Pages

Monday, August 19, 2013

Lelaki romantik

encik husband (self-proclaim) bukan lah dari type yang romantik. romantik yang orang gembar-gemburkan. macam keluar kereta bukak kan pintu, makan kat restaurant tarikkan kerusi, hantar bunga berjambak-jambak kat office, bagi jewelery, apetah lagi peluk dan ciom like all the time. dia bukan macam tu. little did he know that dia TERSANGAT lah romantik pada i.

so, semalam masa i tengah iron baju kerja dia tiba-tiba i dapat message. dari siapa lagi, kalau bukan encik husband. sophea was sent to my MIL's sebab monday kerja siapa nak jaga. she have an appointment tuesday esok, so only one day, jauh plak nak berpatah ke KL.

"sayang...cepatlah iron baju. kite rindu awak. rindu nak golek2 dengan awak...*kiss*"

ceh. mengader. tak ke dia tahu i dah berpeluh-peluh bagai iron baju dia, and yet nak suruh cepat. baru i nak reply message dia, he had already masuk bilik iron. and baring kat lantai beralaskan sejadah. hahaha... nak teman katenye. bila kat rumah orang lain (rumah my mom or his mom) susahlah sikit nak mesra-mesra. malu pun yer. i okay jer, tapi encik husband bukan macam tu.

masa i tengah-tengah iron tu, we were talking about this one couple (not to mention pun), yang wife dia suruh husband buat macam-macam. i dont mind that tapi isteri kena la jaga air muka suami. ntah ape yang cakap, i citer la pasal husband orang tu buat itu ini untuk wife. i memang (sumpah!) takde niat pun nak cerita pasal husband orang lain dengan harapan encik husband akan notice and jadi romantik macam tu.

tiba-tiba dia bersuara,

"yela..i kan tak romantik. i tak marah kalau orang lain suruh wife i buat itu ini...i tak tolong isteri i buat itu ini.."

HAHAHAHA!! emosi la plak. serious i memang tak sengaja. nasib dah abis iron. mula la episod termalu sendiri. i kan, ermm...kalau tengah gaduh memang susah sikit nak mintak maaf or nak pujuk suami. bukan sebab ego ke ape. tapi sebab malu. malu kot wehh kau salah pastu nak mintak maaf kat orang. hikhik...

encik husband cakap,

"pujuk lah i...say sorry....ni tak ....ikot perasaan u je..."

hahaha....still i tak mintak maaf. malu la...malu sebab bersalah. tapi kalau tengah baik, setakat pujuk2 tu hujung jari je, ditambah pula dengan mengader2 rasa nak lempang diri sendiri, hahaha....memang la boleh, laju je. tapi serious, kalau gaduh, susaaaaaaaaaaahhh gile nak mintak maaf. padahal dengan laki sendiri. tido sekatil. heeee...

anyway, i tak tau la kriteria orang romantik tu macam mana bagi orang lain, tapi i rasa encik husband dah tersangat paling romantik untuk i. macam-macam yang encik husband dah buat untuk i, and now for baby pie sophea, yang boleh meruntun jiwa dan kalbu i.

macam contoh, kalau pergi mane-mane encik husband la yang tolong pack kan baju i and baju sophea. baju i, i letak je dalam beg, nanti encik husband betulkan. dia la orang yang paling concern dengan barang-barang sophea and to make sure semua ada. walaupun encik husband jarang bagi bunga ke chocolate ke, tapi hari-hari dia akan message i, even call and we will talk macam tak jumpa seminggu padahal kejap lagi balik opis jumpa kot kat rumah. masa i dalam pantang segala urusan i dia yang uruskan. memang hidup i senang sangat dengan dia. sebab tu kadang-kadang i nangis, mintak Allah jaga dia and panjangkan umur dia, so that i boleh sayang dia sepenuh jiwa i untuk seberapa lama yang ada.

sebab i tau, i takkan jumpa orang sebaik dia. baik segala segi. mana nak jumpe??

i tau, kadang-kadang i ni memang susah nak dikawal. lagi-lagi bila datang angin taufan. tapi i harap sangat lah kan, yang dia tau, yang cinta wife dia ni tak berbelah-bagi, dan takkan terbagi kat sesape pon. sebab for almost 10years, hati wife dia ni memang untuk dia.

talking about men being romantic, encik husband is good enough for me, and romantic in his own way. kalau kiss setiap bangun tidur, kiss bila selisih kat toilet, kiss kat red light, kiss kat meja makan, kiss kat sinki tengah basuh tangan, and ada ucapan 'terima kasih' for everything i did such as amikkan stokin dia, consider tak cukup romantic, camne tu?

maybe i am blind and just plain stupid.

but i did not. i know that he is everything to me and sophea... ;)

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com