Pages

Sunday, January 16, 2011

Carwash Girl

Setelah dua minggu Tatum tak mandi, akhirnya hari nie i mandikan la jugak dia. kesian dia. nampak murah je, takde dah muka comel happy je bila nampak i. nasib la jugak dia tak merajuk, kalau tak, masak jugak la nak memujuk dia balik. ewahh..anyway, hari ni i nak share apa yang i buat and guna untuk menjaga kejelitaan si Tatum nie. i rasa barang kosmetik dia lagi mahal compare dengan barang-barang kosmetik yang i guna.

Eh chupp!!bagi sesiapa yang tak tahu dan tak kenal Tatum nie, haa..dia nie la pengarang jantung i no 2 selepas encik kekasih. kalau encik kekasih pergi meninggalkan kekasihnya ini, i ada encik kekasih no 2 (spare part la konon).

Firstly, i selalu siram atau make it wet dengan simbah tak pun pancut dengan air, so that senang nak sental dan hilangkan keladak-keladak Tatum ni. since Tatum ni kulit putih mulus dan bersih, tak mandi 2 minggu adalah haru di mana jelas ternyata kesan kotoran degil. kesian Tatum dapat mama yang malas sibuk..T_T

My family selalu gunakan produk ini demi menjaga kesejahteraan sejagat. Tak pernah miss kecuali stock tak dapat. daripada saga dulu-dulu, corona, iswara, myvi, samapi la ke satria, waja, alfa dan bmw, semua guna produk ni. produk ni sangat-sangat bagus sebab dia store the original colour of your car, and shining-shining lagi. ops, i bukan buat promosi di sini, tapi memang ini la kenyataannya. tak mahal dalam RM38 je. and guna dalam quarter of the bottle cap je lepas tu gosok-gosok, sental-sental. bau dia, fuhh...sophisticated gila.

lepas dah basuh dengan yakinnya, i tengok jam baru pukul 6.00pm, rasanya amatlah afdal kiranya i pergi wax sekali si Tatum nie. sebab kulit putih dia dah sikit keladak, waxing (bunyi macam gi buat bikini wax plak) adalah a must. untuk waxing, pilihan tepat adalah guna produk dari Kit. Kit ni sama macam Amway, produk dari USA. bukan tak suka buatan Malaysia, tapi kalau setiap kali pun beli produk ni, kita selesa kan. ala, macam korang kalau dah suka sangat Triumph, takkan korang tiba-tiba nak tuka selera tanpa sebab kan?rasa tak sexy kan?hikhik..tadi waxing memang lenguh tangan macam nak mati dah, tapi apakan daya, sayang punya pasal ku redah jugak. especially yang calar-calar tu (entah siapa yang buat T_T), letak wax banyak gila, sental kuat-kuat. memang terbaik.


Citarasa yang berbeza buat kami tetap bersama. Since encik bf guna ambi pur, i pilih glade. tapi bau kereta dia dah sama macam bau dia. sedappp..*ehem* dulu i pakai glade kelabu, sekarang dah tukar flower pink- typical perempuan seksi sungguh.. eh eh?hikhik...anyway, lama-lama i macam tak suka sangat, terus amik VS pure seduction kasi spray, lagi sedap bau tau.

sambil-sambil kemas, tunggu encik bf sms/call satu hari pun takde dia agak sombong jugaklah hari ni buat i lagi rindu-rindu je kat dia, saya dengar lagu from the favorite, Babyface. memang dah syahdu teringat kat encik bf. semalam dah jumpe pun rindu. sambil-sambil lap dashboard kereta, sambil-sambil susun CD dalam begnya, tersenyum-senyum ingat kisah semalam. ni semua symptom orang tengah bercinta eh?? *senyum*

hrm..ramai orang macam gelak dan mengata, kenapa susah-susah nak buat benda ni semua. hantar jela kedai sepuluh ringgit je pun. well, it's not about the money (err...okla sikit la), tapi i rather do it by my own than wasting time facebooking or blogging. this extra 1 hour, dari i duk terbaring lepak tak berpeluh, baik i buat something yang beneficial. dahla seminggu tak sweating, takan 1hour weekend tak boleh nak sweat sikit.lagipun takde benda lain nak buat kan?

kalau korang kaya bolehla nak hantar sana sini sinun. korang kaya kan?kita yang tak berapa kaya ni, buat sendiri sudah. beruntung siapa dapat gf macam ni, esok suami duk dalam baca paper, isteri kat luaq basuh kereta. oh please..i don't mind. sambil basuh kereta, sambil ngurat abang hensem jiran sebelah tengah basuh kereta dia, boleh tanya khabar sebab bini dia malas nak basuh kereta duk dalam baca paper. lalalala....

anyway, i saved rm10 today for not sending my car to the carwash (err..mula-mula memang macam nak hantar sebab penat semalam dating 1 hari). so this rm10 masuk tabung nak beli benda penting masa birthday (24 Feb) ni. lagipun hati dah girang sangat ni bila encik bf macam tak kisah nak tambah duit kat mana-mana yang berlubang..ngeee..

dah, korang esok ada laki jangan biar dia basuh kereta sorang-sorang kat luar. mana tau akak jiran sebelah dapat laki malas, dia yang kena basuh kereta, naya je korang. then akak tu pakai hot pants t-shirt putih lak kan *ehem*. jaga-jaga cik salmah..

hahahahahahahahaha....

ps: basuh kereta sama-sama lebih romantis katanye. kan b kan? =D

0 Kata bijak pandai:

 
design by suckmylolly.com