Pages

Friday, August 30, 2013

Jalan-Jalan Ke Jepun #3

Okay. sambung balik experience ke Jepun hari tu. ni bukan hari ketiga punya cerita, ni i dah malas nak cerita pasal jalan ikot hari, ini cerita pasal tempat tempat plak. kalau you guys dah termiss out a few cerita pasal jepun, boleh click kat link bawah ni.

Jalan-Jalan Ke Jepun #1
Jalan-Jalan Ke Jepun #2
Tokyo Metro Line : Tutorial

ok sambung.

untuk stay kat hotel, walaupun bilik single room tu besar, kat Jepun rules dia lain. yang boleh overnight kat bilik tu adalah registered guest sahaja. orang lain tak boleh, walaupun bilik tu besar dan boleh masuk 10 orang. and kalau management hotel dapat tahu, samada u dihalau, guest korang dihalau, atau simply die suh bayar jela for another pax.Bilik hotel kat Jepun tersangatlah mahal, paling murah pun rm300 per night. kalau hotel lah. kalau hostel (sharing room or single room but sharing toilet), paling murah pun dalam rm100 per night.

okay, lepas me and encik husband dah check in bilik semua, kitorang pun nak jalan-jalan. first place yang kitorang visit ialah AKIHABARA.

AKIHABARA
Akihabara ni, kalau kat Malaysia dia macam Low Yat la. tapi Low Yat satu building je kan? ha dia ada beribu-ribu building cam Low Yat yang jual mostly electrical goods macam laptop, kamera, pendrive, PSP, and macam-macam lagi la. ha, yang nak cari ANIME macam komik, miniature, tshirt, keychains, stickers, toys, dolls, semua ada. kat Akihabara ni, ape je kitorang beli?

1. souveniers untuk family and friends. tapi kat sini mahal sikit sebab dia tau ni tourist attraction centre. fridge magnet satu dalam 368yen (rm12). tshirt dalam 1800yen (rm60).
2. i beli Gundam Model dalam 3600yen (rm118). kat malaysia (toys r us) dalam rm200 okay. so siapa yang minat Gundam ape2 anime disarankan beli kat sini. susah sikit nak tawar sebab diorang tak faham english. discount pun tak paham dah macam mana. end up i swiped jela kad, dah malas nak tanya.

oh, dekat AKIHABARA ni jugak banyak la Adult Shops. hikhikhik....termalu-malu i dengan encik husband. kitorang masuk sekali je kedai camni. so banyaklah benda-benda censored such as magazine porn diorang, patung-patung and costume. diorang jual camtu je, takde lorong-lorong belakang nyer. haha...ingat nak beli la satu, tapi takot custom check nanti banyak soal. bukan Kastam Jepun, kastam malaysia la...hahaha... so tak beli pon.

untuk lunch, ni first time kitorang makan, end up jatuh cinta, dan makan untuk hari-hari seterusnya. fully recommend untuk kita yang beragam Islam. nama kedai dia, Tendon Soba Udon. (ni kalau husband ingat ni mesti dia nangis sebab sedap sangat...haha)


uiii...nampak gambar ni teringat lah kesedapan dia.... *nangis* sedap sangat. dont worry, ada menu yang dia tulis dalam bahasa inggeris so easy peasy. first time kitorang amek meal yang 780yen (rm25), tapi tak habis. meal yang 780yen tu macam gambar bawah ni.


soba tu nama mee dia, dibuat dari wheat. makan samada cold or hot. cold tu memang cam rendam mee tu dalam air sejuk. tapi noodle soup dia (bagi sekali) memang sedap. first time dalam hidup makan soba dalam MAS KL-NRT. tengok orang sebelah makan, if not sampai ke sudah tak reti makan. hahaha....sedap kot!

yang dalam mangkok tu ada keledek goreng, udang tempura, kacang panjang goreng tepung, dengan sotong goreng tepung. korang amek meal tu je 500yen (rm16.50). jangan rasa tak cukup, sebab i memang kuat makan ni pun rasa kenyang je makan dalam bowl tu. air minum green tea je la. masa kitorang pergi tu dia served chilled green tea, perghhhh....rasa refil 4 5 juta kali jugakk kot. sedap...dah la cuaca panas masa tu.

nak pergi Akihabara ni senang jer. dari tempat kitorang, kitorang naik Ginza Line dari station Tameikesanno G06 ke Ginza Line station Ueno G16. dekat G16 kitorang tukar train je Hibya Line station Ueno H17 ke Station Akihabara H15, selang dua station je.

Nanti i nak buat tutorial pasal Tokyo Metro Line ni, tapi for the time being yang ni jela i boleh cerita. Tokyo Metro Line ni ada 9 Lines under Tokyo Metro Line which are :
1.Ginza Line (G/kaler oren),
2. Marounichi Line (M/ kaler merah),
3. Hibya Line (H/ kaler kelabu)
4. Tozai Line (T/kaler biru)
5. Chiyoda Line, (C/ kaler hijau)
6. Yurakucho Line, (Y/ kaler kuning)
7. Yurakucho Line (new)(Y/ kaler brown)
8. Hanzomon Line, (Z/ kaler purple)
9. Namboku Line, (N/kaler turqoise)

so nanti nak pergi mane-mane ingat line dengan station nobor berapa, tak payah ngengade nak ikat nama station, susah la sebab bukan bahasa kita.susah nak ingat nama station. contoh macam i nak pergi Akihabara tu (or orang local panggil AKIBA), dari station yang paling dekat dengan hotel i is ginza line G06, pergi G16, tukar hibya line H17. dari H17 ke H15. tadaa....sampai Akiba. senang kan?

okay, dari Akiba, lepas makan kat tendon soba udon, kitorang gerak ke Ginza.

***

GINZA

Ginza ni, kalau kat Malaysia, dia macam kat Pavillion, Mont Kiara camtu. tempat tu sangat cantik dan bersih. branded items macam Gucci, Tiffany&Co, Prada etc etc banyak kat situ. so siapa nak beli barang-barang mahal camtu silakan ke Ginza.

Masa kat Ginza tu, kitorang jumpa satu orang tua, pakai baju macam sami yang kaler oren tu, diri atas kereta dia warna putih. sekeliling dia ada la poster-poster yang kitorang tak paham. samada dia tengah:
1. kempen
2. promote kedai
3. demonstrasi aman

hahahaha.....lawak gila. orang-orang jepun kat situ relax-relax jer. takde pun duk heran dengan pakcik tua tu. lepas tu tengah-tengah jalan kat Ginza dia close (or memang jalan tu bukan untuk kereta) so ada bukak payung and kerusi. so diorang duduk-duduk lepak la kat situ. best sangat. aman je rasa.

kitorang pun dating la kat situ. beli ABC verso Jepun dalam 300yen (rm9.90...kalau kat sini rm1.00 je kot...sobs....ais yang die letak flavor strawberry dengan a few cubes of nata de coo..haha). lepak-lepak sekejap....pastu balik.

oh dari Akiba kitorang naik Hibya Line tu balik station Akihabara H15 ke Ginza H08.


ha macam kat gambar atas ni. nama dia Ginza Station. tapi dalam Ginza Station ni ade Ginza Line, Hibya Line, dengan Manourichi Line. so boleh la tukar-tukar train ni dari mana-mana station korang datang.
***

oleh sebab seharian kat airport, and badan sangat-sangat penat, kitorang decide to head back to hotel. so dari Ginza H08 tu, dekat station yang sama, kitorang naik Ginza Line G09 Ginza Station, to Tameikesanno G06.

(jangan confuse between Ginza Line dengan Ginza Station. Ginza Line tu ade all over tokyo, tapi Ginza Station tu nama station die la...hihi)

sampai la hotel kitorang....that's all for that day. penat sangat but i enjoyed every second of it, sebab encik husband ada dengan i. i missed him so much and im happy dengan ape yang Allah dah plan untuk kitorang. so i bersyukur sangat sebab Allah pinjamkan dia untuk i.

sebab he's the perfect man i could have dream of.. *love*



0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com