Pages

Thursday, June 21, 2012

Sambal udang petai

Semalam buat pertama kalinya masak sambal udang. Tak tau la sedap ke tak sedap tapi lidah I kata sedap je. Dan encik suami bertambah nasi, so I assumed sedap la. Tapi kalau tak sedap pun takpe la, I okay jer. Nanti makan luar jela k. *majuk*

So ini la semalam I masak. Sambal udang petai. I beli petai ni kat pasar malam area umah I dalam rm4 dapat la 3 papan. Eee mahal. Petai ulam ni pun nak mahal-mahal. Pening la.

Nak resepi ke? Ha boleh la tapi ni resepi untuk novice sahaja. Sesuai untuk perantin yang baru sebulan lebih kahwin..hahahaha...

Bahan-bahan:
Udang basah dalam 10ekor
Petai satu papan
2 ulas bawang putih
4biji bawang merah kecik
1 biji bwg besar / holland
Segenggam cili kering (kisar sekali dgn bwg putih n bwg merah kecik)
Air asam jawa
Garam dan gula
Minyak masak

Method:
1. Udang tu dah bersihkan, I goreng sampai merah2 sikit dengan butter. Dah setengah masak, ketepikan.
2. Tumis bahan2 yang dah kisar tadi. Masak cili sampai pecah minyak.
3. Masukkan gula, garam, air asam jawa, biar didih and cili jadi gelap sikit warna.
4. Last sekali baru masuk udang dan petai. Biar sebentar and tadaaaaa, masak dah.

Makan lak dengan nasi panas. Lagi la menambah. Oh, udang I jarang buang kepala dia, sebab saja nak bg rasa manis die keluar. Tapi I akan potong yg muncung dia dengan misai panjang berjela tu. Sebab tu kalau sangkut kat mulut koyak jugak la.

Pastu I mengader tambah daun kunyit. Tak sedap okay. So daun kunyit utk masak lemak ke ape boleh jer. Biasa la I, masak tak reti pastu gelabah tambah bahan.

Semalam makan I rasa nak hentak kepala je kat dinding sebab yakin sangat daun kunyit tu sedap. Bahahahahahaa..

Malam ni tak tau nak masak apa. Maybe ayam goreng je kot cicah sos. Tambah kicap sikit kat nasi. Menarik!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com