Pages

Wednesday, June 17, 2015

Effort in love

baru lepas lunch, solat, mandi, ni dah amik notes nak study for next paper. sekali rasa macam, ok ngantuk, meh update blog. anyway my daughter tengah nyenyak tidur kat sebelah. she's the one who pointed her fat short finger towards the bedroom nak tidur.

tadi daddy balik kejap bawakkan food (nasi hujan panas kemarau...haha), lepas she kiss2 her daddy, terus gi bilik.

anyway, another 3 weeks to go before my baby come out. my feeling? seriously excited, rasa macam lebih excited dari pregnant kan sophea. sebab, masa first pregnancy tu i macam, slow mo, taknak over excited (walaupun...), kan orang cakap jangan excited sangat. but this baby, aiyakk...cannot wait mehh...x sabar nak jumpa dia, susukan dia, jaga dia, tengok kerenah dia. im so ready, insyaAllah!

barang2 semua dah siap. kalau nak ikutkan memang la takkan pun siap nye. but thinking that nowadays it is very easy to get/buy things so takpela. nak pakai baru kita cari.

husband? well, he can never be better than this. haha...he has been very supportive, and selalu sangat la manja kan i. i ni Pisces-baby. so mood swing tu selalu. so he has to be awesome to encounter my moodyness. korang jangan tak caya, dah nak dekat 13 tahun kot kitorang together. dari dulu sampai sekarang perangai i memang sama je. kadang-kadang macam tak percaya plak that we actually made it into marriage, and actually make two babies together.

euuwww.....hahahaha!!

nevertheless, perasaan i, the way i looked at him, is just the same when first i met him. orang kata, perasaan suka. cinta ni tak boleh buat2, sebab when you reach a certain point, benda tu jadi bosan sebab kita force ourselves to like someone. but in my case, nope. i really do love him.

honestly speaking, setiap kali doa, memang i akan cakap, " yaAllah yaTuhanku, panjangkanlah jodoh aku dengan (nama suami) sampai ke syurga". tiap kali. tak pernah tinggal. kecuali kalau doa pendek sebab nak cepat ke ape la...hahaha...

bukan sekali dua hubungan goyah....( goyah la..lelaki hensem ramai...hikhik), tetapi still our love getting stronger for every bitterness we faced. and tiap kali itu lah, makin kuat and makin we both know that we actually need each other.

dah kalau tiap kali makan pun nak berteman, tiap kali nak tidur pun mesti at least pegang tangan (expecially masa aircond rosak harapan la nak tidur pelok2...tumbok kang!), tak nampak lagi ke betapa we need each other. itu kalau tak sedar lagi tu, sila terjun bangunan.

eh ni nasihat untuk orang lain ke or untuk diri sendiri ni? hahahaha.....

ni anak dah dua ni. kata orang perasaan dah beralih arah. tak tau la kalau beliau beralih arah. but for me, same old same old. i still madly in love with him.i will always be there for him, for forever. or for as long as he wants me to be his wife. kalau he doesn't love me anymore, well, siapa kita nak paksa. terima jelah ketentuan Allah.

mane tau lepas tu sukri yahya ke...keith foo ke datang. hahaha...

tips nak hubungan selalu 'in love' konon nye...dua-dua kena berusaha. dua-dua kene tunjuk effort yang kite sayang dia, and nak dia dalam hidup kita. walaupun dah kahwin. macam ahkak, effort nye adalah, bagi soalan cepu emas di tempat yang least expected.

contoh, masa encik husband tengah pakai kasut nak pergi kerja, i will ask, "B, u sayang i tak?". kalau time tu die rasa nak jawab die jawab la, kalau die xnak, termalu-malu la sendiri iolss...hahaha...

oklah, nanti kalau free i update lagi k. ingat, love those who love you!

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com