Pages

Wednesday, October 24, 2012

Baju

Good Morning!
Sebelum kerja marking paper students kite jalankan, baiklah kita buat sesuatu untuk boost the brain. sebab semalam rasa nak dekat 50 paper i marked, plus ada 3 sections, pastu kene mark setiap section dulu, baru pantas sikit sebab kita dah boleh tau trend jawapan. ni baru nak masuk last section, ESSAY. ni memang rasa nak terberak la baca sorang-sorang punya jawapan.

anyway, hari ni dah rabu. esok khamis. i prayed hard yang esok dapat tahu encik suami boleh balik bercuti. tapi i nak doa je, taknak harap. nanti kecewa. bila kecewa, jadi ape?yer sedih. so bila sedih, totally not good for the baby.hikhik...

nak bagitau ni, at 7weeks pregnancy, i still fit in my UK8 baju. feewit! cuma bahagian boobies a tad tight. seluar totally tak boleh fit UK8. boleh tapi sendiri senak. so jangan nak mengada sangat la. seluar i 28, tapi i rasa sekarang kena pakai 29/30 macam tu. nak kena beli seluar baru. seluar jeans F21 tu masih boleh fit in. nanti memang dah tak boleh sangat baru beli.pastu nak beli yang boleh expand untuk maternity clothes tu. kawan i cakap kat scarlet jaya jusco ade. tunggu la dah besar sikit baru beli.

baju, i beli hari tu sampai 4 helai. bila nak pakai pun tak tau. and semua pun UK8/UK10. sedari la diri bahawa boobies awak tu semakin besar. -_- fine. i simpan untuk pemangkin nak kurus nanti. ha tapikan, actually i tak kisah pun gain weight. sebab kan, this is the only time yang i excited to see my tummy grow bigger. excited angat! kalau tak pregnant, hari-hari i cakap stay down, don't grow. hahaha...

pastu hari tu encik suami cakap, dia buat 2.4. (2.4KM running). i is sedih. dulu kitorang dua je jogging sama-sama around 9.30pm kat area rumah. now cannot already. lepas dia buat 2.4, dia main bola lagi. i tau, dia semangat nak kurus. masalahnya dia memang kurus, perut je tak kurus. i suka badan dia sekarang, perut je i suruh rendahkan ketinggian.hahaha....tapi ape-ape la. as long as dia suka, i pun suka.

setiap orang kan ada figure badan yang kita fantasize. nak besar ni la, nak kecik ni la, nak berketul ni la. kan?

hari ni lunch, bawak nasi ayam, mama masak semalam. siap bawak timun dengan salad. hahaha....apple merah 2 biji. and pagi tadi lunch susu and cereal. letak honey. sedap okay. sekarang nak kena minum susu, makan ubat. semua untuk baby. our baby. ;)

ha okay lah. i nak sambung mark paper. sebab esok kelas. at least boleh discuss jawapan dalam kelas dengan student. sebab dah takde idea nak ajar ape. ikut chapter memang ada, tapi we make the class a bit more interesting. you know, do discussion but it can be related to other chapters and all.

ps: dah dua malam tidur peluk baju encik suami. rasa macam sawan sekejap.


0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com