found exclusively in animals, especially in the flesh and connective tissues of mammals. It is the main component of connective tissue, and is the most abundant protein in mammals, making up about 25% to 35% of the whole-body protein content
." (sources: here)

collagen ni jugak menjaga struktur kulit kita agar lebih anjal, kurang berkedut. semakin kita tua kurang remaja, bonds yang memegang collagen ni akan musnah atau berkurang, maka struktur kulit kita sebagai contoh akan berkurang juga maka munculnya kedut-kedut dan age-spots.

so, persoalannya, bagaiman nak mengurangkan kemusnahan collagen, dan menjaga collagen yang sedia ada supaya lambat musnah? (baca: bukan stop the process, atau adding collagen, itu semua kerja Tuhan. kita boleh berusaha untuk mengawal).

i found out yang semua produk yang claim ada collagen adalah tipu belaka. (perempuan adalah indenial, kan?) padahal dah terang-terang tahu juskawan10 tak boleh kuruskan badan, premiumcantikrupawan juga tidak menguruskan, sabunajaib tidak akan mencantikkan wajah dan sebagainya. tapi kita perempuan kaum yang lemah, mudah terpedaya kan kan kan? jadi apa yang boleh kurus, dan cantikkan wajah? exercise + diet, dan kawalan makanan yang seimbang.

sounds boring and semua orang tahu. tapiiiii....taknak buat jugak. kenapa?MALAS. yer saya tahu. but that was a long time ago ecewah. sekarang sibuk la nak cantik la nak ape la.tihii...sebenarnya im getting married in few months maka marilah kita berlaku adil kepada diri sendiri.

okay.
sekarang stop using semua product yang claiming ada collagen, unless collagen dia sangat-sangat micro, means sangat nano, means sangat-sangat kecik, barulah pakai. sebab collagen molekul yang besar, tak mungkin boleh diserap seperti sponge menyerap air sirap yang tumpah.

1. bagi perempuan yang merokok, sila stop merokok. i know it is heavenly heaven untuk dapat merokok, but kalau nak your skin cantik bak apple hijau yang licin, maka berhentilah. bila skin kurang oksigen, maka penghasilan cell baru akan terbantu maka muka kita akan huduh dan kusam.

2. siapa yang minum alcohol, pun sama. kurangkan pengambilan atau stop terus lagi bagus. sebab alcohol pun kesan sama seperti merokok.

3. bersenam, bersukan, berfutsal, berbola jaring dan sebagainya atleast 3 times a week. bila kita berpeluh, banyak toksik dikeluarkan dari badan. jadi kurang toksik dalam badan kan. bukan kulit je cantik, badan pun sihat montok etc.

4. makan makanan (fresh food yer, bukan processed food) yang mengandungi banyak source of nutrients yang boleh menyumbang kepada penghasilan collagen naturally dalam badan kita.

untuk nampak cantik dan muda dari usia, badan kita kena produce collagen. macam mana?ha berbalik kepada pemakanan kita. again, sounds boring. tapi kita kena berkorban untuk masa depan kita. okay? so food apa yang bagus untuk skin kita nie?

1. ikan macam salmon, sardin, ikan kod, tuna adalah source of Omega 3 fatty acids, untuk melembutkan kulit. jadi sila cari mereka dan makanlah mereka. ha, jangan la nak goreng-goreng sangat. buat steam or grill pun okay.

2. bawang putih (i love this!). makan roti bakar garlic ke, tumis sayur lebihkan bawang putih ke,ha macam-macam lah lagi. nasib baik kita kat Malaysia ni bawang putih memang salah satu bahan penting in cooking, kan? so easy la.

3.and tomato. ermm...saya kurang sikit, tapi kalau dah masak, buat sos spaghetti ke, memang lazat la buat hirup-hirup. so sapa yang suka makan tomato mentah-mentah tu bagus. tapi ada artikel yang i baca, tomato lebih anti-oxidant kalau lepas masak. either ways, both are still good kan?

so, siapa-siapa yang nak cuba kaedah tradisional iaitu makan dan masak dan tidak membeli produk ratusan ringgit untuk jaga kesihatan bolehlah cuba. it is never too late to try kan?sebab i pun baru nak mula. sebab semalam buat sos tomato or tomato stew maka semangat lebih sikit la kan.

siapa nak baca lebih, these were where i found all about collagens:
1.thesecretsofbeautifulskin
2.staci-barbo7

so balik ni, i nak:
1. exercise
2. stop ambik excessive sugar and carbonated drinks
3. nak makan/beli ikan kod punya oil, telur yang ada omega-3 tu.
4. nak sapu putih telur kat muka.hanyir pun lantaklah. *muntah*
5. nak sapu tomato lenyek kat muka

ha kan i dah cakap. perempuan ni mudah terpedaya. tapi takpe, insyAllah dengan usaha, doa, dan tawakal, semua boleh kan kan kan?

Wednesday, February 15, 2012

Janji kalau tak tunai tak berguna jugak

Kelmarin, balik dari Prince Court Medical Centre (PCMC), uncle ajak pegi dinner, padahal tadi dah cakap dengan abang yang kite ni ada class sh'bam pukul 9.30pm ni, masa tu pukul 8pm dah. Kalau gerak bontot berlemak sekarang memang sampai je,tak kisahlah jem ke tak. sekali uncle offer makan pulak.

Abang dah angkat2 kening. Apehall??dia suka la tu dapat makan free. (Sebenarnya diri sendiri yang nak pegi kan cik kakkkkk) . Abes I cakap , " sukati abang laa". Dia tarik bini dia laju terus salam orang sakit terus turun. Ha ha ha. Budus.

Sekali makan kat Ar-Rawsha la pulak.kat kg pandan tu. Adoiiyaai. Macam mane ni. Terus berlegar-legar Lamb Mandy. Yang ni memang tak boleh lari. Diet memang ke neraka dah. Amik menu, baca macam buat paper research. Bersungguh-sungguh baca ni. Memang nak sangat makan kambing aku ni. Sekali jumpa lamb grill dalam RM40 ke RM30 la macam tu. Belasah order dengan milo ice.

Yer, I tau apa bongoks nyer order milo ice kat kedai arab. Abis takkan I nak order mint tea. Pengsan tak bangun terus. Dah la dalam teko tu mint leaves dia dah serupa bayam.

Sampai2 my lamb grill memang terbaik. Memang grill without oil.kering kontang.tapi ade humus dia. Walaweh. Humus tu! Yummy sangat. Cicah2 dap dap. I duk ratah tu jer.

Curik jugak lamb mandy tapi tak makan nasi dia. Makan kambing. Ahad hari tu, masa dinner dgn en tunang pun order lamb chop. Fan no 1 kambing la I ni. Tihii.."hello kembsss (kambing) me fren u..."..

Pastu order aiskrim. Amboi cik kak. Melampau.

Amboi mukadimah panjang gila babs. So untuk mengurangkan rasa bersalah I datang la sh'bam dengan body combat semalam. Pergh nak muntah.

Sh'bam memang kelas untuk menggedik dan perasan lady gaga. I la lady GAGAH tu. Mesti akak-akak kat belakang tu macam , " wahh..lady gaga malaysia" bila nampak I. *muntah hijau2* tak. Mesti akak-akak tu menyampah sebab I paling besar pastu diri paling depan stage sekali dah tak nampak trainer. Mahap la kak. -_-

Oh by the way, semalam mamat kevin tu boleh tarik I atas stage. Tapi seriously I tak malu. Eh eh I mean takde la rasa malu2 atas tu. I belasah je. Salah ke betul ke lantaklah. I no professional. Jangan nak gelak-gelak okay.

Sebelum datang kelas berkobar-kobar nak buat perut la ape la. I just run 15min + sh'bam + body combat. Pastu masuk locker room terus mandi. -_- dasar pemalas. Bawak kereta gigil2 lutut.

Oh maybe sebab period. I singgah kedai mamak beli pad, kat rumah dah habis. Ni pun satu hal. Esok dah kahwin tugas membeli kena bagi kat orang lain. Har har har.

Balik rumah terus tidur. Bangun pukul 2am tadi makan ikan bakar cicah air asam.

WHAT KIND OF SORCERY IS THAT!!?

Bodoh sangat. *facepalm*


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, February 13, 2012

Lost and Gain Weight

Okay. Berat dah turun 5...Errrrr bukan 5kgs, kalau 5kgs I mesti dah buat doa kenduri selamat, takpun terus ajak en tunang kahwin terus tanpa menghiraukan baju kahwin yang masih berjarum dan jahit jelujur. Sobs..-_- I turun 500gm bersamaan setengah kilo, nak jugak sebut setengah kilo kan sebab nampak lagi berat padahalllll?? Sama je cik kak. Fine..500gm agaknye sama berat dengan ayaq liuq dlm mulut kau, ape nye nak hirau.

Hirau jugak sebab naik penimbang jarum tu tak tunjuk garisan kecik2 antara 4 dengan 5. Wehuu..sonot nyee! -_- (senyum dengan muka terpaksa) kadar metabolism tak tau bape.

Oh btw, untuk pertama kali nya dalam hidup, okayla officially pertama kali, tapi sebenarnya kali kedua, tapi sebab yang first time to tak printed out,maka disqualified la rekod dia. So ini dah printed out,dah tunjuk kat investor aka encik tunang yang dicintai, pelaburan beliau menghasilkan ribuan ringgit, tanaman semuanya ranum dan cantik-cantik belaka. Hihihi..

Sebenarnya nak bagitau BMI I dah normal!!wuhuu..after almost 6months worked my fucking lazy ass out, I have reduced my weight and have my BMI back to normal from obesity. Obesity mak incik, malu jemah. Obesity 1st stage.

Setelah bersenam dengan secukup rasa ditambah dengan minum air masak menggunakan hos cuci kereta, yes proudly I am back to normal.

printed out body mass bg kat encik tunang suh dia baca. I have to reduce 1.4kgs untuk excellent BMI. Patutnya kertas tu masuk frame tp entah mane dah simpannya. Nampak sangat tak menghargai.

*masuk mood sedih bergenang air mata*

Ok,orang lain takkan tau ape yang kita dah lalui, to be at our place right now. Usaha dan doa adalah amat penting selain sokongan insan-insan yang dicintai. Orang boleh cakap, ala berlagaknya nye, riaknya, tapi orang tak tau betapa susahnya untuk dapat apa yang kita dapat. Tak kisahlah dari segi harta,ilmu, rupa,pangkat dan sebagainya.

Terima kasih yang tak terhingga kepada encik tunang kerana pelaburan die membuahkan hasil. Terima kasih keluarga sebab sentiasa ada dengan saya time susah dan senang.

Dengan ini saya berjanji untuk sentiasa berusaha dalam apa jua sekalipun.

*cakap sambil konon-konon pegang award*

Hahahahha..there's so much work to do. Tinggal lagi 2 bulan lebih jer. Extreme workout I must say. Sekarang ni demam. Kalau workout tu memang berpeluh macam masuk dalam kolam. Sebab nak kebah demam kot.

Tapi hari sabtu lepas encik tunang sabo diet I.

Breakfast: lempeng with mapple syrup
Lunch:butter rice dengan ayam masak merah
Snack: tutti frutti ice cream
Dinner: nasi lemak ayam berempah mali's
Supper: char kuey teow mali's

Ahad plak,

Breakfast : lempeng with mapple syrup
Lunch : nasi with ayam masak lemak cili padi and tauhu goreng sambal kicap
Dinner : sizzling lambchop and sup sayur

Okay. 500gm terus bertambah 5kg. Memang sabo betul!!

*terus pack2 baju g gym*


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, February 9, 2012

Resolusi Permasalahan Cincin Tak Muat

masih ingat entry ini? berkenaan cincin yang dah di beli tapi tak muat lalu melorot dengan harapan beli size besar lepas kahwin badan demok-demok (apa punye falsafah la kalau lepas kahwin gemuk. kenapa tak letak mindset lepas kahwin kurus lagi sampai kena beli cincin baru...hakhakhak sian encik suami!).

sekali ada GIRL POWER (girl power terus tapi memang sangat terharu sebab tak pernah terpikir pun ade clip tu) yang sangat-sangat baik hati sudi berkongsi do's and dont's of beloved ring dalam blog beliau.

Ini resolusi untuk pengantin/bakal pengantin yang mempunyai masalah cincin besar yang taknak potong sebab takut demok-demok lepas kahwin (well, all girls have this shallow mindset..prfftt!). so please please baca lah akak kita punya resolusi. thank you Liyana (as referred to the sidebar of her blog)

Resolusi Cincin Besar

now i boleh tersenyum manja dan makan lebih sikit sebab the klip boleh on and off kan??kahkahkahkah...(nampak dek encik tunang mau dia suruh pusing Lake Garden tu doblas kali..matikk!)

kesimpulan:
1. No ring cutting
2. And now go and buy the thinggg

ps: Y U no tell me before Habibbbbb! *facepalm*

Cincin tak Muat

tensi mak. hari ni buat pertama kalinye pergi ofis tak pakai cincin. bukan tak bawak, jauh sekali lupa. sebab cincin itu dah tak muat kat jari manis kita yang tunggu lagi satu cincin di hari perkahwinan. tihii... dah tak muat okay. pakai je melorot. pakai je melorot. kalau harga cincin tu 24sen melorot pun i pejam mata jer. ini harga macam 2 bulan gaji memang harapan la nak hilang macam tu.

masa dulu beli cincin ni siap potong tau. aik takkan la sekarang ni nak potong lagi?kang esok ada anak, jari kelingking pun dah tak boleh masuk acaner??oh no.kawan i cakap balut dengan benang. balut dengan benang dah jadi ape?hahaha..tapi nanti i nak try jugak. mana tau berkesan.

ok tibe-tibe bos panggil meeting. bai!

Wednesday, February 8, 2012

Perangai

cuti. malaysia ni bagilah 100 hari cuti pun belum tentu cukup. dulu kalau cuti sabtu ahad pun (dulu as in 20tahun lalu), rasa macam terisi and banyak benda boleh buat. sekarang ni, cuti 4 hari (sabtu, ahad, thaipusam bla bla) takdenye best. bukan tak bangun pagi. lepas subuh dah bangun but still tengok jam, "eh, dah pukul 5?" whaddefish.

let's recap ape dah buat untuk cuti ni.
1. oh hari sabtu buat kerja kenduri kahwin, preparation and all. so makan satu hari.
2. hari ahad ada wedding sedara kat Kompleks Kesenian Islam Shah Alam, diikuti lagi dengan besday celebration anak buah yang ke 2 tahun yang sangat meriah, food sedap gila. *pengsan* malam tidur rumah abang.
3. isnin pagi, pergi jogging dengan encik fiance kat Taman Tasik Perdana, and breakfast at kampung baru makan lontong terbaik. *yummy* petang singgah rumah encik fiance and malam makan kat kedai mamak kat putrajaya.
4. selasa kemas rumah, kemas bilik, buang all the things yang dah taknak pakai. and petang dilanda demam, get ready for work.

ada nampak perkataan "tidur satu hari" tak? takde kan? definition cuti bagi saya ialah tidur satu hari tak bangun-bangun. kalau malam tu main game sampai 3 pagi, lepas tu tidur sampai petang esok baru bangun, itu barulah cuti!! hoyeahh..

esok kalau dah kahwin, weekend pagi-pagi lepas subuh jogging dengan suami barang 3km macam tu, pergi breakfast or breakfast kat rumah. pastu tidur sampai pukul 5pm. bangun jogging balik, takpun kalau dah penat pagi tu jogging, petang kemas-kemas rumah. pastu makan sedap, or masak sedap2 macam masak lemak siput sedut dengan paku-pakis tumis, pastu malam cuddle-cuddle tengok movie pirated.

pastu dah kul 12am macam tu tidur, and tau esok ade hari ahad!!!!!

*menangis terharu*

life can never be this awesome!

Thursday, February 2, 2012

Kasih

im doing my slides for next class. tangan sakit, otak pun sakit. kesian students tadi dengar i explain sambil lukis-lukis sikit the cell structure ape semua. hopefully diorang faham. kalau tak faham pun, i will explain in the next class.

hari ni, encik tunang cuti. one of the reason is dia nak buat appointment untuk HIV test as one of the requirement untuk kahwin. and kitorang kena tunggu sebulan which is the test will be in march 2012! lama gila. nasib baik itu chenta-hati dah pergi survey dulu, and he willing to wait for me, nak buat test sama-sama. *terharu* so dah settle and i guess now is just to wait.

sambil buat slides ni dengar la lagu. lagu i mesti la nak mellow love songs je (encik tunang cakap sila tukar selection lagu sebelum kahwin). eh hello! nanti siapa nak melayan perasaan i yang mushy mushy?? *senyum*

anyway, lagi 4 hari adalah aniversary kitorang yang ke 8 tahun. homegott, lama dah aku kenala mamat ni. hikhik..but still there are sides of him we will never know, at least not after married. *ketap2 kuku jari* tak tau nak plan ape for celebration.

bulan ni jugak anniversary, my birthday, and bulan ni jugak duit dia banyak kena tolak untuk rumah sewa. i dont know what to buy for him, since banyak barang dah beli untuk hantaran takkan nak beli lagi. but i want to give him something special.hmm..

*senyum*

*senyum*

i miss him now. rindu plak nak kacau-kacau dia dalam kereta. dia tu penggeli okay. padahal bukan kita cucuk pun dia, it is just the gesture of poking him je pun. itu pun dah nak melompat. kalau i buat camtu time dia driving, macam nak marah sangat lah dia kat i, and then i buat2 kelakar jela..kang marah plak die lagi..hahahaha...

i promise to love him for as long as i breath...for as long as Allah allows me...i promise....



Tuesday, January 31, 2012

Could i be the one and only for you?

"i dont know why im scared..." -Adele

you know la lately ni i suka ingat benda yang bukan-bukan. i would like, everyday thinking of unnecessary things that sometimes causes me a lot of trouble sebab menjadi emo dengan sendirinya dan ended dengan pergaduhan manja yang i rasa kalau tidak dibendung akan menjadi racun perosak kepada any relationship pun.

i think one of the reason why i am becoming like this sebab hari untuk diijabkabulkan semakin dekat. so bila hari nak nikah makin dekat, i dah macam cacing atas jalan tar. I AM SCARED.

seriously bukan pasal baju pengantin tak cantik ke, doorgifts cukup ke, cinematographer okay ke etc. tapi the one and only adalah untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri yang solehah kepada suami. menjadi ibu yang baik untuk anak-anak. oi oi besar kot tanggungjawab kita sebagai isteri. (okay masa type ni dah seram sejuk jari) so i salute sangat kepada sesiapa yang masa nak kahwin dulu dia cool tak rasa pape.

hari-hari i fikir, baik ke i ni, cukup hebat ke nak jadi isteri yang terbaik (okay dah macam forum motivasi lak ni), boleh ke i jaga encik suami nanti sedangkan sekarang diri sendiri pun tak terjaga, and banyak sangat depend on him and my family. *kecut perut*

ingat nak tanye la kawan-kawan macam mana nak hadapi kehidupan bila dah kahwin. tapi selalu tanya dah masuk isu lain, paham-paham jela isu mana. i know benda tu important jugak, tapi banyak lagi benda yang kena improve other than that.

lepas tu as perempuan kita mesti fikir la setia ke suami kita nanti dengan kita. sayang ke dia dengan kita sehingga akhir hayat kita. baik ke dia nanti dalam melayan kita. bahagia ke kitorang nanti?eh ke korang tak pernah terpikir main redah je and im the only one macam nenek tua sebok fikir benda ni semua?? *cuak*

until i came across this beautiful song. every words in this song REPRESENT me, myself, and my feelings. like 100%! i tau lagu ni dah lama, but dulu dengar macam tu je, tak pernah listen to one of each words. rasa nak nangis pun ada sebab kita jumpa dengan orang yang faham perasaan kita macam mana. rasa ringan sikit beban.

so siapa-siapa ada issue self-esteem, lagi2 dalam hal bercinta, and as for me, yang nak kahwin (sambil counting the days), disarankan dengar lagu ni. sebab you will feel good after listen to this song.




and i know, he's the one that i want, i really want.

"why it's taken me so long to let my doubts go?"

Kalah

semalam when i go through the tweets updates, i came across a phrase yang actually open my mind (eh eh, berapa kali dah jumpa phrase yang macam sweet lepas tu konon nak berubah jadi baik but end up lupe diri?). none other than being the nicest gf/wife -to-be. hee..nantilah kalau rajin nak go through balik and remembering, i will post it.

so en. fiance, your fiance is trying (very hard ecewahh) to be better for you and learning to accept new things from you so that kita takkan end up merajuk, sebab nanti takkan ada orang yang lebih baik dari awak untuk stretch the bed sheet and put the bantal nicely. well, nanti jugak takde sape nak makan makanan yang i masak.

anyway, semalam supposely ade training dengan my personal trainer tapi boleh tak dia datang lambat 8.40pm padahal janji pukul 8.00pm ni. 40minutes late. sorry eh, i memang tak boleh blah orang yang NOT PUNCTUAL. i dah stress. pastu i bbm die cakap change next session je, and boleh tak die read and not replying? not even say sorry. dia marah or i patut marah?i ade 2 session lagi dengan dia, which is the free session given by CF. so kalau tak pergi pun takpe, tapi since en.fiance dah habis beribu bayarkan, baiklah kita pergi.

i ran for 30minutes, cross-ramp for 20 minutes, back-crunch for 60 reps, lepastu i masuk sh'bam. dahlah tak ramai orang memang menari sakan la kan. bila nak bayar tiket, kena rm2.00, that's mean i ada kat gym for more than 3 hours.

balik menggigil okay. penat nak mati.

suh ayah belikan mee bandung. mee buang makan kuah dengan sayur jer. baik suh beli sup sayur kan. lepas tu curi ayam goreng nasi ayam dara. dah kenyang terbuntang macam ikan buntal terus tidur.

tiada maknanya lah 3 jam di gym dan rm2.00 duit parking. terima kasih. sekian.

Monday, January 30, 2012

Something about Popcorn

warning:
okay. entri kali ni memang agak tak bermanfaat. dinasihatkan baiklah anda close-window sekarang jugak, sebab nanti anda menyesal, mengalami migrain yang melampau, serta rasa nak pukul monitor tanpa henti. sebab entri ni memang cipan. tapi sebab niat di hati nak jadikan pengajaran di masa depan, nak jugak buat collection kann. lagipun nanti bila dah tua (entah ade lagi ke tak blogger ni), mesti gelak-gelak bila teringat. and of course, ade la sikit moral value atau info yang lelaki/perempuan boleh dapat. tapi bila kite sendiri ingat-ingat balik memang stupid sikitlah. *gelak meroyan*




okay kite letak satu gambar sebagai mukadimah. *nak tergelak*

you know right?how men and women communicate, and we do have things that we don't agree at the same time. some of us suka yang macam ni, and the men suka plak macam nie. so put it clearly in your mind that KITA TAK SERUPA. so don't expect things to go your way bila the other half tak suka pun kita punya way tu.

so last saturday, i had an open day kat my office. then, both of us (me and fiance) pergi update kad kahwin plak yang banyak sangat nak kena edit. within 2 hours semua settle. and we decided to watch Underworld: Awakening. best gila citer tu haihh memang tak menyesal la pergi (nanti buat review kalau ada masa).

ha, this comes the story *tahan gelak*.

so masa queing tu, i saw kaunter yang sebelah, popcorn dia popcorn baru, bertimbun dalam akuarium besar tu.kaunter yang we all beratur tu popcorn dah sampai lantai pun. mesti la pecah2 and banyak biji corn tu kan.

so i cakap dengan my fiance, "u, jom beratur kat situ, popcorn dia baru..".

i pun jalan la, padahal tugas membeli itu adalah beliau.i kan fiance yang baik hati sweet macam gula, jalan laju-laju pergi kaunter sebelah.en fiance ikot dari belakang, dah buat muka. nak tau dia cakap ape? *geram*

"b, u tau tak u beratur belakang 3 orang?tadi tu kite beratur belakang 2 orang je..". i sure la naik angin bila dia question macam tu.

i mean, whadefish! hello, takde beza pun dua orang ke 3 orang ke. lainla 5 orang, 10 orang 100 orang.i pun ade common sense jugak. and more, kitorang bukan dah lambat sangat pun nak masuk hall tu. lagi 10minit kut. ntah ape dia kelam kabut sangat. *geram* lepas tu, boleh plak time2 i nak beratur tu, popcorn yang kaunter asal boleh tuang popcorn baru, depan DIA! homaigodddd kuang ajaqq betul staff kat situ memang ada konspirasi nak jatuhkan i *marah*. arghh!!

and en fiance boleh jawab, "ha!nampak!!nampak!!tu ha popcorn baru!"

whadefish la die nak marah2 kat situ??tiba-tiba nak melenting. memang la dia tak cakap kuat-kuat tapi i boleh dengar kan. oh maybe pasal kitorang argue before nak popcorn atau tak. dia suh beli yang small set i nak regular sebab the price just 30sen different, pun i tak paham dia tu. dia cakap membazir tak makan. memang la tak makan *si tamak*, tapi i lagi prefer kita beli lebih dengan harga murah dari beli sikit, harga lebih kurang. makan ke tak belakang cerita la kan. ntah apa ntah dia tak puas hati, plus i tukar que pun nak marah. *sedih*

masa tu jangan cakap la, darah semua dah running through my veins naik ke muka dah. mata dah rasa nak tersembul sebab tahan nangis punye pasal. memang tak sangka-sangka la nak argue pasal benda kecik macam tu. sebab kitorang dah lama gila tak argue. dulu masa couple memang sakan bergaduh 24 jam je. lepas tunang tu memang takde la gaduh sampai macam ni. dah nak dekat 7 bulan tak gaduh.

last-last i beli sendiri. i kalau dah marah sangat memang jangan harap la nak suh die beli. tanda i protest. i beli ape yang i nak, and i belikan benda yang die nak, i letak je kat kaunter pandai-pandai la dia amik.

i dengan muka paling sarkastik sekali, bolot popcorn dengan air i, jangan harap nak tegur dia, nak ajak dia masuk hall. if not i la paling menggedik sekali kat situ, "syg syg...cepat2!! nanti orang amik seat kite!!(gelak2 padahal dah sah2 dah beli tiket kan tp gedik punye pasal i kan memang suka memain macam tu)". NO WAY!

dalam wayang memang buat hal tengok cerita sendiri jela. pastu i bbm dia membebel panjang lebar. i dah lupe ape yang i tulis. oh ade, bukan pasal popcorn, adela i selit2 sikit pasal popcorn tapi pasal benda lain. yang ni pun i hangin jugak, something about HONESTY and TRANSPARENCY. die keje gomen kan, patut die lebih faham maksud dua perkataan ni. i tak tau nape die taknak apply in his daily life. *huh* biarla die. nanti when i stop being concern baru la die tau.

orang kalau depan mata takde nye nak appreciate. #facts

pastu balik. balik tu mood i dah okay sikit, sebab cerita Underworld tu memang terbaik. masuk kereta mood gaduh datang balik. sampai la kat kedai makan. before sampai tu encik fiance cakap, "i dont want to talk about this again. just drop the issue." ha tu maksud dia, dia memang taknak la tu, dah jangan memandai nak panjangkan cerita.kang lain lak jadinya. i pun dah cool la sebab malas nak fikir.

perghh, time nak order food boleh plak dia nak cari gaduh lagi. *hentak kepala kat meja banyak2 kali* dah kenapa engkau kan!!arghhh...sebelom sampai tu, dah cakap i don't want to eat sebab before tengok Underworld dah makan kut. memang full la dengan makan popcorn i'm the only one yang melantak kan, memang penuh la perut. so masa over the menu tu dia tanya, "syg nak makan?" i jawab lah taknak, ni memang taknak makan bukan taknak sebab merajuk (merajuk sikit jela pun).

dia tanya, "nak burger?"

"taknak."

"nak nasi putih?"

"taknak."

"nak balik!??"

"huh!??"

(dia order la ape yang dia nak makan kat abang tu)

"awak cakap ape td??nak balik!?" buat muka paling ketat sekali.

"ha'ah, nak balik!"

masa ni jangan cakap la, kaki memang rasa ringan je nak walk off dari table. memang i letup-letupkan jari sebab dah marah sangat-sangat. dada dah turun naik turun naik tahan marah...homaigodd...geram yang amat nih!! tapi ingatkan dia tu, someone yang i sayang, and of course tiap masa rindu je nak jumpe, and some more kang berbulan plak gaduh, i diam je pandang tempat lain. kalau ikot perangai setan dah ape ntah jadinya.

food sampai dia pun makan. dia offer la i makan tapi i diam je. tiba-tiba sayu plak tengok dia makan sorang-sorang. selalu i kacau-kacau dia makan. i potong2kan dia food ke, susun pinggan tu elok-elok depan die ke, borak dengan dia, tanye die sedap ke tak, buat2 muka manja kat dia, tapi masa ni dia makan senyap je, sepatah pun dia tak cakap, i pun tak cakap. sedih sangat. ni masa type ni pun berair-air mata teringat. bodohnye la kite kan. gaduh pasal benda kecik. tskk..tsk..

pastu i pandang je dia, dengan harapan dia cakap la dengan i, dia pun pandang-pandang i tapi dia tak cakap ape pun. *nangis* pastu i tak ingat ape ntah kitorang buat tau-tau i dah ngap sotong goreng tepung masuk mulut. *dasar tak boleh resist food* dapnyeee!!!!!pastu i godek-godek telur bistik. sedap sedap!! pastu baik dah.

heee....kan senang? *senyum lebar-lebar buat jari tanda peace*

balik umah layan MU dengan Liverpool. dah sebab i berdaulat MU kalah la kan. hahahaha....ntah bila i tertidur tau-tau mama kejut cakap die nak balik. tihii...maluu kiteww tertweeddoowww....hahahaha...macam bangang cakap macam ni.

malam i cakap la sorry bla bla bla...and all. dia pun okay jer. rasa bersalah je weekend ni sebab gaduh yang berlarutan on and off, on and off. haihh...esok dah kahwin camne la yer. lagi berapa hari je ni. i guess kena banyak bersabar la kitorang dua ni. egois dua-dua ni boleh tahan tahap tinggi dia.ehehe..

to en fiance, i mintak maaf sangat-sangat sebab acted immature. haihh, penangan lama tak gaduh. but it was hillarious eh gaduh punca dari popcorn?? bodoh pun yer jugak. but u know how much i love you kan??takde sape bole replace and treat me good macam yang u buat. Alhamdulilah i found you. love you dear, always....

Friday, January 27, 2012

Resepi Kek Pisang

semalam balik rumah semangat gila lepas solat maghrib, tukar workout attire,turun bawah tengok mama tengah masak. ada terung masak lemak, sambal ikan bilis. ok i dont eat that, so i went into the fridge and nampak tempe. as true javanese, pergi potong itu tempe and dah lumur dengan kunyit and garam, kasi goreng itu tempe. s.a.n.g.a.t s.e.d.a.p. eh padahal tempe goreng je tapi sebab masa tulis entry ni teringat kesedapan tempe goreng panas semalam terus nak buat excessive writing.

pastu round-round kat dapur nampak pisang yang dah terlebih masak. tanya mama, "ma, can these be used for kek pisang?" then mama jawab, "boleh, tapi kalau cekodok lagi best.." mama suka cekodok sebab benda bergoreng memang la sedap *geleng2 kepala* . so i buang kulit and lenyek the pisang. pesan kat mama jangan buang pisang ni sebab balik gym, i nak buat cake pisang.

so lepas gayut kejap dengan encik tunang yang sakit kaki sebab lari laju-laju sangat kat gym, gedik-gedik sekejap, i asked him to go to sleep sebab nak masak cake. i miss him but i miss baking cake too. so biar dia tido nanti dia bising-bising suruh tido la gemok la ape la. oh my encik tunang lately suka mengomel. ( our lives will be interesting i guess after we get married...oh nooo). around 12am i started preparing all the ingredients.

Bahan-bahan yang kita perlukan:
125g butter / marjerin (im using butter)
125g brown sugar (boleh guna gula pasir biasa sebab nak cut down own sugar calories boleh guna brown sugar)
2 eggs
4 to 5 pieces of banana (kalau boleh yang over riped sebab sedap sikit)
1 tsp vanilla essence
A pinch of salt
2 tbsp cooking oil
125g self raising flour
1 tsp sodium bicarbonate
Chocolate chips (nak letak boleh, tak nak pun xpe)

Cara-cara nak buat paling fun sekali. as for myself, i suka pukul butter and sugar by using hand, jarang la i guna machine. time raya pun selalu pukul pakai tangan sendiri je. lebih feel and rasa biskut or cake kita lebih sedap. penat tu, tak tau la nak clasify macam mane tapi dah bangsa degil nak pukul sendiri kan, so memang takde penggunaan mesin la selalunya kalau i.


firstly, pukul butter and brown sugar sampai kembang. meh ahkak (perghh terus ahkak...) nak bagitau rahsia atau tips membuat cake, or biskut nie. pukul sampai kembang tu, maksudnya warna butter and sugar yang dah bercampur tu jadi warna putih tau.


PUTIH, bukan kuning. PUTIH. so pukul la, or gaul guna machine sampai putih. rasanya kalau guna mesin dalam 5 minit kembang (putih) dah la. kalau guna tangan macam ahkak ni, lama sikit la. tapi feel kot pukul pakai tangan.ehehe...


lepas dah kembang, masukkan telur satu persatu. jangan gelojoh. lepas dah masukkan satu, gaul sampai sebati. lepas tu masukkan satu lagi, gaul lagi sampai sebati. lepas tu gaul dan gaul dan gaul sampai la puas hati.

oh jangan lupe esen vanilla kita tu. campurkan time ni.



then masukkan pisang yang dah dilenyek tu. gaul lagi sampai sebati. masukkan sedikit minyak masak.



last sekali masukkan tepung, but WAIT! tepung tu campur terus dengan sodium bikarbonate, garam. lepas tu before campur dalam bekas ni, tolong ayak. jangan malas k? masuk dalam penapis, lepas tu ayak.


susunkan secara teratur atau tak teratur chocolate chips kita just for the sake kalau ada budak-budak nak makan kan?


ok lagi satu tips. lepas dah line kan tempat bakar kek tu dengan butter/marjerin, masukkan semua benda yang dah di gaul tadi BUT jangan hentak tempat pembakar tu. kiranya jangan mampatkan. jangan nak ketuk-ketuk ke ape.


lepas dah tuang, rata kan sikit guna wooden spoon pastu terus masukkan bekas pembakar tu.


suhu 175 degree celcius bakar dalam 30 minit. nanti kalau tak sure, amek pencungkil gigi or chopstick cucuk la tepi kek tu sikit. kalau takde residue atau kek yang melekat kat pencungkil gigi tu, kira dah berjaya la tu masaknya.

HASILNYA??????


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TADA!!!!



sedap tak sedap belakang cerita (for my own record, this cake was a success!!semua cakap sedap...*proud*). masa tunggu cake ni bakar around 1.00am, ayah and mama dipaksa bangun untuk rasa. bila diorang cakap sedap *proud* i terus bawak bantal masuk bilik, tido terus. ngantuk nye lahai.

bawak gi ofis pun habis dah.


so selamat mencuba yer!!!


ps: nak try ayam masak merah . tinggal 96 hari je lagi.








Thursday, January 26, 2012

NYR : on going process

oh, hari tu i came across a blog/article/message (i am so not sure) talking about the ultimate 2012 new year resolution (NYR) . it's been almost one month from the 1st January 2012 which i know some of you, or maybe most of you dah lupe what is your new year resolution hari tu kan? for me, my new year resolution is in this entry.so far, dua je on going process, which is number 2 and number 4, tapi mak aihh, benda yang kita nak je, mesti susah nak dapat, sangat the-apakah. but anyway, harapannya semoga semua orang pun tengah sebok-sebok nak capai azam masing-masing. wishing you all the best!

so semalam has been sooooo not productive for me. sangat blurr (maybe sebab still in CNY holiday mood), and preparing/updating exam question lepas di check by our internal moderator. hadoi hadoi...buat question dah la azabnya susah, lepas tu kena ikot formatting exam unit lagiiiiiiiiiii la susah. buttttt....i love standardizing things. easy to mark, easy to look at. macam orthodoks pun yer jugak. but but..i loved it!

makan tangerine punyala banyak semalam. memang vitamin C la konon kulit makan berlambak. anyway, makan vitamin C banyak sangat pun tak bagus sebab your body will repel(?) the excessive vitamin C yang your body doesn't need (muka serius macam deliver ilmu kat student). so buang duit daannnn tenaga nak makan. tapi because i love tangerine, and it was free given by the company and also siap mintak akak cleaner kalau ada lebih, so i ended up makan banyak dan tangan melekit. but the office did smells good. tihii...

talking about my number 4 2012 resolution, so semalam pergi la gym. only 'body step' kelas je ada (at the time of arrival). body step kena ikot dari begineer/introduction class okay. jangan nak memandai pergi intermediate or advance class, memang mati kutu la kat situ. orang ke kanan, kita ke kiri. ingat nak masuk tapi sebab kelas ni ada 360-turning kang ada yang mabuk muntah-muntah kat situ..hahaha..

running on the machine for 30minutes (next target is to run 45mins non-stop plus 2-mins warm up and 2mins cooling down), weight lifting, and crunching. semalam ingat gym-buddy datang. tak datang. so i was all alone and bosan sudah semestinya. mp3 tidak membantu tapi cash-cab kat AXN banyak menyumbang kepada 30mins larian. khayal okay, khayal. yang kita sebok-sebok lari pun semangat nak menyumbang jawapan. bila betul kita jawab tu betul, macam "ohsemmnyaa kiteeee...takla sebodoh sangat kitee nie yeerrr" ...lepas tu lari-lari pun dah ke kiri ke kanan, pastu mamat sebelah pelik buat muka "whaddefish?". tak kiweeee....nak jawab jugak!;p

balik rumah sangat-sangat lah lapar nya. of course lepas you worked out, your body needs to restore the energy lost, or replace it by consuming food. tapi kalau kau makan pukul 12 malam, makan spaghetti carbonara plak, bukan store energy jer, dengan the fat semua dia store lepas tu padan la muka kau kena double workout kan, lepas tu baju pengantin pun tak muat kau mula nak salahkan the food atau abang yang jual spaghetti carbonara tu. sungguh whaddefish..tapi lumrah manusia kan suka salahkan orang lain padahal dia yang buat silap. lumrah manusia- tapi kita boleh ubah lumrah ni supaya tak jadi lumrah untuk kita, sebab tak baiklah tuduh orang lain atas salah sendiri. itu namanya _ _ _ _ _ _ _. tihii..

hari ni apa tugas saya:
1. send email pasal exam questions
2. baca syllabus mathematics untuk engineering students (matii!!)
3. call beauty centre untuk reservation
4. prepare slide untuk maths
5. prepare notes untuk maths
6. prepare tutorial untuk maths
7. mentally preparing for home-tuition (i like!)

ok now, can we start doing our work?? *claps*

ps: 97days. *gulp*

Wednesday, January 25, 2012

Chiffon

yes. sebab berjaya simpan duit untuk tidak berbelanja masa this outing , akhirnya Jumaat lepas berjaya menghabiskan duit *crying* untuk beli baju kesukaan hati. i beli kemeja from sheer cotton warna putih and merah (adik dengan sesuka hati pow my baju tapi sure die pakai besar gila babeng), i beli maxi dress races back kaler purple and hitam, and i beli baju chiffon shirt with lace warna cream, sesuai la rasa nak sweet-sweet. kakakaka...

lebih kurang macam kat bawah ni la. nak pakai bila pun tak tau tapi main beli je sebab suka sangat. gambar-gambar kat bawah sebagai contoh, and i credit to google image for it.







Jumaat tu kan ofis i bagi halfday, balik tu terus text my friend jadi ke tak. die terus confirm siap nak amik kat ofis okay. sekejap je dia dah sampai. i lupe waktu lunch , lift macam eff-ohemjayyy (terlupa kan),so i agak lambat turun. sungguh whatdefish.

pastu pusing turun naik dapat la beli 5 pasang baju. nampak skirt ingat nak beli tapi terima kasihlah, dah penat pusing. penat sanagt sebab we were in a rush, my friend nak amek bf dia sebab bf die park kete kat rumah my friend ni. oi oi, manja betul bf.

and malam tadi terima kasih kat diri sendiri sebab berjaya kemas bilik secantik habis. i lipat balik all the baju and categorized them ikot warna. senang kan?? lepas tu lipat and susun yang patut amik masa 1 jam je berlanjutan sampai 4 jam, sebab oh well as perempuan kita kan suka test-try baju mix-and-match kan baju,kan? sambil nyanyi-nyanyi feeling artis?ke i je suka buang masa macam tu?


okay sedih nanti dah kahwin mesti tak boleh buat macam ni!! mesti encik suami jerit-jerit sambil ketuk pintu ckp, "senyap la awak!!!bising laa!!". pastu i nangis kat belakang pintu sedih-sedih. alaa...baju mesti tak boleh sepah-sepah sebab encik bakal suami pembersih (perfectionist). mesti tak boleh tukar-tukar baju pastu turun naik tangga pergi tunjuk kat ayah and mama and adik beradik yang lain ckp, "ha, cantik tak cantik tak?" sebab dah sah-sah mama and ayah tak duduk rumah kitorang. encik suami mesti cakap cantik je memanjang sebab malas nak tunggu kita tukar-tukar baju kan? tskk..sedihhhh..T____T


tapi the best part is, kalau merajuk boleh menyorok kat bilik lain sebab rumah kita ada 3 pintu. muahahaha...tak pun dapur pun boleh tahan besar nak seret toto dengan bantal semata nak merajuk. tapi macam lawak jer nak merajuk bagai. kawan i yang dah kahwin cakap, dalam satu hari ada 24 jam. 15 ke 16 jam berkisar hal kerja je, nak siap pergi ofis and all. 6 jam tido kan?so jumpa 3 ke 4 jam je. itupun nak merajuk?? rugi woi rugi. kata kawan saya la. muahaha...


so there goes my money and all. this week nak pergi lagi sebab baju idaman tak jumpa lagi, so nak kena beli jugak....tihii...

Thursday, January 19, 2012

Girls Night Out 2: Wedding Countdown

Semalam adalah hari berjimba bersama my girls. Mereka adalah satu-satunya kumpulan gossip yang countdown my wedding date. Seperti yang dah plan hari yang ke 150, 100 dan 50 adalah hari-hari yang we will sit down and talking like mad , tak termasuk gelak ketawa macam orang kena sampuk hantu, and of course talking about boys.

talking about boys always been our topic of the day. *evil laugh* and now these girls nak ajak pergi hu-ha kat penang before my wedding (sounds fun!). although i'm the youngest among them, but i will be the first to get married. semalam dah bebel-bebel, "kalau kau takde kesian kitorang..". bla bla bla...awww so sweeett mereka!

so last night we decided to have our dinner night out at Mali's Corner. since Mali's kat bunga raya dah takde, the other franchise is at Platinum's walk. my choice of place. hari tu kat William diorang pilih, now my turn plak. next night out mesti kat damansara, dah boleh baca pergerakan diorang ni. ha ha ha..makan apa?macam biasa, char kuey teow dengan nasi lemak ayam. of course i didn't eat nasi lemak. it's been ages since i eat that delicious meal. i curik half sudu je semalam. dia punya santan....memang sedap..!

borak-borak punya borak mestilah berkisar pasal i yang nak kahwin ni. semua dah siap ke, nak pakai baju warna apa, honeymoon kat mana. hrmm..kalau cerita honeymoon kat mana memang sedih. lepas kahwin je encik bakal suami terus terbang melayang for kursus and i'm all alone again..:( pastu gelak-gelak macam orang hilang akal. i know i know sangat tak sopan okay gelak macam tu. tapiiiii lepas ni nak jadi isteri orang dah tak boleh gelak menggila macam tu (kot).

macam semalam, masa kitorang sampai kat satu meja kat bahagian luar dekat pavement tu, kitorang tak terus duduk. berdiri sambil amik order my girls. tiba-tiba datang a group of boys terus-terus nak duduk (gila tak gentlemen langsung!). pastu agaknya dia terperasan kitorang pandang dia, pastu dia cakap, "you all punye seat ke?" ( eh hello...takla bukan seat kitorang...seat pakcik sebelah nie..). pastu i biasa la paling baik dansweet *muntah* jawab "ha'ah....(sambil senyum-senyum manja)". tapi kawan i yang engineer ni terus jawab, "heyy...kitorang punye lah!!" hahaha..sepadan la dengan position dia as engineer at one of a top firm in Malaysia.

sampi kat tempat beratur nak amik food tu, boleh tak mamat yang sama beratur belakang i? (nampak sangat perempuan jalan slow terkedek-kedek nak pergi beratur pun sempat gossip lagi). pastu dalam 10-15minutes tunggu, makanan pun siap. akak waiter tu letak la food tu kat depan i, tiba-tiba mamat yang (konon) nak curik seat i tu cakap, "you (i) punya ke?". eh mamat ni. ni memang buat-buat tanya ke atau saja nak pick up line. dah sah-sah i was in front of him, dah sah-sah la my order.

adoii..muka hensem pun tapi kalau EQ rendah tak berapa hensem dah jadinya bang. pastu i angguk jer sambil angkat dulang tu (dalam hati dah bebel-bebel tapi cuak-cuak jugak angkat dulang kang tersadung ke ape masalah gak). sampai-sampai gossip balik pasal mamat tu lepas tu gelak kuat-kuat lagi padahal group mamat tu kat sebelah kiri kitorang je.

as you know, mali's kan sebelah tutti fruti je kan. so ramai la orang keluar bawak tab tutti fruti tu. pastu kitorang biasa la dah duduk sama menganjing la budak-budak yang keluar from tutti fruti. ha ha ha. bukan niat nak menganjing pun tapi biasalah bila akal sampai macam tu la perangai. ha ha ha. it was fun...;)

balik tu round 4 kali hokay dekat uptown danau kota tu. i dengan period nye sakit pinggang tak henggatt. sampai sekarang ni sakit lagi. what did i buy?NOTHING!! save duit sebab friday ni dah janji nak shopping dengan the other groupies! i dah ketepikan duit nak beli 6 pasang baju (tepuk bahu sendiri tanda tahniah sebab berjaya simpan duit tak spend kat uptown).

kawan i engineer tu ade big date esok, maka semua nak baru. dia beli handbag dua, baju and seluar. bukan takde baju mahal, kasut mahal, handbag mahal dia tu. tapi sebab menggedik duit banyak kan, nak jugak beli. kata perempuan. murah ke mahal ke, asala nama membeli memang laju je. kan kan kan? kawan i sorang lagi engineer-wanna-be tu cari baju clubbing. baru terhegeh-hegeh nak cari. last-last kitorang suh dia beli baju bondage dress warna cream okay. ni kalau bongkok sikit stok nampak punya. hahahaha (saiko) pandai-pandai la kau jaga diri k? semalam nak cari dress pendek macam tu memang susah. so itu i rasa baju panjang kitorang suh buat dress...tapi memang cantik la. pastu cakap, esok nak pergi curve la cari baju. apakah????T_T

balik haus gila sorang satu minum air kelapa. on the way kereta jumpa ex-bf my friend engineer-wanna-be tu. melayu but cute macam korean. even i yang tak suka k-pop ni pun macam alahai kiutnyer. dia memang sengaja datang sebab nak jumpa ex-gf dia tu. semata. hantar kitorang sampai kereta and balik. semata.

balik umah i tukar kereta balik dengan diorang sebab pergi adalah with my car because we were too lazy to find parkings for each car (haha!) and so we ended up going with one car. lepas tu i hantar diorang halfway sampai MRR2, singgah mamak beli sanitary pad, and balik rumah. sampai rumah, BBM dengan encik tunang kejap, pastu terus tido.

what a bless!! dikurniakan dengan kawan-kawan yang masa susah dan senang dan sentiasa ada. you know what does it mean to have a good friend?? AWESOMENESS!! and how to find a GOOD friend?? tak payah cari. diorang ada time kita paling bawah dan paling atas.

Alhamdulillah.

Jumaat berjimba lagi!!!Shopping spree bebeh!! <3




Wednesday, January 18, 2012

Gym Session

Semalam dengan jayanya i attended two classes, of course Sh'bam andddd........BODY COMBAT!! *hidung kembang kuncup* selalu hari khamis berderet les mills class okay. ada boby pump, followed by body jump, lepas tu body combat. ada je orang attend these three classes (memang salute!), tapi weh almost 3 hours of intense workout. hebat wehhh...*pengsan*

so semalam takde plan (and memang taknak plan pun) nak masuk body combat lepas sh'bam. tapi terpengaruh dengan gym-buddy and semalam memang (konon) nak workout lebih sebab malam ni ada night-out dengan the gossip girls so dah tentu makan sedap (last night-out adalah dekat williams makan nasi goreng ketam dengan tomyam bapak banyak), so malam ni tak tau makan mana tapi mesti makan banyak punya.

konon ingat nak sh'bam je (kalau by this time dah pening sh'bam apa, sila YOUTUBE), and lepas tu nak buat weight lifting macam biasa la lepas cardio kalau tak weight lifting agak tak cantik badan (aik?macam cantik ke badan?memang la tak cantik sebab tu kena workout..T_T). sekali my gym-buddy cakap, "wanna join for body combat?jom la!". erkk?? dalam hati penat, tapi bila teringat malam esok tu nak makan banyak sedap, terus jawab, "OK!"

hrm..actually suka masuk body combat hari khamis sebab instructor dia super yummy gorgeous sexy hebat bertenaga. and his class memang super penuh dengan perempuan. so kadang-kadang nak buat side kick ke or back kick memang macam tolak siput dengan hujung jari kaki. boleh?stress sebab dalam body combat ni la kena all out. baru la effective.

so class body combat yang i datang semalam adalah perempuan tua, as the trainer. and i was sceptical at first, buttttt......i was enjoying every kicks of it and the trainer adalah super friendly and alert too!! mestilah ada moves yang kita macam tak boleh buat sebab tak larat pandai kan, so i macam slow sikit la. sekali dia menjerit, "hello!!!!!!more power more power!!!(depan muka kita)" gila kau tak terkejut terus lompat scissors laju-laju. and kita pun lompat laju-laju sebab dah malu dengan orang-orang lain kat belakang kita yang relax-relax jer. itulah kesan sampingan kalau kita duduk paling depan sekali, depan trainer plak tu. padan la muka kan? macam pandai je. tapi memang best la kelas dia. i definitely will go for next sh'bam and body combat of her class. i forgot to view her name on the time table posted depan pintu class.

habis sh'bam and body combat buat weight lifting. masa ni dah penat sangat. i buat abs dengan lengan sikit (part paling bermasalah). lepas tu dah gigil-gigil. it took me 20minutes to stop at the locker room sambil bbm my fiance talking about buying stuff for our new home (semalam nangis sebab terharu sangat because of him but that will make another story so hari ni nak cerita gym session je). so mandi, blow rambut terus balik.

balik mestilah sangat lapar. adalah tidak baik dan tidak patut anda ke dapur sejurus sampai di rumah. but being me (ha ha ha...) i go dapur panaskan sup sayur yang i tak sempat makan sebab terus pergi je, sebab balik kerja potong-potong bawang, sayur, tempe, mushroom tumis-tumis mendidih masak. tengok dah pukul 7.30pm. sh'bam at 8.20pm okay. tutup api, tukar workout gear, jerit kat ayah, "ayah..pergi dulu!!im bringing house's key tau!!", amik gym bag (yang berat) kat tepi tangga, pakai selipar, start enjin. lalu MRR2 okay. memang cepat.

pastu nampak plak limau mandarin, songlap jugak masuk perut. malam tu kena marah dengan encik tunang sebab beriya workout. aihh stress stress. sambil merajuk hati terus tertido. pastu bangun pukul 3.00am sebab nak minum air mineral. memang badan auto-bangun. ngantuk weh ngantuk.

anyway, memang puas hati la workout semalam. pastu pakai full attire plak tu. memang semangat lebih. i really think i need to buy another sports bra. ada dua set tapi satu jer favourite tidak dapat membantu. dulu konon pakai sports bra tak sexy la ape la, now bila tak pakai sports bra memang terus down nak pergi gym. kena kumpul duit lagi la nie.

oh by the way, i dah tau the definition of sh'bam.

Definition of Sh'bam (according to My Theory) : Shaking your bum
( http://www.farahreen.blogspot.com/, 2012)

Friday, January 13, 2012

Wedding Preparation: #Macam Mana Nak Beli Barang Hantaran

ok stress.

type panjang2 lepas tu link error. eh, mencabar nampak blog sekarang?? ni rasa nak merajuk terus nak delete akaun jer (merajuk bersifat sementara).

hari ini kita teruskan dengan cerita "wedding preparation" nak? NAK TAK??okay takde sahutan..T_T maksudnya i kena bercakap seorang diri la gamaknye.

Okay, barang hantaran, i and encik tunang dah start beli dari bulan Nov 2011, dan siap semua barang bulan Jan 2012. dalam masa 3 bulan kitorang dah berjaya mengosongkan current account masing-masing dengan jayanya tanpa bantuan pinjaman mana-mana pihak. (sebab tu sekarang makan buah je kat ofis sebab nak ganti balik duit yang dah spent macam-macam tu).

1. Langkah pertama sekali, kita dan pasangan kena decide berapa dulang yang nak bagi dan balas. ini amat penting sebab nanti kita end up nak beli semua and nak dia bagi semua..hahaha! sebab kita takde 'gol' to be achieve. penting tu tau. nanti kita macam lost in space dan tiada arah tujuan kalau takde iman yang kuat masa membeli-belah tu. so bila dah decide berapa dulang untuk kedua-dua pihak, barulah sesi "hantaran hunting" bermula.

(This come the joy!!\(^^)/)

2. Kedua, decide bila nak beli barang hantaran tu, sebulan satu atau nak beli semua sekali dalam satu sesi. ada pro(s) and con(s). kalau beli satu-satu, duit yang ada boleh beli atau simpan untuk investment atau beli barang kahwin lain contoh deposit fotografi perkahwinan. kontra dia pulak, lambat la siapnya hantaran tu. macam i yang bangsa tak reti sabar ni memang balun semua sekali keluar. tapi refer langkah 1 yer. i takde langkah satu so memang perangai tak menahan tu terserlah semua nak beli. kalau beli semua sekali, bonuslink point berlambak, takpun dapat voucher atau redeem points yang lagi banyak boleh guna untuk beli benda lain contoh bra dekat wacoal (cantik angat2!). Kalau waktu anda nak kahwin tu dekat dengan YES (year-end-sale) macam kitorang ni, memang beruntung yang amat sangat. murah yang teramat okay, siap ada duit extra nak beli benda lain.

3. Lokasi pembelian. kalau siapa duduk area KL / Selangor memang disarankan beli kat SOGO yang SETIAP MASA sale. hahaha...honestly, i tak beli barang hantaran kat SOGO. sebab??ramai gila orang and parking sangat mahal! penuh sangat lautan manusia nanti i rimas, marah-marah, moody sebab penat so better jangan. i shopping boleh kata 80% kat OneUtama (OU) damansara. parking murah sebab kitorang spent like dari pukul 10.00am sampai 8.00pm kat situ parking rate RM3.00 je. pukul 8.00pm tu pun tak habis pusing tau, punyelah besar. lagi 10% i kirim kat kawan i yang pergi oversea so sangat la berjimat. kat US and UK sangat murah barang kalau you all nak beli designer brand. lagi 10% i beli kat Jaya Jusco, pun time sale.

4. Barang yang nak beli. ini paling penting (dan paling best!!hahaha). barang-barang hantaran ni tak semestinya kena ikot orang macam nak bagi perfume la, kasut la, handbag la. cuba bagi benda-benda yang praktikal. contoh macam kahwin Januari, tapi disember tu dah besday dan encik tunang dah bagi perfume, tak payah la lagi nak bagi perfume, pembaziran ye. bagi benda lain pulak. macam i, kahwin lambat lagi, perfume dah nak habis, so beli untuk bagi hantaran. tapi sila bayangkan i lagi beberapa bulan nak kahwin terpaksa berbau ketiak sebab perfume dah habis. boleh? i dengan encik tunang beli hantaran benda yang praktikal, yang kita takde dan boleh kongsi sesama. contoh macam toiletries, itu untuk i bagi kat dia. tapi i beli yang unisex dan harga mahal sikit dalam RM280 tapi ada 7 ke 8 products botol besar macam tu. haritu i pergi Kiehl's, harga RM180 (promotion), tapi tak unisex and dalam 4 items je. rugi kan? terpulang masing-masing. i bagi baju kerja kat encik tunang. ingat nak belikan baju batik (mahal sikit la tapi), tapi beliau taknak. fine. taknak sudah..haha..baju kerja beli yang elok sikit kalau ada duit lebih sikit beli dengan seluar. i beli baju putih kat butik yang die selalu beli baju kerja dia. tapi mahal sikit sebab i beli baju untuk cuffling sekali, sebab i order cuffling kat kawan i masa dia pergi UK dulu. so kira complete set.

contoh barang (normal) yang biasa:
(perempuan) handbag, perfume, makeup, toiletries, kasut, handphone, sunglass.
(lelaki) kasut, baju kerja, perfume, toiletries, wallet belt, GPS, camera.

kalau i rasa tak cukup, i tambah je fruit, coklat, cupcake, cake ke.

5. ni tips membeli. nasihat saya, jangan rambang mata dan jangan gelojoh membeli barang. setengah dari barang i nak beli, i dah cek online butik tu or department store tu. range price dan maybe boleh tunggu sampai ada sale macam christmas , spring sale, CNY sale etc. ada yang i survey a few times kat kedai tu especially handbag. kadang- design sama warna tak sama, tapi of course la benda yang kita nak tu mesti tibe-tibe mahal.mencik laaa..! so macam tu la.

paling penting ikot kemampuan yer. of course kita perempuan nak benda mahal je kalau boleh. tapi tengok kemampuan sendiri dan kemampuan encik-bakal-suami kita yang membayarnya. mampu ke kita?sesuai ke dengan kita? menyusahkan dia ke? jangan sampai berhutang atau pinjam duit orang sebab orang mengata yer. even di kalangan keluarga sendiri. jadi berhati-hatilah.

lagi satu, JANGAN RISAU dengan apa yang orang akan kata pasal kita, bakal suami, dan keluarga atau majlis. sebab bukan diorang yang menentukan masa depan kita dan macam mana kita melayari bahtera perkahwinan tu nanti. mereka cuma akan mewarnai sikit-sikit je kecerian hidup kita. so don't make them as an excuse for you to be a fool. okay? ini yang selalu i remind diri i kalau nak berbelanja lebih. it works!!! (sometimes with full determination)ha ha ha...

*gelak kan diri sendiri*

so okay. abes chapter beli barang hantaran..yeay!! nanti kita cerita pasal baju pengantin plak...=)

Thursday, January 12, 2012

Stomachache

Adoii.
Hari ni sakit perut yang amat sangat. Masalahnye semalam buka puasa makan char kuey teow dengan paru goreng bercili je kat kampung baru tu.

Berry je dah masuk 5 kali ni. Pastu perut keras semacam je macam kalau kena tumbuk pun, orang yang tumbuk tu yang sakit tangan beliau.

Dari rumah dah sapu hot ginger cream untuk kurus tu(apakah?). Sampai ofis, duduk diam2 buat kerja, pastu sakit datang lagi. Nasib ada standy-myk-cap-kapak bubuh la satu perut (I smell like a pompuan dalam pantang). Tapi sakit lagi sampai ulu hati dah nie.

Encik tunang ni tengah buat ape la dia. Tau ke dia yang cik tunang dia ni sakit dah perut nye. Ape la yang dia makan agaknya. Encik tunang ni tak payah la nak risau makan apa, kalau tanya buat sakit hati lebih. Nanti dia kata la bos belanja, tak pun makan kat nandos, tak pun makan kambing.

I kat ofis ni punya la susah nak cari makan. Mau tak susah, chinese shop je banyak kat sini. Kedai melayu takde, tapi kedai indon banyak la. Boleh la tapi nak kena menapak jauh sampai ke maybank sana tu.

Ni sebenarnya entry nak mengadu sakit perut. Bukan pasal makanan. Tapi sebab sakit perut plus I puasa lagi tu, haruslah mengada lebih.

Ok nak pergi WC.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hadramawt at Chulan Square


Shaikskl

Sunday's Outing (and eating of course) at Hadramawt, Chulan Square.

Really looking forward to it.


As and old folk's said,

"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.."

YEAY!!



Meeting All The Time

Seminggu ni penuh meeting. hari ni meeting, esok meeting. kalau meeting tu pasal briefing ke, pasal bonus ke macam meeting hari jumaat tu, semangat la sikit.

hari tu my academic manager datang our lecturer room, dia cakap, "ok girls, we have meeting at 5.00pm today. don't be late okay?" sambil main-main dia punye samsung galaxy note yang bini dia bagi masa birthday dia hari tu. pastu i yang tengah buat kerja ke ape, membebel, "alaa...meeting lagi, semalam kan dah meeting.." (selamba badak menjawab dengan bos). pastu dia cakap, "if you want to hear something good you better come..". tang-tang tu jugak i save all the files and everything. rupanya akan ada bonus and increment. kembang kuncup hati i.ehehe..

(pergi meeting taknak, bonus nak, ha bijak sangat la tu.)

february ni start la class i, tapi harapnye takdelah sampai 18hours per week, boleh mati terbelahak okay. ni slide semua takde lagi, 3 set question paper pun tak buat lagi. mati la mati la. pastu lepas tu nak cuti lama lagi. adehh..

semalam meeting i dipilih, kena jadi EMCEE untuk college's open day. masuk ni dah dua kali dah ni. adoii..macam mana la diorang boleh pilih i. nak cakap pandai cakap English jauh sekali. i rasa nak tukar position dengan my collegue la biar i handle goodies bags jer..lagi senang keje. sorry i tak suka langsung interframe, i suka kerja belakang tabir jer, and i suka jawatan tinggi contoh macam project manager so that kita bagi arahan jer. la la la..

dalam meeting dapat buah limau mandarin yang memang kesukaan i yang i makan cam makan keropok je, kupas-kupas sambil tengok movie dengan aircond fullblast. memang la terbaik. ;)

jumaat ni meeting. dah memang tak larat meeting ni. dah muntah hijau asik meeting jer.

Monday, January 9, 2012

Egoisme

Betul apa ustaz masa kat kursus pra-perkahwinan tu cakap masa I attend dulu. Perempuan pilih awak (lelaki) sebab dia tau dia boleh bercakap dengan awak, dan dia pilih awak sebab awak je yang layan dia cakap.

I had an argument with encik tunang, this afternoon during lunch time. Usually kitorang akan bbm or email. Selalunya email. Argument tu over something stupid, I mean like very stupid so I don't want to say the cause of the argument.

Lepas en tunang cakap tu (benda sedih), I dah berkaca-kaca la mata tahan nangis (emo gila sikit-sikit nak nangis). Muka I rasa tebal sangat, and panas sangat. I rasa sebab vein dah expand darah laju2 jalan sebab tahan marah ke ape la macam tu.

He emailed me and both bbm me. I tak reply. No, I want to reply tapi nanti jadi meleret2 gaduh I won't feel good. So I baca je msg dia sambil berkaca-kaca mata and muka tebal,I diam je. First die bbm dulu, then dia email.

Dia cakap , " b kenapa?". Aiyokk..tu die marah sangat la tu. Atau pun dia kate.."B..!" Selalunya dia tak suka la tu ape yang kita buat time tu. Better stop or kang dia suh balik jalan kaki jer. Tihii..

I diam je.tak reply email nor bbm die. Sekali I tengah sedih2 tu, dia anta email panjang, die explain la in detail bla bla bla. I dah senyum-senyum malu tapi marah jugak sikit tapi rasa macam bunga2 sebab he took the time to explained (gedik gila siot nak tunggu orang exlain panjang2 baru nak sejuk hati..).

So I email dia balik, marah2 sikit and okay dah.tihii..bukan nya lame tak jumpe nak merajuk minta perhatian semua. Semalam kot baru jumpa turun naik kereta semua. Tapi saje kan?mengada.

I just nak share yang communication tu penting. Doesn't even matter sape yang mula cakap dulu, tapi trust me bila sorang give in, selalunya semua okay. Tapi mengada la everytime nak bf je give in. Ego tak mendatangkan kebaikan pun.

Eh eh. Ni kalau encik tunang baca nanti mesti dia cakap, nape nak kena tunggu 2 message and 3 emails baru nak reply? Eh eh..

Ha ha ha.

You know why I love him?t

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Simply because he loves me too..*tibe2*


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, January 4, 2012

Tempayan

Ada satu kawan kat opis I, masyaAllah. I don't want to judge (yeah right), tapi I tak boleh tahan. Bukan tak boleh tahan, tapi I tak sangka ada jugak manusia macam ni. Tapi yang tak boleh terima adalah dia tu Melayu (what a shame) dan Islam (lagi la malu). Kita panggil kawan I ni, Salmah.

Kes 1
Kawan I aminah, sangat beruntung sebab suami dia belikan kereta untuk dia bila dia mintak. Sampai suami dia kena buat dua kerja. That's another story. So I cakap la, suami I mesti tak bagi I kereta, mahal kot unless gaji dia banyak la kan (tihii..) Pastu salmah si mulut longkang ni cakap la, u mintak la kat suami u. Pastu I cakap benda yang I cakap kat atas ni. Pastu salmah tu boleh jawab , sian u dapat suami tak mampu. I was like "huh?". T_T

Kes 2
Semalam kereta salmah rosak, so dia tak datang kerja (yeah rite).I (jadi jahat) cakap la, suruh la husband you tukar kereta baru. Salmah jawab "buat ape?I ada dua kereta la..buat ape nak beli banyak2..sape nak pakai..baik I pk untuk masa depan i". So I tanye bistu nape tak bawak kereta satu lagi kalau ada dua. Salmah jawab "kereta I lagi satu cabut bateri. Kalau tak dah lama I bawak. Cabut bateri sebab tak bawak berjalan pun, bukan sebab rosak.." Ehem. Baiklah.

Kes 3
Kawan I linda nak tukar plan fon. Dia nak pakai smartplan tapi fon dia bukan smartfon. I suggest kat linda beli la smartfon. Tiba2 salmah menyampuk " husband I tanye besday nak tukar fon ke x?I cakap taknak la sebab baru je kan tukar fon ni..". Eh? Haihh.

Kes 4
Ni kes lama. My mum ada training kat sabah. So I cakap la I tinggal sorang je weekend. Dia tanye parents u mana. I cakap la g oversea, I malas nak cakap2 dengan dia, melayan orang macam tu. Pastu ntah macam mana my mum call cakap dah sampai sabah so I suruh dia beli souvenier. Salmah yang dah dengar cakap , " hek eleh. Konon oversea. Padahal sabah je..hak hak hak (gelak annoying selama beberapa jam and kept on chanting "sabah je pun, oversea ape)". Hrmm. Baiklah.

Kes 5
Abang I kat london, company dia anta kerja a few months there. So balik tu dia banyak belikan jam fossil untuk I and my sister. U know la jam fossil kat sini harga macam nak membunuh. Kat sini harga dalam RM300 - RM1000. So kat londan lepas discounted dalam RM150++ la. Salmah ni menyampuk n cakap , " abang I aritu pun kerja kat london. Dia belikan I gelang and rantai (yang I tak pernah tengok pun). Kat sana murah je takla mahal mana pun..jam tu bukan mahal sangat pun". Ok okayyyyy.

I tak tau la I ni over sensitif and actually this is normal to others. But I just don't get bila kita cerita something, the other person nak claiming jugak of the same thing. Unless you are the person I like and so I am favouring u. But for now, tolonglah. Macam budak tak cukup akal pun ada dah ni.

Selalu yang jadi mangsa penceritaan adalah encik tunang. So far apa si salmah cakap really sakitkan hati I tapi I ni agak penyabar orangnya, and selalu I tak jawab balik sebab taknak gaduh. I may look like a LOSER, tapi trust me Allah itu Ada dan biar Dia je menentukan segalanya. Alright? :D

I tau I lebih baik dari dia, dalam semua segi. Walaupun father I bukan orang kuat agama as so called alim (unlike hers), tapi ayah I tak pernah ajar I jadi kurang ajar, riak dan takbur, dan sarcastic. Dalam ajaran Islam jugak pun dah ajar semua ni. Kan?kalau awak bertudung, praktikkan la sekali ilmu moraliti ni.barulah cantik ye kak.

Oh and more thing. Salmah pregnant lepas 2tahun kahwin. Dia cakap, sebenarnya kalau pregnant lambat lebih baik dari bunting pelamin. But why tanya I. Yela, penantian terhadap sesuatu lebih bermakna dari senang2 dapat macam tu. Tak suka la I mengandung cepat2. Tak excited la tunggu baby. The real story : dia mengandung and gugur dua kali. Sebelum tu dah bebel2 tak mengandung la ape la bila nak ngandung la ape la. Bila dah mengandung and melekat, tiba2 je cakap tak suka mengandung cepatla ape la. (o.O)

Adoiyaii..kenapalah I encounter orang macam ni dalam hidup I?

Tiba-tiba nak gelak..ha ha ha. Takpela eh, orang macam ni biar Allah je yang membalasnya. So far I'm okay cuma geram2 sikit jer. Kalau korang ada jugak orang macam ni, nasihat I: biarkan je dia. And diam jer. Don't worry okay. Jangan stress2 jangan geram2.

Eh, macam nasihat diri sendiri je?haha.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, January 3, 2012

The New Year : 2012

So, this will be the first entry for 2012. frankly speaking, my new year is just as same as any other day unless i want to do something different, and perhaps changing to be the better me. i do celebrate new year, you know party and celebration. tapi itu dulu, masa zaman jahiliyah. sekarang dah matang. i datang duduk lepak-lepak makan tengok bunga api, and that's it.

anyway new year hari tu i buat ape eh?oh yer, makan KFC dengan abang yang baru balik dari londan sambil tengok Inception. memang terbaik la new year i. i just love staying at home and doing stuff i like, like staying home. ada la kan ciri-ciri isteri mithali tak kuar rumah nie. hahaha..

you know, near the end of 2011, something happened. it both had good and bad side about it. and thus, it makes a lot of different in 2012, insyaAllah.

lets recap what i had achieved in year 2011:
1. I'm still alived (Alhamdulillah) for 25years on 24th February 2011.
2. i've bought my OWN smartphone using my OWN money in february 2011. men it feels good!
3. My car ;Tatum celebrated his 1-year old in April 2011. thats mean i have paid RM7932 in 12 months. good job Dear!
4. i've been working for one year which is from Oct2010 - Oct 2011. *clap2*
5. i'm engaged to the man that i loved so much on 17 September 2011 *shy*
6. and yes, i have lost my weight for 20kgs in 5 months. tak banyak but at least i feel good about it.

habis la benda yang i dah achieved untuk 2011. so far yang i ingat 6 benda ni la. ni benda paling major had happened in my life. takkan la beli handbag, kasut semua nak cerita kan. itu bukan benda yang i achieved, itu benda yang menyusahkan hidup i sebab kena keluar duit..ha ha ha.

azam i untuk tahun 2012. banyak ni. selalunya azam i ni berkisar benda yang sama setiap tahun. ape orang putih kata, on going progress?ha cenggitulah.

1. i sebenarnya nak pakai tudung. setiap tahun azam yang sama. cuma setan yang hinggap tu lebih sikit ke macam tu la.
2. nak penuhkan semabhyang 5 waktu. selalu terlajak maghrib sebab itu time balik kerja. (padahal balik kerja sampai rumah pukul 7pm tu terus jela kan sembahyang ni duk tercongok depan TV takpun korek-korek peti ais memang la tak sempat).
3. nak simpan duit untuk masa depan diri dan anak-anak. ecewahh..at least RM500 sebulan ketepikan.
4. nak reach ideal weight before April 2012. jangan tanya kenapa tapi HARUS. lagi 7 kgs je. lembab gila lelemak ni nak berpecah belah.
5. nak sambung Master. tgh pikir nak buat MSc, MBA or MEdu. tapi ada orang sebok plak nak ikut sekali..tihii.
6.
7. Ada 2 place lagi yang sangat sangat special tapi nanti i update ok.

So there goes my azam. ada orang kata buat apa nak azam-azam ni. bukannya buat. kalau nak berubah bila-bila masa tak perlu azam di tahun baru. but for me, i need the list (azam) so that i tau kat mane i berdiri, supaya i lebih bersyukur but at the same time berusaha untuk jadi Hamba yang lebih baik dari dulu. walaupun i tak dapat capai azam i, tapi at least i do remember my azam and maybe half of it dah achieved cuma i yang tak perasan.

there is nothing wrong of having the azam unless azam you ols tu merapu macam nak kahwin 10 atau nak bunuh diri sempena 2012. so make sure you know what to do for this 2012.

"Alhamdulilah ya Allah kerana Kau telah kurniakan yang terbaik untuk aku sepanjang 2011. kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah-ruah, keluarga yang sentiasa ada disisi aku. Aku memohon keampunan dari Mu yaALlah diatas segala dosa-dosa ku, dan aku berdoa semoga aku menjadi HambaMu yang solehah dan rezeki yang luas dari mu untuk 2012 dan seterusnya. amin."

Thursday, December 29, 2011

Wedding Preparation : Catering

wah wah wah..title taknak ngalah kan? (en tunang mesti buat muka nak-jugak-buat-blog-kahwin-kan). lelaki kan, dia tak pernah nak faham perasaan perempuan yang suka sharing tau. walaupun takde orang baca, but writing (typing) here, dah macam sharing. so biar la kan.

anyway, bila baca blog bride-to-be (b2b), macam best jer, ada yang sangat detail siap letak gambar cantik dslr (homaigodd dslr i kena curi!!!) kan. gigih betul.sebenarnya my wedding preparation dah 70% complete, tapi baru gedik nak cerita kenapa?muahaha..saje suka-suka. bosan sebab takde keja kat ofis (update blog kat ofis teruk betul perangai).

ok first. i nak cerita pasal CATERING. i tau ramai je yang susah hati pasal caterer. sedap ke masaknya. lazat ke. macam-macam la. even kalau i datang wedding orang pun, food la yang paling wajib jadi topik perbualan. selalu kalau nak discuss pasal wedding food mestilah dengan encik tunang. dia dengan i memang suka makan, dan kuat makan. so siapa makanan sedap dan tak sedap, kitorang la food critics tak berbayar tu.muahahaha..bak kata kitorang; majlis perkahwinan yang berjaya mestilah bermula dari makanan yang sedap *cakap gaya-gaya dato fadzilah kamsah*

makanan wajib untuk majlis perkahwinan ialah..jeng jeng jeng... AYAM MASAK MERAH. wehh, kalau takde ayam masak merah ni, memang bukan majlis perkahwinan la. ayam masak merah ni lah yang jadi penyeri majlis korang tau. lagi-lagi kalau ayam dia lembut, dan kuah masak merah tu cukup pedas, cukup rasa. ayam masak merah ni tak sama dengan ayam goreng bercili ke ape. itu tak sedap. tak sesuai. so makesure ada tau ayam masak merah dalam menu perkahwinan korang.

menu perkahwinan i, i tak tau full menu dia apa sebab i ni bangsa tak kisah sangat tapi i dah cakap kat mama awal-awal (sebelum bertunang lagi..hihi) ayam masak merah wajib ada. kalau i pegi rumah orang kahwin, i selalu amik nasi dengan ayam masak merah je (yeke b?). takde la nak amik kari ke ape ke ( are u sure?). so boleh bayangkan tak kalau takde ayam masak merah?menggagau i cari lauk tau. kesian kan?? tak baik susahkan tetamu taww...;p

*siapa tak boleh beza ayam goreng bercili dengan ayam masak merah sila google okay*

so anyway, untuk area klang valley dan selangor boleh lah food testing atau order kat:

DAPUR EMAS CATERING

Contact Person :
1. Azman Bin Ahmad ( 017-8884174 )
2. Sariah Binti Yatim ( 012-6112174 )

Website:
1.http://www.dapuremas.com.my/

Email:
1. dapuremas@yahoo.com

Kalau ade majlis keraian ke, family i selalu amik kat caterer ni. memang di jamin HALAL dan sedap. kalau kitorang ada kenduri doa selamat ke, atau takbir malam raya memang dia tukang masak lauk-pauk kitorang. untuk lauk dia yang memang i suka tahap hidung berdarah ialah, of course ayam masak merah, rendang daging, anddddd acar Melaka. acar Melaka i dah simpan dalam jar masuk peti ais berbulan-bulan (acar kan macam pickels) pun sedap nak mati bila panaskan. homaigoddddd...*meleleh airliuq atas keyboard*

So Dapur Emas is responsible to serve good food during my wedding. so, nanti rasa okay ayam masak merah dan lauk pauk yang lain. tihii..kalau nak tambah pun takyah nak malu sangat tau. makan jer.i suka!

ps: done with caterer, nanti citer baju kahwin plak. fenin!

Tuesday, December 20, 2011

Things Getting Better

En tunang tanya banyak benda, over the succulent juicy prosperity burger.

En. Tunang : " Syg (sambil hand over curly fries), syg rasa kita better than before tak?"

Cik. Tunang : " maksud syg?"

En. Tunang : " yela, u rasa kita lebih baik ke or sama je?"

Cik Tunang : (sambil kunyah-kunyah curly fries..) " Lebih baik kot syg. Kenapa syg tanya?u rasa?" (Sambil senyum-senyum malu)

En. Tunang : "takde pape. I rasa kita lebih better than before. U lebih baik dari dulu.." (Senyum-senyum)

Cik Tunang : "ye syg? (Malu)"

En. Tunang : " yup..syg dah tak kuat jeles macam dulu..syg tak kuat majuk mcm dulu.."

Cik Tunang : " ye syg??"


( Scene: Curly fries throwing, chilli sauce splashing,prosperity burger masuk mulut sekaligus, and a piece of smack down kat perut en. Tunang)

Cik Tunang : (lap-lap tangan guna tissu sambil keluar mcd dengan senyuman yang lebar)


Ps: kalau tengah lapar, makan prosperity burger plak, jangan buat cerita kelakar over the food. Thanks.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, December 14, 2011

Alexis Bistro & Wine Bar

Semalam is a girl night out with my bestie. The last time i met her was during my engagement day on the 17th September 2011. Sekarang sudah berapa haribulan? yes 12th December 2011. So, as a girl, there were so many things that need to be updated (such as who's dating who, what brand type of car are we using, where saloon did you get your hair coloured, am i putting on weight, who's getting in the fight etc). In order to update 'our' list, a nice place such as a quiet one and serving good food is a MUST! yela, kang pergi tempat bising nak kena jerit-jerit bila bercakap macam ape je dah.

My friend, suggesting nak pergi Cozy Restaurant (at the upper level of the mall) or Alexis (ground floor). Since i dah pernah makan at Cozy Restaurant, so i chose Alexis, Bistro & Wine Bar. Anyway, the initial plan was to go Delicious at Dua Residency, tapi apakan daya, Smart tunnel closed down due to heavy rain and flash flood dekat KL causing massived jammed all over the place.

Dah la i lapar puasa. balik rumah makan sayur kesukaan bendi goreng cili padi. tibe-tibe got the BBM from her, "im out of Pavi (Pavillion)..". still makan-makan lagi. but when she BBMed , " dah kat Jalan Ampang..", berdesup amik kunci kereta. ikut Jalan Jelatek heading to Jalan Ampang memang tak jam langsung. Masuk Jalan Ampang, biasalah kan time-time pukul 8.00pm camtu.

This is the main entrance of Alexis at The Great Eastern Mall (GEM). second time visit to GEM. banyak kedai siot. i am definitely going to GEM lagi after this. kedai makan pun banyak. Staffs at Alexis ramai foreign worker compared to Malaysian. Even our personal waiter (personal because dia je tukang amik order hantar semua) pun dari Filipino if im not mistaken muka sebijik macam Irwansyah.

This is the table setting in Alexis. Nice and simple totally my style (^^).



This was my choice of drink. Coke with additional Lime. rasa? coke laa..haha. (Coke RM9.00++)




This was my friend main plate. Beef Steak with Mushroom Sauce and Mashed Potato. She had it in medium well with no blood. Sedap nak mati. Nasib dia tau kawan dia boleh tahan kuat makan, dia potong-potong bagi I makan. the best beef steak i ever taste (so far). (Beef Steak RM60.90++)



This was my dinner. Beef Lasagna super cheesy and meatyyy. sedap sangat but i couldn't finish for the portion was quite big. tapi maybe sebab i dah makan sikit kat rumah tadi maka maybe perut i dah half full. (Beef Lasagna RM32.00++)


And this was our dessert!! Mula-mula dah penuh perut tapi for the sake nak rasa jugak, we asked for choices of cake and icecream. Kitorang pilih Brownies with Vanilla Ice Cream. My friend tu selalu travel oversea thus dia maybe dah banyak kali makan brownies kat luar sana yang super sedap, but for me this brownies adalah cukup moist, not that sweet, and sedaaapppp sangat2!! (Brownies with Vanilla Ice Cream RM15.90++)

Total Damage : RM139.00 for two

Overall Rating : 8/10

Definitely i will go back to Alexis. Although it was quite pricey, but once in a while i can go there just to have their brownies..hehehe..


The best thing was, jumpa gegurl i!!wohoo...walau dah tua bangka (aik?tua ke) perangai tetap tak berubah. gelak like there's no tomorrow. walau kat tempat elegant macam tu, we are still best friend and we are still what we are. Even if she is somebody (or Datin to be), she is still my bedmate, room mate and best friend. We never looked down on each other, and the good thing is, we are there for each other.

ps: ok encik Tunang, sila simpan duit nanti nak kena belanja i kat sini..*hugsandkisses*

Tuesday, December 13, 2011

New Track for Shbam Celebrity Fitness

Hello hello hello!

Semalam dah dapat list of new track for Shbam, tapi dapat 5 je.sedih. faster, energetic and up to date. Hari ni is the official launching of new track for Shbam at Midvalley. i was invited tapi nak harung jammed semata nak tau new tracks tu, oh im not that tegar.

So anyway nak bagitau tu je. tak sabar tunggu next session sebab dah boleh full traks dah.

Hooraayyyy!!!

ps: tq encik tunang for the most 'expensive' gift ever. untuk my future and our future the most...love you to death!!

Wednesday, December 7, 2011

Diet Paling Senang

Hello hello hello bersiaran kita secara langsung dari celebrity fitness. Sementelah berkayuh beskal bersama mamat perasan hot kat sebelah kiri kita ni,jom I nak share a few things.

Workout attire hari ni, kasut hitam, tights merah, and t shirt hitam macam balut nangka RM5 beli dekat kiosk jualan murah dan ikat sanggul tinggi2 macam lepas pantang. Selesa. Kalau orang tengok pun xde I nak kisah as long as en tunang I xde.lalala...ade ke orang tengok oi?ahaha.

Tadi kat office stop dulu buat slide untuk kelas and so I survey a few diets kat internet. OMG girlssss, wedding I lagi 160 hari je lagi kot. Serious nak pitam. Dah la tak berapa nak kurus kan aphal dah nak kawen ni...*nangis guling2 sambil peluk running shoes*

Ok enough drama queen. Let's continue.

So ade a few diets macam Atkin's diet, beyonce cleanse diet and etc. Both I tak penah try. Kawan I yang dah kurus macam lidi makan lipo- 6 je kot. Ok stress. Since I di masa depan nak get pregnant,I won't risk my life for something risky mcm tu, I mean not yet. Ahahaha.

So, tak payah la korang diet-diet dr rozmery ke lipo-sixseven ke ape. Yes, tak tipu diorang memang ada effect kurus tapi ada jalan yang mudah sikit and kurang effect malah boost your stamina syg.

Apa dia?

Amek kalori kurang dari yang badan korang perlukan!!!!! *berdiri tengah stage pakai jubah putih meleret sambil lampu spotlight terang menyuluh dan depakan tangan"

Senang kan? Boleh berjimat lagi sebab tak payah keluar duit beli food bagai.

Rasa dalam internet banyak kalori tracker. Contoh untuk I, I approximately daily calorie intake I adalah 1200. Maka, kesimpulannya, makan la kurang dari 1200. 1199 pun takpe. Like seriously. So dalam calorie tracker tu, catatkan ape yang u all makan together with the total calorie.

Contoh:
Breakfast - karipap 10kpg = 250 calorie
Lunch - nasi ayam dara = 300 calorie
Dinner - kfc = 500 calorie

So dari situ korang monitor la bape banyak korang makan. Tapi make sure sehari berapa ribu korang nye calorie intake.

Lepas tu, pandai2 la sikit lari keliling rumah ke, jemur kain korang dan jiran2 sebab nak exercise sikit kan.

Korang buat je macam ni, insyaAllah ade effect dia. Dulu I pun tak believed in myself untuk lose weight. Tapi when u start believing, dengan kuasa Allah, insyaAllah ade kesannya.

I do want to post my pic before and after tapi maluuuuuuuuuu sgt sebab gemukkkkkkkkk sangat. Lagipun blog ni anonymous untuk certain people. So takde la orang tau siapa I..tihii...

Kalau ade pape pertanyaan sila2 jangan malu2. Benda baik seronok nak share kan.

Ps: mak mentua nak datang umah malam ni. Eh I mean bakal...gatal nyeee!!hahaha..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, December 6, 2011

Pusat Kursus Kahwin

weekend lepas, sabtu dan ahad adalah hari berkursus kahwin. Yeay!!( lompat-lompat sambil nangis) mau tak nangis. Bontot kematu kot. Habis dari pagi sampai ke malam kelas duduk jer, haruslah kebas-kebas bontot I.

Nak harapkan encik tunang yang super duper busy tu, agaknya lepas kahwin la kot baru nak attend kursus..hawhawhaw. So I la menjalankan tugas cari pusat kursus kahwin. Macam mane? Yer sila type "pusat kursus kahwin" di google bar, keluar la mereka beramai-ramai.

Ingat nak pergi kat putrajaya sebab tempat baru, besar auditorium, penceramah hensem..eh best..hee..kan? Tapi memandangkan kelas hari ahad tu pukul 9 pagi mak encik, terima kasih jela. Camno nak bangun dan sampai putrajaya before 9am?heee..Dan encik tunang yang tak banyak kerenah tu, setuju je dengan pemilihan pusat kursus kahwin tu.

Tau ke b2b macam mana nak apply kursus kahwin ni?google-tengok contact dekat web pusat kursus kahwin tu-call " hello puan saya nak attend kursus untuk dua orang 3 dec ni"-selalu orang tu reserve kan seat je - lepas tu datang pusat kursus kahwin bawak rm80 dengan fotokopi ic masing2.

Senang kan?ha'ah senang. Tunggu la kau sabtu ahad camne nye tunggu.kikiki..

Overall saya suka dengan penceramah kat pusat kursus kahwin yang dipilih. Suka sangat sebab ustaz-ustaz tu takde cakap LUCAH2. I have bad experienced dengan ustaz yang menggatal, but alhamdulilah takde dekat sini.

Kesimpulan kursus kahwin ni? Dari tak takut kahwin kepada takut plak nak kahwin. Tanggungjawab seorang isteri sangat besar. Tapi tanggungjawab seorang suami, masyaallah lagi besar. Saya berdoa yang kehidupan lepas kahwin kitorang nanti bahagia hendaknya.might not be perfect tapi yang imperfect tu adalah perfect bagi saya.

Lepas kursus ni, lagi bertambah kasih dan sayang nye saya kat bakal suami saya. Cuma ustazah tu pesan, cinta dan kasih kerana Allah. Niat tu kasi betul dulu baru boleh kahwin.

Tihiiiiiiii....:)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, November 24, 2011

Lost in Love

"Aku hanya kehilangan seorang lelaki yang selama ini tidak pernah mencintai aku, tapi lelaki itu tidak tahu yang dia telah kehilangan seorang perempuan yang betul-betul mencintainya."


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, November 17, 2011

Cinta Kerja

You know, perasaan bila di anak tiri kan tu, tak best. Kita akan rasa down, stress, terpinggir and all. Sebab tu kita disarankan melayan semua orang sama rata,unless die suami,boss,parents, gf, senang cerita orang yang anda sayang,and paling cinta.

So, bila seseorang itu membuat sesuatu, tolong la hargai. Jangan main redah je nak marah. Kene fair. Bila pekerja A you cakap u hensem, you suka. Tapi bila pekerja B cakap u hensem, you nak mengamuk.

Bila the so called pekerja B you nak lebih2, you tak suka. Tapi kalau sebelum nie pekerja A you tu, wah bukan main galak lagi bekerjasama. It's not fair and I don't like it at all.

Macam pepatah, " dia buat boleh, nape I buat tak boleh?". Kena retrieve effort.sedih je.

Tapi takpela. Rezeki masing2. Mungkin pekerja B u tu dah lame berkhidmat kat you, dah jadi pekerja berdedikasi, u take for granted kan. Pekerja A tu fresh grad, semangat la u.

Little did you know yang A akan dimamah masa juga nanti. Kesetiaan die dalam bekerja belum tentu lg. Mungkin die akan pergi bila dapat better offer.

I rs pening, nak muntah. Minum caffein pekat macam kopi kapal api tu memang buat I pening.

Ps: cerita lain-bos, I nak tukar kerja la.I dah dapat better offer.ahaha!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, November 14, 2011

Fever

hello.
today is not a good day for me. bukan sebab apa, i'm having a fever,but the good news is that, i'm on leave la today. around 10.30am i went to a clinic nearby. total of RM45 and a 2-day leaves. i wish there is a government clinic or Klinik 1 Malaysia, which will be much cheaper and much nicer. DR kat klinik tu garang and not welcoming enough. prftttt.

mulut pahit jer, so i cater for a sweet thing. fruits, creamy spaghetti. 100 plus pun i tak minum sebab pahit la sangat-sangat. everything seems abnormal today.

teringat masa encik tunang sakit. i bought for him sup and ape ntah, sebab dia demam. i wish he would have send me the same thing, tapi right now dia tengah sebok meeting, outstation plak tu. semalam dia cakap, kalau dah kahwin and he have to outstation, macam mane? yang boss tu pun nak meeting buat jauh-jauh kenape?hish!!

dahla, i sakit kepala, feels heavy. dah 3x makan ubat ni, feels better tapi still macam hangover sikit.hope will be better sebelum malam nie.

ps: missing.

Tuesday, November 8, 2011

Selamat hari raya Haji

Assalammualaikum. Raya Idul Adha still available, so tak salah nak wish semua umat Islam Selamat Idul Adha. Semoga pengorbanan kita sepanjang kehidupan kita di terima Allah.

I celebrated my raya for the first time ever in our vacation home, cewaahh...rumah kayu dua tingkat berwarna kelabu putih di depan lauit itu betul2 menggembirakan hati kami sekeluarga. Ada nenek, uncles, aunties, abang, kakak, anak cucu. Kereta yang hadir sebanyak 10 buah kereta penuh. Boleh bayangkan betapa besarnye keluarga saya?and I love them so much.

Satu je yang saya quite proud with my families is that, diorang tak berkira,in terms of money and food. Kalau pegi holiday, tak kisah sape bayar untuk sape. Habis beratus-ratus ringgit untuk food. I guess sebab tu semua orang pun berjaya murah rezeki. Alhamdulillah.

Menu malam takbir adalah seperti berikut : nasi minyak mild yang sedap, ketupat dan pulut pembuka selera, ayam masak merah the best in world, acar melaka yang tak bosan diratah, rendang campur paru dan limpa, kuah satay yummy, sambal goreng klasik jawa,rendang ayam tua muda,karipap cinta, puding jagung manis, kek buah expensive, dan kek marble lembut. Ha, banyak ke tak? Semua masak sendiri and semua cip in duit.

Orang kampung situ datang takbir sekali. And as usual lelaki la ramai. my aunty punyer boss datang naik porsche jalan kampung okay.porsche tau. *telan air liur* dah la pakai handbag mulberry. Nyampah I.

Pagi raya tu, yang hensem2 sume pegi semayang raya, ada lah selang 5 buah rumah. Rumah kampung tau, bukan rumah teres. Boleh bayangkan kan betapa besarnya langkah mereka.

Around 11, saleh dah nak berkorban. Dia menangis okay. He was the best lembu ever. Dari 1st day dia datang, dia tak pernah merengus ke.menge-moo pun tak pernah. Dia makan makan dan makan. Masa nak sembelih pun dia senang je nak dijatuhkan. Semoga dia gembira di sana. Alhamdulilah, 1/7 tu nama I. Saleh tunggu I k. :)

Petang tu buat sup gearbox. Memang la sedap kate nye. Tapi I tak makan la sumsum tu. Kembang tekak weh.makan je tulang-temulang yang lain tuh. Letak kuah kicap maksu super pedas.memang terbaik!

Malam raya tu kitorang cousin2 dalam 15org ni lepak pantai. Main LED terbang, makan kerang bakar yang gemok2, and minum air buah gelas besar yang murah. Terbaik lah. Belanja cousin2 minum, bila lagi nak bagi merasa duit gaji yang tak seberapa tu kan.

So there goes my raya. Fun sangat2. Cuma satu la, duk kampung panas gilaaaaaa. Tapi tengah hari jela. Malam?perghh, macam kat northpole. Gila sejukkkk.

Ps: from kampung gerak ke putrajaya for a better cuti raya.muaahaha..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, November 4, 2011

Seksualiti Merdeka 2011

"menjadi gay dan lesbian adalah penyakit psychology, dan boleh diubati.kita TIDAK seharusnya menghina mereka yang sakit ini.mengadakan program untuk MEMULIHKAN dan MENOLONG mereka yang sakit adalah perlu dan harus ,TAPI bukan program yang menyokong kebebasan menjadi gay,lesbian, pengkid to name a few...."

-Fareenz, November 2011

Tuesday, November 1, 2011

Sh'Bam

Semalam adalah sangat penat. bergaduh dengan bonda over something stupid. biasalah ompuan (orang perempuan). balik from work, terus naik bilik mandi. sekali it was only 7.15pm, and it was too early to go to gym. my gym buddy whatsapp pun, pukul 8pm baru boleh reach gym. so the only thing to do was SLEEPING. hee...

sepatutnya semalam ada halloween theme, so supposely kena dress up for halloween. tapi kate pun i la yang pergi, memang harapan la. bukan harapan but beriya la pulak. tiba-tiba cancel ke kan?malu i.hihi..;)

so semalam we had more than 1-hour Shbam class. memang fun sangat.tapi i had a tear muscle (usual problem when you dont do warm-up or stretching)and so i tak berapa enjoy the class sebab sakit la kan. i suka kelas david sebab dia suka gelek + lagu hindustan or bangra.rasa sexy la kalau masuk kelas dia.

bagi yang tak tau shbam tu ape. boleh la tengok video kat bawah. fun giler and i never miss the class!!




ps: esok powerpump!!

 
design by suckmylolly.com