Pages

Friday, June 1, 2012

Honeymoon : Sabah Day 2

* semua gambar adalah ihsan google images dan bukan dari saya.credited to those yang empunya gambar.harap maklum*

Second day, kitorang bangun awal, sebab en bf janji dengan driver around 8.30am kena amik kitorang kat resort. kitorang bangun, mandi, siap mekup bagai, pastu turun breakfast. buffet style. ada scramble eggs. hey la sedap gila. agaknya sebab sejuk kot, pastu makan pun sedap jela memanjang. en bf dah jeling-jeling but who cares. besides kitorang, ternampak juga pengantin baru yang lain. kitorang pun menjeling-jeling each other tanda, "pengantin baru jugak eh?". sisterhood bebeh!hahaha....

lepas driver sampai terus our first destination is this, FISH SPA at Tagal. dekat Ranau. perjalanan at about 1 hour lebih ni memang berbaloi. sampai je, tuan tanah cakap dek semalam hujan lebat, so air keruh, thus ikan tak nampak. tapi nak masuk boleh jer.ceh, disspapointed sangat. tiba-tiba en bf terus beli tiket masuk. huh!? laju ajer la beliau ni. tiket dalam rm5.00 ke rm3.00 eh? macam tu la, and kena beli food ikan berharga 20sen sepeket. en bf beli seringgit.

sejarah Tagal ni. Tagal bermaksud tidak boleh diangkat, diusik, atau dialihkan. so sungai ni macam ada 'penjaga' nye la. en driver cakap, dulu ada orang semenanjung datang, dia bawak balik batu sungai yang bulat licin cantik-cantik tu kan. so bila balik dia jumpa banyak hantu yang kejar dia, hantu ikan!!bahahaha...ok ok i lied. sorry laa..gurau sikit pun tak boleh. so badan dia macam gatal-gatal bersisik serupa macam ikan. so dia pulangkan balik lah batu tu, and alhamdulilah okay. wallahualam. hak orang jangan la amik yer.


anyway, ikan-ikan kat sini adalah jenis ikan Kelah. ikan kelah ni bukan makan orang ke? *gulp* ikan kelah semua adalah super fridnly dengan i, but not en bf. die kena gigit. sampai lovebite2 kat tangan dia. ikan ni semua takde gigi, and dia suck-like eating. sedut sedut. geli siot! kite boleh rendam kaki, and tangan. kalau nak rendam badan pun boleh tapi bayar rm50. and the rules, ikan pun 'Tagal". means jangan diangkat atau cederakan ikan tu. hanya boleh masuk 50 kaki sahaja. means 25 orang je boleh rendam kaki sekali masa. agaknya kalau lebih2 ikan pun pengsan bau kaki orang.bahahaha...

Tagal, Sungai Moroli, Ranau, Sabah

seronok sangat kat fish spa ni. en bf paling sweet. haihh..rindu plak..

then, kitorang pantas ke Sabah Tea Garden. masuk FREE, tapi nak minum apa suma bayar la. ada cottage untuk penginapan, and ramai jugak orang yang buat wedding kat sini. oh ada factory teh untuk u all belajar cara pembuatan teh. rm12 per entry. cantik woh scenery dia. romantik habis. we didn't spent too much time here. i just bought 6 packets of Sabah Tea, rm.1.30 satu. murah gila!!

oh we didn't buy banyak souveniers pun sepanjang kat sabah. en bf kate, we have to see and learn their culture and food, bukan beli souveniers. boo!!!

Sabah Tea Garden

then kitorang pergi kat tourist attraction. which is the Poring Hot Spring. so kitorang rendam kaki dalam air panas which is sangat la panas. sakit terus kaki. tapi lepas tu okay dah. sedap-sedap jer. tapi tempat panas kan. kitorang tak selesa sangat. kitorang kan puteri lilin *mata ke atas tangan di bahu*. tapi suka tak suka, dalam one hour jugak la spent kat situ.


Lepas tu, kitorang pergi , ha, singgah tengok live RAFFLESIA!! first time dalam hidup! tapi kitorang pergi yang tepi jalan punya. sepanjang jalan pergi balik kat Poring tu, akan ada signboard, " Rafflesia is Blooming. 1-min walking ". kitorang pilih pakcik tua sebab kesian la kan orang tua. bayar rm10 per head. tapi yang kitorang punya bukan besar tempayan. (we should have ask first). tapi takpe lah. en bf cakap bukan lepas ni kita nak tengok lagi pun. betul jugak tu. akan ada buku macam guest book la kat pintu masuk tu. so kitorang tengok kebanyakan yang datang from England, Japan, India etc. None of it from Malaysia. so kitorang were the first one. siap tulis , "Kuala Lumpur, Malaysia". nampak la sikit orang Malaysia pun support Malaysia. hahaha...#bajetartis

Then kitorang singgah lunch dekat Pekan Kundasang. masa ni dah turun dari Ranau. memang lapar tahap gaban. i makan mihun tomyam, and encik bf makan nasi goreng pataya. lawak je makan benda ni kat sabah. tomyam i agak sedikit pelik tapi habis i makan sebab ntah, lame-lame sedap plak. nasi goreng en bf pun sedap. banyak plak tu portion dia. oh kitorang order jugak Sayap Ayam (kepak ayam). sedap sedap!

then we went here, Kundasang War Memorial. tempat ni sebagai memperingati askar-askar british and australia yang berjalan sejauh 300km (update: 265km) dari ranau ke kundasang (naik kereta pun sejam lebih), bayangkan dulu-dulu punya landskap dengan hutan belantara, yang dipaksa menjadi buruh askar jepun. so dalam berapa ribu ke ratus askar (update: 2400 askar) , hanya 6 orang terselamat (update: 6 of them were Australian), yang diselamatkan oleh local people, iaitu orang kundasang.

edit: askar-askar tu travel from SANDAKAN yer. bukan dari ranau. sebab from SANDAKAN to RANAU. *sorry for the bad memory and lack of historical value here and there*

Kundasang War Memorial, Sabah

so basically, akan nampak bendera british, and australia. ada garden untuk both countries. takde seram-seram macam kat melaka tu. memang cantik tempat nie. paling best kat puncak dia, boleh nampak the whole kundasang dengan angin sejuk gila. terus peluk-peluk en bf and cakap thanks sebab bawak kitew ke sineww (eleh mula-mula majuk taknak pergi).

then terus ke Desa Dairy Farm. kitorang reached here around 3.00pm. sebab hanya at 3.00pm baru boleh tengok lembu kena perah susu. ouch! hahaha... ramai jugak tourist. tapi kitorang kan suka ikot kepala sendiri since kitorang private tour. we went out and took pictures around the farm. sebab nanti susah nak amik gambar sebab dah ramai orang. so since diorang leka menunggu lembu kena perah, baik kitorang buat photoshoot. best sangat. sebab lompat-lompat, gelak-gelak, amik gambar romantik (konon!). memang best sangat!!i enjoyed much of my time with en bf here. (tq sayang!)


Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah

and pukul 5pm macam tu kitorang masuk tengok lembu kena perah. nak tengok macam mana dia pasang pump machine kat boobies lembu, hahahahaha...tapi lambat sangat so tak payah la. sebab kitorang nak pergi Mount Kinabalu plak!!hoyeah hoyeah!!

Timpohon Gate, Sabah

Tapi takde la naik pun. kitorang stop kat Timpohon Gate nie jer. Timpohon Gate ni dalam National Park, Sabah jugak. masa tu nampak a few people baru turun dari Mount Kinabalu. budak-budak je weh. so tak payah la nak training sangat. budak-budak sekolah tu pakai kasut sekolah Bata je tau. hebat tak hebat kasut Bata kita budak tu. Pastu kitorang singgah apende ntah kat bawah tu (lupa nama). macam museum la. pasal Sabah dulu and sekarang.

oh oh. pastukan ada safety box, dia tulis, "can be open only in 2020". diorang kata ada rahsia negara and ada barang-barang Dr Mahathir Mohamad, our former Prime Minister. ape benda eh? *curious*

then pulang lah ke hotel. dinner at our resort, pastu we lepak lagi luar bilik. telefon MIL, and i called my SIL. mama and ayah kan kat italy so tak boleh call. pastu rindu. hehehe....pastu kitorang pack-pack barang sebab nak pindah ke hotel in Kota Kinabalu!heee...

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com