Pages

Friday, November 8, 2013

Stroller Terbaik

oh well, sebab i DAH beli stroller ni, haruslah i cakap terbaik. kalau tak sia2 la daddy beli stroller ni untuk sophea, and yet mommy dia cakap not the best. prftt...ape2 yang kita beli TUJUAN utama adalah untuk keselesaan anak kita. kan?

alright, for myself, i memang recommend sangat sangat stroller from MacLaren, especially yang umbrella folding. yaAllah, practical sangat2 untuk orang yang malas tak suka buang masa bukak-dan-pasang semula parts of the stroller. well, atleast stroller ni sangat practical untuk kitorang.





so ni la stroller kitorang. MacLaren Quest 2012 in Madieval Blue / Scarlet. walaupun at the end, i sebenarnye nak colour merah hitam tu smart gile.

meh kita tengok snapshot pasal features dia:

1. berat hanya 6.1kgs. kalau campur hood dia tu baru 6.4kgs. kitorang pernah pikul stroller ni, and taklah berat.

2. dia ade 5-position seat atau recline position. so dari mendatar hingga menduduk (apakah bahasa?) pun ade. so senang gila. anak nak tidur kita flat kan habis seat dia, kalau anak nak tengok dunia, position kan yang paling tinggi. gile cool!

3. bawah dia ade tempat storage. so kalau nak letak baby carrier pon boleh. selalu kitorang letak ergo carrier dalam tu.

4. belakang seat tu ade bag jugak, actually macam compartments yang memang attached dengan stroller tu. selalu kitorang campak botol baby or handphone dalam tu. senang gile!

5. tau tak stroller ni hanya memerlukan 5-seconds sahaja untuk fold and store?? (i pon baru tau sebab baru baca kat wen mac laren pasal benda ni). i rasa sangat bagus sebab untuk perempuan yang pergi shopping complex sensorang, masa storing stroller la masa yang paling critical. sebab in seconds, macam2 boleh jadi. so jangan expose diri lama sangat, so 5 saat pon penting kot.

6. so sebab dia umbrella folding, senang and muat gila masuk car boot yang kecil and compact macam myvi, viva, kia, ford, yang model kecik la.

7. boleh pakai dari baby lahir sampai 15kg (advisable). tapi ada akak tu die cakap die pakai sampai anak die umur 6 tahun.mungkin anak die kurus kot. hihihi...tapi awesome gila, and sebab itulah kitorang beli stroller ni.

8. paling UTAMA sekali dia ade 5-point harness. ni citer pasal belt die la. so bile kite placing baby tu secure la. bahu die, pinggang die, peha dia. all intact ketat2. takdela melorot ke ape. keselamatan anak la paling utama semestinya.

***


now dalam market dah banyak design macam ni and murah2. serius kalau diputarkan masa pun, i akan tetap pilih MacLaren line, or Maclaren quest ni. sebab harga dia sangat berpatutan dengan features die yang awesome gila. masa i pergi Jepun haritu pun, orang jepun memang banyak pakai stroller MacLaren ni, and Combi, sebab Combi ringan and keluaran Jepun kan. diorang kan very nationalism. hehehe..

so ok. i dah share the best stroller ever. hopefully, in future ada keluaran lain yang lebih murah tapi safety and features paling the bom!! mane tau untuk anak no 2 nanti. amboiiii...

selamat membeli-belah stroller anak anda!

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com