Pages

Thursday, December 29, 2011

Wedding Preparation : Catering

wah wah wah..title taknak ngalah kan? (en tunang mesti buat muka nak-jugak-buat-blog-kahwin-kan). lelaki kan, dia tak pernah nak faham perasaan perempuan yang suka sharing tau. walaupun takde orang baca, but writing (typing) here, dah macam sharing. so biar la kan.

anyway, bila baca blog bride-to-be (b2b), macam best jer, ada yang sangat detail siap letak gambar cantik dslr (homaigodd dslr i kena curi!!!) kan. gigih betul.sebenarnya my wedding preparation dah 70% complete, tapi baru gedik nak cerita kenapa?muahaha..saje suka-suka. bosan sebab takde keja kat ofis (update blog kat ofis teruk betul perangai).

ok first. i nak cerita pasal CATERING. i tau ramai je yang susah hati pasal caterer. sedap ke masaknya. lazat ke. macam-macam la. even kalau i datang wedding orang pun, food la yang paling wajib jadi topik perbualan. selalu kalau nak discuss pasal wedding food mestilah dengan encik tunang. dia dengan i memang suka makan, dan kuat makan. so siapa makanan sedap dan tak sedap, kitorang la food critics tak berbayar tu.muahahaha..bak kata kitorang; majlis perkahwinan yang berjaya mestilah bermula dari makanan yang sedap *cakap gaya-gaya dato fadzilah kamsah*

makanan wajib untuk majlis perkahwinan ialah..jeng jeng jeng... AYAM MASAK MERAH. wehh, kalau takde ayam masak merah ni, memang bukan majlis perkahwinan la. ayam masak merah ni lah yang jadi penyeri majlis korang tau. lagi-lagi kalau ayam dia lembut, dan kuah masak merah tu cukup pedas, cukup rasa. ayam masak merah ni tak sama dengan ayam goreng bercili ke ape. itu tak sedap. tak sesuai. so makesure ada tau ayam masak merah dalam menu perkahwinan korang.

menu perkahwinan i, i tak tau full menu dia apa sebab i ni bangsa tak kisah sangat tapi i dah cakap kat mama awal-awal (sebelum bertunang lagi..hihi) ayam masak merah wajib ada. kalau i pegi rumah orang kahwin, i selalu amik nasi dengan ayam masak merah je (yeke b?). takde la nak amik kari ke ape ke ( are u sure?). so boleh bayangkan tak kalau takde ayam masak merah?menggagau i cari lauk tau. kesian kan?? tak baik susahkan tetamu taww...;p

*siapa tak boleh beza ayam goreng bercili dengan ayam masak merah sila google okay*

so anyway, untuk area klang valley dan selangor boleh lah food testing atau order kat:

DAPUR EMAS CATERING

Contact Person :
1. Azman Bin Ahmad ( 017-8884174 )
2. Sariah Binti Yatim ( 012-6112174 )

Website:
1.http://www.dapuremas.com.my/

Email:
1. dapuremas@yahoo.com

Kalau ade majlis keraian ke, family i selalu amik kat caterer ni. memang di jamin HALAL dan sedap. kalau kitorang ada kenduri doa selamat ke, atau takbir malam raya memang dia tukang masak lauk-pauk kitorang. untuk lauk dia yang memang i suka tahap hidung berdarah ialah, of course ayam masak merah, rendang daging, anddddd acar Melaka. acar Melaka i dah simpan dalam jar masuk peti ais berbulan-bulan (acar kan macam pickels) pun sedap nak mati bila panaskan. homaigoddddd...*meleleh airliuq atas keyboard*

So Dapur Emas is responsible to serve good food during my wedding. so, nanti rasa okay ayam masak merah dan lauk pauk yang lain. tihii..kalau nak tambah pun takyah nak malu sangat tau. makan jer.i suka!

ps: done with caterer, nanti citer baju kahwin plak. fenin!

2 Kata bijak pandai:

hudanor said...

salam nak tanya betul ker sedap ni, plan nak ambik jugak untuk majlis aqiqah anak, tq

fareenz said...

saya ni bangsa kuat makan, memang kena la dengan tekak saya..hehe..

saya rasa puan boleh call diorang untuk food tasting. cakap jela nak try rasa.

kalau x sedap tak payah la amik. klau sedap, silalah amik.hee..

sedappnyee..lapa plak kt opis nie..

 
design by suckmylolly.com