Pages

Friday, January 13, 2012

Wedding Preparation: #Macam Mana Nak Beli Barang Hantaran

ok stress.

type panjang2 lepas tu link error. eh, mencabar nampak blog sekarang?? ni rasa nak merajuk terus nak delete akaun jer (merajuk bersifat sementara).

hari ini kita teruskan dengan cerita "wedding preparation" nak? NAK TAK??okay takde sahutan..T_T maksudnya i kena bercakap seorang diri la gamaknye.

Okay, barang hantaran, i and encik tunang dah start beli dari bulan Nov 2011, dan siap semua barang bulan Jan 2012. dalam masa 3 bulan kitorang dah berjaya mengosongkan current account masing-masing dengan jayanya tanpa bantuan pinjaman mana-mana pihak. (sebab tu sekarang makan buah je kat ofis sebab nak ganti balik duit yang dah spent macam-macam tu).

1. Langkah pertama sekali, kita dan pasangan kena decide berapa dulang yang nak bagi dan balas. ini amat penting sebab nanti kita end up nak beli semua and nak dia bagi semua..hahaha! sebab kita takde 'gol' to be achieve. penting tu tau. nanti kita macam lost in space dan tiada arah tujuan kalau takde iman yang kuat masa membeli-belah tu. so bila dah decide berapa dulang untuk kedua-dua pihak, barulah sesi "hantaran hunting" bermula.

(This come the joy!!\(^^)/)

2. Kedua, decide bila nak beli barang hantaran tu, sebulan satu atau nak beli semua sekali dalam satu sesi. ada pro(s) and con(s). kalau beli satu-satu, duit yang ada boleh beli atau simpan untuk investment atau beli barang kahwin lain contoh deposit fotografi perkahwinan. kontra dia pulak, lambat la siapnya hantaran tu. macam i yang bangsa tak reti sabar ni memang balun semua sekali keluar. tapi refer langkah 1 yer. i takde langkah satu so memang perangai tak menahan tu terserlah semua nak beli. kalau beli semua sekali, bonuslink point berlambak, takpun dapat voucher atau redeem points yang lagi banyak boleh guna untuk beli benda lain contoh bra dekat wacoal (cantik angat2!). Kalau waktu anda nak kahwin tu dekat dengan YES (year-end-sale) macam kitorang ni, memang beruntung yang amat sangat. murah yang teramat okay, siap ada duit extra nak beli benda lain.

3. Lokasi pembelian. kalau siapa duduk area KL / Selangor memang disarankan beli kat SOGO yang SETIAP MASA sale. hahaha...honestly, i tak beli barang hantaran kat SOGO. sebab??ramai gila orang and parking sangat mahal! penuh sangat lautan manusia nanti i rimas, marah-marah, moody sebab penat so better jangan. i shopping boleh kata 80% kat OneUtama (OU) damansara. parking murah sebab kitorang spent like dari pukul 10.00am sampai 8.00pm kat situ parking rate RM3.00 je. pukul 8.00pm tu pun tak habis pusing tau, punyelah besar. lagi 10% i kirim kat kawan i yang pergi oversea so sangat la berjimat. kat US and UK sangat murah barang kalau you all nak beli designer brand. lagi 10% i beli kat Jaya Jusco, pun time sale.

4. Barang yang nak beli. ini paling penting (dan paling best!!hahaha). barang-barang hantaran ni tak semestinya kena ikot orang macam nak bagi perfume la, kasut la, handbag la. cuba bagi benda-benda yang praktikal. contoh macam kahwin Januari, tapi disember tu dah besday dan encik tunang dah bagi perfume, tak payah la lagi nak bagi perfume, pembaziran ye. bagi benda lain pulak. macam i, kahwin lambat lagi, perfume dah nak habis, so beli untuk bagi hantaran. tapi sila bayangkan i lagi beberapa bulan nak kahwin terpaksa berbau ketiak sebab perfume dah habis. boleh? i dengan encik tunang beli hantaran benda yang praktikal, yang kita takde dan boleh kongsi sesama. contoh macam toiletries, itu untuk i bagi kat dia. tapi i beli yang unisex dan harga mahal sikit dalam RM280 tapi ada 7 ke 8 products botol besar macam tu. haritu i pergi Kiehl's, harga RM180 (promotion), tapi tak unisex and dalam 4 items je. rugi kan? terpulang masing-masing. i bagi baju kerja kat encik tunang. ingat nak belikan baju batik (mahal sikit la tapi), tapi beliau taknak. fine. taknak sudah..haha..baju kerja beli yang elok sikit kalau ada duit lebih sikit beli dengan seluar. i beli baju putih kat butik yang die selalu beli baju kerja dia. tapi mahal sikit sebab i beli baju untuk cuffling sekali, sebab i order cuffling kat kawan i masa dia pergi UK dulu. so kira complete set.

contoh barang (normal) yang biasa:
(perempuan) handbag, perfume, makeup, toiletries, kasut, handphone, sunglass.
(lelaki) kasut, baju kerja, perfume, toiletries, wallet belt, GPS, camera.

kalau i rasa tak cukup, i tambah je fruit, coklat, cupcake, cake ke.

5. ni tips membeli. nasihat saya, jangan rambang mata dan jangan gelojoh membeli barang. setengah dari barang i nak beli, i dah cek online butik tu or department store tu. range price dan maybe boleh tunggu sampai ada sale macam christmas , spring sale, CNY sale etc. ada yang i survey a few times kat kedai tu especially handbag. kadang- design sama warna tak sama, tapi of course la benda yang kita nak tu mesti tibe-tibe mahal.mencik laaa..! so macam tu la.

paling penting ikot kemampuan yer. of course kita perempuan nak benda mahal je kalau boleh. tapi tengok kemampuan sendiri dan kemampuan encik-bakal-suami kita yang membayarnya. mampu ke kita?sesuai ke dengan kita? menyusahkan dia ke? jangan sampai berhutang atau pinjam duit orang sebab orang mengata yer. even di kalangan keluarga sendiri. jadi berhati-hatilah.

lagi satu, JANGAN RISAU dengan apa yang orang akan kata pasal kita, bakal suami, dan keluarga atau majlis. sebab bukan diorang yang menentukan masa depan kita dan macam mana kita melayari bahtera perkahwinan tu nanti. mereka cuma akan mewarnai sikit-sikit je kecerian hidup kita. so don't make them as an excuse for you to be a fool. okay? ini yang selalu i remind diri i kalau nak berbelanja lebih. it works!!! (sometimes with full determination)ha ha ha...

*gelak kan diri sendiri*

so okay. abes chapter beli barang hantaran..yeay!! nanti kita cerita pasal baju pengantin plak...=)

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com