Pages

Wednesday, February 19, 2014

Lelaki Sempurna

Lelaki yang sempurna di mata saya haruslah encik husband. duhh...kalau orang selain selain encik husband yang sempurna, itu dah jadi lain. hikhikhik.... so sebenarnye entry ni untuk saya. tapi yelah, yang baca blog ni pun diri sendiri...haha so tak kisahlah nak cerita apa pun kan.

entry ni memang berkisar pasal kebaikan lelaki yang bernama encik husband saya. dari mula bercinta sampailah dah kahwin and dah ade sophea, he is still the perfect man i could ever had. pernah jugak terdetik kat hati sendiri, "what did i do to be deserve such a great man to be my husband?".

so ingat yer puan farah, kalau rasa2 sakit hati dengan suami sendiri, sila la baca balik entry ni, and kenapa sebab satu je salah dia buat, u decided to hate him forever. bawak-bawak lah bertenang and recape back all the good things he had done for you, for sophea, your family and everything else.

1. dari zaman bercinta sampai sekarang, tak pernah penat encik husband melayan kerenah i yang sukaaaaa sangat tanya, "do you love me syg?". out of nowhere and out of bloe, when the question popped in my head, terus tanya. kadang-kadang tengah bayar food dekat cashier pun boleh tanya. nonsense kan?? tapi benda yang random ni la i suka tanya. kang kat opis tersenyum sendiri bila lalu depan toilet encik husband pun i boleh jerit dari luar tanya, "daddyy...u sayang i ke tak?". heee

2. i tak suka sangat kalau encik husband bukak kan pintu kereta or tarikkan kerusi nak duduk. once in a while kalau pergi fine dining tu boleh la, tapi selalunya i tak kisah pun. lambat la nak tunggu dia tarikkan kerusi, penat nak duduk cepat. hahaha...tapi i suka sangat kalau pergi jalan-jalan dia bawak all the plastic and paper bags. hahaha... and selalu dia buat la. especially lepas bersalin ni tangan i ada something wrong skit dekat wrist. so selalu dia jela bawak. i lenggang kangkung.

3. masa dah kahwin ni encik husband suka kiss i. i pun sama la jugak. kadang2 kat depan pintu grill, dalam lift, dalam kereta, tak kira masa nak kiss jer. bukan french kiss ok..kiss pipi ke. entah. bau sedap pun yer jugak...hahaha... i rasa rindu jer tiap masa. and dia pun okay je, takde plak bagi pelempang satu das sebab ciom die kan. selalu lepas solat i doa semoga jodoh kekal sampai syurga.

4. encik husband sangat rajin. and details dan particular orangnya. lagi pembersih dari i. and dia tak berkira pun nak kemas pape dengan i. i yang berkira. nanti cakap penat la. i dah buat tu la. dah buat ni la. hahaha...so selalu dia la kene buli. kadang2 kesian jugak sebab dia mesti penat, tapi takpe lah. bukak selalu pun.

5. dia selalu ingatkan i pasal solat. hahaha....i ni suka ngelat sikit. i rasa lepas i kahwin graf solat i ni meningkat dengan jayanya. lagipun, lepas dapat apa yang kita hajat (macam happy married, kids and work), wajib la rasa bersyukur. bawak-bawak la ber-insaf sikit. hihihi...well it's a good thing kan??

6. tak berkira pasal duit. and i pun takde la amik kesempatan mintak bagai. walaupun haritu i mintak die beli pandora, tiba2 i kena saman (mcm tau2 je PDRM ni la), encik husband kata bye2 pandora. i is the very sedih. eh melalut lak citer. i rasa lelaki zaman sekarang susah nak cari yang macam ni. ada duit tapi berkira, takde duit tapi berkira takpela jugak. dah jadi tanggungjawab kot suami. tapi isteri pun berpada-pada la kan. so far barang2 i, barang sophea especially, he's quite alright. i hope dia akan ingat tanggungjawab dia sampai bila2.

7. sangat manja. he can't sleep when im not beside him. rasa suami yang dah kahwin macam tu. gaduh macam mana tetaplah nak peluk time tidur. well, kita perempuan haruslah suka, rasa nak menggedik time tu, and rasa di sayang-sayang jer. hahaha...

8. kalau i ada masalah, dia selalu jadi tukang dengar. and dia suka bagi komen. but thank god komen dia selalu sekepala dengan i. yelah kan, kita ada masalah kang dia bagi komen lain macam tak ke buat gaduh. but he's alright.

9. always there when im in need (read: sms/whatsapp). i memang takleh dia tinggal senyap barang sejam sekalipun. menggugup i cari dia. and kalau dia lambat reply, or whatasapp ada record bila last dia online kan, ha bukak watsapp pastu tak reply, memang hangin. dia pun dah masak dengan perangai i. tak perlu panjang, just to make sure that he still there and alive, it would be more than enough.

10. banyak lagi tapi last point, the love he showered for both me and sophea is just perfect. he loves his daughter so much and i can see that. masa pregnant dia macam endah tak endah jer, tapi once she's out, yup.... daddy's here!! lagi2 masa i pantang, seboleh2 nak sediakan yang terbaik untuk i and sophea. i will always remember that. takkan lupa sampai bila2.

10 jela dulu k...kang lebih2 muntah sendiri. hihi..... but yeah, semua orang ada pasangan perfect dia sendiri. but my prince charming, perfect in his own way. takkan i jumpa lelaki sebaik dia, yang can take a very good care of me and sophea, and respect my family and for everything i have. intelligent and smart, and got his own aura.

kalau setiap pagi tengok dia siap pergi kerja pastu i bebel2 sebab hensem sangat tu aura apa tu?? bukan aura dia, itu aura sendiri yang mengada. hahaha....

ps: so farah, always remember, manusia can never be perfect. but u already found your perfect prince charming. and why don't you be thankful and try to be the best for him?

Tuesday, February 18, 2014

Resepi Pavlova Senang Mudah Cepat Tepat!

yaAllah...sebenarnye senang gila buat pavlova ni weh. dalam satu minggu je, i baked 2 of these lovely pavlovas. gila ahh... bak kata encik husband "potong kaki wehh..". sebab manis sangat. sebenarnye manis boleh dikurangkan, saje je kan kate dessert apehal nak tawar2.

tapi haritu i buat air sirap tawar sebab rasanye dlm minggu tu banyak sangat minum air manis, sekali encik husband cakap masa makan pavlova tu, "air sirap kalau tawar tak jadi la air sirap...". wahhh...mengader sangat tau encik husband ni. cakap nak buat gaduh jer...nasib baik kita sayang dia...hahaha

ok. so korang dah ready dengan pen dan kertas?? macam kak ton, kalau ade resepi berkenan kat internet, snap je pakai phone. nanti kat dapur drag la screen bagi besar...hahaha....

so lets! tapi before that, lagi sekali i want to stress out, BUAT PAVLOVA SANGAT MUDAH!! sampai kene bayar rm12 untuk satu slice pavlova sedangkan kos buat dia tak sampai rm12 pun....

Panaskan oven dulu dalam 120 celcius

Bahan-bahan
6 biji telur putih (sila asing telur kuning tu, nak telur putih saja. makesure takde telur kuning walau setitik pun. kalau tak pandai asingkan, belajar2 la dulu...hihi)
160g castor sugar (kalau takde selalu i guna gula pasir biasa kisar sekejap dengan blender kecik tu)
1 sudu kecil cuka masakan (ala cuka dalam botol putih tu)
1 sudu kecil vanila esen
1 sudu kecil tepung jagung

Bahan Untuk Hiasan
250ml whip cream
buah-buahan masam macam strawberi, kiwi, blueberries etc etc tempyak tak boleh yer walaupun dia masam dan dari buah-buahan. hahaha

Bahan Bakar
120 degree celcius oven yand dah di pre-heat awal2
baking paper
baking tray

Cara-cara
1. pukul putih telur sehingga jadi berbuih.
2. masukkan castor sugar sedikit demi sedikit selang seli dengan pukulan. masukkan vanila esen.
3. teruskan memukul putih telur dan sugar sampai putih, shiny, dan bila terbalikkan mangkuk mixer tu, dia tak jatuh atas kepala kita.
(i have done these three times just to make sure it was a perfect batter. kalau meleleh ke ape, salah. sila pukul lagi)
4. stop mixer. masukkan cuka dan tepung jagung dan gaul guna spatula / sudip. jangan mix dengan mixer lagi. gaul sudahhh. masa ni da jadi meringue la
5.spread meringue tadi atas baking paper yang dah di letak dalam baking tray. rata kan sedikit. kalau nak buat tinggi, tak payah ratakan sangat. make sure buat macam 'wall' sekeliling meringue tu.
6. bakar selama 1 jam 30 minit pada suhu 120 degree celcius.
7. nak elak meringue patah teruk, bukakn pintu oven dan biarkan sampai room temperature.
8. hiaskan dengan whip cream dan buah-buahan.

makan sejuk2 sedap wehhh...sebab whi cream tu dah keras skit kan. hihihi.... selamat mencuba!

Macam mana nak kurus lepas bersalin?

oh wow. topik hangat dan taboo dalam kehidupan ibu-ibu sekalian. hahaha...but, since we are already here, apa kata kita continue je la penceritaan kita pada hari ni. oh, so sorry sangat2 sebab lama tak update, because surely im struggling with my life and juggling things. a part of me was so broken that i consider it was a test from God, but somehow Allah can't never be wrong and sayang nye Allah ke kita tu dalam macam-macam bentuk. but for right now, i just bersyukur for everything i have, especially husband and my daughter. two precious thing in my life that money can't buy.

so anyway, dah jadi mak-mak ni, lemak pun sangat la tepu. sangat susah nak hilang. tak macam zaman kita muda remaja belia khairy jamaluddin wahahaah tetiba nak masuk kan YB dah kenapa...sebab dia hot! dia menteri yang paling hot di ikuti datuk hishamuddin dan ketiga masih belum follow up. so betul ke tak?? betul kan yang our metabolism is the one actually yang menurun. therefore, kalau kita exercise dengan kadar yang rendah, maka it takes a whole year to remove the fats.

so people, here i am, trying to help you guys on how to reduce weight, and macam mana nak kurus dengan cepat. sangat mudah, simple, dan tips yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja, but i fokus untuk ibu-ibu lepas bersalin. sebab i gave birth 8months ago, and yes, i didn't get (yet) my desire weight.

1. orang kata menyusukan anak boleh kurus. for me, it's a no. tapi kakak ipaq i, kurus and perut reduce (she opt for c-sec). i yang normal birth ni, menyusukan sophea for a few months, tak reduce weight and i tend to eat a lot. so ikot orang yer. siapa yang reduce weight masa bagi susu, sila teruskan. jangan stop. biaq pi la orang nak cakap apa, anak kita, susu kita. so teruskan.

2. jangan makan nasi. actually i makan jugak sesenduk, tapi lepas i follow encik husband yang (tetibe) taknak makan nasi (yeahh right!), i nampak la jugak significant penurunan berat badan especially tang perut. so i suggest makan nasi sekali seminggu, dan hanya sesenduk. kalau ikot term kevin zahri, segenggam nasi. makan lauk2 sume okay, tapi makan jela sekali or dua kali seminggu benda goreng. yang lain rebus2 ke bakar2 ke.

3. jangan minum air manis. minum air masak SAHAJA, twister ke, f&n ke, teh tarik ke tak payah. bukan tak payah, tunggu la dah dapat ideal weight, belasah la makan apa pun. korang fikir macam ni jela, mati ke tak minum air manis2 tu?kalau aku tak minum dalam a few months jer, banyak dah boleh turun. ha boleh kan fikir macam tu? kalau tak minum air masak, buat la air limau ke, air lemon ke, tapi jangan buh gula. sedaaaaap lagi2 minum sejup2.

4. berjalan selama 30minit setiap kali. nak buat hari2 lagi bagus, nak buat 2 ke 3 kali sehari pun okay jugak. janji you all jalan 30 minit. kalau yang malu nak keluar rumah, malas nak pakai baju cantik (aje ler la alasan korang kan), jalan dalam rumah non-stop 30minit jer. kalau rumah bertingkek2 tu, cubalah turun naik tangga tu.

so, itu je la tips dari i yang tak kurus tapi nak suruh korang pun jadi kurus sama-sama. baik sangat hati i tau..hahaha...

3 jer tips dia. kalau 3 ni pun korang tak boleh follow, pengsan bertahun2 i okay. no rice, minum air masak, jalan 30minit sehari. cuba korang try sebulan. kurus nak mati okay. hahaha.... kalau korang mampu buat tiga benda ni, memang awesome la korang!!!

Saturday, February 15, 2014

Tired

It is very tiring, trying to prove to people how much we love them, and how much they meant in our lives and that we care for them so much.

It is just tiring when none of the above have been appreciated. 

Maybe, just maybe we shouldn't being in love too much.

But how much is too much?


Sent from Samsung Mobile

 
design by suckmylolly.com