Pages

Thursday, July 12, 2012

Stepper

Semalam lepas balik kerja, macam biasa encik suami memang la amik I balik keje kan? Pastu beliau tu out of nowhere tanya, " u rindu I tak??". Tak ke luluh melting2 dah suami tanya macam tu. Dek kerana perasaan yang bercampur baur, I diam je sambil peluk beliau. I rasa dia faham la, kerana Tuhan, I cintakan dia. *blush*

Anyway semalam beliau sakit kepala. Katenye stress kat tempat kerja. Plus kaki sakit la ape. Risau sangat. Lepas dinner semalam urut kepala dia. Pastu sembahyang jemaah sesama. Selalu kat penghujung doa tu, dia baca dalam hati dia jer, maybe tak biasa dengan I ke ape. Tapi semalam dia baca doa tu kuat, jelas, dan faham. Memang meresap dalam hati I, and di amin kan dengan penuh makna. Syahdu sangat.

Hari ni I request lagi nak sembahyang sama. Kalau sembahyang sama I rajin sikit. :) teehee.. Lagipun, bila lagi nak bagi dia jadi pemimpin keluarga. Kalau nak imamkan isteri pun susah (malas), nanti keluarga macam mana?

Pagi tadi payah betul nak keluar rumah kerja. Being with him, I feel so secure, feel so in love. And turned out I lambat siap pergi kerja. Hahaha...encik suami dah jerit2 kat depan.."B!b!". Haihhh... -_- abes bergolek2 tak bangun, memang la sengaja begitu.

Dah siap2 breakfast pulak. Hot tea, dengan egg sandwich jer. Ada lebih bagi encik suami bawak pergi ofis. Comel je dia.

And he likes it when I tapaukan dia breakfast ke apa. Tak pernah merungut. And kadang2 siap basuh dah tupperware tu nak bawak bekal esok nya. Sejuk hati okay. :)

Balik ni dengar kata nak panjat stairs. Kalau kat gym nama dia stepper. Memang best la. Best sebab kaki sure sakit. But just for a try boleh la kot.

Encik suami, ready? Hahaha..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com